Tanda-tanda Kubra bagi satu perjuangan bangsa dan agama ialah apabila mendapat sahutan daripada golongan elit terpelajar yang berdarah muda dan memiliki kekuatan minda dan fizikal yang boleh digunakan untuk sesuatu tujuan perjuangan. Hanyasanya bila perjuangan itu tidak mendapat kesinambungan, justeru ia tidak akan bertahan lama kerana selepas pendukungnya, idealisme perjuangan itu akan bersepah dan bertaburan akibat kehilangan ‘sahutan’ golongan muda. Menyedari inilah rasanya, gerakan mempopularkan kembali UMNO di mata rakyat segera dilakukan. Malahan PM menggesa supaya satu program bulanan diadakan sekurang-kurangnya untuk mengangkat UMNO menjadi “Juara rakyat”.
Mungkin penulisan ini menyingkap kerelevenan “juara rakyat” ini dari sudut kedaerahan, kerana kalau kita berbicara tentang hayatnya UMNO di Sabah..kewarasan kita tidak mampu menolak bahawa daerah Kota Belud adalah tempat UMNO Sabah dilahirkan. Di Usukanlah yang kini wakil rakyatnya berdilema dengan skandal dan kes rasuah menyaksikan UMNO di Sabah diazankan ditelinga kanannya, tanda satu kelahiran wadah perjuangan bangsa dan agama akan bermula. Namun setelah dekat-dekat 20 tahun UMNO di Sabah dan ‘membesar menjadi remaja” di Usukan..UMNO tidak perlu dikiaskan dengan “Menggondol Kejuaraan rakyat” kerana rakyat di Kota Belud boleh dengan megah dan sinis melontarkan pertanyaan ini..’SETEMPOH ITU, APAKAH UMNO DI KOTA BELUD TELAH BENAR MEMPERJUANGKAN NASIB DAN ASPIRASI MASYARAKAT DI DAERAH INI..?
Walaupun ada pemikiran bahawa, tidak usah kita bertanya apakah sumbangan UMNO kepada kita, tetapi kita harus menginsafi bahawa apakah sumbangan kita kepada parti itu..? Namun idea juga ini terus tertolak dengan persoalan bahawa, Apakah tujuan UMNO dilahirkan..? Apakah hanya menerima sumbangan ‘kesetiaan’ daripada bangsa yang mendukungnya..? Atau apakah timbal balas harus berlaku..ertinya kedua-dua ada peranan dan sumbangan yang sepatutnya dilunaskan..?
Apa yang amat mendukacitakan golongan elit dan terpelajar di daerah ini ialah apabila usaha membetulkan keadaan dengan membuat beberapa teguran kepada pemimpin yang mendukung Falsafah perjuangan UMNO di KB..maka ia menjadi satu “ancaman”kpada pemimpin ini. Malahan ada kecenderungan mengatakan bahawa ia ‘beregenda’ dan tidak dilihat sebagai memaparkan kesilapan yang wajar diperbetulkan. Kenyataan DSSK selaku Ketua Umno Kota Belud yang melabelkan para Blogger di daerah ini sebagai “monyet” amat memilukan. Bahkan selama ini ketidaksediaan DSSK menerima kritikan jelas terpampang dalam blognya yang langsung tidak membenarkan ulasan pengunjung di buat. Jika inilah tabiat ketua bahagian UMNO KB..maka akan benarkah bahawa UMNO menjadi JUARA RAKYAT di Kota Belud?
Apakah DSSK sendiri buta kepada sejarah bahawa, antara pencetus kepada gerakan nasionalisme di Negara ini diawal pra merdeka adalah kerana gerakan kesusteraan dan kewartawanan yang mendukung beberapa persatuan seperti KESATUAN MELAYU MUDA (KMM ) yang menjadi pilihan Dato Onn Jaafar, selain daripada persatuan-persatuan lain seperti Pergerakan Melayu Semenanjung Johor,Perikatan Melayu Perak, Dan Zaaba sendiri memimpin Persatuan Melayu Selangor. Bukankah pena dan penulisan mampu memberi kesan kepada kesinambungan talian hayat politiknya. Apabila media arus perdana dikaitkan dengan campurtangan parti pemerintah, maka ramai golongan elit memilih medan Blog sebagai wadah menyampaikan informasi dan membangkitkan kesedaran atas apa yang berlaku. Kenapa paparan ramai Blogger di Kota Belud tidak pernah mendapat tindakbalas dari DSSK…?
Kerana itu apabila UMNO Bahagian KB menjadi liability kepada rakyat terutama golongan muda dan berpendidikan ini, DSSK langsung tidak ada usaha untuk mendekati mereka. DSSK langsung tidak mengendahkan pemikiran dan idea teguran yang dibuat..? Kerana DSSK merasakan bahawa Dengan Wang dan kuasa sedikit yang ada pada beliau, maka Dia tetap menjadi “juara rakyat” sedangkan lapis susun masyarakat menyaksikan perubahan saban tahun, lama akan tidak golongan muda akan menjadi TERAS dalam masyarakat Kota Belud.. Di manakah DSSK pada waktu ini..?
Sebagai sahutan kepada apa yang diilhamkan oleh PM, bahawa UMNO perlu menjadi Juara rakyat, maka sayugia diingatkan bahawa peningkatan sokongan kepada pembangkang di daerah ini harus menjadi kayu ukur dan penanda aras kepada “kejuaraan “ itu. UMNO di Kota Belud, harus berkerja keras meningkatkan KPI di mata masyarakat supaya ia benar-benar memenangi perlawanan PRU 13 akan datang. Selebihnya UMNO harus dipertanggungjawabkan bahawa keresahan, kemerlaratan, kedayusan, kejanggalan Rakyat sebenarnya kerana pemimpin UMNO di KB yang tidak suka ditegur, dimaklumkan kesalahan, dan yang paling parah ialah rasa selalu benar menguasai medan fikir mereka.
Kalau DARD yang diistilahkan oleh pemimpin UMNO KB sebagai ‘orang luar’ boleh memanjangkan aspirasi rakyat dengan pendekatan dan gagasan yang menyakinkan…kenapa setelah sekian lama,anak jati dan pemimpin UMNO KB…benar-benar melupakan itu semua..? Apakah itu tanda Sughra bahawa UMNO bukan “juara rakyat” lagi pada PRU akan datang..?
45 ulasan :
Salam...
"sebagai sahutan kepada apa yang diilhamkan oleh PM, bahawa UMNO perlu menjadi Juara rakyat, maka sayugia diingatkan bahawa peningkatan sokongan kepada pembangkang di daerah ini harus menjadi kayu ukur dan penanda aras kepada “kejuaraan “ itu. UMNO di Kota Belud, harus berkerja keras meningkatkan KPI di mata masyarakat supaya ia benar-benar memenangi perlawanan PRU 13 akan datang. Selebihnya UMNO harus dipertanggungjawabkan bahawa keresahan, kemerlaratan, kedayusan, kejanggalan Rakyat sebenarnya kerana pemimpin UMNO di KB yang tidak suka ditegur, dimaklumkan kesalahan, dan yang paling parah ialah rasa selalu benar menguasai medan fikir mereka.
Kalau DARD yang diistilahkan oleh pemimpin UMNO KB sebagai ‘orang luar’ boleh memanjangkan aspirasi rakyat dengan pendekatan dan gagasan yang menyakinkan…kenapa setelah sekian lama,anak jati dan pemimpin UMNO KB…benar-benar melupakan itu semua..? Apakah itu tanda Sughra bahawa UMNO bukan “juara rakyat” lagi pada PRU akan datang..?"
sy sokong kenyataan ini...bukan di KB sj..tapi byk daerah2 dipantai timur sabah akan beralih menyokong pembangkang pd PRU depan...
Salam KM
Sokongan para pengundi akan memihak kepada pembangkang kelak seandainya
1. BN/UMNO gagal dalam menangani isu-isu yang didendangkan oleh pembangkang akhir-akhir ini.
2.Kecenderungan pengundi golongan muda (Seperti mana PRU yang lalu) kepada pembangkang juga akan menjadi cabaran kepada UMNO/BN dalam mengekalkan kepopularitianya dan menjadi juara kepada rakyat.
3. Sikap segelintir pemimpin UMNO/BN yang masih dibuai dan diulit dengan majoriti 2/3 yang dibanggakan selama ini.
4. Pembangkang Sabah berupaya meletakkan calon yang terbaik dikalangan yang terbaik di semua kawasan yang ditandingi.(Cthnya Pembangkang patut sedar akan hal ini setelah apa yang berlaku kepada wakil rakyat mereka di Kawasan Klang)
Mungkin betullah bahawa PRU13 sangat lama untuk para pengundi tetapi terlalu singkat masanya buat parti-parti yang akan bertanding.
Kak Kelapa Mawar..
isu juara rakyat ini membawa kepada satu keadaan bahawa UMNO sebenarnya sudah terdesak untuk menarik minat rakyat..
PM makin gelisah, kerana sokongan peringkat akar umbi menunjukkan penurunan..
Ketua Bahagian KB, harus merasa gelisah juga..dengan keadaan ini
Adalah sesuatu yang menghairankan kita bila kesalahan Ketua bahagian di palitkan kepada keseluruhan jentera parti UMNO di KB..Adakah wajar di bawah Datuk Musbah, UMNO KB juga tidak menghadapi masalah dalam membela rakyat..?
Bukankah di bawa Datuk Musbah, UMNO KB juga terpaksa menahan malu dengan tragedi pembelian sijil palsu..?
Bukankah juga rakyat waktu itu mengharapkan perubahan dan pendekatan yang baik tetapi juga gagal dilakukan..?
Sdri KM,,,
boleh nyatakan secara ikhlas apakah pendekatan yang dilakukan oleh Datuk Musbah untuk menarik minat golongan terpelajar di KB pada zaman dia menjadi Ketua Bahagian?
kalau tidak ada ,maka kehancuran dan porak peranda Umno KB sebenarnya bermula pada zaman datuk Musbah menjadi Ketua bahagian dan pada zaman DSSK, maka kehancuran itu berpanjangan...
Keadilan dan pengadilan kepada pemimpin seharusnya memikirkan kepada apa yang berlaku sebelum dan sesudah penilaian itu dijalankan..
Salam hormat..
PT
KM,
kalaulah diandaikan bahawa UMNO akan kecundang di KB..pada PRU-13 akan datang..apakah akan jadi kepada daerah kita..? Bolehkah PKR atau PAS atau SAPP memberikan pembangunan seperti penyelesaian bekalan air, jalanraya dan bekalan elektrik luar bandar..?
Apakah rekod pekan Kota Belud sebagai anak sulung UMNO Sabah akanrelevan lagi..?
Apakah golongan terpelajar yang tinggi sekolah mereka akan merasa puas atas keadaan itu..?
bukankah kita pernah di bawah PBS..? apa yang berlaku ialah wujud sentiment agama dan suku di KB..
cuba sdri fikirkan mengenai andaian itu..apa yang akan berlaku kepada generasi penyambung keturunan kita di daerah yang tercinta ini..?
kalau dah dapat jawapannya..elok sdri paparakan dalam blog sdri ini..
Salam untuk kalian,
Bagi saya , post dalam blog Kelapa Mawar ini semakin hari semakin serius, sensitif (pada pendapat saya, hampir-hampir ketahap tuduhan dan hasutan) lagi mempunyai message dan makna disebaliknya dengan tersendiri… Dahysat.
Justru itu, dalam menghayati isi kandongan nya saya kena 'cautiously read between the lines'.
Dalam pada itu, sama ada setuju atau pun tidak dengan analysis KM ini, saya tetap sanjungi kebolehan, kebijakan dan kehandalan KM dalam mengukir isu-isu yang membuka minda kita kepada perkara-perkara yang selalu nya terlepas pandang.
However, malang nya, saya masih tertanya-tanya siapa KM sebenar nya dalam dunia realiti. Setakat ini saya hanya mengenali beliau dengan nama samaran (tanpa nama). Jadi nya, bagi saya, beliau ini boleh juga di kategori kan sebagai blogger yang tidak ber akauntibiliti (harap maaf dan jangan marah, kerana komen saya ada lah telus).
Menyentuh dengan analysis KM, kali ini saya ingin mengajukan beberapa persoalan yang saya rasa mengelirukan dan perlu penjelasan. Antara nya;
i) Ada kah rujukan yang sah sebagai bukti bahawa DSSK selaku Ketua Umno Kota Belud melabelkan para Blogger di daerah ini sebagai “monyet” yang amat memilukan ?
ii) Boleh kah KM kongsikan fakta yang relevan sebagai penyata bahawa UMNO Bahagian KB menjadi liability kepada rakyat terutama golongan muda dan berpendidikan ini, DSSK langsung tidak ada usaha untuk mendekati mereka ?
iii) Seterusnya, boleh kah KM buktikan, DSSK langsung tidak mengendahkan pemikiran dan idea teguran yang dibuat selain dari tidak ‘response’ dalam blog beliau? (Mungkin ada sebab yang tertentu mengapa beliau tidak melayan ulasan-ulasan yang diberi).
iv) Dari mana KM mendapat maklumat bahawa DSSK merasakan bahawa Dengan Wang dan kuasa sedikit yang ada pada beliau, maka ‘Dia’ tetap menjadi “juara rakyat” ? ( “sedangkan lapis susun masyarakat menyaksikan perubahan saban tahun, lama akan tidak golongan muda akan menjadi TERAS dalam masyarakat Kota Belud.. Di manakah DSSK pada waktu ini”..?)
Walau macam mana pun, saya harap KM tidak terasa sentimen dan keberatan untuk menjelaskan persoalan tersebut untuk kita kongsi kan bersama.
Kerana bagi saya sebagai sahabat blogger, artikel KM kali ini boleh juga dilabelkan sebagai ‘ Political Kill’ terhadap DSSK…
Jangkaan KM Sebagai seorang blogger yang popular, sensasi dan beretika; Ada kah adil perkara ini?
Dengan mohon maaf, semuga kalian sukses.
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
TAFSIRAN YANG SALAH.... "sesungguhnya ORANG KB tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum di KB sehingga DSSK sendiri mengubah nasib mereka"-Tafsiran pemohon ehsan!
Terima kasih Sdr. Solymone yang memanggil tengah malam untuk menarik perhatian saya supaya memberikan pandangan mengenai paparan dalam blog yang cantik ini.
Saya pada dasarnya mengiktiraf bahawa "setiap individu adalah "entittled" untuk mengemukakan opinionnya". Tetapi tidaklah bermaksud untuk kita memiliki hak yang mutlak untuk memperkecil dan mencemuh pihak yang lain. Sebaiknya kita kembali ke prinsip asal HUKUM dan norma manusia yang bertamadun dan berfikiran murni.
Dalam pandangan yang konvensyenal, "keinginan dan kemahuan manusia tidak ada batasannya sedangkan sumber-sumber terhad". Hanya "Jenny" ada magic power tapi dia masih terkunci dalam botol! Inipun khayalan.
Sebenarnya Program "Juara Rakyat" baru saja diumumkan oleh PM dan belumpun digerakkan dengan aktif di seluruh negara. ANEHNYA sudah ramai yang buat konklusi bahawa UMNO sudah gagal menjuarai rakyat melalui program ini. Ini sikap "Pessimistik" atau "adakah di antara kita , termasuk saya, sudah menjadi JUARA RAKYAT?
Siapa yang sudah siap siaga menghambakan dirinya kepada rakyat UNTUK JADI JUARA? MENDAFTARLAH DI BLOG KM INI DAN JANGAN LUPA SERTAKAN NOMBOR HANDPHONE SUPAYA MUDAH DIHUBUNGI BILA DIPERLUKAN.
Salam Untuk semua..
Sebagai menjernihkan keadaan dan kekliruan yang bersarang dalam minda dan perasaan sdr Solymone dan Kuda Berhias..saya response dulu ulasan sdr berdua...
1. Pertamanya maafkan KM kerana mungkin mengganggu tidur kalian..tetapi harap artikel ini bukan bertujuan demikian.
2. Ketika ditanya oleh wartawan mengenai padangannya terhadap kritikan para blogger di KB, DSSK menyatakan "slowy-slowy catch the monkey " ( Hal ini turut juga dipaparkan oleh Sdri Sitti farhana dan Sdri Idahan dalam blognya..harap dapat dirujuk..)
3.Perkataan 'liability' dalam artikle saya ini bukan membawa maksud membawa masalah, tetapi lebih kepada UMNO tidak mendapat perhatian golongan muda terpelajar di KB.. Ini realitinya, ramai lepasa graduan rasa UMNO tidak dapat membela nasib mereka..kerana ketiadaan program seperti mengatasi pengangguran dan memberi peluang kepada mereka utk sama dalam UMNO. Ini bukan sahaja berlaku di KB, tetapi juga di seluruh negara seperti yg dikatakan oleh TUn Mahathir.
4. Di KB, mengikut analisis yg dibuat pada PRU-13, yg lepas kebanyakkan golongan muda cenderung kepada pembangkang..KENAPA..?
5.Bukankah semasa pemilihan ketua bahagian Umno..Wang berlegar di kalangan perwakilan.. Saya tahu kerana saya juga adalah seorang perwakilan...Tabiat ini ada di mana-mana..dan itu sukar diubah kerana menjadi "kelaziman"..
6.Ma kasih atas response sdr Solymone..buat sdr Kuda Berhias..saya hargai teguran sdr biarpun sinis tetapi saya tetap menghormatinya...
Panglimasdk..
ma kasih atas response ini.
peningkatan sokongan rakyat terutama golongan muda kepada PKR di KB begitu meresahkan kerana tanpa program menerangkan kepada rakyat UMNO akan semakin dilupakan.
sdr Bulanmengambang..
analisis sdr ada kepatutannya..kerana UMNO sekarang begitu gelisah menghadapi PRU-13, ekoran daripada sokongan akar umbi yang nampak berkurangan terutama golongan muda..
ma kasih atas pandangan sdr itu dan ia membuatkan saya terus berfikir apakah nasib yang bakal menimpa parti ini di Sabah dan di KB?
sdri Watababai..
ma kasih atas peringatan itu..dan ia wajar diberikan kepada UMNO KB..
ma kasih kerana berkunjung sekali lagi.
Sdr Pendekartua..
ma kasih keranatidak putus-putus memberikan response...kesediaan sdr dalammemberikan pandangan biarpun selalu kontra membuatkan saya begitu menghatgai kehadiran sdr dalam blog ini..
Kehancuran UMNO bukan sahaja harus disedari dari awal tetapi ada usaha utk mengelak dari tragedi ini..sebab itulah PM meminta ahli umno seluruh negara berubah..dan terbaru program juara rakyat bakal dilaksanakan.
Sdr Roslan M..
kerana itulah sebelum UMNO kalah di KB..kita tegur dan minta response mereka yg terlibat supaya ada program berkesan yg dapat dibuat..
apa yg menjadi masalahnya ialah paparan itu pula dianggap sebagai satu ancaman kepada kerjaya politik mereka.Harap dapat diperbetulkan persepsi ini..
kenyataan kuda berhias menghina kami rakyat wakap...
kami tidak minta ehsan daripada ssk tapi dia yang menganiaya kami dengan mencadangkan projek kudat bypass di sawah kami...
kami juga terkenal dengan rakyat tidak berbaris di rumah ssk...
apa yang kami mahu ssk menunaikan amanah kerana orang yang tidak amanah juga tergolong sebagai munafik.
pandikar tua... adakah penghinaan ssk kepada bloggers `slowly slowly catch the monkey' itu saudara halalkan?
Salam KM
Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada saudara Solymone kerana memberi peringatan dan nasihat yang baik kepada KM. Saya amat bersetuju kita sebagai bloggers mesti menyimpan rasa bertanggung jawab, restraint dan beretika dalam menyampaikan apa yang kita rasa perlu disampaikan, atau 'post'kan. Adalah sangat tidak wajar kita menuding jari terhadap seseorang tanpa bukti dan rujukan, ingat di akhirat nanti semuanya akan dipersoalkan dan diadili.
Apapun... ( isu monyet) bagi saya seorang pemimpin yang tidak dapat menerima kritikan dari rakyatnya adalah seorang pemimpin yang harus ditolak. Bloggers juga adalah rakyat yang cuba untuk meluahkan pendapatnya kepada pemimpin dengan caranya sendiri. Kalau DSSK atau mana2 pemimpin dah 'caught the monkey'... mau buat apa lah, harap janganlah nak tunjuk keangkuhan dan keegoan bagai seorang samseng.
Ingatlah wahai pemimpin2 KB, Dalam era ini, rakyat sudah tahu dan ramai sudah terpelajar. Zaman ketuanan 'patriarchy' pemimpin sudah berlalu, Pemimpin (wakil rakyat) di pilih bukan untuk menjadi jaguh kepada rakyat tetapi adalah jaguh kepada kesejahteraan rakyat yang diwakilinya, bekerja untuk rakyat dan bukan bekerja untuk pastikan rakyat terus angkat dan terus dapat habuan.
Semoga pemimpin2 kita dapat menerima kritikan dengan terbuka. Take it like a man Dato',
Salam lagi KM
Saya ingin merujuk ungkapan KM dalam jawapan kepada Solymone berbunyi berikut;
"5.Bukankah semasa pemilihan ketua bahagian Umno..Wang berlegar di kalangan perwakilan.. Saya tahu kerana saya juga adalah seorang perwakilan...Tabiat ini ada di mana-mana..dan itu sukar diubah kerana menjadi "kelaziman".."
Pengakuan saudari KM memang jelas membenarkan kata-kata Tun Dr Mahathir....'UMNO is bad to the bone'. Budaya dalam UMNO sudah tidak boleh dibendung melainkan dicantas terus.
Wahai anak-anak muda Kota Belud, marilah kita sama-sama menolak UMNO, pemimpin-pemimpin dan perwakilan mereka yang bergelumang dengan RASUAH. Na' auzubillah hi min dzalik.
Salam Adinda Kelapa Mawar,
Apabila membicarakan juara rakyat, UMNO seharusnya menunjukkan teladan yang baik dalam mendukung konsep ini, jika mahu sokongan rakyat
Salam Buat KM,..
Dalam banyak-banyak komen yang terpampang disini,saya rasa perlu mengulas pandangan Kuda berhias yang langsung tidak menghormati pandangan orang lain. Kuda berhias berlagak seperti 'hero' jadian yang tidak tahu asal dan usul cerita yang dibangkitkan.
Mempersendakan idea orang lain secara sinis dan keterlaluan adalah bukan adat bagi pengunjung yang setia.
Perhatikan sindiran Kuda Berhias..
"iapa yang sudah siap siaga menghambakan dirinya kepada rakyat UNTUK JADI JUARA? MENDAFTARLAH DI BLOG KM INI DAN JANGAN LUPA SERTAKAN NOMBOR HANDPHONE SUPAYA MUDAH DIHUBUNGI BILA DIPERLUKAN."..
Apakah tujuan dan niat disebalik perenggan perkataan ini..?
saya akui mungkin dalam penulisan adik Kelapa Mawar ini,ada juga fakta yang kurang tepat..tetapi kebanyakannya mengajak kita berfikir untuk masa depan politik kita di KB..
Saya dari awal meminati blog KM ini bukan kerana menghentam para pemimpin tetapi lebih kepada pembukaan minda..
sedangkan ramai blogger yg berpendidikan di KB ini yang terus terang memaparkan imej dan gambar mereka, namun tidak berani menyatakan kebenaran terutama bila melibatkan politik para pemimpin di KB..kecuali beberapa org seperti blog seliu-liu, sdr Gawis, dan sekali sekal sdr Musram, itupun hanya kulit sahaja. Yang lain semuanya 'pengecut'.termasuk Kuda Berhias sendiri.
saya suka cara Ir Solymone membuat teguran dan memberikan pandangan..melambangkan kematangan cara berfikir.
maafkan saya kelapa Mawar kerana mengulas isu ini.
Buat sdr Solymone..
saya begitu kagum dengan pendirian anda..sebagai orang tua dan berpengalaman dalam dunia blog anda telah menjadi penegur yang baik kepada para blogger di KB..dan sejurus selepas membaca semua komen dan ulasan di blog KM ini..saya turut bertanyakan kepada beberapa orang blogger yang saya kenal..tentang Cop "monkey" ini..adakah benar atau tidak..
Daripada sumber yang saya percayai..dan yakini..cerita ini adalah benar dan DSSK harus memberikan ulasan mengenai hal ini jika bukan itu yang diniatkannya..
maaflah denakan..kerana saya membenarkan apa yg dikatakan oleh adik kelapa Mawar ini..saya juga seperti sdr tidak mengenali KM secara alam nyata..tetapi biarlah saya berterus terang di sini ( harap Sdri KM jangan pula rasa disokong).. antara blog di daerah KB ini..blog KM adalah antara yang berani memaparkan permasalahan politik dan halatuju pemimpin kita di daerah ini..
selama ini saya banyak mendengar tentang blog KM ini..dan bila saya ikut sama menyelami penulisan ini..ada sesuatu yang saya rasa perlu diiktiraf iaitu isu yang dipaparkan adalah realiti dunia politik di Kb..
maaf sekali lagi...
"iapa yang sudah siap siaga menghambakan dirinya kepada rakyat UNTUK JADI JUARA? MENDAFTARLAH DI BLOG KM INI DAN JANGAN LUPA SERTAKAN NOMBOR HANDPHONE SUPAYA MUDAH DIHUBUNGI BILA DIPERLUKAN."..
Apakah tujuan dan niat disebalik perenggan perkataan ini..?
NIAT SAYA TIADA LAIN MELAINKAN "BUAT APA YANG DICAKAP DAN JANGAN PANDAI CAKAP TAPI TAK MAU BUAT".. Mana silapnya. Tunjukajarlah saya?
Blog saya ada dan anda boleh juga mendaftar diblog saya kalu bersedia berkhidmat kepada masyarakat. Anytime diperlukan boleh dihubungi... yang ada nama tapi tidak wujud itu FIKIRLAH SENDIRI..Jangan buat kerja MAZMUMMAH...
salam buat kak kelapa Mawar..
makin panas rupanya blog Kak kelapa Mawar ini..
saya juga ada membaca intipati penulisan ini..agak tajam dan berterus terang..harap bukan bertujuan untuk menjatuhkan orang lain..
bye kak..
Sdr Kuda berhias..
nampaknya sdr memang penuh dengan sifat mazmumah..lihatlah kenyataannya yang menuduh orang lain..
" Blog saya ada dan anda boleh juga mendaftar diblog saya kalu bersedia berkhidmat kepada masyarakat. Anytime diperlukan boleh dihubungi... yang ada nama tapi tidak wujud itu FIKIRLAH SENDIRI..Jangan buat kerja MAZMUMMAH...
saya juga terfikir..siapa sebenarnya Kuda berhias ini..?
Salam Anaknda KM
Sebenarnya saya serius mengenai mereka yg benar-benar berhati mulia untuk berkhidmat dengan sukarela membantu rakyat. Sebelum hujung Mac, 2010 ini beberapa siri program akan di laksanakan. Kita telah mengatur program jelajah Seluruh Sabah untuk berkhidmat kepada rakyat secara sukarela. Jika tiada aral melintang, saya dan para sahabat akan organise di Sandakan...Joinlah.
Panglima wakap embo wakap..
tidak ada kenyataan yang saya buat 'menghalalkan' blogger Kb dilabel sebagai 'monkey'..
saya sendiri pun tidak tahu sama ada DSSK ada mengeluarkan kenyataan itu atau sebaliknya...
saya berharap agar sdr dapat menyatakannya dengan lebih terbuka supaya kebenaran terserlah..
mohon maaf untuk semua.
PT
salam sdr Musram..kawan lama...
Jangan kecik hati dengan kenyataan saya bahawa blog sdr hanya 'kulit'.
maksud saya perbicaraan sdr mengenai politik KB hanya luaran sahaja (kulit)..misalnya dalam blog One KB..sdr ada menulis mengenai sinopsis politik Kb..banyak hal yang terselindung yg sdr tidak nyatakan. Semuanya berada di posisi 'selamat'..sedangkan ada perkara yang wajar diceritakan sdr masih cuba berselindung...
Saya tahu sdr sudah menjadi penyokong kepada YB Datuk Musbah..sebab itu dalam perkara politik di KB..,kalau tersentuh YB sdr itu...sdr banyak berlapis..
Pengamatan ikhlas dari saya.. jangan kecik hati...kan sdr mempunyai 'hati' yang besar...
salam KM. saya tumpang memberi ulasan kepada sdr pakcik amin. Maaf ulasan sebelumnya terpaksa diralat, sebabnya saya telah faham maksud saudara. kalau ada masa sudi lah bertandang ke blog saya.mana lah tau menjadi pendorong menambah ilham. untuk sementara saya masih NGO.
Pandikar Tua, anak saya seorang reporter... dia sendiri yang dengar kenyataan ssk pasal bloggers yang persenda dia itu monyet!
Selepas menyedari keceluparan mulutnya... dia call editor minta supaya statement itu tidak siarkan kerana boleh jatuhkan imejnya...
saya sudah dedahkan kenyataan itu dan harap ssk jawablah jangan suruh orang lain jawab sejajar falsafah bohong SSK saya tidak suka pakai orang tengah...
SSK JAWAB.. JANGAN SURUH ORANG LAIN JAWAB
dalam konteks kudat bypass yang rampas tanah orang wakap pakai orang tengah pula... tanya driver lori dan buat andaian sendiri...
salam KM,
sekali lagi saya terlewat memberi ulasan..sekarang sibuk jual kek sejak kontrak tidak disambung... pernah sebelum ini saya memberi ulasan bahawa ulasan KM dalam blognya ini menyebelahi pihak tertentu tapi dinafikan. namun nyata disini kita melihat bagaimana satu persatu posting KM sebenarnya punya agenda tersendiri. saya sangat bersetuju dengan uncle solymone dan kuda berhias. seperti uncle solymone saya turut berpendapat posting kali ini political kill bagi DSSK. namun bagi saya itu hak peribadi KM. dengan susunan ayat dan gaya bahasa yang harus dicontohi oleh blogger muda seperti kami, KM bijak memancing pembaca blognya dari awal dulu. namun KM berhak menulis apa sahaja. slowly-slowly catch the monkey harus dihuraikan dan diperdebatkan maknanya sebelum kita melemparkan tohmahan kepada ketua bahagian UMNO KB ini. seharusnya sebagai ahli UMNO KB, blogger UMNO seharusnya bijak menangani emosi yang membuak-buak dek kerana calon pilihan hati tewas. sekali lagi saya ingatkan kekalahan UMNO adalah kerana sabotaj dalaman sendiri. nasihat ikhlas dari seorang pembangkang, selagi UMNO berpuak-puak di KB dan sabotaj dan mensabotaj maka akan timbullah kuasa baru dalam politik KB. maka penyesalan yang tidak akan tertanggung oleh airmata dalam hati pejuang UMNO KB sahajalah bakal menyatukan UMNO KB.
juara rakyat ataupun tidak sebenarnya tidak perlu digemburkan kerana semakin digemburkan semakin banyak kesalahan UMNO dimata kami golongan muda. lihat sahaja atas kapasiti sebagai PM, satu malaysia dilaungkan..namun bajet hampir tidak diluluskan, sekarang atas kapasiti presiden UMNO juara rakyat digemburkan, langkah pertama pensabotajan sesama sendiri dalam UMNO bila ahli sendiri membuka pekung kelemahan ketua sendiri..renung-renugkanlah.;..
salam panglima wakap..
saya mengucapkan ma kasih kerana mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini dan memberikan idea tentang penulisan saya.
walaupun ulasan sdr berkaitan dengan kenyataan Kuda berhias,namun saya amat menghargainya kerana kehadiran sdr dalam blog ini membuktikan bahawa sdr sensitif dengan perkembangan politik dan kepimpinan di Kb.
wassalam. semoga sdr terus menjadi pengunjung blog ini.
sdr Spyatracus..
syabas dan tahniah buat sdr juga yang terus memberikan idea dalam blog ini. Pandangan dan keterbukaan sdr memperkatakan hal ini sangat saya hargai...terutama apabila sdr menyatakan tentang keperluan pemimpin menerima kritikandaripada rakyat dan blogger..
untuk itu saya berharap agar sdr juga terus menjadi pengunjung blog ini seadanya memberikan cetusan idea.
Datu Syed maulana..
macam pernah dengar nama ini..tapi di mana ya?..
ma kasih kerana memberikan pandangan.
Pak cik Amin..
Ma kasih atas pembelaan itu, saya hargainya, namun buat masa ini saya tidak memerlukannya kerana saya tidak nampak saya bermasalah dengan Sdr Kuda Berhias..bagi saya sejujurnya menyatakan bahawa teguran dan pandanagn sdr Kuda Berhias langsung tidak menyinggung hati dan naluri saya..kerana saya secara peribadi mengenali sdr Kuda Berhias ini..dan saya menyoroti setiap idea penulisannya..
barangkali pak cik Amin tersasar dalam membaca apa yang tersirat dan tersurat dari ulasan sdr Kuda Berhias...
apappun saya mengharapkan agar buang yang keruh dan ambik yang jernih...
Kelapa Mawar begitu berbesar hati sebesar laut samudera atas kehadiran kalian menyerikan blog Kelapa Mawar ini...
setidaknya saya sekali lagi mohon maaf atas penulisan ini yang menimbulkan polemik yang berpanjangan..buat niat sebegitu..sekadar berkongsi pandangan dan keluhan.
sdri Watababai,
ma kasih kerana berkunjung kali kedua dalam membicarakan idea penulisan ini...
niat saya bukan menjatuhkan sesiapa..hanya menyatakan perasaan dan pandangan.
salam Ayahanda Kuda Berhias..
saya memahami maksud ayahanda dan insyallah jika ada kesempatan saya akan join bersama...ma kasih kerana memberikan maklumat yang berharga.
sdr Pendekartua..
harap sdr dapat maklumat itu dari Panglima wakap...
ma kasih kerana turut serta dalam perbincangan ini.
salam Sdr Musram..
saya tidak tahu apa yang berlaku antara sdr dengan Pakcik Amin..kerana saya tidak sempat membaca komen sdr yang dipadam..tapi macam rasanya sdr kecil hati dengan pendapat pak cik Amin kah..?
Janganlah ambil hati sdr..kita dalam dunia cyber ini...semuanya adalah sama dan bersaudara..
ma..kasih sekali lagi.
panglima wakap..
ma kasih kerana memberikan maklumat itu...saya meyakininya..
salam sdr Watasikadi..
percayalah..bahawa Kelapa Mawar tidak bertujuan untuk menyelamatkan diri dan kepentingan..saya sekali lagi secara ekslusif buat sdr..menyatakan bahawa saya bukan ahli politik, saya tidak ada kepentingan, saya bukan pengikut pemimpin tertentu, saya hanya golongan muda yang melihat dengan mata hati atas perkembangan politik di KB yang berlaku...
apa yang saya nyatakan adalah pendirian, pengamatan, pandangan saya secara peribadi dan tidak didorong oleh mana-mana pihak. Saya langsung tidak berniat untuk menjatuhkan pemimpin tertentu..saya hanya mengkritik apa yang patut, saya menegur apa yang salah, ITUPUN BUKAN BERMAKNA saya adalah SEMPURNA..
PERCAYALAH sdr bahawa saya bukan ancaman kepada sesiapa ahli politik di KB..
selebihnya saya pulangkan pada kalian untuk mempercayainya..
ma kasih kerana memberikan idea dan pandangan dalam soal ini. saya amat menyanjung keberanian sdr ..walaupun PAS namun sdr berjuang utk rakyat di daerah kita..TAKBIR!!!!
Salam ... Biarpun blog anak jati kampung kami yang setia membela kami, denakan seliu-liu dianggap pak amin berani-berani kulit namun kami bangga kerana seliu-liu adalah pembela kami selepas kampung kami hilang dalam peta kota belud angkara kudat bypass.
Layari blog ini.
http://pakcikamin.blogspot.com/
Apa yg anda nampak?
Klik pula link Pak Cik kita ini dalam komen blog KM.
Apa yang anda nampak?
Lain kali datanglah rumah saya. Ikut Musram untuk mengelakkan perkara seperti di atas sekali itu berlaku.
"Saya selalu mengsyorkan supaya kita lebih bertanggungjawab terhadap perbuatan kita"
Salam kudaberhias dan sabahkita.
salam kelapa Mawar..
komen ini utk Kuda Berhias..
Cukuplah mempersendakan saya kerana saya tidak ada blog..tetapi saya masih beradat untuk memasuki rumah orang ( blog KM ), saya tidak menyindir dan berlagak hero..saya memberikan response secara jujur dan tidak berselindung..
saya cadangkan kepada kuda berhias supaya lebih jujur memperkatakan politik di KB...Rasanya sdr Kuda Berhias lebih banyak pengetahuan dalam politik KB daripada adik KM kerana sdr sendiri adalah "pemain" politik dan terlibat dalam perjuangan pemimpin tertentu...
cuba paparkan tanpa berselindung supaya ia menjadi tatapan generasi akan datang..jangan hanya berlagak seperti ustaz saja ( kata sdri Sitti Farhana dalam blognya)
Post a Comment