Thursday, July 8, 2010


Sejak penubuhan PERKASA, Watak Datuk Ibrahim Ali dalam wayang politik negara terus mendapat box-office. Sambutan yang diberikan bukan sahaja mencecah puluhan ribu orang tetapi hingga kini YDP PERKASA itu mendakwa telah memperolehi keahlian mencecah 200,000 orang. Sekaligus memberi gambaran bahawa PERKASA boleh menjadi penentu undi kemenangan dalam beberapa kawasan Pilihanraya di negara ini. Datuk Ibrahim Ali bukan sahaja juga boleh mencabar pemerintahan Najib terutama berkaitan dengan soal ketuanan dan keistemewaan orang melayu tetapi juga dikatakan oleh ketua pemuda Umno sebagai 'gedeber' politik yang boleh mengancam aspirasi 1Malaysia. Kenyataan Datuk Ibrahim bahawa PERKASA belummembuat keputusan untuk menyokong MCA adalah satu lagi kontrovesi yang tidak wajar dipandang ringan.


Berlainan di Sabah, suatu ketika PERKASA SABAH telah menjadi sebutan ramai anak-anak muda..Namun ia hanya ibarat menjadi pisang goreng yang laku ketika panas. Kini, PERKASA sabah tidak ubah seperti NGO lain yang hanya berkokok ketika bertelur sebiji. YDP PERKASA Sabah juga begitu kontrovesi bilamana dikatakan telah gagal menujukkan pendirian dalam beberapa isu berkaitan dengan kepentingan peribumi di negeri ini. Malahan dalam blog KM ini terdapat pandangan dari pembaca yang mendesak agar Sdr Musli Oli melepaskan jawatan sebagai YDSP PERKASA kerana tidak memberikan penjelasan dan bantahan terbuka ketika MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan menyatakan sokongan kepada pemberian lesen judi bola sepak oleh kerajaan kepada kumpulan Berjaya yang akhirnya ditarik balik oleh Najib ekoran bantahan rakyat yang dibuat.


Tradisi politik di KB pula tidak berapa sangat melihat penglibatan dalam NGO...kerana orang KB lebih melihat kepada jawatan kepartian dan kerajaan. Oleh yang demikian YDP PERKASA Sabah tidak sangat mendapat tempat dalam politik KB walaupun orang KB tahu beliau adalah YDP NGO yang paling 'mengancam' di semenanjung. SDR MUSLI OLI hanya dikatakan sebagai penyeri politik KB , hatta sekalipun pernah membuat pengumuman menggemparkan secara terbuka bahawa beliau akan bertanding dalam parlimen KB pada PRU akan datang.

Kini apabila YDP PERKASA SABAH ini mencalonkan dirinya sebagai calon G7, maka tumpuan politik perwakilan kepada beliau agak kurang walaupun didakwa sebelum ini mempergunakan nama-nama tokoh besar dalam kad yang diedarkannya. Muslihat politik ini sudah di hidu dari awal lagi. Walaupun telah mencapai status sebagai salah seorang pejuang NGO politik yang berprestij tetapi kerana latarbelakang politik beliau yang di dakwa banyak pihak sebagai 'pernah' mempergunakan wang sebagai sogokan sokongan, maka peringkat anak-anak muda di KB merasakan adalah kewajaran yang sebaliknya untuk 'memenangkan' YDP PERKASA SABAH ini. Itupun terpulang kepada perwakilan , kerana politik semuanya adalah andaian dan andaian itu boleh berubah menjadi kenyataan pada bila-bila masa. SELAMAT BERJUANG UNTUK YDP PERKASA SABAH!




8 ulasan :

Gambar seksi said...

Saya masih optimis dgn kredibiliti sdr MO sbg pejuang NGO di KB. Bukan ramai yg berperanan begitu..

tapi mengenai hal di gunakan nama SSK.DSA dan DMA itu. saya rasa dia ingin memberitahu kp perwakilan bahawa dia ada hubungan dgn tokoh ini...betulkah? atau hanya MO yg perasaan?

Anonymous said...

nampaknya PERKASA Sabah tak begitu aktif seperti PERKASA di Semananjung Malaysia.

madd said...

saya rasa tidak perlu kita mencari siapa yang lebih kontroversi..apa yang penting masyarakat malaysia secara keseluruhannya aman dan harmoni..

DATU SI RENGIT said...

PEKIMA...PERKIDA...LAST PEKIDA...LAGI HEBAT DAN BESAR PENGANUTNYA..PERKASA CUMA IBARAT SERPIHANYA...PERIBADI SAYA AMAT YAKIN GANGUGUGAT TIDAK AKAN BERLAKU DLM MERBUT KUASA...PERKASA HANYA MENJADI PERKASA....

Unknown said...

Pentingkah mahu compare2x siapa lebih kontrovesi? Sya rasa tidak perlulah. Apa-apapun, kita tunggu sahajalah pilihan raya dan mengundi calon pilihan kita.

Anonymous said...

tak kisah samada PERKASA atau UMNO, konsep perjuagan mereka adalah sama iaitu mempertahnkan hak2 orang melayu da bumiputera. tak perlulah kita nak membanding kedua parti ini. adalah lebih baik jika UMNO dan PERKASA bersatu.

Mahsiran said...

Rakyat yang menentukan tetapi parti yang menarik perhatian mereka. oleh itu, parti yang aktif dan disukai rakyat memang akan menjadi pilihan. PErkasa dan UMNO seharusnya bersatu, untuk rakyat.

Mohd Ishak said...

Dua-dua pun kontroversi.