walaupun Datuk Salleh dikatakan sebagai pemimpin politik yang berstail dan mempunya jangka luar yang begitu tepat serta mampu 'mengapungkan' diri setelah 'lemas' pada PRU 12,namun kelicikan serta percaturan itu tidak banyak menghambat sokongan dari golongan muda di Kota belud. Golongan ini yang mewakili sekitar 40% daripada jumlah pengundi berdaftar di daerah ini, nyata tidak mahu dibayangi oleh percaturan lampau Datuk Salleh.
Malahan daripada maklumat yang diperolehi rata-rata golongan muda yang berusia sekitar 21-35 tahun menolak kepimpinan Datuk Salleh. Walaupun dalam UMNO Kota Belud, golongan ini dikatakan akur kepada KETUA PEMUDA, namun berapa sahaja yang terlibat dalam Sayap Pemuda itu. selebihnya adalah mewakili golongan muda di luar sana yang masih bertebaran dan mempunyai 'kuasa' penentu pada setiap musim Pilihanraya.
Golongan muda ini bukan sahaja masih mempersoalkan kredibiliti serta peranan penting Datuk Salleh dalam membawa masyarakat Kota Belud dalam penganjakan pemikiran dan perkenonomian tetapi juga melihat 'watak' politik Datuk Salleh segera ditamatkan sebelum berlaku penolakan hakiki kepada kepimpinan beliau. Sambil menyifatkan bahawa Kota Belud sudah sampai masanya memerlukan pemimpin yang berasal dari bawah dan bukan lahir dari golongan teknokrat yang tidak pernah merasa payah jerih ketika bergelumang dengan lumpur padi huma dan kesejukan subuh diatas perahu.
Hanya dengan pemimpin yang berjiwa rakyat akan merasa denyut nadi dan keperluan mereka. Datuk Salleh bukan sahaja tidak membuat apa-apa terhadap keperluan sosial dan ekonomi golongan muda dan peluang pekerjaan ketika menjadi Ketua Menteri tetapi juga gagal mengadakan ikatan sosial dengan golongan ini.
Di saat ramai yang meramalkan bahawa datuk salleh akan beraksi di Kota Belud, golongan muda ini nyata bertekad undi mereka bukannya untuk Datuk Salleh lagi.
1 ulasan :
setuju juga dengan artikel KM ini...tapi harus diingat DSSK banyak ongkosnya...kecuali golongan muda ini tak mau ongkos... kekuatan pulus DSSK mampu menggugat iman sesiapa saje...DSSK memang hebat...
Post a Comment