Walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh media massa dan media pembangkang tetapi kewujudan pengurusan bocor oleh kerajaan dalam wang rakyat,masih tidak dipedulikan. Malahan setiap tahun ketirisan,kebocoran, penyelewengan dan salah guna kuasa semakin menjadi-jadi. Ini bukan soal politik semata-mata tetapi ini melibatkan kepentingan rakyat yang dibebankan dengan pelbagai jenis cukai yang dengan cukai itu kerajaan mendapat dana dan aset pengurusan dan perbelanjaan.
Isu ini bukan hanya berlaku atas kertas dan laporan audit negara, tetapi telah kerapkali berlaku di depan mata rakyat yang dengan mata itu jugalah melihat kertas undi pada setiap plilihanraya dan kemudian memangkah lambang dacing dengan harapan keadilan dan ketelusan dalam mengurus perbelanjaan negara akan terlaksana.
Laporan audit telah membongkar bagaimana projek makmal komputer di Sabah yang mengalami kelewatan. Kesemua projek itu dilakasanak oleh kontraktor yang sama. Perbelanjaan dan kerugian yang ditanggung oleh ribuan pelajar yang tidak dapat menggunakan kemudahan itu hingga kiamat pun tidak akan dapat dihitung. Kesannya dari generasi ke generasi. Kerajaan,patutkah tutup mata?
Di Tempasuk yang diwakili oleh YB Datuk MUsbah Jamli, ADUN dari UMNO juga terdapat projek pembinaan bangunan baru sebuah Sekolah Rendah iaitu SK Tamau. Penduduk di kampung ini adalah keseluruhannya dari suku Iranun. tetapi yang malangnya pembinaan sekolah itu walaupun telah beberapa kali di keudarakan di media massa dan laman blog serta fcb, sehingga kini sekolah itu 'gagal' disiapkan oleh kontraktor yang dilantik.
Jika menurut perancangannya sekolah itu disiapkan pada Jun 2009 lagi, bayangkan hingga kini tahun 2011, bangunan sekolah konkrit yang menelan perbelanjaan 130 juta itu tidak beroperasi.Malahan peratus siapnya sekadar 80%. selama dua tahun pelajar di sekolah itu menunggu untuk berpindah ke bangunan baru tetapi tidak kesampaian. Begitu juga selama 2 tahun pelajar di sekolah terbabit terpaksa menggunakan bangunan sementera yang sempit dan panas persis kandang ayam, tetapi itu semua tidak dipedulikan.
Pelbagai komplen dan bantahan dibuat termasuk beberapa penduduk kampung ke pejabat pendidikan daerah tetapi semuanya bagaikan mencurah air di daun keladi. semua pihak bisu dan kaku. tidak dapat memberikan sebarang jaminan bilakah bangunan itu dapat disiapkan. Kontraktor terus bermaharajalela kerana tidak diambil sebarang tindakan termasuk menyenarai hitam lesen mereka.
Inilah antara contoh kelemahan pengurusan kerajaan yang melibatkan projek pendidikan di Sabah. Masyarakat Kampung Tamau seharusnya peka dan prihatin dengan keadaan ini. Bukalah mata dan minda, buatlah keputusan kepada siapa undi anda berikan pada PRU akan datang.
0 ulasan :
Post a Comment