Tuesday, January 26, 2010



Ramai yang menjangkakan bahawa apabila DSAI ‘dilepaskan’ dari penjara sungai Buloh, maka PKR yang waktu itu dibawah kendalian, isterinya, Datin Wan Azizah akan bertambah utuh. Selang beberapa bulan, berikutnya, DSAI mula merangka pelbagai usaha untuk mencari asas kepada pembacaan mantera serapah politik yang dipelajarnya ketika berguru dengan dinding berpagar besi . Maka keputusan PRU-12 benar-benar ‘menyakitkan’ PKR dan PR Berjaya mengurangkan majority BN di dewan rakyat. Suatu yang belum pernah terjadi sejak 50 tahun sebelumnya. Banyak factor yang boleh dijadikan sebagai alasan politik bagi UMNO dan BN, namun factor peribadi DSAI tidak dapat dikesampingkan pada reality dunia sebenar.




Keperwiraan PKR di mata rakyat, nyata tidak berlarutan…DSAI lupa pada ‘asas’ yang dibinanya, bahawa kebanyakkan pemimpin PKR yang dijadikan ‘calon’ pada PRU-12 yang lepas adalah ‘bidan terjun’ yang tidak punya apa-apa persediaan menghadapi dunia politik yang tidak ada ketentuannya. Ada yang menjadikan PKR sebagai landasan kepentingan peribadi setelah disingkirkan dari UMNO dan BN. Ada yang sengaja menjadikan ‘madu’ sebagai ‘tuba’ ,lantas kecewa kepada pucuk pimpinan Umno dan BN. Oleh kerana itu, kesepakatan dalam PKR sentiasa berkocak. DSAI semakin pening kepala memilih cara terbaik menenangkan “anak –anak dan ipar duai politiknya”. Mana lagi memikirkan untuk menguasai Putrajaya, mana lagi memikirkan kes liwatnya , mana lagi memikirkan karenah DAP dan PAS dalam PR. Semuanya benar-benar membuatkan DSAI ‘kepeningan’.




Di Sabah juga begitu, sebagai ketua PKR Sabah, formula DSAI menyelesaikan krisis PKR Sabah, yang melibatkan dua team besar nyata tidak akan bertahan lama. Sebagai politikus yang disegani, DR Jefry mengkhendakkan lebih dari apa yang sepatutnya diberikan oleh DSAI. PKR seharusnya sedar bahawa nyawa politiknya di Sabah tidak akan bertahan lantaran, pendekatan parti itu yang tidak menjiwai rakyat. Walaupun terlibat dalam beberapa isu besar seperti laporan penyelewengan ketua Menteri, Datuk Musa Aman kepada SPRM dan penyalahgunaan kuasa, tetapi permasalahan peringkat bawahan tidak pernah diperjuangkan.




Di Kota Belud, bukan sahaja pejabat PKR tidak beroperasi, tetapi juga para pemimpin yang menjadi ‘bidan terjun’ ketika PRU-12, jarang-jarang ditemui. Walaupun mendapat sokongan yang agak memberangsangkan terutama di DUN TEMPASUK, namun PKR tidak sangat menjadi ‘pengimbang’ kepada UMNO di kawasan itu. Banyak masalah rakyat tidak diperjuangkan. Misalnya walaupun ada rakyat yang masih tertindas dek projek Jalan Raya Bypass Kota Belud- Kudat, namun tidak ada usaha dari PKR untuk mengetengahkan isu ini sebagai sumbangan kepada pemeringkatan sokongan rakyat kepada parti itu. Isu ini nyata, ‘gagal’ diselesaikan oleh pemimpin UMNO di daerah ini, walaupun pelbagai usaha dikedepankan, termasuk perbincangan melalui blog dan Facebook. Semuanya menemui jalan buntuk kerana ekoran sikap yang menganggap masalah itu adalah masalah pemimpin tertentu.




Jika PKR Kota Belud dan sekutunya PAS, benar-benar mendekati rakyat, harus ada usaha kearah itu, kerana jika benar apa yang dipaparkan oleh blogger seliu-liu,nyata UMNO dan BN akan kehilangan sokongan pada PRU-13 akan datang di dua buah kampung iaitu Labuan dan Wakap. Apa yang jelasnya ialah PKR dan PAS di Kota Belud tidak menjadi seperti ‘perancang politik’ yang matang..hanya timbul waktu PRU, dan menghilang ketika ‘gagal’ mendapat sokongan rakyat di daerah ini. Para pemimpin nya seperti Sdr Ag.Laiman dan Mohd. Shukor, mungkin ‘gagal’ melihat peluang ini.




Kerana itu UMNO KB, segera melunaskan ‘sumpah’ rakyat ini, jika tidak, benar atas benar bahawa perubahan sedang melanda arus politik KB. Akan datang, mungkin satu lagi kejutan akan berlaku, bukan kejutan pengguguran pemimpin tertentu, tetapi kejutannya lebih besar, ‘’’calon Umno” tumbang di tangan PKR dan PAS.Waktu itu kepeningan DSAI akan berkurangan.

13 ulasan :

Roslan M. said...

sdri KM

Di KB, PKR dan PAS bukanlah 'penting' sangat, malahan kehadiran mrk macam asap..langsung tidak membuatkan pemimpin merasa kehadiran mereka.

Ia memakan masa utk memberi kerusi kepada PKR dan PAS..

banyak isu masyarakat yg sepatutnya diselesaikan oleh UMNO menjelang PRU-13..

Pak Cik Amin said...

salam KM..

Isu Jalan raya Bypass ini tidak akan memeningkan DSAI tetapi memenengkan pemimpin di KB..terutama DSSK..macam-macam tuduhan dan tanggapan dilemparkan..

saya rasa DSSK juga tidak tahu kesan kp jalan raya itu, jadi eloklah diselesaikan secara matang dengan membuat beberapa pertemuan dan perbincangan..

kalau dibiarkan maka kesan juga akan kepada rakyat dan pemimpin..

Anonymous said...

Salam KM

Memang tidak dapat dinafikan akan kelemahan ketara PR Kota Belud dalam memperjuangkan nasib rakyat daerah ini. Sepatutnya sebagai pembangkang yang berkesan akan peranan mereka, segala bentuk isu dan permasalahan rakyat yang timbul selama boleh dijadikan modal dan senjata bagi meraih sokongan pengundi kepada PR. Jika hal ini berterusan, adalah amat mustahil dan jauh sekali PRU yang akan datang memihak kepada PR jika PR masih berpeluk tubuh dalam memperjuangkan nasib rakyat terutamanya di Kota Belud..

Mohd Amini said...

Salam KM,Pembangkang KB tidak mahu pening kepala memikirkan masalah rakyat .Masalah rakyat KB amat besar dan rumit.Selasai satu masalah timbul masalah baru.Pemohon projek juga berfail-fail banyaknya mana pemimpin tidak pening kepala.Mungkin inilah sebab PR tidak berminat bersuara menyelasaikan masalah rakyat KB.

PIPIT PEKEPA' said...

masalah kudat by pass semua kerana dssk dan kuncu-kuncu yang ambil keuntungan seperti musli oli yg jadi kaya raya kerana projek itu.

musli oli sekarang sokong kuat dssk dan semua projek dssk di KL dia yang jadi macai.

sekarang dia beli rumah di KL dan dengar kawin lagi satu di semenanjung.

rakyat kg labuan tahu keturunan Musli Oli juga talibarut arshad dalam perang pandasan.

pipitpekepa.blogspot.com

rojokobog said...

Salam KM,
Pejabat PKR KB dah tutup, Bendera tak berkibar lagi, petanda kurang baik buat PKR KB khususnya.sekurang-kurangnya kalau ada Pejabat dan bendera masih berkibar, semangat melawan masih ada..tq

kelapa mawar said...

salam sdr Roslan..

Ma kasih kerana menggambarkan keadaan sebenar pembangkang di KB dan itu adalah realitinya..

isu-isu tertunggak yg gagal diselesaikan oleh Umno akan menjadi isu berbangkit yg akan dipergunakan oleh PAS dan PKR di KB pada PRU13 akan dtg.

kelapa mawar said...

Pak cik Amin..

seperti yg dikatakan oleh pak cik bahawa isu bypass ini nyata memeningkan pemimpin di KB..ia harus diselesaikan supaya rasa ketidakpuasan hati rakyat ini akan menjadi sentiment yg melampau.

kelapa mawar said...

sdr bulan mengambang..

peranan pembangkang di KB begitu lemah sehinggakan kehadiran mrk tidak menjadi ancaman kepada pemimpin sedia ada..sebab itulah bagi pemimpin politik di KB merasakan biarpun tidak memedulikan kebajikan rakyat..namun pada PRU taburkan sedikit wang,maka mereaboleh menang..

ma kasih kerana memberikan ulasan.

kelapa mawar said...

sdr Amin..

makasih kerana memberikan ulasan..pandangan sdr ada kebenarannya kerana masalah rakyat yang bertimbun itu, tidak dapat diselesaikan oleh pemimpin yg ada di KB...sebab itu saban tahun masalah itu terus bertambah..

peranan pembangkang yg tidak ambil peduli juga membuktikan bahawa rakyat masih enggan beranjak dalam memilih wakil mereka dan membuat perubahan.

kelapa mawar said...

Sdr Pipit Pekepa..

salam perkenalan buat sdr..kehadiran saya hargai.

kelapa mawar said...

sdr Rojokobog..

PKR di KB macam hangat-hangat tahi ayam sahaja..

ma kasih kerana pandangan sdr itu.

boaukb said...

semua bercakap tentang masalah..dari pemerhatian saya, ramai blogger menuding jari sahaja. enak bercakap dari memikir dan memahami sesuatu benda dengan terperincin.. siapa ada kuasa dia yang menunaikan,, beza antara BA dan BN adalah cara menjalankan tugas..