Istilah "fixed deposit" yang dilabelkan kepada Sabah lebih membawa makna sebagai simpanan tetap bagi UMNO dan BN. Ini bermaksud Sabah selamanya akan menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan BN dalam sesebuah pilihanraya umum. Ini berikutan dengan pencapaian sabah dalam mengekalkan kerusi kepada parti pemerintah pada PRU 12 yang lepas. daripada 222 kerusi parlimen , BN menguasai 140, dimana 54 adalah dari sabah dan sarawak iaitu Sabah menyumbang 24 buah kerusi parlimen dan Sarawak sebanyak 30 kerusi parlimen. Ini menjadikan Sabah dan sarawak sebagai fixed deposit BN.
Namun realiti daripada perkataan Fixed deposit itu tidak membawa apa-apa kelebihan , baik politik ataupun ekonomi buat negeri di bawah bayu ini. seperti yang di dakwa oleh Blogger Ajin gagah bahawa sabah tersenarai sebagai negeri termiskin dalam laporan bank Dunia. sekaligus timbul persoalan, apakah 'hadiah' yang diperolehi oleh Sabah setelah menjadi 'penyelamat' kepada kerajaan UMNO dan BN di semenanjung?
Jika dari segi penguasaan politik itu tidak menjamin hak-hak Sabah seperti yang terkandung dalam 20 pekara itu dipulangkan kembali atau separuhnya kepada Sabah, maka bagaimana mungkin kerajaan BN merangka pembangunan ekonomi yang seimbang antara negeri-negeri di semenanjung dengan kepulauan borneo ini? Jika di perhalusi fenomena pembangunan di sabah, maka ia jauh tersasar dari semangat dan roh perkataan Fixed deposit itu. lantas apakah situasi ini disedari oleh pemimpin seperti luahan blogger Ajin Gagah ini?
Sabah bukan sahaja masih dibelenggu oleh kemiskinan tegar di luar bandar tetapi juga ruang pekerjaan yang cukup terhad sehingga berlaku penghijrahan beramai-ramai golongan belai ke semenanjung. keperluan asas seperti perkhidmatan kesihatan, bekalan air bersih, bekalan elektrik serta rangkaian jalan raya masih menjadi duri dalam daging di bumi di mana kerajaan BN menggelarnya sebagai fixed deposit buat mereka , sekalipun Sabah telah lama berada dalam pemerintahan BN sejak pasca merdeka lagi.
Seorang Jurutera bertauliah serta pernah bertanding atas tiket Bebas di Tuaran, juga penggiat NGO di Sabah, saranan Ajin gagah untuk kerajaan mempertimbangkan habuan sepatutnya buat sabah ada benarnya. Logik juga menyatakan bahawa jika mahukan 'penyelamat' itu terus berfungsi maka ada baiknya habuan difikirkan supaya manfaat kepada peranan itu dapat diperolehi. Fikirkanlah!

0 ulasan :
Post a Comment