Sunday, December 6, 2009


Apabila saya membuka ruang perbincangan mengenai politik PAS di kota belud, mengenai pelbagai kebarangkalian, juga mengenai kewajaran tindakan sesetengah pihak dalam UMNO KB yang mengamalkan politik “tekan-menekan” melalui tajuk BILA DOA NIK AZIZ SAMPAI DI KOTA BELUD, maka ramailah pengunjung setia Kelapa Mawar yang memberikan hujah dan pendirian berhubung perkara itu, Tidak terkecuali ada yang merasakan peluang PAS menang di KB dalam apa jua kerusi tidak akan berlaku dalam waktu terdekat, lantaran komposisi kaum yang caca marba..bercampuran antara Bajau, Iranun dan Dusun. Atas prinsip bahawa tidak semua Bajau akan menyokong PAS, tidak semua Iranun akan memberikan undi kepada PAS dan tidak begitu ramai yang akan terpedaya dengan manifesto PAS SABAH di kalangan Bumiputera bukan Islam.

Perbincangan ini berlanjutan hingga di luar cyber, apabila ada rakan-rakan blogger yang turut merasakan sedemikian, Namun kata saya, itulah SPEKULASI politik, biasanya spekulasi sebegini dibiarkan didebatkan, dicerna, diperas air resolusinya hingga benar-benar pati nya diperolehi. Kerana tidak wajar jika kita mengambil keputusan awal tentang perkara ini. Lalu, bagaimana jika apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pemerhati politik bahawa PRU-13 akan datang menjanjikan kejutan yang sangat besar..? Apakah kejutan itu akan membuatkan UMNO KB terkapai-kapai, dan ternganga mulut sehingga lalat bisa masuk dan keluar melalui hidung…

Bagaimana dengan pengakuan Tun Mahathir beberapa hari yang lalu, bahawa UMNO “ sudah Busuk hingga ke usus nya”..Bagaimana dengan kata Tun Mahathir bahawa UMNO begitu kesuntukan masa menghadapi PRU-13 akan datang. Apa parti alternative bagi rakyat Kota Belud, jika benar-benar apa yang diluahkan oleh mantan Presiden UMNO itu satu kebenaran..?

Rasanya, adalah wajar kalau kita katakan bahawa UMNO Sabah, bukan lagi busuk hingga ke ususnya, malahan telah beberapa kali mengalami “Ulser Politik” sehingga beberapa kali memaksa bahagian tertentu usus itu dipotong dan di sambung semula. Kenapa saya katakan demikian, lihat apa yang berlaku dalam UMNO Sabah, begitu membimbangkan, Pimpinan tidak bertindak merawat “usus” yang bermasalah, malahan terus memotong dan membuangnya, Berapa ramai pemimpin UMNO yang begitu berpengaruh, dibuang pada PRU-12 yang lalu, tanpa memikirkan bahawa usus yang dibuang itu akan menyebabkan usus besar dan usus kecil semakin pendek..Bukankah Jangka hayat UMNO Sabah juga akan bertambah singkat..?

Kenyataan terbuka Sdr Musli Oli, dalam blog seorang rakan blogger KB yang sensasi Sdri Sitti Farhana Wee, bahawa beliau mengumumkan akan bertanding dalam Parlimen Kota Belud pada PRU-13 akan datang, nyata satu tindakan yang “gentlemen”, dengan mengambil perkiraan bahawa segala tekanan, tohmahan, dan kritikan adakan diterima oleh beliau. Apatah lagi apabila, langsung tidak menyatakan bahawa atas tiket parti apa beliau akan bertanding. Hubungan rapat dengan beberapa orang pemimpin Kota Belud,nyata membuatkan Sdr Musli Oli dikenali..tindakan mengumumkan hasrat ini, mengerutkan dahi beberapa orang pemimpin Kota Belud.Kenapa..? kerana jika Sdr Musli tidak terpilih dan tetap tidak akan dipilih sebagai calon UMNO atas beberapa perhitungan,antaranya kerana, DSSK dan TSP akan turut ‘melobi’ dan mengambil kembali kerusi yang sepatutnya diberikan kepada mereka ketika PRU-12 yang lalu..maka Sdr Musli, hanya ada beberapa pilihan sama ada mencontohi “boss” PESAKA nya Datuk Ibrahim Ali, bertanding BEBAS tetapi menggunakan tiket PAS, atau Sdr Musli sudah menyakini peluang dalam PKR, atau benar-benar akan bertanding atas tiket BEBAS sepertimana rakan seperjuangannya dalam USBO ,SDR AJIN GAGAH yang bertanding atas tiket BEBAS.

Jika itulah yang berlaku, kemungkinan UMNO KB, harus memikirkan kembali status Sdr Musli sebagai ahli UMNO, kerana tindakannya mengumumkan akan bertanding dalam PRU-13 akan datang nyata mendahului pimpinan Umno Sabah dan Umno KB.Kerana itu tindakannya adalah ‘berani’tetapi penuh dengan risiko yang membahayakan. Apatah lagi jika dalam PRU-13 akan datang , Musli akan berhadapan dengan DSSK yang bertanding di kawasan Parlimen Kota Belud.

Namun jika bersandarkan kepada kenyataan PM. Datuk Najib bahawa calon UMNO perlu popular kepada rakyat, dan tidak semestinya popular dalam parti, membuka ruang kepada DARD untuk kembali menjadi ahli parlimen KB. Biarpun ada yang menjangkakan bahawa pemimpin kelahiran Tuaran itu akan dikembalikan ke Tuaran, tetapi adalah tidak janggal bila kehadirannya kembali dalam politik KB masih diperlukan. Atas sebab pemimpin muda ini dilihat begitu mengambil berat pembangunan masyarakat dan modal insane di daerah ini. JIka ini yang berlaku, maka Musli Oli akan berhadapan dengan DARD..pemerhati merasakan akan ada kejutan berlaku, terutama apabila satu lawan satu…

Di persepsi yang lain, DSSK juga ada peluang 80% menjadi calon parlimen. Jika seseungguhnya bahawa DSSK dilantik sebagai Tim.Ketua Perhubungan UMNO negeri, atas kapasitinya mewakili rumpun USBO dan juga kerana ‘kemantanan’ nya dalam penggiliran Ketua Menteri, maka ada kemungkinan Najib akan memberikan kerusi Parlimen ini,,jika itu yang berlaku..laluan DSSK nyata lebih sukar, golongan muda yang celik politik, tidak begitu terpesona dengan tindakan dan perhitungannya. Malahan seorang rakan blogger menyatakan bahawa jika ini yang berlaku, analisis sokongan golongan muda ke atas DSSK pasti menunjukkan penuruan yang ketara.Musa Aman tidak akan menurunkan DSSK ke Usukan, lantaran boleh menggugat kedudukannya.

Bagaimana dengan nasib TSP, mungkinkah akan turun di USUKAN..? ini tidak mustahil akan berlaku,kerana TSP pernah menang di kawasan ini..lalu Tempasuk mungkin masih kekal buat Datuk Musbah. Jika TSP di Usukan, laluannya begitu mudah, malahan TSP boleh memperolehi majority besar kerana masyarakat di Usukan masih menyimpan pengaruhnya. Terkecuali jika ada calon PAS yang benar-benar berkarisma dan anak tempatan. Terlebih lagi jika itu anak dari suku Iranun..Mungkin penyokong TSP tidak sangat memikirkan hal ini, kerana bagi mereka setakat ini tidak ada lagi anak Iranun yang benar-benar boleh menyaingi TSP dalam banyak hal..tetapi banyak kemungkinan yang berlaku..seharusnya jika TSP ada niat ke arah itu, perisikan harus bermula dari sekarang, Siapa anak Iranun yang boleh menyukarkan laluan TSP..?

30 ulasan :

Pendekar Tua said...

Salam Sdri Kelapa Mawar..

Inilah antara kelebihan sdri dapat membayangkan sesuatu keadaan dengan cukup baik..mungkin ini sebabnya saya selalu merindui penulisan sdri..hehehe

Pengakuan Musli Oli ini hanya satu helah untuk menakut-nakutkan Datuk rahman.kerana dengarnya apabila ada blogger yang mempromosikan Musli sebagai calon pru-13, ramai pemimpin yang mula memikirkannya..
pada waktu yg sama 'saham' Musli naik dengan mendadak.
Tapi Musli tidak akan dapat kerusi Parlimen biarpun dia menghabiskan keseluruhan keuntungannya menjual buku-buku politik..
kenapa? kerana dia terpaksa melawan orang yang punya eset yang bernilai lebih sejuta ringgit...royalti dan hononorium buka berap saja?
Berbalik kepada calon DSSK, saya bersetuju bahawa beliau tidak akan dapat laluan yang mudah..terutama untuk mendapatkan sokongan golongan muda...adalah lebih baik jika DSSK bertanding di USUKAN..atau tidak bertanding lansung pun lebih baik..berikan peluang kepada golongan muda yang berkebolehan..
Mengenai TSP..rasa saya beliau tidak akan bertanding pada PRU-13 akan datang..lebih-lebih lagi bila ditawarkan jadi TYT..Jika TSP jadi TYT satu rekod bagi anak Iranun dan juga masyarakat KB..kerana dua orang menjadi TYT ( Bapa DSSK dan TSP- kalau jadi lah )

Kuda Berhias said...

Nampaknya "Kelapa Mawarlah" yang paling layak bertanding di Kota Belud di mana-mana saja kawasan keculai Kadamaian, kerana KM lebih tahu dan EXPERT politik Kota Belud berbanding mana-mana pihak dan mana-mana bloggger KB. NANTI SSK, TSP, HMHJ, DARD, JA akan melobi kapada Najib supaya KM calonkan Kelapa Mawar. Saya rasa MA tiada halangan. Saya akan sediakan Kuda Berhias 20 Ekor untuk penamaan calon menghantar Kelapa Mawar nanti. "jika tiada aral melintang".

Idahan said...

kak kelapa Mawar..

Jika yang demikian..siapakah pada perkiraan kak Km yg boleh memenangi PRU-13 di kawasan parlimen KB..?

Kalau DSSK sukar, TSP juga bakal dicabar oleh anak suku Iranun..? DARD pula bakal di cabar oleh Abang Musli...agaknya lebih baik sayaikut serta manalah tahu menang..

CT Farhana Wee said...

Salam Kelapa Mawar...

Usukan majoriti pengundi adalah Bajau dan jika isu kaum menjadi sandaran TSP sukar untuk TSP menang di sana kerana akan berlaku isu "KETUANAN BAJAU" seperti isu KETUANAN IRANUN di DUN Tempasuk pada PRU-12 lalu.

Pada pilihan raya kecil Usukan awal 1980-an yang dimenangi Usno menerusi TSP, ia bukan kerana faktor undi Iranun semata-mata tapi undi Bajau juga memihak kepada TSP atas pengaruh Tun Mustapha.

Kak Kelapa Mawar juga selalu cakap, kita bina kerajaan masa depan bukan perbaiki runtuhan kerajaan masa lalu.

Dulu lain kak ooi, sekarang lain juga.

Selepas Daerah Mengundi Merabau, Kota Peladok dan Tamau dipindahkan ke DUN Tempasuk, jumlah pengundi Iranun di DUN Usukan semakin berkurangan.

Yang ada kekal antaranya Payas-Payas, Pantai Emas, Peladok dan sedikit di Tanjung Batu.

Isu Ketuanan Iranun turut melanda Usukan pada PRU-12 yang terbukti apabila DARD tewas di DM Pantai emas.

Perlu diingat calon PBS seperti Yasser Arafat dan Pinjaman Hashim pernah guna isu Iranun di DUN Usukan tetapi gagal.

Begitu juga ketika pilihan raya umum 1990, TSP bekerja keras bantu Drs Edham Haji Sakmud (Calon Akar anak kelahiran Kampung Wakap (bapa) dan Kota Peladok (Ibu) di DUN Usukan tapi gagal.

Situ harap, jangan gunakan isu kaum dalam konteks DUN Usukan, takut tsunami Tempasuk melanda Usukan.

Musli boleh memang andai isu kaum jadi sandaran TSP/BN-Umno.

Siti selalu dengar cerita ibu Siti, ramai orang Bajau marah TSP kerana tinggalkan Tun Mustapha selepas diberi peluang bertanding di DUN Usukan.

Pengundi itu masih ramai hidup dan hanya menunggu masa mengundi pembangkang sebagai tanda protes mereka jika TSP jadi calon atau pakai isu kaumnya.


Begitu juga DUN Tempasuk, Kadamaian mahupun Parlimen Kota Belud... jangan guna isu kaum.

CT Farhana Wee said...

Kak Idahan...

Calon etnik Idaan-Cina boleh menang jika Bajau-Iranun bertelagah dan berpecah belah.

Berpuak-puak dan masing-masing anggap diri hebat dan majoriti di DUN Tempasuk, DUN Usukan dan Parlimen KB.

Sejarah YB pendek-pendek tagap Maidom Pansai tawan kerusi Parlimen Kota Belud akan berulang.

Kalau kak Idahan orang Idaan... boleh menang tu!

palingberani said...

salam sdri..

Kalau di semenanjung orang politik yang lebih duluan mengisythirkan akan bertanding, dianggap sebagai mendahului keputusan parti dan pimpinan..tidak tahulah kalau Sdr Musli sudah tahu dia akan dicalonkan..jika tidak dan atas sebab lain yg sdr Musli sahaja yang tahu maka itu adalah sabotaj parti secara terbuka..

Apakah tujuan sdr Musli mengumumkan yg demikian..sedangkan dia adalah ahli UMNO dan beberap kali mengwakili UMNO KB ke KL..? mungkin ini strategi politik peribadi dan bukan bertujuan menentang pemimpin UMNO di KB..

Saya rasa pelik dan hairan kerana DSSK dan TSP sendiri tidak pernah mengumumkan seawal ini untuk turun sebagai calon..eyalah saya akui antara Sdr Musli dan DSSK serta TSP jauh bezanya..tetapi jika satu payung USBO pun masih tidak wujud persefahaman,,bagaimana dengan ah;i USBo yang dianggarkan lebih 100 ribu orang..

Mungkin Sr Musli lebih berani ari TSP dan DSSK,..saya dapat bayangkan jika sdr Musli lah yg digugurkan pada PRU-12 yg lalu, tentu dia sudah buat keputusan untuk bertanding BEBAS...macam O.T Ghani di kuala Penyu..

Dari satu segi saya kagumdengan keberanian Sdr Musli..dan berharap pengumuman itu tidak sampai menimbulkan konsep lawan taukeh..wassalam

DEPU-DEPU said...

sdri Kelapa Mawar..

Sebagai penulis dan pengkritik politik negara..sdr Musli ada harapan untuk menjadi wakil rakyat..sebagaimana yang lain juga berpeluang untuk itu..

kita doakan semoga beliau berjaya hendaknya..Selamat berjuang untuk semua..

CT Farhana Wee said...

Lagi tambahan Kak Kelapa Mawar Kusayang...
Dalam byelection 1982 tu selain kawasan seperti kota peladok, merabau, rudang dan Tamau dalam DUN Usukan.
Kampung Bajau seperti Pirasan, Siasai, Siasai Dundau, Siasai Jaya, Pirasan, Kimo-Kimo, Lentigi dan Paka-Paka dalam DUN Kadamaian.
Adakah masyarakat Iranun akan leka bila melihat kehadiran TSP dan hanya takut beliau dicabar profesional muda etnik itu.
Adakah profesional Bajau seperti Dr Saijan Samit yang terbukti pengaruhnya pada PRU 2004 akan berdiam diri atau kembali mengatur strategi menawan kerusi itu.
Mungkin juga saudara Ir Solymone akan menjejaki DARD KB dengan tumpuan DUN Usukan kerana Siti difahamkan moyangnya asal Pirasan.
Juga ramai saudara di Kampung Siasai, Kota Belud, Sembirai, Timbang Dayang, Labuan, Wakap dan Kulambai.
Adakah pengundi Labuan, Wakap, Sembirai, Timbang Dayang, Lebak Engad, Kuala Abai, Suang Punggur, Belud Tanduk dan Kulambai yang dulu undi TSP atas faktor Tun Mustapha akan mengundinya semula.
Adakah generasi muda Bajau memilih TSP selepas perjuangan DHMJ dikhianati etnik Iranun di DUN Tempasuk pada PRU Ke-12?
Adakah isu grazing reserve Kuala Pintasan membabitkan rakyat Labuan dan Wakap (termasuk bermastautin di Sembirai, Jawi-Jawi dan Lebak Engad) boleh ditangani TSP apatah lagi Siti difahamkan mereka marah dengan ladang burung unta di atas tapak yang dituntut mereka adalah milik keluarga TSP.
Jika rekod lama juga menjadi sandaran, pada pilihan raya 1990, undi DHMJ lebih banyak berbanding TSP di DUN Tempasuk tetapi itu cerita lama, esok lain.
Sedang ketika itu seorang lagi calon mendapat sokongan orang Bajau iaitu Datuk Mohd Noor Mansor (Presiden Berjaya ketika itu).
Justeru, Siti tidak setuju dengan kenyataan kakak ku yang manis, Kelapa Mawar bahawa TSP akan menang mudah dengan majoriti besar seperti kejayaannya di DUN Usukan itu pada pilihan raya terdahulu (pembetulan kak, ketika itu TSP menang tipis) kecuali ditentang calon PAS di kalangan anak Iranun berpengaruh..

SMA said...

Salam tuan-tuan sekalian,
Sebelum saya menyusuri arus ke Menado, izinkan saya singgah di blog ini. kalau kalu ada yg sudi menjamu saya dengan kelapa mawar.

Dulu orang tua saya yang terkenal denga ilmu pelayaran dan pejuang kemanusiaan selau berpesan...katanya "orang-orang yang suka menyusun-nyusun orang sebenarnya adalah pakar porak peranda"..

Sehingga kini kami mengamalkan kebebasan mengharungi lautan omadal dan tiada yg menyusun nyusun kami. Lantaran itu kami merasa bebas dan menghormati kebebasan manusia berfikir, termasuklah manusia yg kadang-kadang datang atau muncul sekali dalam puluhan tahun cuba pula melahir rasa simpati terhadap kami dan berlagak seperti wira pembela kemanusiaan. Tak perlulah.. kami tahu halatuju kami.

Jangan terperdaya dengan sikap menyusun nyusun ini kerana ia ada muslihat di sebaliknya... akhirnya dia pecah-pecahkan dan dia pula berlagak jadi hero.

watasikadi said...

salam KM,
satu posting yang tidak jauh lari dari perkara tersirat yang mahu disampaikan iaitu menampak KM sebenarnya menyebelahi beberapa pemimpin. seperti dalam komen lepas saya ada menyatakan calon-calon BN tekaan saya dalam blog-blog yang membicarakan tentang calon di KB ini. calon yang BN bakal letakkan bergantung pada siapa yang bakal mengumumkan senarai calon BN sabah. jika DMA mengumumkannya maka calon yang sama bakal dipertaruhkan, namun jika DSA atau DSSK yang mengumumkan nama calon BN KB mungkin hanya herbert yang bakal dikekalkan. dimana TSP akan dijangkakan diberi kerusi parlimen dan DSSK usukan sementara Baharul sawi di tempasuk. namun jika ramai mempersoalkan baharul mungkin TSP akan dikembalikan ke tempasuk dan Musli sendiri dicalonkan BN di parlimen kota belud. pada pengamatan saya pendedahan terbuka hasrat saudara musli merupakan amaran pada team DMA bahawa jika team DSSK tidak diberi muka langsung seperti PRU12 lepas maka saudara musli bersedia untuk menentang DARD di parlimen dan agak mudah jika ianya satu lawan satu bagi saudara Musli.namun mencalonkan diri bagi tiket bebas bukanlah satu pilihan bijak. dalam sistem demokrasi sesiapa sahaja boleh menyatakan niat mereka namun dalam parti masing-masing ada etika parti sendiri. ada parti memberi peluang ahlinya bersuara dan ada yang akan menghukum ahlinya jika baru menyatakan niat.tapi itu hak parti masing-masing. PAS KB mungkin agak kurang popular dan saya rasa kami PAS akan turun membantu rakan pembangkang yang lain walaupun sudah memberitahu niat kami memohon kerusi parlimen dan tempasuk. apapun terjadi PAS tatasp dihati..

paikankb said...

salam...

satu posting yang menggunakan serampang bermata-mata, bukan lagi serampang tiga mata. Pada saya, ada kemungkinan saudara musli di calonkan dan ada kemungkinan juga beliau tidak dicalonkan. Melihat senarionya sekarang, Saudara Musli lebih dilihat sebagai watak yang serampang bermata-mata, Yalah satu ketika menyokong Pemimpin dan satu ketika cuba mempertikaikan kempimpin pemimpin. Jika dilihat politik sekarang, UMNO tidak suka atau gemar mencalonkan suka "lawan tauke".

Berbalik kepada TSP, pada saya kita hanya mampu meramalnya hakikatnya kita masih samar-samar lagi. Apapun bakal yang berlaku, pada saya TSP dan pemimpin lain dah terlebih dulu dapat menghidunya...tapi kadang-kdang para pemimpin kita ini egoist nya terlalu tinggi sehingga tidak sanggup mengakuinya. Pada mereka semuanya tidak benar hakikatnya mereka kecut perut, takut diperbahas dan perbincangkan maka mereka sesekali bersama-sama kita dan sesekali sekadar menjadi pemerhati dari jauh sahaja.

Lantaran itu saya agak bersetuju dengan ulasan SMA kerana ia penuh dengan ilmu mantik....Minta kita semua berfikir...ntah-ntah SMA ni TGNA sebab para pemimpin PAS tahu bahawa TGNA hebat ilmu mantiknya..Apa pendapat saudara ku watasikadi.....?

SAMBAL BELACAN said...

Salam sdri Kelapa Mawar...

Inilah mungkin pemimpin masa depan yang mendapat sokongan golongan muda, tapi TSP dan SSK tidak hairan akan kenyataan MO, kerana sekilas air di kali sudah tahu jantan betinanya...untuk tidak melemahkan semangat MO tidak apalah kita sokong saja kerana TSP dan SSK sudah pun menjangkakan apa yang akan berlaku nanti...

Unknown said...

Salam...

yan abar...hebat juga si Musli Oli, mau calon ganti Rahman...Dia AJK Bahagian UMNO kah?....roti kosong satu!

watasikadi said...

salam paikankb, SMA sebenarnya memantikkan MO, dan itu pendapat peribadi yang harus kita hormati dan ada benarjuga apa yang beliau katakan..mungkinkah kenyataan MO boleh menjadi satu hasil yang besar atau satu kenyataan retorik mungkin juga kenyataan pejuang sejati? sama-sama kita nantikan..

Unknown said...

Siapalah kita berbanding dengan ketokohan Tun Mustapha, Donald Stephens, Rahman Yakub, Stephen Kalong Ningkan,...tapi sungguhpun mereka hebat dan berani tetapi nyata mereka gagal mencapai cita-cita mengujudkan sebuah negeri Sabah yg "merdeka".

Sekumpulan pemimpin yg saya termasuk dalam golongan itu akan memperjuangkan kebebasan dan kemerdekaan kita.

Saya tidak janjikan projek. saya tidak janjikan jelapang padi. saya tidak janjikan jalan tar. saya tidak janjikan wang ringgit.

saya hanya menjanjikan "hak dan maruah" rakyat asli negeri Sabah dikembalikan. saya hanya menjanjikan otonomi rakyat Sabah.

Mungkin saya gagal kali ini. Tapi saya tidak berniat membawa kekayaan ke liang lahad tetapi ingin meninggalkan satu legasi perjuangan untuk anak bangsa dan cucu cicit saya bahawa hak rakyat Sabah harus dibela dan dikembalikan agar rakyat negeri ini yang menentukan hala tuju dan masa depan rakyatnya.

Siapa yg memperlekehkan perjuangan ini saya persilakan. itu adalah hak mereka. tetapi ketika umum menjangkau separuh abad, kita tidak boleh selamanya menjadi pak turut dan berpuas hati melihat bangsa kita hanya bergantung kepada subsidi, PPRT dan E Kasih!

Bangkit bangsa ku!

Salam MO..

kelapa mawar said...

ma kasih atas kunjungn sdr Pendekartua..saya amat menghargainya..
Hasrat sdr musli perlu dihormati kerana hak dan demokrasi harus diambilkira dalam hal ini..

sama ada dia berjaya tau tidak tidak penting kerana ternyata ia adalah adat resam dunia politik..

kelapa mawar said...

sdr kuda berhias..

ma kasih lah atas pandangan itu..tak perlu lah susah-susahkan diri..kuda berhias tak sangat mengambil tempat dalam diri saya..
bagus berikan kepada sdr Musli yg confrm bertanding pada pru-13..

kelapa mawar said...

sdri Idahan..

soal menang satu perkara yg subjektif keran pertandingan belum bermula..

rasanya sdr Musli pun ada harapan utk menang.

kelapa mawar said...

sdri Sitti..

Politik suku tidak dapat dipisahkan dlm dunia politik Sabah. d Semananjung politik bangsa..antara faktor pemangkin kp kemenangan sesorang calon adalah kerana kredibiliti dan sukunya..

Rumpun USBO..bagaimana Sitti..?

kelapa mawar said...

sdr paling berani..

d semannjung memang lain..kita di Sabah ni sapa-sapa pun boleh umumkan diri bertanding..tak perlu tunggu PRU-13, tidak akan dambil tindakan..apa-apa..

kelapa mawar said...

sdr Depu-depu..

kehadiran sdr saya amat hargainya walaupun jarang memberikan komen..

selamat berjuang jugak utk semua..

kelapa mawar said...

Sdr SMA..

Kita tidak menyusun sesiapa..kita hanya meramalkan..macam sdr juga meramalkan sama ada ribut atau tidak ketika belayar ke pulau Omadal..

Soal benar atau tidak..masing-masing ada hak utk melakukannya..

Sebagai penyokong kuat TSP dan DSSK..sdr bole sampaikan bahawa SDR Musli sudah mengumumkan hasrat utk bertanding di Parlimen..kalau DSSK jadi dicalonkan bermakna dia akan berhadapan dgn Sdr Musli yg juga AJK USBO yg dibawah pimpinannya...

Bagaimana SMA..anak musrid lawan guru..bolehkah?

kelapa mawar said...

sdr watasikadi..

saya tak menyebelahi mana-mana pemimpin..cumanya dalam perkara ini..saya hanya meramalkan bersandarkan kepada isu trkini..apabila sdr Musli berhasrat bertanding di parlimen KB..maka.terdapat beberpa orng yg akan dihadapinya..kemungkinan utk menang dan juga kebarangkalian utk kalah..

ma kasih kerana sudi memberikan idea..emoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

sdr paikankb..

ma kasih kerana berkunjung lagi..
sama ada serampang bermata-mata atau tidak tidk bernilai..kerana peminat politik KB..seharusnya peka dan mempunyai persepsi..baru apabila sdr Musli mengumumkan hasratnya utk bertanding..terpulang kp sdr utk menilainya..

di harap sdr dapat memaparkan isu ini mengikut persepsi sdr..
salam hormat.

kelapa mawar said...

sdr Sambal belacan..

agaknya begitulah..tapi harus iingat ada lagi pemimpin yg lain..siapa? Mungkin Kuda berhias...

ma kasih kerana memberikan ulasan

kelapa mawar said...

sdr mandalah..

apa cerita sdr tentang hal ini..berikan komenlah...Roti satu sampai..

kelapa mawar said...

sdr Musli..

teruskan perjuangan sdr..semoga sdr terus sukses di berikan kekuatan..

kalau nak lawan DSSK, DARD,TSP tu kena hati-hatilah kerana mreka ada senjata rahsia...terpulang kp sdr Musli utk membongkar senjata rahsia itu...selamat berjuang.

CT Farhana Wee said...

Kak Kelapa Mawar: Rumpun USBO boleh menang tapi jangan berpecah @ lawan sesama sendiri macam dulu... ala zaman PBS dan Berjaya tu kak.

Anonymous said...

''Saya tidak janjikan projek. saya tidak janjikan jelapang padi. saya tidak janjikan jalan tar. saya tidak janjikan wang ringgit.

saya hanya menjanjikan "hak dan maruah" rakyat asli negeri Sabah dikembalikan. saya hanya menjanjikan otonomi rakyat Sabah''.

Satu pengakuan yang ikhlas dalam memperjuangkan hak dan maruah orang Sabah. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Sabah sebenarnya semacam dipalui2 kan. Hak-hak dalam 20P, isu royalty minyak, Jawatan2 dalam kelas A, Status pemilikan tanah, hasil-hasil bumi dan masalah PTI serta isu Mykad hatta adanya Bumiputera Baru diSabah. semua ini kurang diperjuangkan oleh pemimpin UMNO Sabah pada masa ini. Perjuangkan mengkayakan kroni-kroni, melobi jawatan-jawatan dan lebih parah lagi mengikut telunjuk dari Pusat untuk mencorak landskap politik negeri Sabah.
Yang kaya akan tetap kaya, dan yang miskin akan tetap miskin.

Anonymous said...

Salam KM

Hanya ingin menyumbang sekadar yang terbuku dihati

Saya akan berada di belakang saudara MO untuk PRU 13, hanya sekiranya saudara MO berada di platform yang betul, dan bagi saya platform terbaik adalah PAS, seperti yang pernah dilalui oleh Allayarham abang Jamlidi.

Platform politik selain ini bagi saya, "busuk hingga ke usus", seperti kata-kata Tun Dr Mahathir. Sekiranya saudara MO benar ingin memeperjuangkan anak Sabah, usah terjerumus dalam budaya politik UMNO atau yang sealirannya kerana niat itu terselindung keinginan untuk mendapatkan harta dan pangkat. Usah risau tentang TSP, DSSK, DARD dan lain-lain kerana semua tau mereka ini adalah pemimpin yang gila kuasa, kila harta dan gila pangkat.

Ingatlah semua ini akan dipertanggungjawabkan kepada anda di akhirat nanti.

sypatracus