Sejak beberapa bulan yang lepas, tatkala Tan Sri Pandikar turun 'mencemar duli politik' minum bersama rakyat dan penyokongnya di beberapa restoran di KB, ramai yang mula "meniupkan' sentimen politik peribadi pemimpin itu. Ada yang mula menagak-agak TSP akan kembali ke persada politik KB, Ada juga yang mula memikirkan bahawa TSP barangkali sudah ada 'calon' pilihan untuk menerusikan 'legasi' kepimpinannya di daerah ini. Tidak kurang juga meramal, bahawa TSP sengaja melihat semula bahang 'pengaruhnya' di daerah KB sejurus sebelum PRU 13 akan datang.
Walaupun ada yang mula memandang enteng kepada percaturan TSP dalam persada politik tanahair, apatah lagi setelah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dalam parti terutama UMNO KOTA MARUDU, namun jarang ada yang dapat menjangka, bahawa sesungguhnya satu kelebihan pada pemimpin ini ialah beliau mempunyai rangkaian kuat di peringkat negeri dan pusat. Bila-bila masa, TSP boleh mewarnai kembali aliran politik Sabah, setelah tamat penggal sebagai YDP Dewan Rakyat.
Maka atas kesedaran itu, pemerhati politik Sabah, sudah mula mengcongak-congak akan kebarangkalian yang berlaku. Dan satu daripadanya ialah, andaian bahawa TSP akan ke Tempasuk Semula, sebagai ADUN walaupun ada DUN USUKAN yang juga 'selamat' bagi beliau. Kata pemerhati politik ini, Musa Aman tidak ada pilihan lain selain daripada mencalonkan semula TSP kerana beberapa desakan peringkat tertinggi dan juga desakan akar umbi peringkat parti mengkehendakkan begitu. Itupun tidak mustahil kata mereka kerana sebelum ini sudah 2 kali persefahaman politik antara TSP dan Datuk Musbah Jamli telah berlangsung..dan seperti adatnya, ketika DHMJ menjadi Calon di Temapsuk, maka TSP juga berkempen untuk beliau.
Angin bertiup kencang sejak akhir-akhir ini, menyatakan TSP bakal calon di Tempasuk, walaupun ada suara-suara kecil memberi laluan kepada beliau untuk Parlimen Kota Belud. Namun itulah politik, ia sentiasa bergelora..dan geloranya sentiasa panas selagi PRU 13 tidak kunjung tiba
1 ulasan :
Salam KM,
Rasanya kurang relevan jika TSP melangkah semula ke alam politik terutama sebagai ADUN, walaupun darah politik masih mengalir deras didalam tuboh TSP, sebagai mantan orang politik kita dapat memahami dan merasai bahawa amat sukar utk seseorang itu dipisahkan dgn dunia politik yang pernah dilaluinya, tapi sampai bila?? dan sampai bila generasi muda pelapis akan menunggu utk menaburkan bakti dan khidmat kpd masyarakat yang diwakilinya, jika laluan terlalu sukar utk digapai maka musnah lah harapan tersebut, kita harus mengambil kira bahawa perubahan dan anjakan paradigma di zaman ini memerlukan tenaga muda utk mengharungi pancaroba politik terutama dari pembangkang yg mempunyai pemimpin yg tidak kurang wibawanya.
Sebagai tokoh veteran adalah disarankan agar para pemimpin berpengalaman seperti TSP dapat menjadi penasihat utama kpd pemimpin muda utk mengharungi dunia politik masa kini, curahkan lah segala pengalaman yg ada demi anak bangsa kita agar terbina sebuah negara yang menjunjung kedaulatannya.
Post a Comment