Wednesday, November 9, 2011


Tidak putus-putus dengan pelbagai ragam politik yang memuakkan bekas Presiden semangat 46 yang kini ahli UMNO yang 'kembali' setelah 'meninggalkan' parti itu pada tahun 1987, KU Li atau Tengku Razaligeh Hamzah menyatakan bahawa UMNO telah kehilangan kebebasan bersuara di kalangan ahli-ahlinya. Sambil menyatakan bahawa beliau terpaksa menubuhkan sebuah NGO iaitu AMANAH, lantaran sebagai platform untuk menyuarakan apa sahaja kepada pucuk pimpinan UMNO.

Sebelum ini semua orang tahu bahawa KU LI tersisih dari piagam pemimpin UMNO sejak zaman Tun Mahathir lagi. Era Pak lah, KU LI juga tidak dipedulikan, dan pada zaman najib inipun KU LI hanya digunakan ketiak satu PRK di Bahagian Gua Musang. setelah BN memenangi kawasan itu KU LI kembali terbiar. Rakan-rakan yang pernah seangkatan dengan KU LI seperti Datuk rais yatim telah dapat memulihkan kredibiliti politiknya apabila diterima dalam senarai kabinet Najib. sebagai rekod Rais yatim adalah menteri penerangan dan komunikasi.

ramai yang menganggap bahawa KU LI telah lama menjadi "DAJAL" dalam UMNO.Lihat kenyataan Syed Al habshee mengenai perkara ini:


DATUK Wira Syed Ali Alhabshee berkata, pandangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa UMNO tidak lagi mengamalkan kebebasan bersuara adalah tidak tepat.

Katanya, parti itu tidak pernah menghalang mana-mana pemimpin UMNO samada wakil rakyat dan ketua bahagian untuk melontarkan pandangan mereka secara terbuka.


Oleh sebab itu katanya, pandangan Ku Li (Tengku Razaleigh) bahawa tidak ada ruang dalam parti untuk mereka (ahlinya) bersuara hanya tanggapan berat sebelah.


Sebagai contohnya kata beliau, Ku Li masih boleh bersuara sama ada selaku Ketua Bahagian, Ahli Parlimen atau kedudukannya dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan.


“Pada hemat saya, jika Ku Li menawarkan diri untuk berucap mewakili UMNO Kelantan pada perhimpunan agung parti hujung bulan ini, rasanya tiada yang akan membantah,” katanya.


Malah Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, wakil-wakil yang berucap sering memberikan kritikan dan pandangan yang agak pedas termasuk kepada pemimpin parti.


“Tak ada sekatan sejak dulu sehingga sekarang kerana UMNO sentiasa berpegang kepada prinsip demokrasi,” ujar beliau.Ku Li jelas beliau lagi , merupakan veteran UMNO yang juga bekas Menteri Kewangan adalah tokoh dihormati oleh banyak pihak terutama ahli-ahli UMNO di Kelantan.


“Jadi pada fikiran saya, beliau masih boleh bercakap apa yang dia mahu, mungkin ada buah fikirannya boleh diterima pakai untuk kepentingan parti,” katanya. Isu royalti minyak; Ku Li pernah bersuara tegur kerajaan PusatJelas beliau lagi, tidak timbul soal sekatan atau larangan terhadap mana-mana pemimpin dan ahli UMNO untuk bersuara selagi tidak bertentangan dengan prinsip dan etika parti.


“UMNO mengamalkan dasar terbuka dan sehingga kini belum ada lagi tindakan diambil keatas mereka yang mengeluarkan pandangan atau kritikan,” tegas beliau yang juga Setiauasaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.


Bagaimanapun Syed Ali tidak menolak kemungkinan pandangan atau kenyataan beliau tidak mendapat liputan meluas oleh media tempatan.“Barangkali Ku Li berasa dirinya tersisih kerana tidak mendapat perhatian media, itu bukan masalah UMNO,” ujarnya.


Beliau mengulas jawapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap kenyataan Ku Li yang sebelum ini mendakwa parti itu tidak lagi mengamalkan kebebasan bersuara seperti awal penubuhannya.


Menurut Muhyiddin, UMNO tidak pernah menyekat sesiapa daripada menyuarakan pandangan walaupun kadangkala ada yang bercakap ‘lebih’ sambil menjelaskan sistem demokrasi dalam UMNO sentiasa hidup.


Ku Li sebelum itu dilaporkan berkata bahawa beliau terpaksa menubuhkan NGO, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tidak lagi mempunyai ruang untuk bersuara dalam UMNO.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata Ku Li pernah berada di atas ‘pentas’ politik PAS ketika mengulas isu royalti minyak Kelantan.


Katanya, tindakan Ku Li bersama pemimpin PAS termasuk Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam ceramah berkenaan telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli parti itu di Kelantan.
“ Ini bukti Ku Li masih bebas bersuara, walaupun kenyataan (isu royalti minyak) beliau dilihat bertentangan dengan prinsip UMNO, tetapi parti tidak mengambil sebarang tindakan,” tegasnya.


Ini jelas beliau, membuktikan UMNO menghormati pandangan Ku Li dan tidak pernah menghalang mana-mana pemimpin untuk melontarkan pandangan.


Sebagai contoh Syed Ali menyebut bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih lantang bersuara menegur dan mengkritik beberapa dasar parti dan kerajaan.
“Dr. Mahathir masih boleh bersuara, berikan pandangan tetapi tidak pernah menyalahkanUMNO apabila kenyataannya tidak mendapat perhatian,” katanya.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan Ahli Parlimen Gua Musang itu supaya tidak menunding jari kepada pihak lain dengan mendakwa ada sekatan tertentu dalam parti.
Sebagai pemimpin parti yang cukup berpengalaman kata Syed Ali, Ku Li sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada generasi muda UMNO.


“Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pula yang hendak dibakar,” tegasnya lagi.

0 ulasan :