Wednesday, November 9, 2011


Dalam Pilihanraya ke 12 yang lalu isu PATI tidak ditonjolkan. hal ini kerana bagi UMNO Pusat isu ini sangat sensitif terutama di sabah. manifesto BN langsung tidak menyentuh isu PATI. walau bagaimanapun ini tidak bermakna isu PATI langsung tidak disentuh oleh parti-parti komponen BN sendiri seperti PBS,LDP atau UPKO. hal ini di kalangan parti komponen BN cukup kritikal dengan kehadiran PATI di sabah. Misalnya berkaitan isu IC palsu atau Projek IC parti-parti yang mewakili Kadazan-Dusun iaitu kumpulan bumiputera bukan Islam yang terbesa di sabah.Bagi parti-parti komponen BN ini seolah ada satu komplot di Kuala lumpur yang merestui pembabitan pendatang sebagai pengundi di bawah Projek IC. walaupun sedar isu ini tidak perlu dibangkitkan namun ia tidak menghalang parti untuk highlight isu sewaktu berkempen. Persoalannya adalah mereka menolak langsung penggunaan PATI dalam pilihanraya?

Sewaktu tinjauan dibuat tidak semua calon dari parti UMNO yang bertanding membangkitkan isu PATI dalam kempen mereka. Kecuali calon UMNO bagi kawasan DUN N50 Lahad datu menggunakan isu PATI dalam kempennya. datuk Datu Nasrun telah mensasarkan agar Lahad datu "bersih dari PATI" sekiranya beliau menang dalam PRU 2008. Lahad datu merupakan daerah di kawasan pantai timur yang mempunyai PATI yang tertinggi di sabah. hal ini akbiat daripada kedudukan geografi daerah itu sendiri berdekatan dengan negara jiran khususnya Filipina.

Menyedari hakikat bahawa Lahad datu menjadi daerah tumpuan PATI, datuk Datu nasrun telah melancarkan kempen "Lahad Datu Maju Bersih Indah dan selamat". namun demikian menurut masyarakat Lahad datu, PATI di Lahad datu telah mendominasi kegiatan ekonomi di daerah berkenaan sejak dahulu lagi sehinggalah sekarang. Justeru, peranan datuk Datu nasrun sebagai ADUN lahad Datu dianggap kurang berkesan dan gagal menangani sebaik mungkin masalah PATI di daerah itu.

Kebanjiran PATI ini menyebabkan bukan sahaja kegiatan ekonomi masyarakat tempatan mereka dikuasai malahan kesan sosial seperti pengedaran Syahbu dan pecah rumah merupakan aktiviti sinonim yang dikaitkan dengan PATI.Walaubagaimanapun seperti juga situasi di kawasan lain, para pengundi Lahad datu majoriti masih beranggapan bahawa kepimpinan BN di daerah itu masih releven dan wajar diberikan kepercayaan untuk terus menerajui kepimpinan berkenaan. setelah pembuangan undi dilaksanakan, datuk Datu Nasrun dari calonj BN menang dengan undi 8,034 dan calon PKR iaitu Zainuddin Zulkarnain Yong hanya memperolehi undi sebanyak 4,976. majoriti calon BN adalah 4,976 undi.

(Penulis adalah pensyarah UMS)

0 ulasan :