Antara DUN di Kota Belud yang menjadi perhatian pembangkang pada PRU akan datang ialah DUN USUKAN. DUN ini sangat unik di Sabah dan di Kota Belud. Pertama kerana di DUN ini bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustapha pernah bertanding dan menang. Kedua, kerana di DUN ini jugalah UMNO SABAH dilahirkan. Ketiga , kerana di DUN ini jugalah banyak kontrovesi politik Kota Belud berlaku. Datuk Salleh, Tan Sri Pandikar Amin pernah menjadi wakil rakyat di kawasan ini. Sesetengah masyarakat tempatan mensinonimkan kawasan DUN USUKAN ini dengan 'legasi' KERUAK, yakni keturunan Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Tun Said yang kini menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap timbalan ketua perhubungan UMNO Negeri dan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.
DUN USUKAN yang dikuasai oleh Datuk Salleh telah beralih tangan kepada Datuk Japlin Akim pada PRU 2004 dengan mencapai majoriti kecil iaitu 1750 jika berbanding dengan pencapaian Datuk Salleh sebelum itu.Pada tahun 2008 majoriti meningkat tiga kali ganda iaitu sebanyak 4023 undi.
Datuk Japlin Akim adalah mantan ketua Pemuda UMNIo Kota Belud pada tahun 2001 dan kemudian menjadi Ketua Pemuda UMNO Sabah pada tahun 2004 sejurus selepas memenangi kerusi DUN USUKAN. Pernah menjadi pembantu menteri Pertanian dan Industri makanan Sabah pada tahun 2008 dan kemudian terlibat dalam rombakan kecil kabinet Sabah dengan menyaksikan beliau dilantik sebagai pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.
Menariknya di DUN ini ialah Datuk Japlin pernah ditahan oleh SPRM bersama dengan kontraktor tempatan Limus Jury kerana tuduhan rasuah dan politik Wang.April 2009 Datuk Japlin diikat jamin sebanyak 100,000. Kemudian UMNO mendapati Datuk Japlin bersalah dan digantung keahliannya selama tiga tahun. Sejak itu DUN USUKAN mempunyai wakil rakyat yang 'kabur', . Akhirnya pada 2010 Datuk Japlin dibebaskan dari pergantungan itu.
Ekoran daripada beberapa kes dan skandal politik itu, DUN USUKAN menjadi perhatian dan rebutan dikalangan pemimpin politik di Kota Belud. Walaupun Datuk Japlin di bebaskan dari pergantungan itu, namun ramai yang percaya bahawa Datuk Japlin sukar untuk menjadi wakil rakyat kembali di USUKAN, itupun jika berpandukan kepada hasrat Najib melihat calon pada PRU akan datang 'bersih' dan tidak pernah menjadi liabiliti kepada UMNO dan BN.
Ada juga yang berpendapat bahawa Datuk Salleh wajar diberikan tempat semula di USUKAN dengan memikirkan bahawa Datuk Salleh perlu dikembalikan menjadi wakil rakyat untuk mengimbangi pentadbiran MUsa Aman atas kehendak Najib. Mahu atau tidak Datuk Salleh masih beraksi di peringkat Negeri dan sukar untuk diketengahkan diperingkat persekutuan.
Ini semua menjadikan USUKAN kawasan panas, apatah lagi kedengaran desas desus Datin Saida mengidam kerusi USUKAN itu. Selainnya kawasan USUKAN akan menyaksikan sekurang-kurangnya 3 penjuru pada PRU akan datang.
Berlandaskan komitmen ini adalah lebih baik jika DUN USUKAN mendapat wakil rakyat baru yang lebih bersih dan berpotensi daripada wakil rakyat sebelum ini. Datuk Japlin telahpun diberikan peluang selama dua penggal namun keadaan USUKAN tidak banyak berubah sama sahaja selama Datuk Salleh menjadi wakil rakyat di kawasan berkenaan. Jalan raya, kemudahan infrastruktur, bekalan air bersih, kemudahan saliran pertanian dan kemudahan para nelayan masih berada di takuk lama.
Najib dan Musa Aman harus memikirkan bahawa calon bukan sahaja boleh menang, tetapi yang lebih baik ialah berpotensi memajukan kawasannya.
0 ulasan :
Post a Comment