Wednesday, January 20, 2010

Apakah benar, tahun 'harimau' adalah tuah kepada DSSK ?

"Saya akan cuba memenuhi harapan dan ekspetasi rakyat yang pastinya meletakkan harapan tinggi terhadap gandingan kepemimpinan kami berdua."-Apakah makna tersirat dari kata-kata DSSK ini ?



Menyingkap kepada apa yang disifatkan sebagai 'rahsia politik' memungkinkan kebenaran kepada apa yang dikatakan oleh kebanyakkan ahli politik bahawa "dunia politik adalah mungkin" semakin jelas kewajarannya. Kerana 'hukum' politik itu termaktub kepada 'tindakan' yang dibuat. Begitu rasanya gambaran kepada 'tindakan' Ketua Menteri, Datuk Musa Aman, melantik Datuk salleh Tun said sebagai penasihat Sains kepada Ketua Menteri dan jawatan itu bertaraf "menteri".

Bagaimanakah seorang yang bukan 'wakil rakyat' dan tidak berpeluang menyuarakan kehendak dan aspirasi penyokong akar umbi boleh dilantik ke jawatan itu..? Inilah antara 'tindakan mungkin' ahli politik yang membenarkan kerahsiaan mereka. Bukankah masih ramai, 'wakil rakyat' yang belum mempunyai Jawatan dalam kerajaan..? dari segi 'kerakyataannya' bukankah 'manis; jika melantik 'wakil rakyat' sebagai penasihat?, walaupun juga pada asasnya perkara itu bukan semestinya, namun perlantikan seorang ahli politik yang digugurkan mengundang pelbagai spekulasi dan khabar angin dalam dunia politik di Sabah.

Bagi penyokong DSSK, perlantikan itu membawa khabar yang gembira, kononnya, ramalan bahawa DSSK akan menduduki kerusi "ketua Menteri' semakin menjadi kenyataan. Apakah sebenarnya yang tersirat dari perlantikan dan penerimaan semula DSSK ke dalam kerajaan dan parti...? walaupun ada yang mengaitkan dengan keutuhan USBO yang DSSK menjadi presidennya, namun ramai penganalisis melihat itu bukan faktor utamanya.

Selain daripada mendapat 'arahan' dari Pusat, Datuk Musa Aman, dilihat sebagai menundukkan pengaruh Datuk Shafie Afdal yang kebanyakkan pemerhati politik tempatan meramalkan bahawa Datuk Shafie bakal menjadi ketua menteri. Dengan perlantikan DSSK ke kabinet negeri, maka ia akan memperlahankan proses 'rampasan kuasa politik' itu. Kerana Musa Aman tahu bahawa selain DSSK dan datuk Shafie, masih ramai lagi yang bercita-cita ingin menduduki kerusi empuk itu. Maka Datuk Musa Aman, nampak keseorangan, apatah lagi apabila datuk Shafie dilihat 'cenderung' kepada USBO, walaupun hanya sebagai 'penasihat' sahaja. Maka dengan 'meletakkan ' DSSK sebagai 'musuh yang dimaafkan", justeru ia menjadi 'ancaman' baru bagi Datuk shafie Afdal.

Pertimbangan Musa Aman ini, bukan sahaja melayakkan beliau 'menduduki' semula kerusi Ketua Menteri, tetapi juga dilihat sebagai satu kejayaan besar yang harus diakui oleh Kuala Lumpur, bahawa Musa Aman telah berjaya menundukkan 'harimau jadian' yang menjadi 'petualang' kepada penyatuan UMNO Sabah.

Apabila DSSK telah berjaya menyakinkan PM, bahawa beliau dengan 'kesetiaan' yang utuh kepada UMNO Sabah, dimana walaupun digugurkan , walaupun di tawarkan oleh DSAI dengan pelbagai tawaran lumayan, ketika PRU-12, dengan mengambil kira bahawa DSAI adalah "mentor' politik DSSK sebelum di pecat dari UMNO dan Kerajaan, namun semua insiden itu tidak membuatkan DSSK berpaling tadah, sebaliknya mempergunakan USBO sebagai lampu isyarat kepada Kuala Lumpur, bahawa beliau sebenarnya adalah pemimpin rumpun majoriti di Sabah. Maka itu DSSK dilantik sebagai Tim. pengerusi perhubungan UMNO negeri. Mana mungkin juga seorang yang 'digugurkan' oleh parti, kemudiannya diperlukan 'khidmat' dan 'bakti' nya untuk UMNO sabah.. namun kerana Politik itu mungkin, maka ia menjadi satu tindakan yang 'popular'.

setelah "gagal' menjadikan USBO sebagai 'gertakkan' kepada Musa Aman, DSSK telah mengubah strategi kepada 'mengeratkan hubungan' yang sudah keruh dan berkocak itu, dengan berbekalkan Jawatan sebagai timb. Per. Umno negeri, akhirnya DSSK sebegitu licik mendekati Musa Aman dengan menjadikan USBO semakin terpinggir. TSP dan datuk Amir Kahar, terus tertinggal kebelakang dengan kemahiran DSSK membaca naluri politik Musa Aman.

Jika bersandarkan kepada perkembangan terkini, maka adalah tidak mustahil DSSK akan dicalonkan semula dalam PRU-13 akan datang. walaupun samar kedudukannya sama ada wakil rakyat bertaraf DUN atau MP, namun itu semua bergantung kepada kecekapan DSSK menyakinkan MUsa Aman, bahawa mereka boleh menjadi 'rakan kongsi politik " di sabah. Jika berjaya, maka DSSK akan diturunkan sebagai ADUN, namun jika tidak maka 'terdekat' ialah sebagai MP.

walaupun sedemikian, kesemua faktor dan situasi itu, akan 'musnah dan binasa' dengan kuasa veto politik yang ada di Kuala Lumpur. Kerana kata pemutus adalah di sana. Bukankah juga perlantikan DSSK sebagai penasihat Sains kepada Ketua Menteri ini adalah 'arahan' dari suara ghaib di Kuala Lumpur.?

12 ulasan :

Watababai said...

Salam banjir KM..

perlantikan DSSK memang kena pada tempatnya, kerana beliau masih muda dan bekas ketua menteri lagi..beliau banyak pengalaman dalam pentadbiran..

Jadi saya sokong sepenuhnya perlantikan ini.

Banjir sudah mula surut..nampaknya..

rojokobog said...

Salam KM,
Tiada yg tersirat, tapi mungkin ada yg akan tersurat nanti..mari kita tengok siapa yang kena!!!

Pak Cik Amin said...

Salam KM..

Apabila "kemungkinan" menjadi asas kepada tindakan Musa Aman, maka kesannya juga akan memperlihatkan 'kemungkinan' yang tidak terfikir oleh minda yang sihat..

Perrlantikan ini, membuktikan bahawa SSK masih diperlukan di persada politik Sabah..pendekatan dan hubungan yang terjalin dgn ramai pemimpin Sabah dan Pusat memberi kelebihan kepada SSK..

Namun perlu diingatkan bahawa ada kebenaran apa yg sdr KM katakan itu..Ada yg tersirat..?

SSK harus berhati-hati dgn 'umpan' musa Aman ini...kalau dulu dia tergamak merelakan pengguguran SSK, kenapa puka skrg sanggup menjilat kembali ludahnya...?

SABAHKITA said...

Salam Ziarah,
Tahniah. Blog anaknda semakin baik dan memiliki ruang-ruang yang besar dan luas saya perhati perubahannya sejak awal. Teruskan berkarya untuk kebaikan ummah. Wasalam.

MataRYT said...

salam....

walaumcmmn pun da golongan ingin menhentam DSSK sehabis2nya...namun DSSK masih utuh lagi...mgkin ini mksdu yang tersirat...

Unknown said...

salam KM,

Kepada penyokong setia SSK sudah tentu mereka sokong keputusan melantik beliau..apa yg tersurat dan tersirat itu terpulanglah kepada kebijaksanaan beliau yg sudah tentunya lebih berpengalaman dalam sepak terajang politik di semua peringkat, bahagian, negeri dan nasional. Pernah kalah 3 kali, pernah di gugurkan, pernah jadi KM, pengerusi UMNO negeri, Majlis Tertinggi dan lain-lain.

Kepada penyokong mereka turut gembira dengan peranan dan kepercayaan yg diberikan dan diamanahkan kepada beliau..

Kepada yg menentang SSK, sudah tentu mereka akan mengata tidak setuju dan keluarkan teori bahawa SSK tidak setia kepada rakan-rakan dalam USBO. itu andaian mereka dan mereka berhak berbuat begitu..

kepada golongan yang tidak suka dengan SSK walau apa jawatan, hatta jawatan KM Sabah sekalipun SSK mereka akan terus serang dan kritik.beliau akan terus jadi sasaran....itulah keindahannya politik!

Salam MO

Kota Belud Ku said...

salam ziarah..

Penerimaan SSK utk jadi Penasihat bertaraf Menteri..adalah penantian lama yang ditunggu-tunggu..

Penderhakaan kp pemimpin USBO yg lain akan menmbahkan tanggapan negatif kp SSK..

JEBATSDK said...

SALAM SEMUA...

semua ini ada hikmah nya...tak kan si musa nak lantik salleh tanpa apa2 sebab..
semua ni adalah bersebab dan sebabnya kita akan ketahui nda lama lagi...

yang pelik nya tu...knp mesti si salleh? kenapa bukan si zakaria...si jusli...atau si samsuddin???

"rakyat didungukan..keuntungan diutamakan"

Mohd Amini said...

Salam KM, Pelantikan Dt. Salleh sebagai Penasihat Sains kepada Ketua Menteri satu keputusan bijak dan satu trategi politik amat licik perlu dihomati.Impaknya amat besar;Penyokong DSSK kini tersenyum lebar kerana BOSS mereka telah diberi sedikit laluan dalam kabinet Negeri sabah.

Kritikan Timbalan Pengerusi PKR Charistina Liew tentang isu ini mendesak kerajaan Negeri mendedahkan peranan dan fungsi sebenar jawatan Penasihat Sains kepada Ketua Menteri itu.Beliau juga ingin tahu sama ada Dt Salleh itu mengikuti aliran Sains atau sastera di sekolah dan univesiti untuk membolehkan beliau memiliki pengetahuan mencukupi untuk menesihati kerajaan negeri berhubung perkara-perkara saintifik?. Komen Christina ini perlu dibidas kerana implikasinya amat besar kepada kewibawaan DSSK sebagai pemimpin tersohor di KB.

Unknown said...

salam KM,
saya ulas sedikit komen Mohd amin. pertama perlantikan itu tidak masuk dalam kabinet Musa. Hanya bertaraf menteri bukan menteri.

satu soalan lagi, Amin fahamkah apa maksud "licik" iaitu ayat yang amin gunakan, dimana Amin kata perlantikan itu strategi politik yang amat licik..

Salam MO

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Isu kali ini membuatkan saya teringin untuk mengetengahkan beberapa perkara:-

a. Bahawa perkara-perkara yang berlaku dalam dunia politik itu memang tidak boleh kita "rasionalkan" dengan apa yang kita nampak di depan mata. Misalnya, sebelum ini ramai yang membuat andaian bahawa kononnya DSSK sebenarnya dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri untuk "ambil hati" saja dan bukan ikhlas. Bahkan kononnya, menurut empunya analisis ini DSSK dan rakan-rakan beliau sudah tidak punya tempat lagi dalam UMNO negeri dan persekutuan kerana sehingga pada waktu itu, DSSK tidak diberi tempat dalam kabinet negeri atau kerajaan. Dengan perkembangan terbaru ini, jelas membuktikan bahawa apa yang ada didepan mata kita (yang bukan pencorak keadaan politik ini) tidak semestinya benar. Hanya mereka yang menjadi berada pada tahap "pencorak situasi politik" yang tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.

b. Bahawa kadang-kadang kita alpa untuk melihat dan menghargai nilai kepimpinan yang ada dikalangan kita. Maka itu, apa saja pengiktirafan yang diberi oleh orang lain kepada pemimpin kita itu tadi maka akan dianggap sebagai ada niat buruk disebaliknya.

c. Bahawa di dalam dunia politik, prasangka buruk keterlaluan itu akan menyebabkan kita terus berbalah antara satu dengan yang lain. Memang tidak salah untuk berhati-hati tetapi jangan terlalu berprasangka yang bukan-bukan. Andai ada ruang utnuk bersatu pandangan, maka mengapa tidak kita ambil jalan tersebut?..

d. Bahawa Digugugr daripada senarai calon PR 12 bukan bermakna kualiti pemimpin tertentu lebih rendah daripada pemimpin-pemimpin yang telah dicalonkan. Barangkali, mereka yang tidak dicalonkan ini jauh lebih baik lagi.. Jadi, kenapa mempersoalkan kenapa orang yang tidak dicalon menjadi penasihat kepada Ketua Menteri?.. Perlu diingat, orang yang membuat keputusan akhir siapa yang perlu bertanding dalam PR 12 dulu sudah tidak lagi menerajui UMNO selepas UMNO hampir-hampir lumpuh kerana kekalahan yang mengejut di 5 negeri. Maka, barangkali beliau mendapat nasihat yang salah maka orang-orang yang berkemampuan ini tersisih begitu saja. Siapalah Zakaria, Jusli atau Shamsuddin berbanding DSSK dari segi kebolehan memimpin?... tepuk dada tanyalah selera...

Justeru... politik itu perlu juga dilihat dengan mata hati... bukan dengan mata kepala semata-mata...

wallahualam.....

ANAK WATAN said...

Salam KM....dulu menghentam rupanya nak jawatan dan pangkat, skg dah dilantik menjadi penasihat oklah tu....bagus juga CM bagi penghormatan kpd org pencen dlm Politik.