Monday, November 21, 2011


Speaker Dewan Rakyat, Datuk Salleh Said keruak dalam satu majlis penyampaian bantuan RM100 kerajaan kepada murid sekolah rendah di SK pekan Kota belud dilaporkan berkata bahawa bantuan persekolahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012 bukannya bermotifkan politik. Sebab itu bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid tanpa mengira kedudukan dan kepercayaan politik ibu bapa pelajar tersebut.

" Justeru, kita berharap agar wang bantuan ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk persekolahn dan tujuan pembelajaran bagi meringankan beban". Kata Ketua UMNO Bahagian Kota Belud itu dalam blognya.

Salleh juga menjawab tuduhan pihak pembangkang bahawa kononnya kehadiran pemimpin politik BN dalam majlis seumpama itu kerana bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya kehadiran mereka itu adalah untuk memberikan penjelasan mengenai matlamat program berkenaan agar tiada salah faham dan skim bantuan ini tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Apa yang menghairankan rakyat ialah jika tidak ada unsur politik, sepatutnya ahli-ahli politik juga perlu berkecuali. Apalah salahnya jika bantuan itu diberikan oleh pihak sekolah dan pejabat pelajaran Daerah berfungsi sebagai pemantau. Apakah yang akan berlaku jika ada pemimpin atau wakil rakyat dari kalangan parti pembangkang yang hadir turut memberikan bantau tersebut?

Sistem pendidikan negara kerap dipolitikkan oleh parti pemerintah, sehingga dasar pendidikan negara diumumkan pada perhimpunan Agung UMNO dan bukannya atas meja kementerian Pendidikan. Sebab itulah dasar PPSMI yang direka atas kepentingan politik tidak berkesan malahan turut membazirkan wang rakyat berbillion ringgit. Akta Universiti atau AUKU juga digubal untuk menghalang pemikiran dan penglibatan pelajar dalam politik, sedangkan UMNO sendiri mengembangkan sayapnya dalam persatuan pelajar atau Kelab UMNO luar negara. Apakah jadahnya situasi ini?




36 ulasan :

Mohd Ishak said...

Harap bantuan RM100 ini diberikan ikhlas tanpa apapa motif politik.

Mohd Ishak said...

Tapi terpulanglah kepada individu bagaimana mereka melihat bantuan ini.

jackie said...

Bantuan ini dapat meringankan beban ibubapa...harap ini dapat diteruskan pada masa akan datang..

jackie said...

perlu turun padang jg untuk memantau keadaan..itu sebab mereka hadir, pihak pembangkang jg pasti berbuat perkara yg sama jg rasa2nya..

Anonymous said...

bantuan ini tidak harus berlanjutan dan ini akan membebankan kerajaan sahaja.

jackie said...

Betul jg..takut membebankan kerajaan..tapi bersyukur dengan bantuan ini...

Anonymous said...

tidak ada salahnya jika wakil rakyat yang turun memberikan sumbangan. lagipun mmg itu peranan wakil rakyat.

Anonymous said...

hal ini tak perlulah nak dimanipulasikan. ia tak patut dijadikan isu.

Kris Jr said...

baguslah tiada unsur politik dalam pendidikan, membantu para ibu bapa meringgankan beban sememang patut dipuji.

Anonymous said...

We should not relate politic with education.

Anonymous said...

To the people, such RM100 may be helpful to reduce the burden of the parents, but, what about to the government?

Anonymous said...

Adakah peruntukan RM100 kepada pelajar merupakan gula untuk menambat hari pengundi, masing-masing menilaikannya.

Anonymous said...

Cuma BN yan gtahu adakah ini untuk tujuan politik atau tidak. Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya ini meringankan beban sebilangan keluarga yang betul-betul dalam kesusahan.

jackie said...

Tidak perlu la dijadikan isu, yg penting bantuan telah diberi dan kita angat berterima kasih kepada kerajaan..

jackie said...

Daripada tiadakn, terpulanglah kepada rakyat, apa pndangan mereka tentang bantuan ini..

Logop said...

Its funny when some people question the gov motive whenever the gov provide help to the people especially when the help involve money. People should instill it in their mind that, its the gov duty to help the people.

Logop said...

Just because election is coming doesn't mean that the gov wants to be voted in the election. even before election is said to be coming, the gov had already been giving money to the people.

No name said...

Masing-masing menilaikannya sama ada ini motif kerajaan untuk PRU akan datang atau memang ikhlas untuk membantu rakyat.

No name said...

bantuan harus berganting kepada keupayaan. Ini seakan menambah beban kepada kerajaan yang masih berhutang tinggi yang belum dilangsaikannya.

No name said...

Seharus positif terhadap bantuan kepada rakyat. Berharap, bantuan ini betul-betul membantu dan sampai ke tangan rakyat yang memerlukannya.

No name said...

Tidak hairan ada suara negatif sebab duit sampai pada masa yang tidak betul. Semoga ini tidak menjadi isu besar dan tumpuan harus diberi kepada hal yang lebih penting.

No name said...

Setipa kali masa ketibaan PRU, pasti ada peruntukan sebegini, tidak hairan ada golongan menganggap ini saguhati untuk menarik undi.

Anonymous said...

bantuan RM100 ini sebenarnya baik bagi membantu golongan ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak.

Anonymous said...

bantuan ini disambut baik oleh kebanyakan pihak terutamanya ibu bapa.

Anonymous said...

apabila pemimpin2 pembangkang bercakap jangan mempolitik isu itu ini, sebenarnya mereka juga sedang berpolitik.. kerana yang bercakap itu adalah ahli2 politik.. jadi begitu juga dengan bantuan rm100 ini..

Anonymous said...

setahu saya pemimpin2 pembangkang la yang sering mempolitikkan sistem pendidikan negara, malah beriya2 mahu pelajar terlibat aktif dalam politik..

Smookiekins said...

Harap peruntukan yang diberi kepada anak2 digunakan sebaik mungkin untuk kemudahan anak2 tersebut.

Anonymous said...

pembangkang memang sentiasa memandang negatif terhadap tindakan2 yang diambil oleh kerajaan. sepatutnya mereka juga berterima kasih kerana anak2 mereka juga mungkin antara pelajar2 yang mendapat bantuan RM100 ni.

Paquin said...

Saya punya anak buah ada dapat tapi itupun mo kena tanya dengan gurunya. hehe

Paquin said...

Kalau saya ada motif politik atau tak, tak kisahlah janji dapat duit:P haha

Paquin said...

Cuma saya harap duit itu digunakan untuk tujuan pembelajaran la... Walaupun tak sebanyak mana tapi RM100 tu bukan senag mahu dapat, so hargailah ya:)

Paquin said...

Harap hal ini tak dimanipulasi untuk dijadikan bahan perang politik... Biasalah dekat2 next GE ni makin kreatif pula fikiran sesetegah pihak.

Paquin said...

Apapun, terpulanglah pada pandangan masing2. So tepuk dada tanya selera. hehe

getah lastik said...

ITU LAH PEMIMPIN TURUN PADANG NAMANYA

Hamdan Hadillah said...

Itulah yang kita mahukan.. Sentiasa turun padang melihat sendir perkembangan semasa.

Sanih Alias said...

bantuan ini untuk membantu ibubapa untuk memberli keperluan sekolah untuk tahun hadapan. Jadi ini antara keprihatinan kerajaan untuk membantu.