Thursday, July 8, 2010


Sekalipun pada luarannya politik Sabah nampak tenang, namun pada dasarnya ia cukup bergelora, lantaran kerana barangkali 'gelora' itu diakibatkan oleh rasa ketidakpuasan hati parti=parti komponen BN di Sabah terutama bila menyentuh tentang pengagihan kawasan Pilihanraya kepada parti-parti tersebut. Setakat ini sebagai rekod Barisan Nasional (BN) Sabah terdiri daripada UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Pasok Momogun Kebangsaan Sabah (PASOK), MCA, MIC, Gerakan, Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Ertinya dengan anggota seramai 8 buah parti ini, tentunya amat memeningkan kepala Pengerusi Perhubungan BN iaitu Datuk Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah.

Walaupun cuba disembunyikan, namun isu perebutan kawasan kerusi pilihanraya ini tetap menjadi perhatian media arus perdana. Malahan ketika melawat Sabah PM, Datuk Seri Najib enggan menjadikan isu ini sebagai isu pokok perpaduan BN di Sabah, sebaliknya meminta supaya semua pihak memberikan keyakinan kepadanya untuk membuat sesuatu yang terbaik buat Sabah.

Parti Umno yangh dikatakan sebagai tunjang bagi BN Sabah sudah sebegitu 'rakus' meminta dan mendesak beberapa kawasan yang diwakili oleh parti rakan dalam BN diberikan kepada mereka. Tentunya kita masih ingat apa yang berlaku di Parlimen Kota Marudu, bilamana Umno 'memohon' kawasan itu untuk diwakili oleh mereka. Sedangkan kawasan terbabit dibawah pengaruh politik PBS yang diwakili oleh Dr Maximus Onggkili. Terbaru pula dikhabarkan Datuk Gapur Salleh yang juga ketua Umno Kalabakan 'meminta' supaya kawasan DUN Merotai yang diwakili oleh LDP diserahkan kepada UMNO.

Di kawasan Pantai Barat juga menyaksikan hal yang sama apabila Datuk yahya Hussin yang juga timbalan ketua menteri meminta supaya kawasan parlimen yang diwakili oleh UPKO melalui wakil rakyatnya Datuk Marcus Makin supaya melepaskan kawasan itu dan diserahkan kembali kepada UMNO.

Pergolakkan yang berlaku ini seoilah-olah memberi gambaran bahawa pemimpin umno di sabah seakan terdesak dengan peranan parti komponen yang lain. Apakah sebenarnya motif kepada tuntutan politik ini? Apakah kerana kecurigaan telah mula melanda BN Sabah? Atau benarkah bahawa akan ada desas-desus yang menyatakan terdapat parti komponen BN di negeri ini yang tidak berpuas hati dengan UMNO SABAH?

Tabiat 'mendahului' keputusan pimpinan parti peringkat tertinggi bukan sahaja menimbulkan kerenggangan yang besar tetapi juga menimbulkan konflik dalaman yang dahsyat. Sebermula lagi prestasi kepimpinan politik KM begitu dicurigai oleh ramai pemimpin politik veteran di sabah apabila detik hitam melanda mereka menyaksikan penguguran beberapa personaliti politik Sabah yang berpengaruh pada PRU12 yang lepas.

Kini Umno Sabah terlontar pada satu dilema politik yang besar, antara tuntutan pemimpinnya sendiri dengan tuntutan pemimpin parti komponen Bn yang lain.Parti pembangkang pula sedang merangka strategi menewaskan mereka.

19 ulasan :

samm said...

saya berpendapat umno di Sabah masih lagi kukuh dan maih lagi menjadi pilihan rakyat...umno tidak berasa terdesak kerana penduduk di Sabah masih bersatu hati untuk menyokong umno dan BN...

Unknown said...

Umno akan sentiasa di hati I. ;)

Unknown said...

UMNO terdesak? Tidaklah...Saya rasa UMNO masih akan jadi pilihan penduduk Sabah. Apa-apa pun, diharapkan pada pilihan raya yang akan datang, parti2x akan bersaing secara adil.

Ted Medresher said...

umno perlu mengambil langkah-langkah memulihkan keadaan 'terdesak' ini jika ingin terus kekal sebagai pilihan rakyat. mana-mana parti pasti pernah menghadapi keadaan terdesak namun itu bukanlah satu pertimbangan bahawa parti tersebut diambang kejatuhan.. teruskan usaha..

Paquin said...

Terdesak atau tak, terpulang lah pada individu yg menilainya... Namun bg saya UMNO masih gah lagi di sabah :)

Paquin said...

Ya betul tu jieah. Even org cakap umno dah tak kukuh, tapi tengok ja la sokongan rakyat utk umno dan bn... masih aramaii tii. hehehe

Paquin said...

Bah sama2 kita tengok apa kejadian next GE nanti. hehehe

Paquin said...

Apapun saya harap agar semua komponen BN bersatu hati dan jgn biarkan pembakang memecahbelakan kesatuan yg telah wujud sekian lama :)
Good luck for next GE.

Boten_Trish said...

Hurm, not sure. We will have to wait and see for that.

Hamdan Hadillah said...

kompenan BN mestilah bersatu untuk menjadi lebih kuat dan dapat menghalang PR..jangan mudah ditipu oleh PR dan semua yang mereka buat adalah untuk menaikkan semangat kompenan BN sendiri untuk menjadi lebih kukuh dan kuat.

polemic said...

bagi sya, tidak salah untuk 'meminta' atau 'memohon' suatu kawasan parlimen atau DUN oleh pihak2 dari UMNO, namun begitu sebelum berbuat demikian, ada baiknya pertimbangan yg sewajarnya dibuat...kerana tindakan 'meminta' atau 'memohon' ini boleh mengundang kecurigaan bukan saja di kalangan pemimpin2 parti komponen yg sama, akan tetapi memungkinkan berlakunya 'split-vote' atau undi yg terbahagi dua disebabkan oleh berlakunya pertukaran pemimpin di suatu tempat tersebut...

selain itu, permintaan untuk suatu kawasan parlimen atau DUN akan mengundang perbalahan diantara parti2 komponen, yg mana akan memprojeksikan satu imej yg tidak begitu baik untuk dilihat oleh bakal2 pengundi, dalam masa yg sama akan mengundang persepsi bahawa berlakunya konflik dalaman atau foundation gabungan yg kurang mantap.

tombolo said...

UMNO-BN masih lagi kukuh di Sabah, masalah itu hanyalah perkara kecil, ia boleh diselesaikan dgn segera. hal ini tak perlulah dibesarkan

matt17 said...

`BENARKAH UMNO TERDESAK DI SABAH?' saya berpendapat ,ya! sebab umno bukan sebenar pilihan semua pribumi sabah..pun gitu..kita tunggu bersama...

langsat said...

"BENARKAH UMNO TERDESAK DI SABAH?". Bagi saya ini adalah satu cabaran yang parti BN perlu hadapi, oleh itu semua parti-parti komponen perlulah bersatu hati dalam menyelesaikan masalah terutamanya bila menyentuh tenteng pengagihan kawasan pilihanraya.

Anonymous said...

pilihan rkyat dalam BN adalah parti dari Sabah, UMNO bukan parti dari Sabah. oleh itu, kita nilailah sendiri.

langsat said...

Perlu ada perbincangan baik dalam pengagihan kawasan kerana ia boleh menimbulkan kerenggangan yang besar dan juga menimbulkan konflik dalaman yang dahsyat.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Sebenarnya Pembangkang yang terdesak di Sabah, sepatutnya itu tajuk yg dipaparkan oleh KM, BN yang ditunjangi oleh UMNO khususnya di Sabah amat rancak membangunkan ekonomi Negeri Sabah hinggakan rezab kerajaan negeri sekarang mencecah 3 billion ringgit, sebagai tunjang parti Barisan Nasional, UMNO tidak pernah gentar dalam melayari perahu dan bathera gelombang pilihanraya yang akan diadakan pada masa akan datang, tapi apa yang menjadi tumpuan kerajaan BN adalah bagaimana untuk menjadikan Negeri Sabah ini menunjukkan prestasi ekonomi yang baik dikalangan rakyat akar umbi, RMK- 10 yang akan menyinsing tiba di ufuk pagi kian menunjukkan petanda yang amat baik dan jelas bahawa semangat 1 Malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan akan tercapai dgn jayanya, kerajaan BN tidak terkapai-kapai seperti pembangkang yang belum ada tanda-tanda utk betapak apa tah lagi untuk menjana ekonomi rakyat jauh sekali, fikirkan yang logik bukan yang komik.

matt17 said...

Kekuatan umno sangat terbatas.yg boleh dikatakan kuat adalah barisan komponennya dalam bn.kalau berani bertandinglah atas nama umno..lihat apakan jadi?? kenali etnik dan alatuju perjuangan anak2 sabah masakini..jgn terlampau yakin dengan umno bro..apa pun boleh jadi!!!

Brendan said...

Umno akan terus kuat & akan terus relevant di mata dan hati majoriti penduduk Sabah....

Jika tidak, mengapa tidak ada satu pun wakil umno sabah kalah dlm pru12 yg lepas...semua menang & semua disapu bersih...

bukan saja umno, parti2 komponen lain jg beraksi cemerlang...