Wednesday, July 21, 2010


Keputusan MT Umno untuk menyerahkan segala urusan berkaitan dua Bahagian Umno ,masing-masing satu di Kelantan Dan Kedah kepada Badan Perhubungan negeri Parti itu, seharusnya diberikan perhatian kepada UMNO KOTA BELUD, supaya situasi 'memalukan' itu tidak berlaku kepada Bahagian itu, berikutan beberapa insiden menggambarkan ketidakwujudan keserasian kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian berkenaan.

Masyarakat Kota Belud, terutama barisan kepimpinan Umno Bahagian itu yang terdiri daripada Sayap Pemuda, Wanita Dan Puteri amat maklum dengan situasi yang melanda Bahagian itu. Kepimpinan DSSK dilihat sebagai "biduk lalu, kiambang bertaut". Bah kan ada AJK Umno KB yang begitu lantang dan berani mempertikaikan beberapa situasi yang bagi hemat mereka tidak menguntungkan Bahagian itu dan gagal diselesaikan oleh kepimpinan sedia ada. Seorang Blogger yang menggelarkan dirinya sebagai "AHLI UMNO KOTA BELUD" membuat pendedahan seperti berikut dalam blognya"

"....Lazimnya setiap tahun setiap cawangan UMNO diminta mengadakan mesyuarat tahunannya dengan dihadiri oleh seorang AJK bahagian bagi memantau perjalanan mesyuarat tersebut mengikut perlembagaan parti. Tetapi sebaliknya pada tahun ini cawangan-cawangan UMNO di dalam bahagian UMNO Kota Belud tidak satu pun yang mengadakan persidangan sebaliknya dibuat dikedai-kedai kopi sahaja dengan dipantau oleh seorang AJK bahagian. Justeru itu jika tulisan saya ini dapat dibaca mana-mana pemimpin UMNO yang menduduki jawatan Ahli Majlis Tertinggi memohon agar perkara ini disiasat dan diminta melakukan sesuatu agar perkara ini dapat diperbetulkan demi untuk menjaga keutuhan parti UMNO supaya sentiasa releven sepanjang zaman"...


Menyedari keadaan itu,maka sebagai masyarakat kota Belud, merakamkan rasa kebimbangan itu jika 'krisis' kepimpianan antara mantan ketua Umno Bahagian itu , Datuk Musbah dengan DSSK , tidak diselesaikan dengan rasa jujur dan bertanggungjawab. Walaupun 'krisis' itu hanya berupaya sengketa senyap, kerana keperluan menjaga kepentingan masing-masing dan berupa 'dalam hati' namun ia akan menjadi 'api dalam sekam' yang akan membakar Umno Bahagian itu pada jangka panjang. Pengurusan Umno KB juga dipertikaikan.

Pengurusan parti UMNO Kota Belud amat memalukan sekali sejak dibawa kepimpinan Datuk Salleh Tun Said cawangan-cawangan bukan sahaja tidak mengadakan mesyuarat tahunan akan tetapi wang RM 50 ringgit yang diagihkan oleh UMNO pusat untuk tujuan pengurusan cawangan dalam mengadakan mesyuarat tahunannya tidak diberi oleh bendahari bahagian iaitu Zainal Abiddin Haji Soud. Rata-rata ketua cawangan UMNO mengeluh ke atas pengurusan parti yang mereka anggap cukup memalukan dan menjurus ke arah kehancuran.



21 ulasan :

Unknown said...

Salam KM dan bloggers KB,

Jika kita tanya kepada musuhnya, dia akan cerita 1001 kesalahan, tapi jika tanya pada penyokongnya, dia akan cerita 1001 kebaikan....

politik sistem demokrasi ditentukan dengan siapa ramai penyokong, bukan siapa pemimpin lebih bagus, lebih baik dan lebih memberi perkhidmatan!!

Ternyata dalam kes UMNO Kota Belud, DSSK mempunyai jumlah penyokong 47 orang lebih ramai dari Datuk Musbah!!

Politik demokrasi ditentukan dengan numbers...angka-angka, bukan ukuran keikhlasan kerana keikhlasan hanya Allah yang maha KUASA yg tahu isi hati seseorang manusia.

salam dari MO

kelapa mawar said...

Salam MO..

ma kasih atas penerangan ini..dan itu ada benarnya..

semoga UMNO KB tidak akan menjadi seperti Umno Rantau panjang...

palingberani said...

Sdr Km dan Sdr Musli..

betul kata uncle MO itu..kalau mau tanya kebaikan kena tanya kepada penyokongnya..

sebagai penyokong kepada SSK kita minta supaya uncle MO menyenarikan kebaikan SSK supaya masyarakat KB tahu..dan tidak lagi mempertikaikan kredibiliti SSK itu..

mohon supaya uncle MO dapat menjelaskannya...

Watababai said...

salam semua..

nampak dari luar tiada krisis umno kb..ndak taulah kalau ada orang yang sengaja mewujudkan krisis itu..

kalau DHMJ dan SSK mahu berebut jwtn ketua umno..itu mereka punya pasal..tetapi soal mesyuarat tak sah itu saya rasa perlu disiasat..mana tau ada betulnya supaya jangan sampai parti kita busuk dari dalam..

sekadar pandangan..

Gambar seksi said...

KM..

Umno KB ada krisis? saya rasa tidak ada, ia sengaja diperbesar-besarkan oleh blogger AHLI UMNO KOTA BELUD INI.. ada tujuan lah tu..

kalau benar..kita mahu blogger AHLI UMNO ini tampil membuat penjelasan..jangan hanya tahu menulis sahaja..

Ali kemad said...

sdr2 yang berjiwa besar..

saya amat yakin Umno KB tidak akan jadi seperti Umno sg. Petani dan umno Rantau panjang yang diserahkan kepada perhubungan negeri tersebut semua urusan bahagian itu kerana krisis kepimpinan yang teruk..

menurut berita..ada sdh ahli umno di Rantau panjang yg dihadapkan ke lembaga displin parti..di KB isu sebegini tidak ada lagi..kalaupun ada m,ungkin masalah peribadi..dan kelemahan itu memang ada di sana sini itu lumrah...

saya setuju dgn sdr KM yang merumuskan supaya situasi yg berlaku itu tidak akan berlaku di KB...

Orang Sama said...

Ali Kemad..

susah juga kita cakap tiada krisis sb b kedua-dua pemimpion ini DHMJ dan SSK banyak menunjukkan perbezaan..kalau mrk ini memikirkan dr awal tidak akan berlaklu pertarungan merebut Ketua Bahagian..jadi tidak adalah spekulasi..

rojokobog said...

Salam KM,
Pendedahan AHLI UMNO KOTA BELUD seperti ayat tersebut " tetapi sebaliknya pada tahun ini Cawangan-Cawangan UMNO di dalam Bahagian UMNO Kota Belud TIDAK SATU PUN yang mengadakan persidangan, sebaliknya dibuat di kedai-kedai kopi sahaja.

Pendedahan AHLI UMNO KOTA BELUD itu adalah PEMBOHONGAN YANG KETARA. adalah tidak masuk akal bahawa TIDAK SATU PUN Cawangan UMNO yang mengadakan Mesyuarat di
Balai Raya..Jangan membuat ulasan kalau hanya sekadar mendengar cakap-cakap di Kedai kopi tanpa usul periksa..Sila buat pembetulan pada ayat yang agak janggal utk didengar.

joey said...

apa pun saya harap UMNO KB sentiasa bersatu. UMNO KB perlu bekerja lagi kuat untuk berkhidmat kepada rakyat. rakyat perlu diutamakan..Semoga terus berjaya..

Anonymous said...

ahli2 UMNO kena utamakan perjuangan parti dan rakyat bukan perjuangan individu.

Unknown said...

Salam..

perjuangan bukan kita seorang, bukan individu tapi berkumpulan. maka bekerjasamalah semua parti UMNO.

Paquin said...

Kalau betul pun ada krisis rasanya tak perlulah diperbesarkan.. Biasalah tu ragam dunia.. hehe

Paquin said...

Apapun saya harap kesatuan tu harus wujud di kalangan anggota parti. Jangan biarkan pihak lain mengambil kesempatan terhadap masalah dalaman yg timbul :)

Paquin said...

Betul eika :)
Berusaha lebih kukuh lagi demi rakyat dan negara:)

Paquin said...

Setuju supra. utamakan perjuangan utk rakyat bagi memastikan kepercayaan rakyat erhadap kepimpinan umno terus kekal:)

Paquin said...

So semua ahli harus bersatu... Pedulikan hal la, utamakan kesatuan agar semua perancangan berjalan lancar. Tak payah gaduh lama2, sekejap boleh la. hehehe

Unknown said...

Salam KM,
Blogger Ahli UMNO Kota Belud perlu menoleh semula ke belakang utk mengupas isu UMNO KB. Apakah sewaktu DHMJ menjadi ketua Bahagian semua cwgn2 UMNO tidak pernah bersidang di kedai2 kopi?. Ahli UMNO KB ni sebenarnya blogger ketandusan isu.

salam hormat.

Unknown said...

If it's true, then I hope crisis UMNO KB can be settled a.s.a.p..Besides, it's better to see from a positive side of a leader instead the negative ones. :)

Unknown said...

Betul atau tidak, itu kita tidak tahu. Hanya mereka sahaja yang tahu disebalik krisis ini.

Semua masalah ada penyelesaiannya. Diharapkan ahli2 UMNO KB dapat berbincang dengan rationalnya dan pro.

People needs comes first before yours.

watasikadi said...

salam KM,
setuju dengan posting KM yang menyatakan pentadbiran UMNO KB harus diperbetulkan sebelum berlaku perkara memalukan.saya juga setuju dengan uncle MO bahawa musuh akan cerita 1001 kesalahan, namun sebagai musuh UMNO sendiri saya cuba memperbetulkan UMNO itu sendiri kerana UMNO masih lagi memegang tampuk kepimpinan KB dan kami rakyat susah tetap bergantung kepada kepimpinan sedia ada ini. oleh kerana nasib rakyat KB memerlukan kepimpinan UMNO KB seharusnya UMNO KB prihatin tentang keperkasaan partinya sebelum kami pembangkang merobek dengan teruk kubu UMNO. takkan saya perlu mengemukakan bukti dan melaporkan pada ROS tentang minit mesyuarat palsu dibuat sebuah cawangan UMNO bahagian KB? ini boleh menyebabkan pendaftaran UMNO akan terbatal dan pastinya UMNO hilang kuasa. tapi saya bukanlah pembangkang pengecut untuk takut pada UMNO sehinggakan melapor perkara ini. biarlah kemenangan kami pembangkang ditentukan rakyat dan bukan mahkamah seperti di perak. pembangkang KB sanggup kalah jika masyarakat KB bersatu demi menempuh serangan tentera benggali mahupun pakistan..

gonsikid said...

Sekarang ni KB dah ada byk pemimpin yg berwibawa, & terbaru Salleh telah dilantik sebagai speaker setelah beberapa lama tidak aktif...

mungkin perlantikan Salleh akan mengurangkan sedikit konflik dalam UMNO KB (jika ada?)...