Thursday, July 1, 2010


Saya cuba untuk mengelak membicarakan isu ini dalam suasana kehangatan persidangan Pemuda Kota Belud, kerana mungkin ada yang beranggapan artikel ini dikeluarkan oleh penulis upahan untuk menjatuhkan pemimpin tertentu..namun itu tidak benar . Saya cuba mengetengahkan idea ini kalau-kalau ia menjadi pedoman dan panduan kepada kita masyarakat Kota belud... itupun terpulang pada anda kerana yang membuat penilaian dan keputusan juga adalah sdr para pembaca.

Bila saya cuba menyelami hati dan hasrat beberapa perwakilan pemuda pada persidangan dua hari yang lepas..banyak yang saya perolahi termasuklah ketidakpuasan hati kepada pimpinan pemuda sekarang yang disifatkan sebagai lesu, tidak bermaya dan terkebelakang daripada menjadi juara di hati golongan muda di Kota Belud. Maka saya dan beberapa orang perwakilan pemuda yang menghubungi saya mula melihat kepada punca keadaan ini berlaku..Kehadiran perwakilan pemuda begitu menggusarkan kerana seperti yang didakwa kehadiran sekitar 300 orang jika dibandingkan dengan jumlah yang sepatutnya mencecah lebih 500 orang. Ketika membicarakan isu ini pada posting sebelumnya, ada yang berpendapat bahawa kelesuan pimpinan pemuda di KB ini berkait rapat dengan kelesuan pimpinan pemuda di peringkat pusat..Benarkah? Saya banyak kali berfikir tentang perkara ini...kalau Khairy Jamaluddin tidak diberikan portfolio dalam kabinet...apakah itu punca kepada 'kelesuan' yang dimaksudkan.? Apakah signifikannya dengan pemuda KB..? Apakah kerana tidak diberikan 'ranking' politik di sabah, atau di daerah ini ,maka 'kelesuan' itu timbul.?

Ada perwakilan pemuda yang menyalahkan kepimpinan ketua bahagian iaitu Datuk Salleh tun Said, kerana atas beberapa sebab yang sempat saya dengar dan catatkan. Pertama kerana pada peringkat pemilihan ketua Bahagian, dikatakan perwakilan sudah membuat keputusan menolak kepimpinan Datuk salleh berdasarkan undi pencalonan yang diperolehi berbanding dengan Datuk Musbah Jamli. Namun atas sebab lain yang saya rasa sebagai perwakilan KB kita sedia maklum, maka 'signal' awal perwakilan itu 'terbatal' bila keputusan diumumkan.

Selepas DSSK mennerajui kepimpinan Umno KB..tidak banyak yang boleh dibanggakan. Di peringkat akar umbi dan pemuda generasi profesional..natijah kepimpinan DSSK kerap dipersoalkan seawal menerajui USBO lagi...kegagalan menjelmakan semangat dan roh USBO menyebabkan reputasi kepimpinan DSSK di peringkat masyarakat merudum, terutama pada penerimaan orang muda.

Aktiviti DSSK yang masih 'menjauhkan' diri ketika masyarakat KB memerlukannya seperti beberapa malapetaka yang menimapa berupa banjir, kemarau, kebakaran dan tuntutan tanah rezab kuala pintasan sedikit sebanyak 'membenarkan' telaahan golongan muda bahawa DSSK hanya sekadar 'kembali' untuk diri dan bukan untuk masyarakat.

Pemilihan sdr Barur sebagai ketua pemuda, yang dikatakan menerima 'tajaan' dari dua gergasi politik yang mahsyur di Kb juga menimbulkan satu kesilapan yang sangat besar. Bukan tidak ada calon bertepatan tetapi kerana faktor lain yang boleh kita fikirkan. Dikatakan untuk menyelamatkan politik golongan tertentu.Malahan komen seorang perwakilan pemuda yang terlibat secara langsung dalam kempen, memberitahu kepada saya bahawa kekalahan calon pilihan mereka disebabkan oleh unsur 'sabotaj'.

Penglibatan beberapa golongan muda berpendidikan yang mengatururus serta mentelaah kembali semangat perjuangan Embo Ali, telah meresap dalam diri beberapa kerat pemimpin muda di peringkat kawanan dan sahabat karib. Malahan ada yang mula mencari apakah impak yang boleh dimanfaatkan dari kelangsungan politik keturunan "Arshad" di Kota Belud.

Maka berlalu isu itu, timbul pula ketidakseragaman agenda dan program peringkat Parlimen. Datuk Rahman dilihat banyak melakukan program bersendirian, tanpa 'link' dari pemuda dan Umno bahagian KB. Unsur-unsur ini dilihat sebagai satu lagi kesilapan yang wajar diperbetulkan. Kerana bagi saya dan masyarakat KB, pedewasaan sokongan golongan muda kepada kepimpinan Umno KB, harus bermula dari 'keyakinan' bahawa pimpinan sedia ada mampu menjiwai aspirasi mereka.

5 ulasan :

Orang Sama said...

Isu ini perlu dambik perhatian oleh umno kb kalau tidak banyak akan berlaku...silap2 datu salleh akan kalahkalau bertanding...

Orang Sama said...

Km..

sebagai ahli umno kb, saya rasa sudah sampai masanya kita melahirkan pemimpin pelapis yang boleh mmebawa kita dalampersaingan politik di sabah..bukan hanya melahirkan pemimpin kelas daerah,..

Ajin b. Gagah said...

Saya mulakan dengan hiasan salah satu perpatah orang cina yang saya ingat ia itu, “yang kekal hanya lah ‘bumi, angin dan air’. Disamping itu ada juga perpatah yang mencadangkan, “ Duit bukan lah segala-gala nya ? ”

However, dalam isu ini, bagi saya yang berlaku itu sudah juga berlaku. Kita ‘suka atau pun tidak keadaan nya’, DSSK serta sdra Barur telah pun ditakdirkan untuk menerajui UMNO sehingga akhir penggal mereka.
Pasti nya mereka ini telah di pilih untuk menjawat jawatan tersebut oleh perwakilan UMNO KB ketika itu.

Lumrahnya hal ini sudah menjadi sejarah UMNO KB yang tidak mudah untuk dikikiskan sebegitu sahaja.

Justru itu, saperti juga PM Datuk Najib Razak, kenapa mereka ini tidak diberi peluang selanjutnya untuk menghabiskan tanggung jawab yang telah di amanatkan sehingga akhir penggal mereka kelak.
Lepas itu terpulang lah kepada cita-rasa masing-masing untuk memilih yang baru.

Seada nya, apa-apa pun yang kita katakan terhadap mereka; dalam realiti nya tidak akan mengubahkan kedudukan mereka. Bak kata orang ‘saperti menyiram air ke pasir’.

Apa lagi kalau yang kita hasratkan itu semata-mata berbentuk teguran yang hanya menuju kearah satu haluan; ia itu komplen dan kutukan yang tidak akan berkesan disamping tidak ada lagi makna nya.

Di dalam dunia politik kita yang hampir-hampir demokrasi ini, selalunya kita bebas menyuarakan pendapat kita, kan? Sama ada berbentuk positif atau pun negatif. Sama ada berciri professional atau pun peribadi. Dalam kontek itu, kadang-kadang agak susah juga untuk kita kenal pasti yang mana satu diantara dua.

Walau macam mana pun, saya rasa kagum juga atas kebolehan KM dalam membentuk isu-isu yang seharus nya kita kongsi bersama. Kerja dan tanggung jawab yang bukan mudah di ICT kan melalui dunia blogging ini..Syabas.

Salam dan semuga sukses selalu.

watasikadi said...

Salam KM,
UMNO, UMNO UMNO..lesukah pemuda UMNO? apakah objektif dan tujuan utama perwakilan menghadiri mesyuarat pemuda bahagian? adakah mahu mengutarakan solusi mesyuarat cawangan? ataupun sekadar memungut wang kopi? begitulah juga seterusnya apakah tujuan memilih wakil 2 pemuda ke persidangan pusat? mengapa hanya 3 calon bertanding berbanding jika di pusat ada pemilihan juga? kenapa? adakah mereka yang bertanding wakil 2 ini sekadar membawa lesen PKK,PMS,CIDB dan lesen2 kontraktor yang lain untuk meminta projek? sementara rakan kroni hanya mengirim? tidakkah wakil 2 bahagian kota belud mahu menyuarakan kesusahan pemuda pemudi kota belud khasnya dan sabah amnya? fikirkanlah...semua ini diperhati pengundi dan memberi impak besar pada UMNO sendiri. positifkah pandangan orang muda pada UMNO? masihkah DSAI bersalah dalam hal ini?

ROJOKOBOG said...

Salam KM,

Sebagai orang muda dan mempunyai baki pemikiran yang agak jauh, ahli-ahli Pemuda UMNO Kota Belud harus ada pendirian terhadap memilih seseorang pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan terutama peringkat UMNO bahagian, sebagai asas yang mutlak jangan pilih pemimpin berdasarkan " WANG NYA ", jangan jual maruah Pemuda dengan sewenang-wenangnya, kelesuan sudah terasa oleh sebilangan Pemuda sekarang, SIAPA YG HARUS DIPERSALAHKAN? pada hakikatnya bagi yang telah memilih di pihak yang menang maka rasa segar senantiasa menyelebungi hati sanubari mereka hingga ke saat ini, oleh yang demikian berfikir lah seribu kali bila memilih pemimpin di setiap peringkat.

Sebagai ahli UMNO di peringkat akar umbi gelagat Pemimpin akan jadi perhatian setiap masa, buat lah kerja yang berkesan daripada bercakap tapi tiada hasilnya, budaya lebih bercakap sudah lama melingkari individu tertentu dalam UMNO, bila ditanya apa sumbangan dengan UMNO jawapnya ZERO atau BUEH ILO....sama-sama lah kita fikirkan.