Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetika sebagai berkata akan menemui pimpinan Pakatan Rakyat untuk menerangkan keperluan mengadakan pilihanraya serentak kesemua negeri melibatkan DUN dan Parlimen pada PRU 13 akan datang, terkecuali negeri Sarawak yang baru sahaja mengadakan Pilihanraya Negeri pada April tahun ini.
Sebelum ini sudah kedengaran ura-ura kerajaan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, kelantan,Selangor dan Kedah tidak akan mengikut jejak langkah Najib untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 13 yang diramalkan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan. Sebaliknya negeri-negeri Pakatan Rakyat ini lebih senang membubarkan DUN masing-masing pada tarikh tamat tempoh mandat iaitu pada 2013.
Keengganan Pakatan Rakyat membubarkan DUN masing-masing dilihat sebagai satu startegi politik untuk memberi tumpuan kepada Pilihanraya Peringkat Parlimen untuk memudahkan Pakatan parti pembangkang PAS, PKR dan DAP itu menguasai Putrajaya pada waktu yang sama mengekalkan penguasaan mereka keatas 4 buah negeri itu.
Sedangkan pada waktu yang sama ramai penganalisis politik berpendapat , Najib tersepit dalam situasi ini. Najib perlu segera mendapatkan mandat rakyat di bawah pimpinannya kerana pada masa ini keupayaan BN dan UMNO adalah atas kapasiti Pak Lah pada PRU 2008. Hanya dengan mengadakan Pilihanraya awal sahaja akan melonjakkan keteransformasian Najib kepada rakyat. Jika tidak penguasaan lemah yakni simple majoriti BN dalam Parlimen tidak akan membuatkan Najib dan sekutunya merasa lega. sebaliknya ancaman Datuk seri Anwar Ibrahim tentang 16 septembar masih menghantui Najib.
Sejauhmanakah Pakatan Rakyat terpesona dengan penerangan Suruhanjaya SPR ini?
0 ulasan :
Post a Comment