Saturday, November 12, 2011


Najib buat kejutan lagi. Kali ini beliau memberi gambaran bahawa pemilihan calon pada PRU 13 yangh dijangka bakal diadakan penghujung bulan Februari dan awal Bulan Maqc 2012, tidak terhad dari segi usia termasuk calon 'kitar semula". Ini bermakna janji Najib untuk membuat transformasi dalam pemilihan calon tidak seperti yang diwar-warkan pada awalnya, yakni mahukan calon yang diterima rakyat dan boleh menang.

Di Kota Belud, kenyataan Najib itu 'terpakai' pada asasnya, tetapi itu tidak boleh dijadikan taruhan kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan. Di Kota Belud, Najib sepatutnya tidak mengunapakai formula itu kerana kalau diperincikan satu-persatu calon pilihan di Kota Belud, semuanya boleh menang dan semuanya ada kekuatan.

Apa yang patut Najib lakukan ialah mendapatkan maklumbalas dari akar umbi dan persetengahkan pandangan ketua UMNO Bahagian dan juga satu pertigakan pendapat Musa Aman. Najib harus sedar politik di Kota Belud penuh dengan 'kebencian', penuh dengan 'khianat' penuh dengan 'kepura-puraan'.

Jika mendapatkan ketua UMNO Bahagian, maka paling tidak dirinya akan tersenarai antara calon yang 'boleh menang'. Rakan beliau juga boleh dicadangkan turut sama itupun jika 'tiada' tikam belakang' berlaku. Pemimpin yang boleh menang dan berkesungguhan untuk membangunkan rakyat tetapi tidak sehaluan dengannya, boleh diketepikan.

Jika tidak ada batas usia dan juga calon guna pakai semula. Maka di Kota belud semua calon itu menepati keinginan Najib. Harus Najib memikirkannya.

0 ulasan :