Wednesday, November 16, 2011


Apakah barangkali yang boleh mengukur kejayaan seorang yang bergelar "YANG BERHORMAT" di tempat anda? Apakah keberjayaan itu dikukur dengan berapa nilai projek yang diperolehinya yang kemudian dibahagi-bahagikan sama rata dengan penyokong di kawasan yang diwakilinya? Apakah kejayaan itu dilihat pada kaca mata harta yang berjaya dikumpulnya berupa wang ringgit dan aset yang berjuta? Apakah kejayaan itu berupa kelicikannya mencatur politik peribadi sehingga dalam sejarahnya tidak pernah berada di bawah parti yang bukan memerintah? Atau apakah kejayaannya itu bila mana menundukkan 'musuh' politiknya dalam perebutan jawatan?

Cuba anda fikirkan. Apakah kejayaan yang anda harapkan bagi seorang yang mewakili anda dalam menyuarakan kehendak dan keperluan kepada pihak berkuasa. Kejayaan itu tidak boleh diukur tetapi boleh dilihat. Kejayaan itu boleh dirasa, diingat dan berkekalan.

Bagi KM kejayaan seorang YB itu ada pada rakyatnya, bukan pada janji dan cakapnya ketika berkempen waktu PRU sampai mulutnya bernyalakan api. Kejayaan itu akan dirasa oleh rakyat di kawasannya. Membela dan menunaikan kehendak dan harapan pembangunan rakyat yang menyokongnya, memberikan undi kerana keinginan untuk menjadikannya YB bukan kerana undi itu dibeli dengan RM50 dan senilainya.

Kalau anda tidak puas hati dengan kejayaan YB anda! lakukan penukaran secepatnya kerana tidak akan tentu sama ada anda berpeluang lagi untuk menikmati impian anda.

Kalau YB yang hnay pandai bercakap dan berjanji biarpun banyak jawatan yang sudah dipegang, tentulah laksana penjual ubat di tepi jalan. Bukan sahaja mengharap orang membei jualannya tetapi menunjukkan kepetahannya memutar belit dan menjual air liurnya. Dia lupa bahawa orang disekelilingnya pun punya air liur sepertinya. Pelik kerana ada juga yang terpesona.


1 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Kerana masa mengizinkan disamping topik yang menarik sekali lagi saya mengambil peluang untuk meluahkan pandangan disini.

Kata-kata KM, “Bagi KM kejayaan seorang YB itu ada pada rakyatnya, bukan pada janji dan cakapnya ketika berkempen waktu PRU sampai mulutnya bernyalakan api. Kejayaan itu akan dirasa oleh rakyat di kawasannya. Membela dan menunaikan kehendak dan harapan pembangunan rakyat yang menyokongnya, memberikan undi kerana keinginan untuk menjadikannya YB bukan kerana undi itu dibeli dengan RM50 dan senilainya” bagi saya ada lah tepat sekali...Itu lah sepatut nya.
Namun hal-hal saperti ini pasti nya akan berlanjutan kerana budaya yang susah dikikiskan oleh mereka yang sedia kaya dan mampu.

Walau macammana pun, sejak kebelakangan ini perubahan mulai ketara. Anak-anak muda sudah mula mengorak langkah membuat keputusan sendiri. Tidak lagi saperti yang sudah, semata-mata mendengar nasihat ibu bapa atau pun yang senior dari mereka.

Lagi pun akhir-akhir ini, penggundi yang berdaftar dengan SPR dari golongan ini, kian bertambah dan kebanyakan nya mempunyai berkelayakan serta penilaian sendiri.

Setelah beberapa kali berinteraksi dengan golongan ini, saya mendapati konsep pilihan mereka pada PRU 13 nanti lebih kepada kebolehan calon memahami serta mendekati jiwa raga rakyat berbanding dengan kekuatan serta populariti sesebuah parti itu. Disamping kelantangan mereka menyuarakan pandangan mereka pada isu-isu yang mereka minat dan tahu. Terutama sekali isu pengangguran dan kemiskinan.

Dari sini saya raskan, PRU akan datang ini lebih mencabar Integriti pemimpin yang merasakan diri mereka tahu semua disamping merasakan semua nya mudah untuk dijual beli.

Dalam pada itu, penduduk kampung sudah mulai matang dan sedar bahawa pemimpin yang akan mereka pilih ada lah mereka yang dapat memperjuangkan nasib harian mereka secara serius. Bukan sekadar janji dan gimik saperti kata orang Dusun' Bole-bole-- Arau-arau.'

Antara lain yang mereka akan tekankan ia lah;
(1) Masa depan anak-anak
(2) Tanah Adat yang giat dirampas disamping permohonan tanah LA tidak pernah diluluskan
(3) Kemudahan asas yang tidak pernah di naik taraf sejak Merdeka
(4) Kekerapan Pemimpin bersama mereka di kampong-kampong
(5) Mempunyai wawasan dan missi yang real... Lebih kepada memenuhi hasrat kehendak mereka daripada program dramatik yang disediakan semata-samata bertujuan memenuhi syarat dasar pemimpin itu sendiri.

Walhal, semua nya lebih bermanafaat kepada pemimpin dan kroni mereka... Rakyat pada hakikatnya, hanya mampu melihat dan menuntun.

Untuk itu, Semoga sukses