Saturday, November 19, 2011


Oleh : MOHD FIRDAUS MUHAMMAD NOOR

KEADILAN dan hak yang sepatutnya diperolehi oleh isteri dan keluarga mangsa tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat perhatian PAS Sabah.Justeru, PAS telah melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tahanan ISA di Kota Kinabalu, kelmarin.



Setiausahanya, Laiman@Ag. Laiman Bin Ikin berkata, PAS memandang berat soal kebajikan dan kesengsaraan yang akan dihadapi oleh isteri-isteri mangsa tahanan.“Suami mereka ditahan tanpa pembelaan dan pendakwaan yang betul. Mereka ditahan tanpa bicara. Bagaimana nasib keluarga mereka?,” jelasnya.



Menurutnya, kos sara hidup yang meningkat dan kemasukan sesi persekolahan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi memerlukan kewangan yang kukuh untuk menampung perbelanjaan harian yang lain.“Hari ini, semua barang keperluan naik harga. Ada anak-anak tahanan ini masih bersekolah. Sekarang musim cuti, lepas ni dah nak masuk sekolah. Sudah tentu banyak pengaliran kewangan akan berlaku.




Ada di antaranya, suami sahaja yang bekerja, isteri tidak. Kalau suami ditahan, makanya isteri terpaksa tampung tugasan mencari rezeki,” katanya.Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).




Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan pelbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman yang diketuai oleh DSP Azman Omar.PAS Sabah mengalu-alukan sumbangan bantuan kewangan daripada pelbagai agensi, pertubuhan, NGO, wakil parti politik, ahli perniagaan dan sumbagan orang ramai yang prihatin terhadap keluarga mangsa tahanan ISA ini.



“Kami dengan rasa rendah diri, mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi meringankan bebanan mereka,” ujarnya Laiman yang juga pengerusi tabung bantuan tersebut.Oleh itu, sesiapa yang ingin memberi sumbangan, bolehlah menghubunginya di talian 016-8436511 atau secara terus ke akaun Bank Islam: 10-016-01-008285-5 atas nama Badan Perhubungan Pas Sabah./SABAHKINI.NET

0 ulasan :