Sunday, July 4, 2010


Dalam dua hari, sebelum ini Datuk seri Najib membongkar " nanah" politik pemimpin Umno dengan menyatakan bahawa terlalu ramai pemimpin dalam UMNO yang bersifat "duri dalam daging'. Merosakkan parti dan enggan mendengar teguran yang diberikan. Sambil menyempurnakan perasmian perwakilan umno di Jerantut Pahang, Najib mengingatkan ahli-ahli Umno dan pemimpin di peringkat cawangan dan Bahagian supaya mengikis sikap itu jika ingin melihat UMNO menjadi parti yang kuat dan bermaruah.

Hari ini ketika berada di Pekan, sekali lagi Najib menyeru supaya jangan ada ahli dan pemimpin UMNO yang menjadi seolah-olah seperti "primadona". menjaga kepentingan kumpulan tertentu sehingga meninggalkan matlamat parti untuk berbakti kepada rakyat. walaupun Najib pada sidang berita selepas itu menafikan bahawa keadaan UMNO sedang nazak, namun ramai yang melihat ia bukan sahaja amaran dari Najib tetapi juga dikatakan bahawa PRU 13 semakin dekat. Pemantapan parti UMNO selaku tunjang kepada BN adalah perlu sebagai persiapan sebelum berlangsungnya PRU 13.

Peringatan ini juga dilihat sebagai satu proses pemulihan ahli-ahli parti UMNO setelah sekian lama pelbagai program menaikkan motivasi ahli UMNO berlaku. Namun jika peringatan ini, gagal diterjemahkan oleh pucuk pimpinan peringkat Bahagian, maka akan menyaksikan saranan dan peringatan itu akan menjadi sia-sia belaka. UMNO akan semakin dilupakan oleh orang Melayu.

3 ulasan :

Datu pitung said...

salam kelapa mawar

lama sy tidak menjeguk blog ini. maklum lah masa belajar harus di gunakan dengan sebaik nya.

isu ini tidak boleh di pandang ringan, ini akan menjejaskan kepimpinan parti khususnya parti UMNO.

strategi harus di susun atur bagi menghadapi PRU13. mmg tdk di nafikan ramai pemimpin "duri dalam daging" lambat laun itu akan menghancurkan parti.

kalau tdk salah isu ini ada sedikit persamaan dalam blog murai.kb kerana sy ada memberi komen di situ. mesej yang di sampaikan kepada pembaca agak sama.


terima kasih.

ROJOKOBOG said...

Salam KM,
Terlalu luas kalau dibincangkan dalam skop Negara Malaysia dan seluruh UMNO Malaysia, apa yang paling penting setiap ahli UMNO bertanggungjawap menjaga Cawangan dan Bahagian Masing-masing agar terhindar daripada bahana DURI dan PRIMADONA.

Terlalu banyak perhitungan politik bagi menangani isu duri dalam daging dan primadona, sekali pun suara lantang daripada PRESIDEN parti jika tidak ada keinsafan dan ketelusan dalam perjuangan seseorang itu pasti ianya akan menjadi dendam kesumat buat selama-lamanya.

rojokobog said...

Salam KM,
Tertanya-tanya dlm hati kenapa KM banyak berdiam dlm blog, sibuk dgn facebook kerrrrr???