Oleh : MUTALIB M.
DPENDERAAN dan kezaliman seperti ini hanya dilakukan ‘Ketua Mafia’, tetapi di SK Kulambai, Kota Belud, Guru Besarnya, Hj. Madrin Hj Yakub tiba-tiba berubah sikap menjadi ‘Ketua Mafia’ yang langsung tidak bertimbang rasa apabila mendera seorang pelajar perempuan tahun 5 melakukan ‘Ketuk Ketampi’ 70 kali semata-mata kerana dalam bilik darjah berkenaan banyak sampah.
Kejadian yang berlaku pada 28 September 2011 lalu telah dilaporkan di Balai Polis Kota Belud dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud, namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Guru Besar berkenaan.
Bapa pelajar berkenaan yang meminta nama sebenar dirinya dan anaknya dirahsiakan dan hanya menamakan dirinya sebagai ‘Haji’ kesal kerana akibat tindakan tidak berperi kemanusiaan Guru Besar SK Kulambai, anak perempuannya trauma untuk ke sekolah.“Kakinya bengkak, lututnya kejang dan pehanya sakit selama lima hari sehingga tidak dapat berjalan sendiri, melainkan dipapah,” kata Haji yang kesal kerana tidak menyangka sekolah berkenaan yang sepatutnya melahirkan insan mulia menjadi medan penderaan terhadap kanak-kanak.
Kata Haji, sekalipun anaknya dan hampir semua murid di dalam kelas berkenaan didenda melakukan ketuk ketampi kerana membiarkan bilik darjah berkenaan banyak sampah, tetapi penderaan terhadap anaknya adalah kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.“Kesalahan tersebut boleh dimaafkan. Mintalah mereka gotong-royong bersihkan bilih darjah. Kenapa anak saya jadi sasaran ketuk ketampi 70 kali, sedangkan pelajar lain antara lima hingga 10 kali sahaja,” kata Haji lagi yang meminta campurtangan Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Muhiddin Yusin.
Walaupun insiden memalukan ini telah diadukan kepada Pegawai Pelajaran Daerah, Bahkrin Hj. Yusof, tetapi sehingga berita ini ditulis, tidak ada sebarang reaksi daripada Pejabat Pelajaran Daerah, melainkan berjanji kosong untuk melakukan siasatan.
“Pembantu Perubatan Hospital Kota Belud yang bertugas ketika itu mengesahkan anak saya didera secara keterlaluan setelah saya melaporkan kejadian ini kepada polis,” kata Haji yang bercadang untuk berjumpa dengan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Persidangan Agung UMNO yang bermula pada 29 November kelak.
Sehubungan itu, Haji menggesa agar Guru Besar SK Kulambai, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Sabah dan Menteri Pelajaran Malaysia menyelesaikan isu ini kerana beliau tidak dapat menghalang isu ini digembar-gemburkan pembangkang pada pilihanraya umum akan datang, terutama ada peguam pembangkang yang menawarkan diri untuk memfailkan tuntutan saman di mahkamah.
“Isu penderaan terhadap kanak-kanak ini tidak boleh dipandang remeh kerana kerajaan buat sekolah sebagai Pusat Pendidikan dan melahirkan modal insan yang berbudi pekerti dan bukannya Pusat Penderaan atau penjara,” kata Haji yang menjelaskan pihaknya memerlukan keadilan dan mahukan Guru Besar berkenaan dijatuhi hukuman setimpal dengan perbuatan kejamnya terhadap kanak-kanak.
2 ulasan :
-zaman jepun punya hukuman, tidak ngam, patut arahkan saja pelajar2 itu pungut sampah selesai masalah...
Haji Madrin sememang terkenal dengan sikapnya yang terlalu menggunakkan kuasanya macam bekas Pegawai Pelajaran DAERAH Kota Belud.Haji Said Andong yang bertindak macam Mafia kepada guru2 Kota Belud. Kedua2 orang ini tidak layak jadi Ketua. Patut Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengambil ke atas mereka, sebelum rakyat menyalahkan Barisan Nasional.
Post a Comment