Antara kawasan yang dijangka akan dibangunkan dan termasuk dalam kawasan Projek Jelapang Padi Kota Belud ialah perkampungan Kuala Pintasan yang terletak bersebelahan dengan kampung Tamau dan kampung Tawadakan yang juga kampung Tawadakan ini bersebelahan dengan Skim Jawi-jawi yang dilaporkan bukan sahaja merugikan para petani tetapi telah memberi kesan besar kepada pencemaran alam sekitar terutama sungai Tawadakan yang menghala ke perkampungan berdekatan.
Projek Skim Jawi-jawi ini juga dikatakan telah gagal mencapai matlamat awal penubuhannya apabila tanah-tanah sawah padi yang terlibat dalam skim berkenaan dijual dan diusahakan olah orang lain dan bukannya petani serta keluarga asal yang terlibat dalam skim ini sejak awal lagi. Sungai berdekatan pula bukan sahaja dicemari racun perosak dan baja kimia tetapi juga dilihat sebagai sungai mati bila pengaliran sungai ini tersekat dan menakung air mengandungi racun dan baja kimia. Hidupan sungai seperti ikan dan udang turut musnah.
Jika Kuala Pintasan dibangunkan menjadi Jelapang padi, kawasan itu juga akan terdedah kepada pencemaran kerana sungai Tawadakan adalah sungai asal yang terlibat dalam projek skim Jawi-jawi suatru ketika dulu. Mungkinkah perancangan kerajaan membangunkan kawasan Kuala Pintasan ini akan mengambil kira kepentingan alam sekitar?
1 ulasan :
KM ingatkan ditempat kami saja yang terlibat dalam kes seperti ini, rupanya di tempat KM pun sama berlaku, tempat kami sudah jadi satu kes masih dalam siasatan....sawah2 padi jadi rosak teruk akibat skim ini..merana para petani ....
Post a Comment