Seketika apabila berlaku pengguguran keatas beberapa pemimpin Sabah pada PRU 12 yang lepas, menyaksikan dua tokoh besar dalam politik Sabah dan daerah Kota Belud iaitu Datuk Salleh Tun said (DSSK) dan Tan Sri Pandikar Amin (TSP) telah menjadi "orang kebanyakkan". Disinonimkan sebagai 'tokoh besar' kerana DSSK adalah mantan Ketua Menteri manakala TSP pula pejuang lama yang mengorbankan parti AKAR untuk memberi laluan mutlak kepada UMNO Sabah. Seketika itu juga DSSK,Datuk Amir Kahar (DAK) dan TSP telah mengambil keputusan 'mentransformasikan sebuah NGO dan menjadikannya sebagai USBO. Penasihat NGO itu diletakkan di bawah" jemala" Datuk Shafie Apdal. Sejak itu 'DSSK, TSP dan DAK telah menjadi "Tiga Abdul" dalam politik Sabah.
Ramai yang menjangkakan rumpun USBO berupaya merealisasikan keupayaan pimpinan rumpun bangsa itu untuk menerajui semula politik Sabah. Apabila TSP dilantik sebagai speaker Dewan rakyat, ramai yang mentakrifkannya sebagai jawatan 'pencen' politik. DSSK pula dilantik sebagai "penasihat" Sains kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Sejak itu 'tiga Abdul" ini dilihat berkucaran....penerimaan DSSK sebagai "penasihat" itu telah menjadikan ikatan USBO juga terputus. DSSK dilihat menjadi 'rakan sepermainan" dengan DMA. Pemimpin USBO lain makin terpinggir.
Apabila Datuk Shafie Apdal mellihat situasi ini, maka 'ruang' untuk mendapatkan sokongan dari kalangan pemimpin UMNO Sabah makin tipis, dikhabarkan bahawa hanya Datuk Rahim dan Datuk Hajiji setakat ini yang 'rapat' dengan DSA. sedangkan ramai yang menaruh harapan bahawa DSA 'bakal' menduduki kerusi KM Sabah selepas PRU 13. berdasarkan hujah bahawa DMA dilihat menimbulkan konflik antara pemimpin parti komponen BN di sabah, selain daripada tuntutan kerusi pada PRU yang akan datang. SAPP telah 'keluar ' dari BN. Datuk Chong Kah kiat juga dikatakan tidak ngam dengan DMA.
Oleh sebab yang demikian, ramai penganalisis politik mempersoalkan apakah 'muslihat' DMA melantik DSSK sebagai penasihat Sains. Tidak lain adalah untuk memecahkan ikatan politik dalam USBO antara DSA dengan DSSK. Kerana gabungan mereka ini bisa 'mengkucar kacirkan" pengaruh DMA di Sabah. Kerana itu apabila muslihat politik ini berjaya, maka kelihatan DSA seakan tidak berpeluang lagi untuk menduduki kerusi KM Sabah.
Namun jika berlaku sebaliknya, iaitu DSA menjadi KM, atas kapasitinya sebagai pemimpin yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin KL, terutama PM , datuk seri Najib, maka di manakah posisi DSSK ketika itu?. Dikatakan DSSK sekarang begitu mengagumi kepimpinan DMA. Justeru jika ramalan bahawa DSA 'tetap' menjadi KM baru bagi Sabah..maka penerimaan DSSK sebagai penasihat kepada DMA akan menjadi 'malapetaka' besar bagi politik beliau.
Sedangkan angin bertiup kencang menyatakan bahawa TSP masih berpeluang untuk menjadi calon tunggal UMNO di Parlimen Kota Belud. Sepeninggalan DSSK terhadap TSP dan Datuk Amir Kahar akan memberi ruang besar bagi kedua pemimpin ini menjadi 'tulang' kepada DSA andai mereka turut 'dijemput' untuk menyusun semula kepimpinan Umno Sabah. Berjayakah DSSK dengan percaturan politiknya? Dan mampukah TSP dan Datuk Amir Kahar meyakinkan Datuk Shafie Apdal untuk menjadi 'team' politik menjelang PRU 13? Hanya masa dan waktu yang menentukan semua itu.
17 ulasan :
salam Kelapa Mawar...
dalam politik memang banyak helah dan tipu daya..mrk hrus bijak membuat perhitungan supaya tidak terus dilupakan..bagi saya tindakan SSK mengatur dan menyertai DMA adalah patut kerana DMA masih KM Sabah..soalnya adakah tindakan itu menguntungkan pada jangka panjang?
belum tentu lagi Shafie Afdal akan menjawat jawatan Ketua Menteri Selepas ini. ramai lagi pepimpin yang berkelayakan berbandingnya.
pada saya yang penting adalah kepentingan rakyat tidak kira siapa pun yang menjadi KM. selama ini Musa Aman telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik.
Anyone but Shafie Apdal!
Saya setuju dengan Adam. Mana-mana pemimpin yang menunjukkan kebolehan mereka untuk memimpin dan mengutamakan kepentingan rakyat adalah pemimpin yang paling sesuai untuk dijadikan KM.
Saya mana2x sahaja. Asalkan KM yang baru akan melaksanakan tanggungjawabnya dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
tak kisah sapa yang jadi KM, yang penting dia boleh menjalankan tugasnya dgn baik.
dalam arena politik sememangnya amat sukar diramal. segala percaturan belum tentu ianya mampu menjamin kedudukan seseorang. percaturan DSSK mungkin silap jika benar ramalan bahawa DSA akan menduduki kerusi KM sabah...
jangan membuat andaian sendiri yang menyatakan MA buat begitu untuk memutuskan ikatana USBO.
alangkah bagus sekiranya semua parti bersatu aman damai juga sabah dan senang unutk dibangunkan.
pada pendapat saya..setiap pemimpin perlulah bersatu demi menjamin kejayaan bersama. kekuatan sepasukan akan memblehkan para pemimpin berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat dan negara.
Whatever. People love to assume things without further understanding.
Tidak salah DSSK dilantik. itu perkara yang baik untuk beliau. DMA ialah menteri masa itu, tidak salah dia memberikan jawatan kepada orang yang pernah berjasa kepada negeri. janga jadikan ini isu bahawa DMA berniat jahat. tidak sama sekali pun DMA berniat jahat dalam isu ini.
Salam KM,
Kita tidak merasa hairan jika ada pemimpin politik yang sanggup memperhambakan diri dan sanggup mengorbankan masa dan ilmu politik nya demi untuk mendapatkan KUASA MUTLAK yang diimpikan oleh semua pemimpin, jika pemimpin kukuh dari semua aspek tetapi tidak mempunyai kuasa maka tidak lengkap ciri-ciri kepimpinan yang dimilikinya...jadi untuk itu 3 ABDUL dalam cerita Tan Sri P. Ramlee agak menjurus kepada strategi perniagaan dan politik seseorang itu yang memikirkan soal untuk mendapatkan kuasa dan kaya cepat didalangai oleh sifat tamak tapi kurang strategi dan perancangan masa akan datang, ternyata yang rugi diri sendiri...WAALLAHWALAMBISAWAAB,
tuan pengurus 25!!!!
I hope Datuk Musa masih boleh berterus menjadi CM.
Shafie Apdal's puppets. No doubt about it.
siapa yang jd KM nnti, laksanakanlah tugas anda dgn baik.
Post a Comment