Sunday, May 9, 2010


Kalau membicarakan mengenai perjalanan politik di Kota Belud, rasanya tidak cukup lengkap jika tidak menyentuh tentang personaliti Datuk Mohd. Noor Mansur. Banyak sebab , pertama kerana kerjaya politiknya bergitu terserlah lewat sewaktu parti BERJAYA mentadbir negeri, sehingga dilantik sebagai menteri kewangan pada waktu itu ,tahun 1976 hingga 1985. Keduanya kerana beliau berjaya membina 'semangat' politiknya di Kota Belud dengan pelbagai bacaaan dan janji berupa 'ritual politik' sehingga masyarakat Kota Belud, memberi kemenangan kepadanya. Di samping sebagai pemimpin BERJAYA, ia juga dikatakan mempunyai hubungan politik yang mesra pada waktu itu dengan keluarga mantan TYT Sabah, Tun Said Keruak. Pada waktu ini juga berlaku pertarungan antara Datuk Salleh (BERJAYA) dengan Tan Sri Pandikar Amin (USNO) di Usukan yang menyaksikan kemenangan kepada TSP.


Setelah kekalahan BERJAYA kepada parti serpihannya PBS, Personaliti Datuk Mohd. Noor juga bagaikan ikut sama terkubur. Langsung tidak kedengaran 'pendakian' politik beliau lagi. Tidak sama dengan DSSK dan TSP yang sezamannya ,masih menerima ruang dari pimpinan masa kini.Apa yang menarik untuk diulas mengenai tokoh BERJAYA ini ialah kenyataannya dalam ceramah umum di Kundasang, supaya UMNO keluar dari Sabah. Beliau menyatakan bahawa sejak UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah, keadaan politik begitu bercelaru dan porak peranda? Sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi namun termiskin di Malaysia.


Beliau juga turut menggesa supaya KL mengkaji 20 perkara terutama berkaitan dengan isu Borneosasi, Imigresen dan Outonomi.

"Tun Fuad Stephens adalah pemimpin pertama meminta Kuala Lumpur mengkaji semula Perjanjian 20 Perkara itu tetapi apa yang berlaku ialah beliau dihantar ke Australia menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia.

"Jawatan Ketua Menteri diberi kepada Datuk Peter Lo manakala Tun Datu Mustapha Datu Harun dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Khas Sabah," katanya.


Namun agak mengejutkan kita kerana penyerahan Pulau Labuan kepada KL berlaku pada zaman BERJAYA, tidak pula diungkit sebagai antara kelemahan pentadbiran pada zamannya. Bagi yang berpengalaman 'hidup' bersama politik Datuk Mohd. Noor Mansur, mungkin lebih mengetahuinya..



5 ulasan :

Unknown said...

salam KM,

Datuk Mohd Noor Mansoor sezaman tetapi bukan seangkatan dengan TSP dan SSK. DMNM sudah berusia lewat 60an, manakala SSK dan TSP awal 50an.

Sebelum BERJAYA menang PRU pada 1975, DMNM berada dalam tahanan ISA. Dia hanya dikeluarkan setelah Datuk Harris memohon kepada Tun Hussien Onn.

DMNM kemudian bebas dan bertanding di DUN Papar (sekarang Pantai Manis) menentang calon USNO, Hj Othman Yasin (tak silap tahun 1977 atau 1978). DMNM menang dan dilantik sebagai Menteri Kewangan dan Setiusaha Agung Berjaya.

Manakala TSP dan SSK hanya menyertai politik setelah Tun Said Keruak kosong kedua-dua kerusi DUN Usukan dan Parlimen Kota Belud.

TSP bertanding kerusi Parlimen Kota Belud atas tikit USNO tetapi tewas kepada calon Bebas (Berjaya) Dato Yahaya Lampong.

Selepas itu TSP dan SSK bertanding merebut kerusi DUN Usukan. TSP tikit USNO dan SSK tikit BERJAYA. TSP menang sebagai DUN Usukan.

DMNM adalah seorang tokoh yang amat dihormati semasa dalam kerajaan kerana banyak membantu bangsa bumiputera mendapat pekerjaan dan biasiswa utk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

Semasa dalam BERJAYA, amat sukar dilihat peranan DMNM atau sesiapa juga pemimpin Berjaya kerana dibayangi ketokohan Harris Salleh.

SoRobogh said...

Sememangnya nama DMNM tidak asing bagi setiap golongan usia masyarakat yang pernah melewati zaman pemerintahan Berjaya. Sewaktu itu aku masih terlalu mentah untuk mengetahui apa itu politik. Ada satu lagu yang aku ingat selalu kami nyanyikan waktu balik dari sekolah..IKAN GURUNG GURUNG MASUK DALAM KAMPUNG...USNO KITA PANCUNG BERJAYA KITA SOKONG..bermakna pada ketika itu pun sekecil-kecil budak pun tau nama2 parti, tapi tidak tau bagaimana game politik kota belud ketika itu yang bisa merubah lanskap politik negeri sabah. DMNM adalah salah seorang pemimpin yang aku segani. Namun bilamana aku sudah dewasa..bila aku lihat DMNM ini beraksi semula dikancah politik..aku rasa orang tua ni sudah macam hilang kompas kepada perjuangan sebenar. Menghentam kerajaan macam orang hilang kewarasan berfikir dan mengkritik pemimpin yg berkarisma,yang kuat berkerja seolah-olah mereka telah melakukan yang terbaik untuk negeri Sabah suatu ketika dahulu. Andaikata DMNM pernah melakukan yang terbaik..kenapa bisa tumbang?
Tidak akan termansuh perkara 20 jika tidak ada kelemahan yang ditimbulkan oleh kerajaan Berjaya dulu dan juga parti selepasnya.
Aku ni cuma melihat dan mendengar dari jauh saja akan cerita2 orang lama politik di kampung..namun ada juga benarnya..Buah cempedak diluar pagar....Dan satu lagi pula gandingan DMNM ni yang boleh dikatakan cukup lalinya iaitu Datuk halik Zaman..makin tua makin bergetah..namun getah yang senang dikasi hilang lah.....Kalau Datuk Harris tu ok la juga . Optimistik.. apa pun korang tetap pemimpin kita di Sabah ni...tanpa mereka siapa la kami ini...

watasikadi said...

salam KM,
saya pernah mendengar penjelasan datuk harris tentang labuan, katanya macamlah orang baru dapat anak tapi sibuk memajukan kerjaya, dititipkan anak pada datuk dan neneknya sementara ibubapa mencari rezeki dan menstabilkan ekonomi. begitulah juga sabah sebagai ibubapa kepada labuan menitipkan sebentar labuan kepada persekutuan dan mahukan kembali labuan kini adalah antara tuntutan SAPP. ini adalah penjelasan datuk harris namun terpulang pada kita menerima atau tidak. bagi saya apapun penjelasannya KL dari dahulu menganaktirikan sabah.

rojokobog said...

Salam KM,
Tepat kata MO bahawa kepimpinan Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dibayangi oleh Datuk Mohd Haris Salleh, tapi kalau di Kota Belud ketika itu nama Datuk Hj Mohd Noor Mansoor begitu sinonim dengan penduduk Daerah yang tersohor dengan keteguhan ekenomi orang kampung, zaman Parti Berjaya yang rata-ratanya mengecapi kehidupan agak baik, tetapi tidak bagi penyokong USNO yang berkhidmat dengan Kerajaan ketika itu, tersepit dengan keadaan...
Di mana saja majlis-majlis perjumpaan yang dihadiri oleh Datuk Hj Mohd Noor Mansoor khasnya di Kota Belud akan mendapat sambutan yang meriah, mereka menganggap ketokohan Datuk Hj Mohd Noor Mansoor umpama permata bagi Daerah Kota Belud, siapa yang tidak mengenali agensi-agensi kerajaan seperti SAFODA,KPD,KO-NELAYAN dll yang telah mengujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan golongan orang dewasa, tapi entah dimana silapnya Parti Berjaya yang mempunyai pengaruh kuat di Negeri Sabah itu akhirnya tumbang kepada PBS, hanya yang tinggal bangunan SESB tersergam indah bekas Ibu Pejabat Parti BERJAYA.

Gaman Handry said...

Keinginan untuk memimpin memperjuangkan perkara 20 untuk mengambalikan hak2 rakyat Sabah sudah terlambat untuk beliau, dalam masa era beliau dalam kedudukan yang terbaik untuk memperjuangkan hak2 tersebut dibiarkan begitu sahaja kerana dilamun dengan kesenangan hidup, sekerang baru bangun untuk perjuangan tersebut saya rasa sudah terlambat.