Tuesday, July 27, 2010


Rumah guru Sk Tamau juga terbengkalai...





JKR KOTA BELUD melawat tapak..tetapi tiada tindakan yang diambil.




Bangunan sementara yang dibina, sempit dan tidak selesa.



Walaupun isu ini sudah terpampang di dada akhbar nasional Berita Harian, walaupun Pengerusi PIBG bersama wartawan Borneo Post, Sdr Naddin Sahiddin telah membuat liputan mengenai kelewatan pembinaan bangunan sekolah ini dan khabarnya telah pun diterbitkan dalam surat Khabar berkenaan, walaupun Isu ini telah dimaklumkan kepada JKR Kota Belud , sudah dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian, melalui unit pembangunan, isu ini juga telah sedia maklum kepada MP Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, telah maklum kepada DUN TEMPASUK iaitu Datuk Musbah Jamli di mana sekolah ini di dalam DUN Berkenaan, Namun segala-galanya bagaikan ‘mencurah air di daun keladi”. Isu kelewatan pembinaan Bangunan Sekolah ini telah mencecah lebih setahun. Tiada tindakan yang diambil. Semua agensi yang terlibat seolah-olah ‘enggan’ memberikan response.



JKR Kota Belud seakan menutup mata. Walaupun sudah beberapa kali melawat tapak pembinaan, dan juga mengetahui perkembangan ini, tetapi tiada tindakan drastik yang diambil. Jika menurut Iklan pembinaan di luar, sepatutnya pembinaan Sk Tamau ini siap pada bulan Jun 2009. Sehingga sekarang perkembangan hanya sekitar 70%. Kerja-kerja pembinaan hanya dijalankan oleh pekerja kontrak tidak sampai 10 orang. Jabatan pendidikan Kota Belud juga menutup mata, tiada tindakan yang diambil. YB MP PARLIMEN DAN YB DUN TEMPASUK juga gagal mengambil tindakan sewajarnya. Yang menjadi sasaran ialah murid-murid Sk Tamau yang tidak selesa dengan sesi pembelajaran yang dijalankan.Khabarnya juga Penyelia petang Sk Tamau juga telah mendapat surat pertukaran, kerana sekolah berkenaan telah diwartakan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran persekolahan satu sesi.Sedangkan bangunan konkrit masih belum siap sepenuhnya. Dimanakah murid-murid ini akan menjalani pembelajaran?



Kerana itu, Ketua kampung dan pengerusi JKKK harus segera melaporkan perkara ini kepada SPRM supaya dapat mengambil tindakan dan satu bentuk penyiasatan dapat dibuat, agar projek-projek kerajaan yang berimpak tinggi seperti ini tidak akan terbengkalai. Siapakah yang ‘melindungi’ projek ini sehingga agensi yang terlibat tidak dapat berbuat apa-apa? JKR, PPD KOTA BELUD hatta YB-YB di daerah ini juga 'gagal' memberikan alternatif. Adakah orang penting di sebalik projek ini? Rakyat berhak mengetahui keadaan yang sebenar. Jika tidak pembaziran wang rakyat yang digunakan untuk projek seumpama ini akan berleluasa.

.

17 ulasan :

Gambar seksi said...

Sila buat laporan kepada SPRM Kota Kinabalu supaya tindakan dapat diambil.

Gambar seksi said...

TUAN HAJI JALIL BIN JAAFAR
Pengarah (JUSA C)
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Aras 3, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan Sabah,
Peti Surat 6000
Jalan UMS
88400 KOTA KINABALU
PA – CIK SITI SUSIEANA BINTI JAAFAR

Tel :
088 – 488381 /382 / 383 / 384
Faks :
088 – 488387
E-mail :
jalil@sprm.gov.my
pa_bpr_sabah@yahoo.com

Gambar seksi said...

KM..

satu siasatan rapi perlu dibuat oleh SPRM mengenai isu ini...

rojokobog said...

Salam KM,

Isu ini amat sensitive, sebab melibatkan pembelajaran/ pendidikan murid sekolah rendah yang boleh dikatakan berada di luar Bandar, pemantauan projek seperti ini biasanya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pelajaran Daerah, tapi yang melibatkan teknikal diurus selia oleh Jabatan Kerja Raya disebabkan pihak JKR mempunyai Jurutera yang bertauliah, seharusnya Kontraktor pelaksana juga lebih bertanggungjawap keatas kelewatan pembinaan Sekolah tersebut.

Jika aduan kelewatan ini telah dimaklumkan kepada ADUN Tempasuk dan Ahli Parlimen P.169 Kota Belud, sudah pasti mereka hanya sekadar boleh menyuarakan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri Sabah ketika dewan sedang bersidang, dari sudut lain mereka hanya boleh membisikkan dgn rakan-rakan Menteri atau Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Kesimpulannya pihak Kontraktor dan Jabatan Kerja Raya juga Jabatan Pelajaran Daerah MAHA mengetahui apakah punca sebenar disebalik kelewatan pembinaan Sekolah Kebangsaan Tamau ini.

Orang Sama said...

inilah kelemahan kerajaan di bawah BN..mrk suka memberikan projek kp kroni bila ada masalah susah plk di tegur..semua lepas tangan tiada penguatkuasaan undang2 dan semua yg terlibat memperolehi komisyen..akibatnya kepentingan masyarakat tidak diambil kira..

ANTI PAKATAN RAKYAT said...

Kelapa mawar..

isu projek bermasalah bukan sahaja berlaku di Sabah dan Kota Belud tetapi juga seluruh negara..

mungkin KM masih ingat MMR2 yg dibuat zaman Samy Vellu jadi menteri kerja raya..kos penyelengaraannya melebihi kos membina...ini satu pembaziran..

zaman Najib ni meletus dengan kes PKFZ yang juga terpaksa ditambah kos pembaikpulihan...

kes kehilangan enjin pesawat yg akhirnya di jumpai di luar negara..sampai sekarang tidak ada yg bertanggungjawab..

kes kapal selam yg rosak dan komisyen pembelian RM 500 juta ringgit..

kemudian kes runtuh stadium di Terenggangu waktu Idris jusoh menjadi MB..

malahan ada org dalam di kementerian kebudayaan yg mendakwa Kos program isteri2 menteri yg berlangsung di sabah beberapa minggu lepas telah mencecah peruntukan RM 4 juta..

kes penyelenggraan bangunan Parlimen..dan macam-maca lagi..inilah makna kebocoran dan ketirisan dlm pentadbiran kerajaan ..ini yg sepatutnya ditangani bukan mengurangkan subsidi kononnya utk penjimatan kerajaan..rakyat yg jadi sararan..

ANTI PAKATAN RAKYAT said...

walaupun kita anti PKR namun, semua kesilapan kerajaan ini kita akui dan sebagai rakyat biasa..kerajaan harus menangani isu ini supaya tidak berlarutan..

Watababai said...

KM..

isu ini sangat penting utk diketengahkan..

kalau sebelum ini ramai ahli fikir dan politik di Tamau yg beriya-iya menjadi hero memperjuangkan kebajikan rakyat..kita minta mereka ini berjuang utk ini..

buat laporan kepada SPRM, jika masalah ini terus menghantui masyarakat Tamau..

saya kenal beberapa org pemimpin di kwsn itu..

1. Razak rakunman
2. Roslan hj Manshor( AJK Umno KB )
3. Musram Rakunman
4. Laiman Hj Ekin ( AJK pusat PKR)
5. Ladim Abd Rahman ( PIBG)
6. Tuan Hj Manshor Jali ( k.cwngn)
7. Ismail Adas ( K. cwngn)
8. Mukdin Hj Manshor (PKK1 Sk Tamau)
9.Hj Madli Hj Manshor (imam daerah)
10. Akriah barabag ( farmasi Aslam)
11. Abd. Naddin sahidin ( wartawan)
12. Dan ramai lagi guru2 serta pegawai kerajaan dari kg ini..


Mana mereka ini tidak tampil membela keadaan yg berlaku di kg mereka...

jangan harap orang lain akan membela nasib kg Tamau, kalau mrk ini diam membisu..

Watababai said...

KM..

saya setuju dgn apa yg dikatakan oleh Anti PKR..inilah kebocoran dan keborosan kerajaan..

apa kuasa dan pengaruh dari Kontraktor jika semua agensi berdiam diri..pemberian komisyen utk tutp mulut atau telah berlaku rundingan kepada beberapa pegawai sehingga tindakan tidak diambil

Husin Lampoyang said...

Kalau begitu..mungkin bangunan sk Tamau ni akan jadi bangunan berhantu kerana lambat siap..murid dan guru2 akan takut belajar di bangunan itu kelak..kesian budak2 ....

tamatkan saja bah kontraktor itu ..apa yg kerajaan tunggu lagi...

Datu Kabogatan said...

pemimpin setempat kena buat laporan SPRM..

Datu Kabogatan said...

saya tidak puas hati dgn ulasan Datuk Musbah dalam hal ini..kerana ia sudah berlarutan setahun yg lalu..apa lagi yg ditunggu dgn PPD? lihat komen Datuk Musbah:

>>"Soal isu SK Tamau saya difahamkan menghadapi masalah kontraktor, bagaimanapun kita telah menyeru kepada Jabatan Pelajaran Daerah yg bertanggungjawab agar mengambil tindakan yg sewajarnya bagi mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.
>>"

Sebagai YB..adakah itu jalan penyelasainnya...Jauh sudah YB ini dari macam dulu..atau kerana YB ini kalah dalam peti undi Tamau maka masalah ini diambil ringan..?

Datu Kabogatan said...

Eloklah masyarakat kg buat tindakan segera...dapatkan nasihat SPRM dalam hal ini..buat protes secara berkala..kumpul beberapa org kg yg boleh di harap...

kalau masyarakat Labuan berani buat bantahan tentang tuntuan tanah rezab..kenapa masyarakat Tamau tidak buat bantahan tentang hal ini..panggil wartawan BH Azrone...panggil wartawan Borneo Post Naddin sahiddin, panggil TV3..dalam program aduan rakyat...semoga berjaya..

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Kalau Dah Tahu Projek BN banyak masallah, Tukarlah Kerajaan, Dah Cuba Baru Tahu Jantan Betina Nya

SUARA RAKYAT KUNAK said...

Ada Di Lupa, Tahnia ANTI PKR, Kerana Mengubah Sikit Haluan Sokongan, Macam Mana Tukar Tajuk Blog Jadi ANTI BN, Ingat, Bloger PAKATAN Ada Peruntukan Rm22 Juta Untuk Tawan PJ.

watasikadi said...

salam KM,
Perkara seperti ini banyak berlaku terutama di negeri tercinta kita dibawah bayu..saya tidak hairan perkara sebegini berlaku, SPRM sukar mengambil tindakan kalau tiada laporan dan perlu keberanian untuk melapor kerana ada peluang jadi macam mendiang TEO BENG HOCK dikerat dan dicampak jika anda dipanggil menjadi saksi ataupun memberi keterangan. akhirnya nyanyilah lagu tiada tempat mengadu kerana semua pihak sudah pun dimaklumkan.bahagian yang menguruskan sekolah dalam JKR harus cepat bertindak sebelum anak-anak SK Tamau Menjadi mangsa keadaan. jika penurunan prestasi berlaku maka mungkin ini bakal menjadi puncanya. persoalannya disini masihkah ANWAR IBRAHIM ataupun TOK GURU NIK AZIZ yang bersalah? ataupun lim kit siang? siapa harus dipersalahkan oleh kerajaan barisan nasional kali ini? tidak mungkin mereka mengakui kesalahan mereka. ADUN TEMPASUK? pun tidak harus dilibatkan dalam perkara ini walaupun ini kawasan pilihanrayanya, begitu juga ahli parlimen kita, tidak juga harus dilibatkan kerana ini projek terbengkalai, jika projek yang sudah disiapkan dan projek bakal disiapkan barulah mereka ini terlibat dan semuanya adalah idea mereka. semua idea mereka ini bernas-bernas belaka, mereka ini tidak mungkin ditegur kesilapannya kerana merekalah JUARA RAKYAT. TIDAK GITU KAWAN2? KAKAKAKAKA... hidup BN!!HIDUP BN!! HIDUP BN!! matai lum balik niak aku ngundi berisan nak..tabik2...hehehe..amun aku pesut tigad ku betisku...

DATU SI RENGIT said...

Slm watasikadi,

saya rasa yang bersalah adalah "DIA" sebabnya saya tidak kenal siapa "DIA" dan pasti watasikadi pun tidak kenal siapa "DIA" Rakyat Kota Belud pun pastinya ndak kenal juga siapa "DIA". kan...kan....kan....nek...kan...kan..

Kena salahkan orang lain...betul saudara kata yang harum2 saja diaorg punya...dunia-dunia....