Sunday, November 6, 2011


Bahang PRU semakin dekat, Najib diramal akan membubarkan parlimen pada 11.11.11 sekembalinya dari Tanah Suci setelah menunaikan ibadat haji bersama isteri Datin Rosmah Mansor. walaupun ada yang tidak bersetuju supaya PRU diadakan pada masa yang dekat sebelum mandat berakhir pada Mac 2013, namun segala-galanya ada pada percaturan najib. PM berkuasa membubarkan parlimen dan setelah diperkenankan oleh DYMM seri paduka Baginda Yang dipertuan Agong.

Sama ada tarikh 11.11.11. itu benar-benar dimanfaatkan oleh najib atau tidak terpulanglah kepada budi bicara beliau, tetapi sudah kedengaran bahawa beberapa NGO yang bergabung akan membuat bantahan dan potes secara besar-besaran jika najib membubarkan parlimen sebelum ahli jawatamkuasa Parlimen yang dibentuk untuk menambahbaik sistem pilihanraya negara tidak bertindak awal.

Jika sistem Pilihanraya negera masih ditakuk lama, maka ikrar gabungan NGO ini ialah melakukan bantahan secara besar-besaran di seluruh negara.

“Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihan raya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (kiri) dalam satu kenyatan media.

“Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini.

“Jika pilihan raya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihan raya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar,” katanya.

“Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan.

“Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihan raya kali ini hanya proses ‘palsu’ bagi menghalalkan regim terus berkuasa,” katanya.



0 ulasan :