Kata orang Janji politik bagi seorang wakil rakyat adalah janji yang bisa tak tertunai. Kata orang juga janji peribadi seorang pemimpin adalah janji 'hidup mati" politiknya. Kerana kata orang jugalah, ia sewajarnya dijadikan sempadan dan pengajaran bagi sesiapa juga yang menjadi wakil rakyat. Pemimpin KB, sama ada yang telah lama bergelar YB ataupun baru merasa status itu, akan mendepani janji-janji politik kepada rakyat.
Ketika seorang blogger Kota Belud, menyuarakan kebimbangan kepada YB Datuk Musbah Jamli, Adun Tempasuk mengenai kekhuatirannya dengan nasib sedereten bangunan sekolah agama di bawah kendali JHEAIS di DUN berkenaan yang kerapkali dilanda banjir...menyebabkan ramai kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menjalani pembelajaran..maka YB yang disinonimkan oleh kebanyakkan blogger sebagai "Thaksin Sinawat" Kota Belud itu telah memberikan response positif akan mengambil tindakan sewajarnya. Aku Janji itu berlangsung tahun lepas ketika Kg. Merabau Kota Belud, dimana selalu berlaku limpahan air sungai Merbau, mengakibatkan Banjir di sekolah berkenaan.
Beginilah keadaan sekolah agama merbau yang usur dan sering dilanda banjir.
Dan setelah berlangsung beberapa bulan mendatangnya, tindakan itu tidak pernah kunjung tiba, sekolah agama yang menempatkan dua blok bangunan kayu yang uzur di mamah usia sehingga nampak sudah seret ke tepi..masih tidak berubah. Setiap kali banjir melanda, sekolah itu pasti akan digenangi air dan pembelajaran kanak-kanak seusia 7-12 tahun sekitar kg Tamau, Pintasan, Kota Bungan dan Tawadakan itu dengan purata bilangan pelajar sekitar 200 orang akan terganggu dan tergendala.
Apa yang memeranjatkan kita ialah tidak kurang dari 5 bulan setelah banjir melanda Kota Belud yang menyaksikan Datuk Musbah turun padang, telah meluluskan pembinaan jambatan gantung untuk kegunaan penduduk yang terlibat dan jambatan itu dibangunkan berdekatan dengan sekolah yang berkenaan.
Apakah Datuk Musabh sudah mengambil inisiatif mengenai perkara ini? Atau sudah YB Jelapang Padi ini telah lupa dan alpa kepada keperluan penambahbaikan keadaan sekolah yang uzur itu? Apakah wujud keperluan birokrasi mengenai hal ini?
Menyusuri keadaan itu, berbangkit pula isu pembinaan Masjid Kg Tamau, yang dikatakan telah mendapat "restu" dari YB Haji Musbah. Seingatnya, dari tahun lepas lagi setelah beberapa kali dilawat oleh pegawai pembangunan Negeri..kononnya sudah ditender dan dikhabarkan juga diperolehi oleh syarikat mantan PKR TEMPASUK, Sdr Baghdad Turogan. Tahun 2010 telah melangkah ke bulan 8, isu pembinaan masjid baru Kg. Tamau terus menjadi tanda tanya? Isu kelewatan pembinaan bangunan konkrit SK Tamau yang mencecah kelewatan 12 bulan disiapkan oleh kontraktor juga tidak mendapat perhatian YB Datuk Musbah, walaupun YB ini pernah menghadiri program PIBG di bangunan sementara sekolah berkenaan dan telah melihat sendiri keperluan mendesak yang dialami oleh murid-murid sekolah tersebut.
Dimanakah janji Datuk Musbah mengenai permasalahan rakyat di kawasan DUN nya? Kita mengharapkan agar isu-isu ini dapat diperjelaskan supaya kekeliruan dapat diungkai dan rakyat berpuas hati atas khidmatnya sebagai "Yang berhormat dan yang berkhidmat".
28 ulasan :
KM
ini satu pendedahan yg berani...jika benar DMHJ harus membuat penerangan supaya hal ini jelas...
saya berharap supaya isu-isu sebegini bukan sahaja d merbau dpt d selesaikan oleh YB ini
isu pendidikan adalah isu yg serius..lebih serius dr isu pembangunan lain..
harap isu yang timbul dapat diberikan perhatian dan diselesaikan. Saya yakin dengan keperihatinan pihak berkenaan, isu seperti ini pasti dapat diselesaikan.
YB ini perlu menunaikan janjinya terhadap penduduk. penduduk telah lama menantikan janji tersebut ditunaikan.
isu seperti ini memerlukan perhatian...diharap tindakan bagi menyelesaikan pekara ini dapat dilakukan..
Datuk Musbah perlu tampil buat penjelasan berkenaan dengan hal ini dan ambil langkah2 penyelesaian segera.
jangan pentingkan diri sendiri YB. tolonglah rakyat kita ini yang memerlukan perhatian dari YB berkenaan. Berjasa Kepada Rakyat..ingat itu..
Once promise, you must fulfilled it at all cost. Otherwise, you got the chance not to chosen as their rep ever.
Ini tidak sepatutnya berlaku. A YB should fulfill his promise to the people as they have trust him with all they have. The school is in a bad condition. Something needs to be done.
jika dah berjanji tu, tunaikanlah.. nnti rakyat tidak sokong pla.
Salam YB Dato dan Tanpa Nama,
Pada khamis 15 Julai 2010 Kerajaan telah mengumumkan penyelarasan harga Petrol, Diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan Gula sebagai langkah pertama PROGRAM RASIONALISASI SUBSIDI. Penyelarasan semua harga bahan api dan gula itu membolehkan Kerajaan mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit Kewangan Negara, melalui penyelarasan harga itu, harga RON 95 dan Diesel diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor, LPG 10 sen sekilogram, gula 25 sen sekilogram dan petrol RON97 akan diapung secara terkawal.
Kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan serta mengurangkan defisit fiskal supaya kekuatan ekonomi Negara lebih diyakini oleh pasaran dunia dan dalaman, lebihan daripada penjimatan itu dapat digunakan untuk memenuhi lebih banyak agenda pembangunan Negara yang akan membawa faedah lebih besar dan menyeluruh kepada rakyat, langkah Kerajaan mengurangkan defisit belanjawan yang terlalu tinggi ketika ini menerusi pengurangan subsidi mampu meletakkan ekonomi Negara pada kedudukan yang lebih baik bagi menghadapi langkah berhemah dengan mengurangkan subsidi ketika paras defisit Negara yang tinggi supaya ekonomi Negara menjadi lebih kukuh, stabil dan mampan.
Penyelarasan ini bukan memberi " Lampu Hijau " untuk para peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati yang akan membebankan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah, oleh itu diharap para peniaga tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan, sebaliknya menjadi peniaga berhemah dengan menyokong harsat murni Kerajaan ini demi kesejahteraan bersama, diharap juga agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan susulan jika didapati peniaga menaikkan harga makanan, barangan dan perkhidmatan berikutan penyelarasan ini.
Kerajaan perlu menampilkan beberapa " Penawar " atau pelan tindakan yang boleh membantu kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana untuk menampan pengurangan subsidi, sebagai contoh, Kerajaan menyemak kembali pelepasan cukai semasa dan menaikkan menurut keperluan kumpulan pendapatan rendah dan sederhana, oleh yang demikian, jika penjimatan perbelanjaan subsidi itu disalurkan kepada golongan akar umbi atau melaksanakan dasar fiskal pengembangan seperti menurunkan cukai pendapatan perseorangan atau menaikkan " Bracket " ( Menyangga sesuatu ) pelepasan cukai pendapatan, tidak ragu-ragiu lagi yang Kerajaan sedang bergerak pada landasan dan rentak yang betul, Kerajaan juga boleh meneliti untuk menghapuskan pembaharuan semula cukai jalan sebagai imbuhan untuk kenaikkan harga bahan api, untuk golongan akar umbi Kerajaan boleh memperkenalkan sistem kupon keperluan asas di kedai-kedai tempatan, diharapkan agar Kerajaan telah dan akan mencadangkan lain-lain " Penawar " dan akan memaklumkan butirannya dalam masa terdekat.
Kita harus melihat secra makro dimana antara lain kenaikkan harga gula dapat mengekang ketirisan barangan kawalan itu ke Negara jiran, Perusahan kecil dan Sederhana ( PKS ) pasti akan merasa kesan kenaikkan ini tetapi kalau kita bijak menguruskan perniagaan, kita tidak harus merasai sebarang kesannya dengan meningkatkan produktiviti, langkah mengurangkan kandungan gula tidak akan menyebabkan kos melambung, PKS boleh ubahsuai dan struktur kos dapat dikekalkan.
Diharap Tanpa Nama dapat sama-sama menerangkan dgn golongan akar umbi akan hasrat Kerajaan dan bukannya Kerajaan bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah, biar lah kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, kadang-kadang kita juga kena tanya diri sendiri apakah sumbangan kita terhadap Negara yang kita cintai ini..Mohon maaf jika ulasan berlebihan tapi itu lah realitinya.
Salam KM,
Ulasan diatas tersalah ruangan, sepatutnya saya masukkan dalam blog Ahli Parlimen Kota Belud..
mohon maaf!!
sebagai wakil rakyat...YB Jelapang Padi kenalah memberi penjelasan atas isu ini. Tiada yang perlu disembunyikan lagi sebab rakyat boleh nampak dah...
Jangan fikir soal jelapang padi sahaja....banyak isu kena tangani...jangan nak kaburi rakyat dengan isu jelapang padi....sehingga sekarang tiada yang menarik tentang "Jualan" isu jelapang padi ini.
Sk. Tamau kalau tak boleh diselesaikan baik Minta saudara Roslan Haji Mansor adik tercinta YB Jelapang padi bagi pendapat...Kalau tidak itu isu Masjid Kg. Tamau...minta ayahanda tercinta YB Jelapang Padi Tn. Haji Mansor buat khutbah Jumaat bagi penerangan kepada rakyat jelata....
Na, ada lagi janji terang bulan... aduii nda pandai habis-habis:P
Kalau betul lah seperti yang didedahkan, rasanya Datuk Musbah perlu tampil bagi penjelasan..
Betul tu Linda. Sebesar manapun isu jika diberikan perhatian dan diuruskan dengan sempurna pasti dapat ditanggani dengan baik.
Betul tu gunner. Nanti lagi susah kalau rakyat hilang kepercayaan. hehe
Apapun saya harap hal ni dapat perhatian sewajarnya dan tangganilah dengan baik demi kebaikan semua pihak khususnya penduduk yang telah sekian lama menanti.
Salam KM,
tahniah atas pendedahan yg berani. Inilah rancam di KB.Isu seperti ini tidak diberi keutamaan. Banyak ketirisan agihan peruntukkan kepada projek yang tidak berfaedah. Projek yg selalu kita nampak membaiki jalan yang masih baik, yg hanya dituang 1, 2 trip batu. Banyak sangat berlaku pembaziran wang rakyat.
sebagai wakil rkyat, utamakanlah kepntingan rakyat.
Terima kasih KM, kerana membawa isu ini Untuk saya memberi penjelasan.Untuk makluman KM, Isu sekolah Agama ini telah saya bawah ke Mesyuarat Tindakan Daerah dan kita dimaklumkan oleh pihak Jahens yg bertanggungjawab bahawa SA ini menghadapi masalah tapak.Pihak Jahens kini masih mencari tapak alternatif.
Isu Masjid Kg. Tamau saya difahamkan akan di tender pada bila-bila masa.
Soal isu SK Tamau saya difahamkan menghadapi masalah kontraktor, bagaimanapun kita telah menyeru kepada Jabatan Pelajaran Daerah yg bertanggungjawab agar mengambil tindakan yg sewajarnya bagi mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.
JAnji mesti ditunaikan atau nanti YB kita lupakan.
saya tidak puas hati dgn ulasan Datuk Musbah dalam hal ini..kerana ia sudah berlarutan setahun yg lalu..apa lagi yg ditunggu dgn PPD? lihat komen Datuk Musbah:
>>"Soal isu SK Tamau saya difahamkan menghadapi masalah kontraktor, bagaimanapun kita telah menyeru kepada Jabatan Pelajaran Daerah yg bertanggungjawab agar mengambil tindakan yg sewajarnya bagi mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.
>>"
Sebagai YB..adakah itu jalan penyelasainnya...Jauh sudah YB ini dari macam dulu..atau kerana YB ini kalah dalam peti undi Tamau maka masalah ini diambil ringan..?
Eloklah masyarakat kg buat tindakan segera...dapatkan nasihat SPRM dalam hal ini..buat protes secara berkala..kumpul beberapa org kg yg boleh di harap...
kalau masyarakat Labuan berani buat bantahan tentang tuntuan tanah rezab..kenapa masyarakat Tamau tidak buat bantahan tentang hal ini..panggil wartawan BH Azrone...panggil wartawan Borneo Post Naddin sahiddin, panggil TV3..dalam program aduan rakyat...semoga berjaya..
Nampaknya penjelasan YB tidak dapat meredakan pertanyaan kerana belum ada cara penyelesaian.
Penjelasan sudah dibuat oleh YB.
Biarlah rakyat yang membuat penilaian.
Kalau dana tidak sampai dari kerajaan atau lambat, tidak adil YB disalahkan.
Post a Comment