Tahun ini,ramai yang bersetuju bahawa pemilihan G7 Umno KB ke Kuala Lumpur tidak seceriatahun-tahun sebelumnya. Tidak 'sepanas' ketika datin Saida 'menawarkan' diri untuk ke Persidangan Agung UMNO. Tidak 'selincah' ketika YDP PERKASA SABAH mengedarkan buku politiknya "Konspirasi Politik Melayu" dan juga tidak semeriah ketika medan blog menjadi begitu popular pada dua tahun yang lepas. Kini Facebook mengambil alih menjadi pilihan ramai pemimpin di daerah ini.
Mungkin ketidak meriahan pemilihan wakil G7 iniberkait rapat dengan status wakil berkenaan yang hanya bersifat 'pemerhati' sahaja setelah berlaku beberapa pindaan perlembagaan Umno. Walaupun beberapa nama seperti yang dijangka tetap menawarkan diri untuk 'melancong' ke Kuala Lumpur seperti Tn. Hj. Mayor, En. Marali Adim, En. serin Sudah, Dr Salisih Ukoh Dan tidak terkecuali sdr Musli Oli yang masih tidak 'serik' mencuba dan melihat 'populariti' politiknya di daerah koboi ini. Seperti ramalan sedia ada Sdr Serin 'tetap' menjadi pilihan perwakilanseperti sebelumnya.
Seperti yang dijangka politik Wang masih menjadi amalan beberapa calon wakil G7. Ada yang berlegar pada waktu malam mengedarkan sampul berkepala raja sekitar 10-30, bergantung kepada 'modal' sedia ada dan kesediaan untuk 'membeli belah' di PWTC.
Walau bagaimanapun, ada juga calon G7 yang 'bertaubat nasuha' dengan tidak mengedarkan "kepala raja' sama ada memang telah meninggalkan budaya kotor itu atau memangnya tidak ada 'modal', nyata telah memberikan satu persepsi baru bagi UMNO KB.
Beberapa nama yang sengaja tidak disebut disini yang telah 'meninggalkan' budaya 'kepala raja' ini telah didapati berjaya 'menawarkan' air liur para perwakilan sehingga mereka telah terpilih. ada juga yang masih 'berdegil' telah ditolak oleh perwakilan. Mungkinkah ini satu perubahan besar bagi Umno KB? Apakah minda perwakilan sudah mula melihat betapa 'kotor" nya natijah politik kepala Raja ini?Atau barangkali calon-calon yang bertanding begitu jauh dari standard sedia ada yang dikehendaki oleh Ketua Umno Bahagian?
Kita hanya mampu melihat bahawa arus perubahan ini boleh sahaja menjadi satu malapetaka bagi UMNO KB jika ia tidak didasari oleh keinsafan dan kebertanggungjawaban bahawa calon berkelayakan harus diberikan peluang.
10 ulasan :
UMNO KB perlu membuat perubahan kepada sesuatu yang lebih baik.
UMNO KB boleh berubah menjadi lebik baik daripada apa yang ada sekarang...ini akan membolehkan masyrakat KB terus menyokong UMNO..
ya.. perubahan perlu dibuat, rakyat kini inginkan perubahan seiring dgn perkembangan semasa.
perubahan memang perlu untuk menyakinkan rakyat.
Nampaknya, UMNO KB perlu mempertingkatkan prestasi mereka sebelum terlambat. Buatlah perubahan secepat mungkin!
beruabah atau kekalahan??jd UMNO fikirkaklah. kalau mahu kalah, duduk diam sajalah. kalau mahu kemenangan berubahlah.
Perubahan itu perlu ada di daerah ini tapi bagaimana kalau tidak ada perlaksanaan.
Perlaksanaan sahaja yang boleh membuat perubahan sesuatu daerah itu maju. Sekiranya pihak yang dilantik itu sama juga macam pemimpin terdahulu maka KB sama juga seperti dahulu.
SALAM,
PETIKAN AYAT DARI KM
"Seperti yang dijangka politik Wang masih menjadi amalan beberapa calon wakil G7. Ada yang berlegar pada waktu malam mengedarkan sampul berkepala raja sekitar 10-30, bergantung kepada 'modal' sedia ada dan kesediaan untuk 'membeli belah' di PWTC".
TUDUHAN YANG SANGAT BERAT DAN PERLU TINDAKAN SEGERA.
PARA PERWAKILAN YANG MENCALONKAN DIRI DALAM G7 HENDAKLAH MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA.
KALAU KENYATAAN KM INI TIDAK BENAR SILA TAMPIL KE DEPAN BUAT LAPORAN KEPADA PIHAK BERWAJIB UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI MASING-MASING.
KERANA BAGAIKAN SEEKOR KERBAU MEMBAWA LUMPUR SEMUANYA AKAN TERPALIT.
SAYA SIMPATI KEPADA YANG TIDAK BERSALAH
saya percaya dalam apa keadaan dan bidang sekali pun ruang untuk melakukan penambahbaikan itu sentiasa ada. demikin lah juga dengan UMNO KB. masih ada rung yang perlu dilakukan penambahbaikan. UMNO KB telah berjaya menjaga kepentingan penduduk KB selama ini. diharapkan UMNO terus berusaha untuk menjaga kepentingan penduduk di KB.
Post a Comment