Saturday, November 12, 2011


sejak akhir-akhir ini isu Pendatang Tanpa Izin (PATI) di Sabah berkumandang semula. Dulu ketika Dr Jeffry Kitingan dalam kerajaan (PBS), kemudian menyertai PKR dan kini bergerak solo dalam sebuah NGO, Isu PATI ini telah lama dibangkitkan. tetapi begitu-begitu juga. Tidak ada tindakan drastik dari kerajaan yang dipegang oleh UMNO dan BN. Isu PATI ini timbul tenggelam dalam politik Sabah.

SAPP sebuah parti berasaskan kaum Cina di Sabah bertindak keluar dari BN pada 2008 atas alasan hilang kepercayaan kepada PM ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. sejak itu SAPP menjadi suara sumbang dalam mendesak kerajaan menyelesaikan masalah PATI di Sabah. Ikhlaskah SAPP ini? Atau ada tujuan di sebaliknya. Kemurnian hasrat SAPP ini sangat-sangat diragui kerana ketika menjadi ketua menteri Sabah, presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee tidak pula membuat desakan ketasa kerajaan untuk tujuan itu. Malahan Datuk Yong Teck Lee sendiri dibatalkan kemenangannya di Likas pada 1999 kerana ada unsur kehadiran PATI selaku pengundi hantu. Jadi bolehkah dipercayai seorang yang pernah melalui semua itu tetapi hanya mendiamkan diri dan tidak pula lantang bersuara.

Baru-baru ini UPKO yang juga satu lagi partiu komponen BN sabah yang berasas kepada suku KDM begitu lantang mendesak kerajaan untuk menubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk menannagi permasalah PATI di Sabah. Timbalan Presiden UPKO Datuk Wilfered Bumburing adalah antara pemimpin yang begitu 'rakus' bersuara dalam desakan ini. Keikhlasan UPKO juga diragui kerana ketika menjadi Ketua Menteri Sabah dalam sistem gilir pada Mei 1998 hingga Mac 1999, Presiden UPKO datuk Bernard Dompok pada waktu itu tidak pula memperjuangkan isu PATI di Sabah.

Kedua-dua parti ini iaitu SAPP dan UPKO adalah antara parti yang mendapat nikmat kepada percaturan UMNO di Sabah dalam sistem penggiliran jawatan ketua Menteri Sabah. Namun kedua-dua presiden parti ini telah "gagal' untuk memperjuangkan penubuhan Sisatan Diraja ketika mereka memegang tampuk kuasa.

Apakah tujuan SAPP menjadi hero dalam isu ini? Tidak ada lain sebabnya selain dari kepentingan politik murahan. Setelah SAPP keluar dari BN, suara SAPP terus tenggelam. kekalahan Presidennya pada PRK di Batu Sapi telah menjerumuskan parti itu dalam kegelapan yang sangat dahsyat. Sebab itulah SAPP meneguk diar keruh untuk isu ini.

Apakah pula tujuan UPKO memperjuangkan isu penubuhan suruhanjaya diraja ini? begitu juga halnya kerana selama UPKO dalam BN, suara UPKO terus tenggelam. kemasukan PBS dalam BN menjadikan tidak ada parti KDM yang masih lantang bersuara. PBS mati dalam pelukan UMNO Sabah. Untuk menjadi hero dalam BN mewakili suku KDM, UPKO perlu lebih berani membintangi filem lakonan PATI di Sabah.

Selain itu UPKO juga sedar bahawa kemasukan PATI di sabah telah menyebabkan kedudukan politik bumiputera Islam dari segi bilangan dan jumlah penduduk terjamin, yakni lebih majoriti dari bumiputera bukan Islam. Jika ini terus berlaku, sampai bilapun suku KDM yang suatu ketika menjadi golongan majoriti di sabah dan dicap sebagai king maker dalam PRU akan tidak menjadi realiti lagi. sebaliknya selama-lamanya selagi UMNO memerintah di Sabah selagi itu parti=parti berasas KDM akan gagal memegang tampuk kuasa. Hanya denagn mendesak kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah walaupun terpaksa mengorbankan kedudukan parti UPKO dalam BN dapat menyelamatkan politik KDM.Lihat betapa bijak percaturan pemimpin KDM ini?

Walaupun begitu ada beberapa pilihan kepada dua parti melampau dalam soal PATI ini. Pertama SAPP boleh menyertai Pakatan rakyat kerana dalam buku Jingga Pakatan Rakyat telah jelas bahawa bila PR memerintah, isu PATI di Sabah akan diselesaikan. Inilah saat yang paling sesuai bagi SAPP untuk mengotakan keinginannya jika benar-benar ia ikhlas. Namun mengapakah SAPP tidak mahu menyertai PR? sebabnya kerana SAPP takut jika menyertai PR dan kemudiannya PR gagal menawan Putrajaya, maka pintu BN selamanya akan tutup buat SAPP, seperti halnya dengan kesilapan PBS mentertai APU suatu ketika dulu, nasib baik diterima semula oleh Mahathir dalam BN.

UPKO juga boleh bertyindak keluar dari Bn dan menyertai PR atau bertindak selaku pembangkang tempatan di Sabah. namun apakah keputusan itu akan menyelamatkan jangka hayat politik UPKO? Atau berbaloikah tindakan itu bila UPKO pun dilihat sebagai parti yang hidup segan mati tak mahu.

Walaupun begitu, penduduk Sabah masih inginkan supaya satu Suruhanjaya Diraja dapat ditubuhkan secepat mungkin supaya masalah PATi ini dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Sama ada ikhlas atau tidak tindakan SAPP danb UKPO itu, yang penting ialah PATI sudah menjadi racun berbisa bagi rakyat Sabah. Dan KL harus menyelesaikannya jika mahukan sokongan rakyat Sabah berterusan.

0 ulasan :