Wednesday, July 21, 2010


Siapa yang tidak suka jika daerahnya ada pemimpin yang berjiwa besar. Siapa yang tidak'kembang hidungnya' kalau dikatakan daerahnya yang miskin telah berjaya melahirkan pemimpin yang ada 'class' di peringkat negeri dan negara. Semuanya suka, dan semuanya juga bergumbira dengan pencapaian itu. Namun kenapa pemimpin yang dilahirkan di Kota Belud ini mendapat 'perhatian' dari pengendali media ketiga iaitu media alternatif, berupa BLOG dan FACEBOOK. ? Mungkin jawapan yang agak selamat ialah kerana mereka pemimpin, lantas ia menjadi sasaran setiap mata yang bukan sahaja para blogger tetapi juga ahli masyarakat yang lain.


Antara pemimpin yang paling mendapat sambutan dan menjadi sasaran kritikan di Kota Belud ialah mantan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Salleh Tun said. pelbagai tanggapan, bahan cerita dan juga pertikaian kerasionalan dipaparkan di dada-dada Blog dan FCB. Ada yang menyatakan kerumitan tentang kepimpinannya, ada yang mempertikaikan kewajaran tindakan pemimpin ini. Termasuk ada yang mencemuh, melontarkan fitnah dan pelbagai bentuk rencam lagi.

KM terfikir seketika mengapa DSSK menjadi sasaran ?. Sebenarnya pada hemat KM , bukan sahaja DSSK tetapi juga kesemua pemimpin di KB yang menjadi bahan cerita para blogger. TSP, DARD, DJA dan DMHJ juga telah menimbulkan pelbagai polemik terhadap dunia pengendali blog ini. Namun apa yang nyata ialah kesemua pemimpin ini kecuali DSSK, hadir ke dalam Blog yang berkenaan untuk membuat penjelasan, dan memberikan pandangan terhadap isu yang dipaparkan. Misalnya TSP suatu ketika dulu, telah menunjukkan 'keterbukaan' beliau apabila, banyak blog di KB yang 'dimasukinya' untuk membetulkan fakta dan pandangan penulis blog ini. Mungkin ada kesanya..akhirnya, isu-isu dan cerita panas pemimpin ini berlalu begitu sahaja.

DARD juga sedemikian, telah beberapa kali memberikan penjelasan dalam blog yang berkenaan. Isu peribadi dan perancangannya sebagai MP Kota Belud telah diperjelaskan seterang-terangnya. Dan kini, isu 'keperluan' DARD di KB telah makin dilupakan. Hanya beberapa isu berbangkit yang masih cuba dipaparkan.

DMHJ telah juga berbuat yang begitu...walaupun dikatakan beliau kesuntukan masa, namun beliau masih tetap menemani para blogger di KB yang tidak seramai pun seperti di semananjung untuk menerangkan isu-isu berkaitan gagasan dan wawasannya terutama melibatkan sektor ekonomi seperti projek Jelapang Padi.

DJA, walaupun masih mengambil jalan 'tengah' itu mendaimkan diri, tetapi beliau masih mengikuti perkembangan dunia blog dan FCB di KB ini. Dalam blognya, beliau masih membuka ruang untuk 'sembang' mengenai isu yang dipaparkan.

Menyentuh DSSK, pemimpin ini banyak menerima kritikan. Sikap tidak mempedulikan media ketiga di daerah ini telah menjadikan DSSK sasaran setiap masa. Punca kepada kemurungan umno KB dikatakan berpunca dari kepimpinannya. Tinddakannya setiap masa mendapat liputan meluas para blogger. Mungkin kerana DSSK tidak membenarkan interaksi sehala berlaku dalam blognya, dan juga 'enggan' memberikan respone terhadap isu mengenai dirinya yang dipaparkan, maka beliau terus mendapat publisiti dalam dunia blog.

Pengiktirafan terhadap dunia media ketiga ini seharusnya diambil dari awal-awal lagi. dan bukannya mengambil jalan 'membisu seribu bahasa' kerana jika berlarutan, proses pembersihan diri dan roh perjuangannya tidak akan terlaksana dalam waktu yang terdekat.



11 ulasan :

Murai.KB said...

salam KM

ini lah perangai para pemimpin kota belud, kurang peka dgn isu sendiri. terlalu egoistik utk di kritik. pada hal masyarakat lah yg naik kan nama mereka.

klu setakat ini ada wakil yg boleh mengantika mereka2 ini, murai sanggup tawarkn diri bkempen sehari suntuk. tapi semua bakal pemimpin, semua nya tali kuda pemimpin terdahulu. apa boleh buat lah mgkn suatu hari lahir seorang yg benar membela hak rakyat.


salam hormat.



-murai.kb-

Idahan said...

Dulu pernah bah ada pemimpin KB yg cap blogger sprti monyet..nah kamu bygnkan saja kalau dah begitu ertinya tak hormat langsung dgn blogger..so..bt apa cerita tentang pemimpin tu lagi..buang karan, buang masa sahaja..lebih baik karang puisi lagi bagus..

Unknown said...

salam KM,
membisu dengan kritikan adalah pemimpin yang matang.

salam hormat.

Unknown said...

kritikan juga menjadikan pemimpin politik itu masih dan terus relevan...pemimpin akan bermasalah jika selama 30 hari tiada langsung orang atau blogger sebut dan tulis namanya.....

rojokobog said...

Salam KM,
Ada diantara ulasan/komen MuraiKB,langbuana yang saya amat setuju, kepada isu kenapa SSK jadi sasaran Blogger di kota Belud, di antara sebab yang kita boleh ambil kira ialah Blog SSK hanya beliau @ SSK saja yang dapat mengutarakan ulasan dan mempaparkan program yang beliau hadiri tanpa membuka ruangan komen daripada sesiapa saja atau pun mungkin juga SSK merupakan pemimpin yang paling lama berada dikancah politik Kota Belud sebelum kedatangan parti UMNO sejak 19 tahun yang lalu ke Sabah , maka timbul ketidakpuasan hati para Blogger (segelintir) dan pemerhati politik khasnya di Kota Belud, sedangkan beliau merupakan diantara tokoh politik Kota Belud yang menonjol di Negeri Sabah dan Malaysia, para Blogger (segelintir) dan masyarakat Kota Belud tiada pilihan lain selain daripada melepaskan komen mereka melalui FB atau Blog orang lain walaupun mereka amat mengetahui bahawa SSK tidak akan reaspon terhadap komen mereka tapi apa yang penting hasrat mereka tercapai untuk mengkritik SSK dan dapat ditatap juga dibaca oleh orang lain..waallahwalambisawab.

Sikap berdiam diri/membisu SSK pada pandangan langbuana adalah seorang pemimpin matang, dari versi politik ada pemimpin tertentu yang guna strategi membisu ini untuk menghentikan isu, dan nampaknya agak berkesan, berbagai gaya dan cara orang politik terutama pemimpin bagi menangani dan menangkis kritikan yang dilemparkan oleh musuh politik yang senantiasa berlegar di sekeliling mereka..sikap melenting bila dikritik juga ada keburukkan dan kebaikkannya tetapi hendaklah bersandarkan kepada realiti dan kenyataan yang mempunyai fakta, lebih berkesan jika ianya nyata.

Kesimpulannya, dicadangkan agar SSK dapat memberi/membuka ruangan komen untuk orang ramai dalam blognya sepertimana yang dilakukan oleh para pemimpin Kota Belud yang lain tetapi tapisan dibuat oleh beliau sendiri, saya berkeyakinan penuh para pengkritik akan dapat membuat kritikan yang matang tanpa bersandarkan perasaan.

kelapa mawar said...

Salam Kembali Muraikb..

seperti yang kita ketahui daerah Kb adalah antara daerah yg mempunyai blogger teramai di sabah selain daripada aktif menyuarakan pandangan mereka...sebab itu isu pemimpin dan kepimpinan sering dijadikan fokus kepada paparan dalam blog...

adalah amat sediah jika peranan blogger sebagai wadah menyalurkan pandangan tidak berapa disenangi ...semoga pandangan itu dapat dikongsi bersama..

salam hormat juga buat sdr..
KM

kelapa mawar said...

Buat sdr Idahan..

ma kasih kerana turun memberikan pandangan..

walaupun itu isu lama tetapi itu bukan isu besar..terpulang kepada mrk mempersendakan peranan blogger..

saharusnya mrk sedar bahawa peranan blogger di semenanjung telah menjadikan tsunami politik melanda tanah besar itu...apakah ia akan menular di sabah dan di KB? kita tunggu//

kelapa mawar said...

Sdr langbuana..

Nama sdr mengingatkan saya kepada filem klasik yang menyajiklan pertarungan sengit para pendekar dan hulubalang..

sdaya hargai pandangan sdr itu..tetapi isu kematangan tidak dapat diukur dgn itu...dalam politik 'diam' bererti mengiayakan..dan protes bererti 'membersihkan'..

salam hormat buat sdr semoga dapat berkunjung sekali lagi memberikan idea yanhg bernas..

kelapa mawar said...

Sdr MO..

Salam buat anda, semoga terus diberikan kekuatan dan daya juang yang tinggi dalam mengangkat daerah Kb sebagai daerah yang melahirkan pejuang politik yang tegar dan berkarisma..termasuk juga sdr..

ma kasih kerana begitu prihatin dgn idea dan penulisan para blogger di KB..sdr MO adalah satu-satunya blogger KB yang paling 'rajin' mengikuti perkembangan penulisan blogger KB..tahniah buat sdr..dan idea sdr sentiasa dihargai..

memang benar bahawa hanya seorang pemimpin yg pengecut yang begitu takut menghadapi kritikan..kerana kritikan itu adalah cermin yang sentiasa memperbaiki wajah politik seseorang pemimpin..

salam hormat..
KM

kelapa mawar said...

sdr Rojokobog..

ma kasih atas saranan itu..saya rasa kita kongsi idea yg sama..semoga isi penulisan ini akan mengetuk pintu hati SSK untuk membenarkan ruang perbincangan berlaku dalam blognya...

mantadKB said...

huhu...
sedangkan suara urang sendiri pun inda didingarnya.. apa lagi blogger.. musim pilihan raya ja baru pandai kaluar.. tingu rakyat.. time teda pilihan raya.. inda payah sakap la.. tapi kenapa sia nda nampak apa2 sumbangan basar sikawan ni masa dia jadi KM.. maybe masa tu sia masi budak2 ingusan ba kali kan.. yang sia ingat masa kici2.."si 'anu' misti kalah kalau dia nda hantar $$$ untuk kita" itu la pulitik SABAH.. janji ada $$$ kana tabur.. gerenti buli manang..