Wednesday, July 7, 2010


Sesuatu yang luarbiasa daripada kebiasaan masyarakat Kota Belud bila menyentuh tentang persidangan UMNO Bahagian memilih perwakilan ke Kuala Lumpur tahun ini ialah apabila banyak perwakilan yang 'lesu' dan tidak menunjukkan minat serta dan perangsang dalam penglibatan dalam persidangan berkenaan. Ramai golongan muda ketika persidangan Pemuda tempoh hari sudah serik, rimas bahkan mual dengan cara urus tadbir Umno Bahagian Kota Belud. Kritikan serta protes mereka sebaliknya tidak diluahkan melalui saluran parti tetapi dalam soal 'kehadiran' dan sembang-sembang ketika persidangan berjalan.

Ketika melihat gelagat itu, terdengar beberapa perbualan yang begitu panas mempersoalkan hala tuju Umno KB di bawah kepimpinan Datuk Salleh Tun said. Situasi hambar itu berleluasa dan berlarutan sehingga kepada persidangan memilih G7 yang akan ke Kuala Lumpur. Sudah menjadi tabiat orang KB apabila menyentuh hal politik maka segala-galanya begitu pantas, cepat dan panas. Hanya kali ini semuanya hambar, tawar dan tak terpeduli.

Ada perwakilan yang menyuarakan bahawa apakah perlunya, perwakilan 'menyingkir' ketua Pemuda KB yang dikatakan mereka 'terlalu' gagal merealisasikan matlamat parti di peringkat pimpinan pemuda? Ada yang mentafsirkan bahawa perkataan "menyingkir" itu boleh saja ditafsirkan dengan tidak memberikan sokongan dalam semua segi terutama bila politik 'mentakdirkan' Sdr Barur menjadi calon di DUN Tempasuk atau DUN Usukan pada PRU 13 akan datang.


Kemudiannya, ada juga yang melontarkan supaya satu bentuk 'pemulauan' politik dibuat keatas Ketua Umno KB, Datuk Salleh Tun Said yang juga dikatakan 'menimbulkan'banyak persepsi negatif keatas UMNO KB terutama kepada perwakilan. Sama ada kerana 'kegagalan' mengurus UMNO KB dengan baik ia juga berkaitan dengan sumbangan pemimpin itu berpuluh tahun kepada keutuhan dan kelangsungan pembangunan di daerah ini. walaupun pada hakikatnya bahawa DSSK ada juga menyumbang kepada pembangunan infrastruktur, namun ramai yang menyatakan bahawa itu tidak cukup kalau dibandingkan dengan kemudahan yang diperolehi DSK dan keluarganya ekoran daripada sokongan masyarakat KB kepada mereka.

Secara lebih terbuka, bagi KM, isu ini sepatutnya tidak timbul kerana yang lebih penting ialah usaha menganjak pemikiran perwakilan Umno KB supaya tidak sangat mengambilkira soal habuan berupa wang semata-mata. Kerana dengan berpendirian yang demikian,ia bukan sahaja akan menjadikan mereka tidak bermaruah dari segi sopan dan santunnya politik tetapi juga memberi kesan kepada penglibatan generasi anak cucu mereka dalam politik.

Bagi KM para perwakilan Umno KB seseungguhnya maha tahu akan apa yang sepatutnya dilakukan tetapi kerana faktor wang serta habuan maka segala-galanya menjadi kabur. lantas membuat keputusan yang tidak sewajarnya.

Apa yang lebih baik ialah dengan menolak sesiapa sahaja yang cuba menjadikan wang dan kesempatan sebagai keuntungan politik bagi diri mereka. Perwakilan UMNO KB seharusnya lebih berani membuat perhitungan dan mendasari keputusan mereka dengan penuh keinsafan dan keyakinan ia akan memberi ruang kepada generasi mereka, mengurus dan mentadbir daerah ini dengan lebih baik dari sebelumnya.

8 ulasan :

rojokobog said...

Salam KM,
Dalam membincangkan soal anjakan pemikiran perwakilan UMNO KB ini rasanya telah berkali-kali disiarkan dlm blog KM, hanya tajuk saja yang berbeza, isi kandungan ulasan dan pendapat yg dikemukakan adalah benda yang serupa. Bagi saya selagi ekonomi ahli-ahli UMNO KB khususnya tidak mantap dan stabil selagi itu fenomena yang dimaksudkan oleh KM masih terjadi dalam UMNO KB, perubahan mentaliti memainkan peranan yang amat penting untuk merubah seseorang itu agar tidak terlibat dalam gejala yang tidak sihat walau dalam bidang apa pun termasuk politik, ekonomi, sosial dan budaya hidup seharian.

AJK UMNO Bahagian juga harus memainkan peranan untuk membincangkan kepincangan ini khususnya dari segi pemulihan ekonomi akar umbi ahli-ahli UMNO KB, jangan mainkan peranan bila tiba persidangan/pertandingan UMNO BAHAGIAN saja ahli-ahli UMNO diperlukan...agak letih untuk kita bincangkan hal ini jika pihak yang tertentu tidak dapat mainkan peranan terhadap isu ini...SAMPAI BILA?

anri said...

salam,

rasanya sangat perlu kita melihat balik struktur UMNO itu sendiri di KB.

pandangan saya UMNO KB terlalu uzur,tidak mampu ditambahbaikkan lagi.

anjakan baru perlu perubahan supaya kita lebih peka terhadap keperluan rakyat lantas mampu melahirkan rakyat berminda kelas pertama.

buang yang keruh ambil yang jernih,
teguhkan peribadi necaya UMNO mampu berdiri teguh dan ampuh

sengaja berhujah

langsat said...

Saya berpendapat perlu ada perubahan dalam pentadbiran pemimpin KB sama ada kerana 'kegagalan' mengurus UMNO KB dengan baik ataupun sumbangan dari pemimpin itu sejak berpuluh tahun yang lalu kerana kurang keutuhan dan kelangsungan pembangunan di daerah ini.

Anonymous said...

saya berpendapat UMNO KB perlu bekerja lebih keras dan lebih peka terhadap kerluan masyarakat KB itu sendiri.kekuatan UMNO KB perlu dikekalkan dan ditambah baik lagi agar rakyat terus mempercayai UMNO..

tombolo said...

perubahan perlu dilakukan dalam UMNO kota Belud, rakyat kini inginkan perubahan seiring dgn keadaan semasa.

Leo said...

I doubt that UMNO KB will win the election with that kind of leadership skill. They better strive hard to gain the ppl trust. Most importantly, priorities the ppl's need.

Sanih Alias said...

UMNO kb haruslah membetulkan pentadbiran mereka. buat yang terbaik dan kuatkan parti BN kb untuk masyarakat.

Ted Medresher said...

pemimpin yang bersalah atau gagal melaksanakan tanggungjawab perlu sedar dengan kelemahan itu, rakyat mengetahui segala kepincangan yang dibawa oleh mana2 pemimpin. oleh sebab itu, lakukan perubahan untuk mengubah tanggapan negatif rakyat terhadap kepimpinan BN di Sabah. jangan sudah terlambat baru bertindak..