Sunday, January 31, 2010

."...Penulisan ini sekadar response spontan kepada ucapan Tun Mahathir ketika melancarkan Perkasa Selangor, berkaitan dengan perlunya golongan minority tidak dipinggirkan.


Kalau kita sebut suku minority di kota belud, justeru yang terpampang di mata dan lubuk hati kita ialah gambaran masyarakat Iranun. Pembabitan suku ini dalam dunia politik di daerah kota belud bukan satu cerita dongengan malahan telah dapat mencapai prestasi yang cukup membanggakan, lantaran beberapa pemimpinnya yang turut mendapat tempat dalam kedudukan politik dan kerajaan. Namun penulisan ini bukanlah bertujuan membangkitkan rasa suku yang terlampau, jauh sekali mengguris hati suku lain. Tetapi penulisan ini sekadar response spontan kepada ucapan Tun Mahathir ketika melancarkan Perkasa Selangor, berkaitan dengan perlunya golongan minority tidak dipinggirkan, bahkan harus dibawa bersama kerana peranan mereka juga amat penting dalam menjamin kemenangan calon dalam pilihanraya.



Sudah sampai masanya, kita memikirkan bahawa jatuh dan bangunnya politik suku Iranun adalah berkaitan dengan sikap dan kepatuhan mereka yang melulu, tanpa memikirkan ‘pulangan’ politik yang akan diperolahi. Selain daripada ‘tekanan’ dari suku majority yang juga mempunyai pelbagai menu kepimpinan yang mencabar dan berprestij, suku Iranun juga terdedah kepada ‘penyelewengan’ maklumat politik sehingga memaksa mereka memberikan sokongan kepada yang bukan sepatutnya.



Pemberian perhatian politik yang tidak seimbang kepada suku minority ini, tambah memeritkan perjuangan sesetengah golongan muda yang ingin menceburkan diri dalam persada kepolitikan.



Misalnya PRU-12 yang lepas, menyaksikan penurunan sokongan undi yang begitu mendadak kepada calon Umno dan BN di kesemua peti undi kawasan Iranun. Terkecuali peti undi Kota Peladok, itupun kemenangan calon UMNO, Datuk Haji Musbah Jamli di kawasan ini begitu tipis sekali. Apakah ini sebagai tanda ‘pengabaian’ politik kepada suku minority ini..? Atau apakah isu sebenar yang menjadi tumpuan kepada suku Iranun, sehingga tidak sangat berkeperluan memberikan sokongan kepada calon Umno..?



Kemungkinannya fenomena ini, juga merupakan satu ‘pemberontakan politik awal’ atau protes yang disenyapkan oleh tindakan memberi undi kepada pembangkang. Jika diperkirakan kepada apa yang didedahkan oleh Tun Mahathir, maka tidak salah jika kita tetap menyatakan bahawa suku Iranun juga merupakan ‘penentu’ undi kepada umno.



Sebagai kehendak kepada keserasian dan kesaksamaan politik secara lebih tuntas dan berhemah, kita berpendapat bahawa perjawatan dalam UMNO Bahagian Kota Belud juga semestinya memperuntukkan kerusi kepada suku Iranun. Setakat ini suku Iranun hanya ‘berkelayakan’ menduduki kerusi “AJK” bahagian tanpa dapat menembusi barisan kepimpinan hadapan. Sekurang-kurangya jika ada tidaklah sangat dimonopoli oleh suku majority. Pun begitu perlaksanaanya amat getir kerana memerlukan ‘keikhlasan’ yang amat mendalam. Selain daripada “kepercayaan’ politik yang matang. Pengabaian kepada kehendak suku minority akan membawa kepada penurunan sokongan yang lebih parah pada PRU 13 akan datang.



Walaupun pembangkang seperti PKR dan PAS tidak begitu membimbangkan di Kota Belud, dengan mengambil kira prestasi dan keterlibatan mereka dalam menyelesaikan karenah masyarakat yang menuntut pembelaan yang berpanjangan, namun itu tidak membuktikan bahawa sokongan padu suku Iranun kepada pemimpin UMNO akan terus diberikan. Maka secara lebih terbuka, kita menyarankan agar isu penurunan sokongan kepada calon UMNO di Dun Tempasuk, dapat diperbincangkan dalam wadah politik yang lebih telus dan terurus.



Mungkin sudah lama diperbincangkan, malahan dalam Blog Tan Sri Pandikar Amin suatu ketika dulu turut menyarankan, betapa perlunya formula 2:1:1 dapat direalisasikan. Mungkin belum terlambat untuk kita memikirkan. Demi keutuhan politik kita di daerah Kota Belud ini.

9 ulasan :

PIPIT PEKEPA' said...

Jangan pendik ingatan. Pertama kali HMJ bertanding lawan Abdul Salam Haji Jibang, Pengundi di Tempasuk, PETI UNDI RAMPAYAN YG KASI Musbah MENANG. Tolak Peti Undi Rampayan (SK Nanamon kah itu?) masa itu tentu Musbah kalah. Musbah tahu ini. Iranun kasih menang Musbah.

Janganlah kasi laga-laga BAJAU-IRANUN. Kami ramai Waris Iranun. Azrone ramai Waris Iranun, Musli, Jemil, Salam, Ramai Waris Iranun, Sembiraiku lagi ramai waris Iranun. Kami anggap Bajau-Iranun bagai isi dengan kuku. Jangan KM atau siapa saja laga-lagakan.

Apa agenda tersembunyi? sampai pinesasa jomo bedenakan?. Menanamkan kebencian antara meraka? Mau lihat Iranun-Bajau berpecah supaya ada yg lain berpeluang jadi YB kah?

Inilah yg menyebabkan saya kurang senang.

KM kurang membaca. Taukah Baraq Hussien Obama adalah minoriti di atas minoriti di Amerika Syarikat? Barangkali KM tidak tahu siapa Presiden Amerika Syarikat hari ini?

Sedarlah KM buka minda.(saya cakap dari hati yang ikhlas) jangan lagi perlaga-lagakan suku bangsa ini. Carilah idea yg bernas. MCM penyelesaian Jalan By Kota Belud-Kudat., atau ganti rugi tanaman kena banjir atau ganti rugi tanah di Mukim Keguraan yg diragut projek pengairan. Behentilah menulis perkauman. KM tidak akan berjaya memecah belahkan perpaduan Iranun-Bajau seperti penjajah pecah-belahkan pribumi di PERANG PANDASAN. Kami tahu Kulindod..dan anak-nak buahnya tidak suka penjajah. Idahan kalo benar idahan, Kolindad dan orang-orang bersatu dengan Bajau-Iranun-Idahan menentang Penjajah British dalam Perang Pandasan. Kenapa kita laga-lagakan?

(KM jangan takut mengkritik saya atas nama kebenaran, tapi elakkan mengina mana-mana bangsa)

Unknown said...

salam KM,

Tun Mahathir mengambil iktibar pilihan raya umum 1969 di Kota Setar Selatan sewaktu beliau menentang calon PAS, Hj Yusof Rawa (bapa sdra kepada Asmah Ali).

35,000 pengundi Melayu, 5000 pengundi cina dan bukan Melayu. dengan imej "ultra" iaitu pejuang Melayu tulin, Tun amat yakin orang Melayu akan beri sokongan.

Kalau pun ada perpecahan Melayu umpamanya 10,000 menyokong PAS, beliau masih menang. Maka itu undi bukan Melayu yang minoriti telah diketepikan dan Tun Mahathir langsung tidak berkempen di kawasan cina.

akibatnya semua undi cina menyokong Yusof Rawa dan PAS menang di kawasan yang sebelumnya Tun Mahathir menang majoriti 24,000 undi.

renung-renungkanlah.

Salam MO

kelapa mawar said...

salam sdr pipit

budi bahasa amalan kita..

saya tidak melaga-lagakan siapa..sayamenulis berdasarkan apa yang sebenarnya..

Agenda tersembunyi ? apa maksud sdr Pipit..

dalam PRU-12 yg lepas sokongan suku Iranun kepada calon UMNO di TEmpasuk dan Usukan telah mengalami penurunan..sebab itu saya minta supaya satu bentuk R&D politik dpt dilakukan mencari sebab dan akibat kepada penurunan sokongan itu..

Saya dlm artikel ini memberikan beberapa sebab andaian dan persoalan..

1. Mungkin sebab sikap dan kepatuhan melulu suku Iranun terhadap pemimpin tertentu terutama dari suku sendiri.

2. Mungkin disebabkan maklumat salah yang diterima sehingga memberi sokongan kepada pembangkang.

3. Mungkin sebagai pemberontakan awal atau protes disebabkan oleh ketidakpuasan hati suku Iranun dlm isu penggunguran TSP.

4. Mungkin disebabkan oleh ketidakpuasanhati mereka kerana tidak menembusi saf kepimpinan bahagian Umno KB..setakat AJK sahaja.

5. Mungkin juga disebabkan kerana UMNO KB tidak memberi perhatian sewwajarnya kepada kehendak dan permintaan suku Iranun dalam pembahagian kerusi dan perjawatan dlm UMNO KB..

Saya menganlisis demikian ekoran drp ucapan Tun M. yang membayangkan bahawa puak minoriti juga berkepentingan dlm menentukan undi kemenangan kepada calon UMNO. Dan ini dialami sendiri oleh mantan PM itu apabila mengabaikan sokongan Cina dan terlalu memberikan layanan istimewa kp orang melayu di kwsn yg ditandanginya.

Kerana itu., saya mencadangkan supaya 'suara' suku Iranun dlm politik KB harus juga diambil kira supaya sokongan mrk terus berkekalan.

Ini bukan bermakna memperlekehkan suara suku majoriti di KB..mrk punya kepim;pinan yang bermutu..tetapi akan tidak berguna jika suku minoriti ini dibiarkan seperti kata TUN M itu..

Saya harap sdr PIPIT dapat membuka minda seluasnya memperkatakan politik KB dengan tidak menjurus kp persoalan suku semata-mata..

sebaliknya meelihat bagaimana kerjasama politik dua suku ini dpt digembelng secukupnya utk menewaskan pakatan pembangkang...

Isu keserasian dan kesaksamaan ini amat penting supaya suku Iranun dapat memberikan sumbangan seperti suku yg lain..

Saya bersedia utk bersemuka secara gentelmen dgn sdr Pipit dlm membicarakan isu politik di KB dgn penglibatan suku Iranun dan Bajau secara keseluruhannya.

Bapa saya dari suku Iranun, ibu saya suku Dusun dan Bajau..maka itu memungkinankan saya hidup dgn memelihara keutuhan ketiga-tiga budaya suku-suku ini.

kelapa mawar said...

salam kembali sdr YDP PERKASA SABAH

Ma kasih kerana response penulisan saya ini..saya amat menghargainya..berikutan dgn ucapan TUN M yang sdr hadiri itu, maka saya memikirkan bahawa, apakah akibat dari apa yg dikatakan oleh TUN itu jika ia benar berlaku di KB..?

kemudian saya memikirkan bahawa, apakah sebab itu juga yg menyebabkan suku Iranun ini membuat keputusan menurunkan sokongan kp Datuk MUsbah Jamli selaku DUN Tempasuk pada PRU 12 yang lepas..?

Oleh itu, saya mencadangkan agar satu R&D politik dapt dibuat secepat mungkin sebelum PRU13 supaya, majoriti suku Iranun akan kembali memberikan undi kepada UMNO dan BN..

Salam
KM

PIPIT PEKEPA' said...

Intipati tulisan KM ialah
1. UMNO di kuasai suku kaum Bajau, manakala Suku kaum Iranun terpinggir.
2. Iranun menyokong MELULU pembangkang kerana calonnya org Iranun DAN BERLAKU "PENYELEWENGAN MAKLUMAT POLITIK" SUKU IRANUN. IRANUN.

Nah, Sdr. KM yang dihormati. Amatilah Komen YDP Perkasa. Seregasi kaum bukan inti perjuangan BN dan UMNO. Hak pengundi tidak diperkecil (tidak disebut menyokong melulu kerana menguris hati kaum mereka tetapi KM menyebutnya)

Iranun dipinggir, Bajau menguasai UMNO. Ini intipati Karya KM. Naujubillah! KM gagal meningati Iranun MENGANGKAT MUSBAH SEBAGAI YB buat pertama kali. KM gagal melihat Iranun tidak menyokong Musbah PRU12 BUKAN KERANA Musbah, BUKAN KERANA UMNO DIKUASAI BAJAU, BUKAN kerana Musbah Bajau. dan BUKAN Kerana Utz. Laiman Ikin Iranun.

UMNO juga tidak disokong semua org Melayu di Semenanjung dlm PRU12. Mahathir pernah kalah dgn Yusof Rawa di kawasan puluhan ribu kelebihan pengundi Bangsa Melayu!

Maknanya Iranun TIDAK menyokong melulu. Bajau dan KDM Juga tidak menyokong Melulu. MEREKA SEMUA TELAH MENGGUNAKAN HAK MEMILIH YG MESTI DIHORMATI SMADA SUKA ATAU TIDAK. TUGAS PEMIMPIN IALAH BERJUANG DENGAN "MEMELIHARA DASAR PERJUANGAN YANG HORMATI KAUM-KAUM INI" agar sokongan dapat diraih. JANGAN GUNAKAN SOKONGAN KERANA KAUM!!

Sembiraiku melenting kerana seolah-olah KM guna pendekatan kaum, kaum ,suku, suku , suku kaum, suku kaum. Seolah-olah Musbah Bajau dan Iranun tidak sokong!

BUKANKAH Pemimpin yang unggul, matang, berkalibar, berkualiti dan mendapat tempat di hati rakyat DSB dihormati dan disokong rakyat tanpa mengira suku kaum, agama dan budaya BUKAN KERANA SUKUNYA BUKAN KERANA BANGSANYA..tetapi asasnya adalah kerana "DASAR DAN AMALAN POLITIK DAN PERJUANGANNYA YANG ADIL, TELUS DAN BENAR bebas dari agenda peribadi?"

Tidak Begitu Kelapa Mawar?
Oleh itu janganlah menyabung-nyabungkan suku dan bangsa.Rasa terguris saya jika dikatakan saya menyokong melulu dan terpinggir.. kerana waris sembiraiku juga ramai Iranun, ramai Bajau dan kami sahabat semua kaum di Negeri bertuah ini.

kelapa mawar said...

nampak gayanya isu ini menjadi polemik antara saya dgn sdr Pipit..walaupun nampak pada asasnya semua hujah dan pendirian si Pipit langsung tidak termaktub pada matlamat penulisan saya..

saya cuba jawab apa kemusykilan sdr Pipit, namun secara lebih dewasa bukan kerana atas sifat benci ..sebab sebelum ini Pipit dan rakannya begitu pesimis terhadap penulisan KM..

.."Intipati tulisan KM ialah
1. UMNO di kuasai suku kaum Bajau, manakala Suku kaum Iranun terpinggir.
2. Iranun menyokong MELULU pembangkang kerana calonnya org Iranun DAN BERLAKU "PENYELEWENGAN MAKLUMAT POLITIK" SUKU IRANUN. IRANUN.

ulasan saya:

1. Pada asasnya keadaan itu berlaku dan ini..sama ada atas sebab apa..itu ktidak dapat dipastikan..
Namun berdasarkan pengamatan saya..sdr Pipit boleh nyatakan berapa ramai pemimpin politik Iranun dalam UMNO KB..?

2. Saya katakan melulu, kerana dikalangan orang Iranun ada yang berbuat demikian. Mentaliti mrk sukar berubah..sebab itu biarpun ada pemimpin yg 'gagal' menyumbang kp peningktan taraf hidup mrk, namun mrk tetap sokong. Ini bukan sahajaberlaku pada masyarakat Iranun, malahan juga pada masyarakat Dusun dan Bajau.,.hatta org melayu juga ada yg demikian.



saya menganlisis berdasarkan PRU 12 yg lepas..tentang sebelum itu..yakni sokongan terhadap Datuk Musbah..saya akui,namun sokongan itu berubah arah pada PRU 12 yg lepas atas beberapa faktr sprti yg saya katakan dulu..

Salam..
KM

Katakamu said...

Salam KM..

sudah saya katakan lebih awal si azrone dan rakan-rakanya itu tidak akan senang dengan KM..nah..betulkan..itulah sudah saya cakap tapi KM mau pula ndak siarkan saya punya komen..

Saya harap komen ini KM siarkan biar dibaca oleh di Azrone dan burung pipitnya itu..

Apa punya bahlul di Pipit ini...orang cerita tentang suku Iranun dia masuk campur..

cerita suku dan bangsa kononya isu sensitif..kau tau kah di semenanjung tu orang cerita tentang ketuanan melayu lagi..ketuanan cina, ketuanan india..

Politik kita berasaskan kaum..UMNO utk Melayu, MIC utk India, MCA utk Cina..itulah BN..

Dlm UMNO KB ada Iranun, Bajau dan Dusun dan sedikit Cina.. itulah cerita tentang suku timbul..

ertinya UMNO itu juga adalah hak semua suku..jadi, pandai-pandailah bah utk berkerjasama..bahagi sama rata ikut posisi suku..jangan sampai itu cakap Tun mahahthir berlaku..

bahlul punya Pipit..patutlah asyik makan padi..mcm na petani kaut hasil...

Pak Cik Amin said...

Salam

berikut tulisan sdr Musram mengenai isu ini.

Di kawasan Kota Belud misalnya, suku kaum irranun adalah suku kaum minoriti, baik bagi kawasan DUN Temapsuk yang sekarang diwakili oleh Datuk Haji Musbah Jamli, maupun DUN Usukan yang sedang diwakili oleh Datuk Japlin Akim.

Suatu ketika dahulu, suku kaum irranun ini tidak perlu diambil berat sangat oleh parti-parti politik mahupun pemimpin politik, baik pemimpin politik dari suku kaum Bajau mahupun Dusun.

Disebabkan kurang menjadi perhatian,maka suku kaum irranun pada masa itu secara perlahan bangkit, bukan melalui parti pemerintah tetapi melalui parti pembangkang.

Saudara Pinjaman Hassin salah seorang pelopor pembentukan Parti USAP (United Sabah Action Parti). Kewujudan parti USAP ini sekurang-kurangnya suku irranun yang minoriti tersebut menjadi perhatian,kerana dalam pilihanraya negeri pada ketika itu, sdr Pinjaman Hassin mencoba untuk bertanding, namun gagal kerana halangan-halangan birokarsi pilihanraya dan samseng-samseng politik.

Atas tipu helah parti memerintah masa itu, maka parti USAP dibubarkan. Sdr Pinjaman Hassin tetap juga tidak menyertai parti pemerintah yakni USNO (United Sabah National Organisation) tetapi masuk pula Parti PEKEMAS parti pembangkang dari Semenanjung yang diketuai oleh Dr Tan Sie Kon (Bapak kepada Dr Tan sing Giew- MP DAP Kepong ketika ini).

Saya masih ingat perjumpaan rakyat bersama Dr Tan di Tamau Kota Belud Sabah. Pada masa itu berkumpullah seluruh masyarakat Irranun,kecuali keluarga tertentu pengampu kepada pemimpin Usno pada masa itu.

Pada perjumpaan tersebut Sdr Pinjaman Hassin berucap dengan berapi-apinya. Ucapan beliau berkisar tentang diskriminasi kepada kaum irranun oleh suku majoriti daerah.

Dalam ucapan itu juga, sdr Pinjaman menerangkan bagaimana sekelompak keluarga kaum irranun yang sungguh daif dan miskin tidak diberikan ransum "beras" jika kualiti masa kini diambil kira, ayam atau itik pun tidak sudi mematuknya.

Masa berjalan. Tahun 1976, Parti Usno kecundang di tangan berjaya. Kemudian Parti berjaya kecundang kepada parti PBS. Pada pilhanraya tahun 1986, sdr Pinjaman diberi kesempatan bertanding atas tikit PBS di DUN Usukan, namun tewas di tangan Bapak Kemerdekaan Sabah Tun Mustapha. Nasib malang bagi sdr Pinjaman, walaupun sebagai calon yang kalah, tetapi tidak dilantik sebagai ADUN dilantik, sebaliknya PBS melantik Salleh Said Keruak sebagai ADUN dilantik.

Pada masa itu peranan kaum minoriti suku kaum irranun belum lagi terserlah. Namun setelah ada persempadanan baru, dimana undi suku kaum irranun akan menjadi penentu, dimana sahaja mereka bersatu untuk menyokong, maka bermula era politik suku kaum irranun.

Di DUN Tempasuk misalnya, di mana sahaja suku kaum irranun memberikan undinya pasti calon tersebut akan menang. Robert Minggir misalnya merasakan itu semua. Pandikar Amin juga turut merasakannya. Musbah Jamli juga turut merasaknnya.

Melalui seruan Tun Mahathir semalam semasa merasmikan Perkasa Pribumi Selangor, perlu lah diambil iktibar oleh parti politik atau pemimpin politik bagi daerah Kota Belud, suku kaum minoriti juga boleh menentukan kemenangan.

kunyit said...

Salam KM,
Fahaman politik yang berbeza adalah lumrah dlm dunia dari dulu hingga kini, sentuhan KM dlm isu ini amat merangkumi persoalan kaum di Kota Belud, saya rasa sejak dahulu lagi para pengundi (Irranun/Bajau) di Tempasuk dan Usukan terlibat secara langsung dan tdk langsung dlm menentukan corak kepimpinan khususnya BN di setiap pilihanraya, saya masih ingat waktu pilihanraya tahun 90an, dimana TSP adalah calon DUN Tempasuk telah membuat persiapan rapi dari segi poster dan sebagainya, secara tiba-tiba calon beralih/berubah kepada Hj Musbah ketika itu belum Datuk...saya nampak pada mulanya sokongan org Irranun agak mendatar dan longlai atas sebab TSP tidak dicalonkan, tapi akhirnya sebelum hari pembuangan undi, situasi berubah agak jauh dengan sokongan padu daripada Org Irranun telah menyemarakkan semangat BN ketika itu, ini adalah satu anjakan paradikma dan jalan yang bijak oleh kepimpinan Irranun ketika itu, mungkin mereka memikirkan bahawa satu hari nanti TSP juga akan menjadi calon di Tempasuk..dan ini terbukti akhirnya...fikir2 kan lah, siapa bakal calon PRU memang penting tapi yang lebih Mustahak dan amat penting kemajuan dan dasar-dasar kerajaan sampai ke dapur akar umbi/pengundi.