Saturday, November 5, 2011


Mengangkat profesion Perguruan di malaysia bertaraf dunia memerlukan cabaran yang sangat getir. malahan beberapa dasar kerajaan di bawah kementerian Pelajaran ingin mengangkat status guru sebagai "guru Bertaraf dunia" nampaknya mula dilupai. Hasarat dan matlamat kerajaan menggalakkan Guru-guru Bukan Siswazah menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda bagaikan 'hangat-hangat tahi ayam" . Masakan tidak setelah hampir ratusan guru-guru mengambil insiatif berkenaan sama ada yang dibawah kendalian Bahagian Pendidikan Guru (BPG), dengan mengorbankan masa, wang ringgit dan bersengkang mata membuat assigment atau kerja kursus, itu belum lagi termasuk guru-guru yang mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh dan Luar Kampus secara persendirian yakni menanggung perbelanjaan pengajian secara sendiri..akhirnya kementerian Pelajaran membuat kejutan apabila semua permohonan dan perlantikan guru-guru dari gred DGA29 dan DGA 32 ke jawatan DGA 41 dibekukan.

Apakah jadahnya Kementerian membuat keputusan sedemikian? Tanpa mengira perit jerih guru-guru yang terlibat? Apakah kerajaan kekurangan modal untuk membiayai kos kenaikan gaji guru-guru terbabit? Sedangkan pada waktu yang sama Kementerian Pelajaran masih lagi membuka peluang pengajian ke peringkat sarjana Muda melalui kerjasama dengan IPTA dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan belanjawan 2012 di parlimen 7 Oktober lepas. Permohonan itu masih dibuka sdehingga 27 November ini.

Kementerian sepatutnya tidak menganaktirian guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk menyambung pelajaran mereka. Guru-guru ini bukan sahaja menunjukkan komitmen yang cukup tinggi dalam aspek kerjaya keguruan mereka tetapi juga sanggup menyahut hasrat murni kerajaan untuk meningkatkan kelayakan akademik dan ikhtisas guru-guru supaya menjadi guru yang berkualiti.

Jika dari awal Kementerian pelajaran berhasrat membekukan lantikan ke gred 41 ini, maka sepatutnya kementerian juga tidak menyambung kembali pengambilan guru-guru ke program berkenaan yang berkuatkuasa kemasukannya antara Disember dan awal tahun depan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Kementerian pelajaran masih meneruskan pengambilan berkenaan sedangkan pada waktu yang sama membekukan lantikan ke jawatan itu? Apakah jadi dengan kementerian pelajaran ini? Sepatutnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, kerana selagi profesion keguruan dan Kementerian pelajaran ditadbir oleh orang politik, selagi itu karenah birokrasi alah politik akan berlaku. Yang menjadi mangsanya adalah guru-guru yang berdedikasi.

1 ulasan :

ForestOrchid said...

buat rakyat semakin keliru...