Sunday, November 20, 2011


Politik Kota Belud lewat 70-an bahkan mencecah tahun 80-an dan 90-an penuh dengan dendam kesumat yang terlampau. Sentimen suku berakar umbi. Ledakan maklumat terbatas.Tahap pendidikan rendah.kesedaran masih mentah.Keciciran pemimpin tinggi. Infrastruktur daif.Itu adalah antara sebab berlaku demikian.

Pemimpin politik pada era itu di Kota Belud, berada pada kedudukan tindas menindas, tekan menekan,bidas membidas dan bermasam muka. Perbalahan antara suku berlaku. Bukan kerana pemimpin itu sahaja faktornya tetapi juga dasar pemerintah warisan penjajah.

Perbalahan suku di Kota Belud menjadi-jadi. jangankan para pemimpin politik malahan anak-anak muda yang baru mengenal erti perjuangan juga terperdaya dengan dakyah kesukuan yang ditiup. Di sekolah-sekolah menengah di Kota Belud yang mempunyai pelajar Bajau dan Iranun, kes salah laku dan moral sangat tinggi. Kes pukul secara berkumpulan, hinggakan membawa kepada kecederaan dan kerugian harta benda sangat berlaku.

Beberapa orang pelajar yang tercicir akibat sentimen kesukuan ini? Sangat tinggi ! bahkan hingga kini kesan kepada tiupan assabiyah itu masih tampak kelihatan. Ramai generasi muda yang 'panas baran' pada waktu itu menyudahi pendidikan mereka dengan rasa sentimen kesukuan yang sangat tinggi.

Walaupun ada yang 'rasional' dengan menutarakan persaudaraan dengan tali ikatan darah, namun situasi ini tidak berakhir disitu.

Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar dilihat sebagai ikon politik dua suku di Kota Belud iaitu Iranun dan Bajau tidak pernah duduk seintim sekarang.

Namun bila ledakan maklumat berlaku. keterbukaan minda mula menjenguk masyarakat Kota Belud. tahap pendidikan mula meningkat. Pemikiran mula terasuh. Kedua-dua pemimpin politik ini tersisih dari mendapat simpati golongan muda di Kota Belud. Dua pemimpin ini akan dihukum oleh rakyat Kota Belud. Kapan????

33 ulasan :

Mohd Ishak said...

Harap rakyat akan bersatu tidak kira kaum supaya harmoni dan perpaduan dapat dijaga.

Mohd Ishak said...

Harap para pemimpin akan melakukan yang terbaik untuk rakyat setempat.

Anonymous said...

kerana itulah golongan muda perlu diberi perhatian, golongan muda berfikiran lebih luas dan mereka kini berperanan penting dalam menentukan hala tuju politik sekarang.

Anonymous said...

Sallaeh dan pandikar kena tingkatkan prestasi mereka.

Kris Jr said...

Teruknya disiplin. Tapi sekarang semakin bagus. Tapi sama ada penduduk KB menghukum atau tidak pemimpin mereka tu terpserah kepada mereka untuk menentukan.

Anonymous said...

Di sekolah-sekolah menengah di Kota Belud yang mempunyai pelajar Bajau dan Iranun, kes salah laku dan moral sangat tinggi. Kes pukul secara berkumpulan, hinggakan membawa kepada kecederaan dan kerugian harta benda sangat berlaku.

Sekolah dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam kes kecederaan tersebut.

Anonymous said...

Keharmonian berbilangan kaum harus sentiasa diamalkan.

Anonymous said...

keterbukaan minda mula menjenguk masyarakat Kota Belud. tahap pendidikan mula meningkat. Pemikiran mula terasuh. Kedua-dua pemimpin politik ini tersisih dari mendapat simpati golongan muda di Kota Belud. Dua pemimpin ini akan dihukum oleh rakyat Kota Belud. Kapan????

Sistem pendidikan di Sabah masih tidak wajar, kawasan pedalaman masih ada golongan yang tidak berpeluang berpendidikan.

Anonymous said...

Perpaduan antara kaum mendorong perkembangan ekonomi yang lebih wajar dan keseluruhan. Golongan yang ingin merosakkan hubungan baik diantaranya harus dikenakan hukuman dan tindakan undang-undang.

Anonymous said...

Pemimpin seharus memainkan peranan dan teladan baik kepada semua rakyat.

jackie said...

Rakyat haruslah bersatu hati dalam hal ini...

jackie said...

Pemimpin harus lebih prihatin dan berusaha untuk mendekati rakyat bagi mengatahui apakh masalah mereka..

Anonymous said...

perpaduan rakyat adalah sangat penting jika ingin melihat keamanan di negeri Sabah berkekalan..

Anonymous said...

harap adanya kesefahaman dan perpaduan antara pemimpin kita dapat menjadi contoh kepada rakyat di negeri ini

Anonymous said...

kerana ianya tunggak kejayaan dalam sesebuah pemerintahan...

Anonymous said...

semoga, perbelahan di antara kaum/puak di Sabah dapat dileraikan dan semua bersatu-padu untuk membangunkan negeri ini bersama-sama

Anonymous said...

dan rakyat perlu berfikiran positif supaya ini dapat menjadi kenyataan suatu hari nanti

No name said...

Prestasi Salleh & Pandikar sering dipertikaikan. Buat lah yang terbaik..

No name said...

Perpaduan antara bangsa dan agama amat penting demi pembangunan negara.

No name said...

Pemimpin harus menjadi tokoh dan idol untuk golongan muda dipelajari.

No name said...

"Pemimpin politik pada era itu di Kota Belud, berada pada kedudukan tindas menindas, tekan menekan,bidas membidas dan bermasam muka. Perbalahan antara suku berlaku. Bukan kerana pemimpin itu sahaja faktornya tetapi juga dasar pemerintah warisan penjajah."

Kami harus mempelajari unsur-unsur yang baik, yang kurang kami perlu memperbaikinya. Ini lar tujuan sebenar Sejarah kami.

No name said...

"keterbukaan minda mula menjenguk masyarakat Kota Belud. tahap pendidikan mula meningkat. Pemikiran mula terasuh. Kedua-dua pemimpin politik ini tersisih dari mendapat simpati golongan muda di Kota Belud. Dua pemimpin ini akan dihukum oleh rakyat Kota Belud. Kapan????"

Rakyat pandai menilai, mereka tahu apa yang baik dan buruk. Semoga pemimpin memainkan peranan supaya memberi imej yang positive kepada rakyat.

Anonymous said...

setiap orang ada pendapat sendiri. namun yang penting, setiap pemimpin perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

Anonymous said...

perpaduan harus sentiasa dikekalkan agar keharmonian sentiasa wujud.

Anonymous said...

kadang2 sikap kesukuan ini boleh datang dengan sendirinya tanpa perlu dipengaruhi oleh mana2 pihak. kalau mahu hidup aman, rakyat sendiri perlulah berfikir kearah itu.. bukan mengharapkan pemimpin2 politik.

Anonymous said...

Sabah terdiri daripada pelbagai suku,etnik dan kaum.jika ingin hidup harmoni dan aman damai, sikap kesukuan ini perlu disingkirkan dalam diri setiap rakyat.

Paquin said...

Undi ada di tangan kita jadi jangan risau buat saja apa yang patut nanti.

Paquin said...

Keluhan ini harus didengar. Jangan biarkan rakyat terus jauh hati dengan para pemimpin.

Paquin said...

Keharmonian masyarakat harus dikekalkan kerana ia adalah keunikan yang ada di muka bumi Sabah ini. Jadi tolonglah jangan dirosakkan.

Paquin said...

Banyak betul masalah yang ditimbulkan, harap ia dapat ditanggani sebaik mungkin.

Paquin said...

Kepada pihak yang berkenaan, tampil lah segera dan mainkan peranan masing-masing.

Sanih Alias said...

Jika pemimpin menunjukan yang terbaik kepada penduduk tidak mustahil masalah ini akan dapat ditangani. Itu cerita dahulu sekarang penduduk mula faham dan terfikir akan kepentingan bersatu.

Sanih Alias said...

Kita haruslah bersatu dan berkerjasama untuk memastikan perjuangan kita untuk semua rakyat Sabah dan bukannya kepentingan diri sendiri.