Thursday, November 17, 2011

Ustaz Awang Laiman sebelah kiri bersama dengan AJK Biro Pendidikan UMNO Kota Belud, Sdr Roslan Hj Manshor


Laporan Portal Sabahkini yang memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS negeri Sabah Ustaz Mohd. Aminuddin Aling dalam tragedi penangkapan 10 aktivis islam di bawah ISA yang berlaku di Tawau dikatakan tidak tepat. Portal Sabahkini menyiarkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Sabah itu kelmarin dengan tajuk '10 AKTIVIS PAS SABAH DITAHAN DI BAWAH ISA". Artikel dan kenyataan itu turut dimuat turun dalam blog Kelapa Mawar dengan tajuk " TANGKAPAN ISA DI TAWAU".

Menurut GMI dan Suaram, identiti mereka: Mohd Nazri Dollah (guru agama), Yusof Saripuddin (peniaga ayam) Muhd Adnan Umar dan Darto Bandu (guru tuisyen), Muhd Abduh Umar (pemandu lori), Faizal Hamma dan Joni @ Muadz (pengedar akhbar harian) dan Bakar Baba (guru).Tiga lagi individu lain – dikenali Adwan, Azmi dan Suriadi – tidak dinyatakan nama penuh dan status pekerjaan mereka.


Walau bagaimanapun dalam blog rasmi Parti PAS Sabah lihat PAS SABAH , Setiausaha Perhubungan PAS ustaz Awang Laiman Hj. Ikin menafikan pesuruhjaya PAS Sabah mengeluarkan kenyataan yang mengandungi "10 Aktivis PAS" , sebaliknya menggunakan perkataan "10 Pendakwah dan aktivis Islam".

Kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Sabah itu seperti berikut:

Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah ingin membuat pembetulan mengenai tajuk berita Portal sabahkini yang bertajuk “10 AKTIVIS PAS SABAH DI TAHAN DI BAWAH ISA”.
Ingin dijelaskan di sini bahawa dalam kenyataan Pesuruhjaya PAS Sabah Saudara Mohd Aminuddin Bin Aling sebelum ini langsung tidak menyebut “10 aktivis PAS Sabah” tetapi ianya disebut sebagai “10 pendakwah dan aktivis Islam”.


Untuk keterangan lanjut sila rujuk kenyataan asal.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN

Ustaz Awang Laiman Hj Ikin
Setiausaha Perhubungan PAS Sabah



0 ulasan :