Gelora politik di sabah sejak akhir-akhir ini begitu besar bahananya, apa tidaknya sudahlah dikatakan bahawa Najib akan membuat keputusan terbaik buat Sabah, diwar-warkan lagi kononnya Sabah akan mendapat Ketua Menteri Baru sejurus selepas PRU 13, yang paling lewatpun akan diadakan pada 2012. Kalau diawalkan pun kebarangkalian sekitar selepas konvensyen BN penghujung tahun ini itupun kerana berdasarkan kajian telah berlaku peningkatan sokongan rakyat kepada Najib sehingga mencecah 70%. Dan jika mengambilkira pendirian Tun Mahathir, maka tempoh yang paling sesuai membubarkan Dewan Rakyat ialah pada ketika ini. Kemudian dari itu, kedengaran juga berita bahawa pembabitan MA dalam beberapa skandal yang tengah disiasat oleh SPRM membuatkan gelora politik Sabah semakin memuncak.
Maka kedengaran desas-desus kononya MA akan meletakkan jawatan, mendahului tangapan awal beliau akan disingkirkan dari Jawatan itu. Lalu yang menjadi perhitungan di KB ialah apakah yang bakal terjadi kepada DSSK yang mula bermanis muka dengan KM Sabah itu? Dan bagi masyarakat KB, perkara paling tragis yang menghinggapi pemikiran mereka ialah ke mana haluan politik TSP yang kini berstatus 'Speaker dewan Rakyat"?
Walaupun sebelum ini, ramai yang menjangkakan bahawa TSP 'bakal' menjadi TYT Sabah, berdasarkan hujah bahawa jawatan YDP Dewan rakyat adalah jawatan pencen politik, namun harus diingatkan bahawa percaturan politik TSP selama ini nyata begitu berbisa.Sesekali walaupun seakan disisihkan dalam parti dan kerajaan..tetapi pada waktu itu juga TSP mendapat kekuatan dan akhirnya kembali mencatur politik peribadinya. Bahkan jawatan YDP yang diterimanya itu memberikan satu kelebihan besar kepada pemimpin Iranun itu untuk terus 'kekal' dalam persada politik tanah air dan sabah khasnya.
Jika sesungguhnya MA benar bukan lagi KM Sabah, maka TSP juga mempunyai peluang yang lebih besar untuk kembali menjadi wakil rakyat sama ada kembali ke DUN TEMPASUK ataupun diberikan tugas besar menggalas PARLIMEN KOTA BELUD. Berdasarkan hujah juga bahawa ketika ini Datuk seri shafie Apdal yang dikatakan 'bakal' KM baru bagi sabah memerlukan 'regu' diperingkat negeri untuk membangunkan Sabah. Dan setelah 'penderhakaan" DSSK dalam hubungan batin politik mereka iaitu menyertai team MA, maka ada kemungkinan TSP akan menjadi pilihan utama DSA.
Jika yang demikian, maka politik sabah dan politik KB akan menyaksikan semula percaturan dan perhitungan terakhir TSP dalam persada politik Sabah. paling tidak pun, TSP akan kembali menjadi 'hero' KB untuk kesekian kalinya, selepas mentari PRU 13 melabuhkan tirainya.
26 ulasan :
Musa Aman takkan letak jawatan, rakyat Sabah masih memerlukannya!
sehingga setakat ini rakyat Sabah masih memerlukan Musa menjadi pemimpin mereka. rakyat Sabah selama ini menyokong kuat kepimpinan Musa..
buat masa ini hala tuju masa depan sabah masih samar-samar. lebih-lebih lagi penerimaan rakyat serta pemimpin-pemimpin sabah terhadap kepimpinan shafie tidak begitu memberangsangkan. bagaimana pula jika yahya hussin yang menggantikan tempat MA?.. apa2pun kita hanya mampu mengharapkan yang terbaik untuk Sabah..
banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang belum DMA lakukan. ini bermakna, tidak mungkin beliau mahu untuk meletak jawatan kerana hak rakyat belum lagi beliau tunaikan.
jika Musa terus jadi KM sabah, bahagialah hidup golongan bumiputera baru, golongan pendatang, golongan kelas menengah yang miliki megamall, pasaraya, bangunan kedai dan hotel mewah!!!bermaharajalela keturunan yang kononnya berpengaruh!! Wahai bangsa pribumi dan anak negeri, kamu akan terus menangisi nasib dan hidup dengan bantuan PPRT dan mengharapkan seribu janji.....
baca blog konspirasipolitikmelayu.blogspot
salam MO.
salam KM
KM seorang penganalisa politik kota belud yang mampu mencari lubang jarum dlm byk lipatan kain. kesudahan politik di sabah bukan senang utk di beri tafsiran. kenyataan KM sgt membuka pemikiran ahli politik dan rakyat. mmg ada benar nya.
tahniah KM.
-murai.kb-
Tidaklah. Tak mungkin Musa Aman akan letak jawatan. Banyak lagi urusan negeri yang belum diselesaikan.Harap2x Musa Aman akan terus menjadi KM untuk beberapa tahun lagi.
Kalau mahu tukar, siapa kamu rasa yang lebih sesuai dilantik KM baru?
Siapa yang lebih layak untuk jadi KM sabah selepas Musa Aman? Takanlah Shafie Apdal...
susah nak pastikan siapa yang sesuai jadi KM, tp yang pasti Shafie memang tak sesuai.
saya tidak mendengar dari mulut Datuk Musa Aman itu sendiri tentang peletakkan jawatan KM. maka saya tidak akan percaya semua itu selagi tidak dari tuan badan itu sendiri yang mengatakan.
ya.. pacayang, Musa Aman tak pernah pun wat pengumuman dia nak letak jawatan, dari manalah dorang dpt cerita ni. pandai2 ja dorang ni!
itulah di namakan khabar angin mandau. cerita yang tiada-tiada dibuat saja.
pada pembaca sekalian, jangan mudah terpedaya dengan khabar yang tidak benar seperti menyatakan Musa Aman letak jawatan. Sebenarnya semua itu adalah tidak benar. fikir-fikirkan...
Musa akan terus menjadi KM sabah.
Musa Aman takkan letak jawatan la!!!!
Takkan tak faham2...
aduii napa la orang masih mahu cakap yg si Musa ni akan letak jawatan. duii kin hairan oo..
Setuju gunner. Sabahan masih perlukan khidmat Musa Aman bah.
Ya linda. Saya pun masih bagi sokongan tak berbelah bagi dgn CM kita ni. hehehe
Ya Ted, sebagai rakyat pastinya kita mengharapkan yang terbaik utk Sabah. Jadi sama2 lah kita tunggu dan lihat apa kejadiannya nanti :P
Ya toM. Musa Aman seorang pemimpin yg bertanggungjawab dan saya yakin beliau pasti akan laksanakan semua tanggubnjawabnya dgn penuh komitmen:)
Tapi ada baiknya kita ignore ja hal ni. Selagi Datuk Musa tak buka mulut dedahkan sendiri hal ni selagi itu lah hal ni remain as gosip liar. hehehe
nampaknya ramai yang tidak setuju jika Musa Aman letak jawatan.
pemimpin yang baik akan disukai ramai. Khidmat Musa Aman masih lagi diperlukan.
Hurm. Complicated. To have Shafie as the CM is a big no no. But changes will come soon. And I will not speculate. Only time will tell.
musa Aman byk memberi sumbangan terhadap negeri sabah. kita perlu hargai sumbangan beliau. harap penggantinya boleh majukan sabah.
Post a Comment