Apakah keakraban dengan masyarakat akar umbi seperti ini ,memerlukan modal yang besar bagi seorang pemimpin politik di Kota Belud..?
Mencari sebab utama kepada perlunya pengekalan seorang pemimpin muda, bukan perkara mudah,bahkan bisa dilamper dengan tohmahan kononnya idea itu datangnya daripada seorang blogger yang 'beragenda' dan 'berkepentingan'. Namun harus dipastikan tanggapan 'nakal' itu, kerana kalau Sdr Gawis begitu mengenali Datuk Rahman Dahlan, ahli Parlimen Kota Belud, sehingga sempat mengikuti rombongan lawatan ahli Parlimen itu ke kampung-kampung berdekatan..seperti yang dilaporkan dalam blog beliau, namun Bagi KELAPA MAWAR.. langsung tidak pernah bersemuka dengan Datuk Rahman atau nama singkatnya sebagai DARD ini. Dan DARD juga tidak mengenali personaliti KELAPA MAWAR yang sebenarnya.
Namun demi kemashalatan dan hidup kerukunan masyarakat di KB, KELAPA MAWAR sentiasa mengikuti wawasan dan perancangan ahli parlimen kota belud yang berasal dari Tuaran ini. Tujuannya ialah melihat dan memantau sejauh mana, "orang luar" berperanan penting dalam memajukan tempat orang dengan sesungguhnya.
Penulisan ini tidak ada apa-apa niat disebaliknya. Jauh sekali untuk survive politik pemimpin tertentu. tetapi atas dasar 'keterbukaan minda' kita menilai apa yang sepatutnya dari dulu kita sedari. Juga bukanlah bertujuan untuk menidakkan peranan pemimpin yang lain. Namun buat masa ini, DARD akan kita perkatakan..KENAPA PERLUNYA BELIAU TERUS DI KOTA BELUD..? Jika penulisan ini menimbulkan rasa tanda tanya dan kepingin menyatakan kebenaran...pandangan anda amat diperlukan.
Permulaan penulisan ini harus bermula apabila tahun 2008 selepas Pru-12, cakap-cakap kedai kopi membisikkan, anak Datuk haji Dahlan menang dengan majoriti selesa sebagai ahli parlimen Kota Belud, menolak tanggapan bahawa akan berlaku kemenangan tipis ekoran pengguguran DSSK. Walaupun banyak faktor atas kemenangan ini, namun itu bukan persoalannya kerana DARD telah mula menunjukkan bahawa beliau masih diperlukan di daerah Kota Belud.
Kepetahan beliau mengupas persoalan dan mengajukan beberapa soalan di dewan rakyat, sedikit sebanyak menimbulkan rasa bangga di kalangan masyarakat Kota Belud, apatah lagi terpampang pada skrin TV "AHLI PERLIMEN KOTA BELUD". Pelbagai isu dan keadaan diperhalusi oleh tokoh berusia lingkungan 40-an ini.
Mungkin dengan pengalaman sebagai mantan S/U pemuda BN dan juga SUPOL ( S/u politik) kepada KM Sabah, memberikan kelebihan kepada DARD dalam usaha melobi peruntukan untuk membangunkan daerah Kota Belud. Dan 'keakraban' beliau dengan Khairy jamaludin, ketua pemuda UMNO Malaysia, setidak-tidaknya juga mampu 'menambahkan' peruntukan untuk tujuan pembangunan. Namun yang agak memeranjatkan kita ialah apabila DARD sendiri ditolak oleh perwakilan di daerah Tuaran, sehingga gagal menduduki kerusi Timbalan ketua Bahagian UMNO Tuaran. Dalam blognya, DARD menyifatkan bahawa kekalahannya itu adalah atas faktor terhakisnya "policital Gentelmen" dalam diri sesetengah pemimpin UMNO Bahagian Tuaran. Persepsi ini perlu dikongsi kerana sama ada benar atau tidak, nyata penolakkan itu satu rahmat bagi daerah Kota Belud, kerana DARD dapat menumpukan perhatian tanpa berbelah bahagi untuk daerah pejuang ini.
Aliran kepimpinan yang terbuka, berdedikasi, serta usaha menerapkan ketelusan, mungkin pada awalnya boleh diberikan 3 bintang buat DARD. Sikap turun padang, melawat kawasan parlimen sama ada terancang atau tidak, mengutamakan kepentingan keperluan asas seperti bekalan air bersih, dan kesesakan di pekan Kota Belud, biarpun kecil kedengarannya tetapi besar fadilat kepada masyarakat Kota Belud, apatah lagi setelah sekian lama kesemuanya itu indah khabar dari rupa.
dan terbaru apabila cetusan idea jangka panjang DARD ialah merealisasikan kewujudan industri petroleum, gas dan pembangunan sektor pelancongan. tentunya idea murni ini memerlukan tempoh masa yang panjang..sedangkan PRU-13 semakin menghampiri. Apakah yang akan terjadi jika DARD tidak lagi dicalonkan di Kota Belud?..Apakah gagasan dan perancangan ini akan tergendala..? Atau apakah kesungguhan pemimpin pengganti beliau akan terus terbantut..?
Kerana itu , tidak ada salahnya jika kita secara tulus mengakui bahawa pemimpin muda ini, betapa perlunya beliau berada di kota Belud.

12 ulasan :
Salam,
jika ditanya kepada orang KB sudah tentu pendapat mereka terbahagi kepada 3:
1. Setuju DARD dikekalkan sebagai MP.
2. Tidak setuju DARD kekal sebagai calon MP.
3. Tidak kisah, kerana mereka sokong pembangkang.
Dalam masa yg sama,barangkali DARD juga ada perancangan politik masa depan yg hanya dia sahaja yg ketahui.
barangkali beliau bercita-cita kembali ke Tuaran sebagai ADUN Sulaman jika D Hajiji ygn telah 5 penggal sebagai YB dipersarakan UMNO/BN. Walaupun ada saingan dari tokoh-tokoh UMNO lain yg berjawatan seperti timbalan ketua dan ketua pemuda, peluang DARD lebih baik dipilih.
Sebagai penyokong BN dan orang yg selalu promosi nama DARD sebagai calon di KB, 4 atau 5 tahun sebelum beliau dipilih calon MP Kota Belud, saya minta satu perkara agar MP ini dapat tangani segera iaitu isu tanah kg Wakap dan Sembirai.
Saya yakin usaha telah dibuat mungkin secara senyap tanpa ada publisiti oleh YB DARD.
MP sebelum DARD, SSK dipersalahkan dalam isu Kudat By Pass yg dikatakan jalan "raya menindas rakyat" dan telah jadi isu politik sehingga seorang blogger yang tanah sawah bapanya telah dijadikan jalan raya, secara terang declare tidak lagi bersama BN kerana tanah sawah mereka "dirampas" kerajaan dan MP BN yang lalu bertanggungjawab.
Apapun isunya, saya harap DARD sebagai MP perlu ajak rakyat kg Labuan dan kampung yg terbabit utk berbincang mencari jalan penyelesaian yg terbaik. saya mohon. jangan sampai menjadi isu sensasi sehingga ke mahkamah dimana rakyat vs kerajaan BN.
YB Musbah dan YB Japlin dalam hal ini juga perlu bertemu rakyat di kawasan berkenaan dan menjelaskan dasar kerajaan sejelas-jelasnya. Jangan passing the bucks kerana anggap itu adalah masalah peribadi SSK.
Saya yakin dengan PR yg baik dan kebolehan DARD menjelaskan isu-isu mengenai tanah, rakyat kg Labuan, Wakap, Sembirai akan terus bersama BN walaupun secara peribadi tidak bersetuju dengan seorang atau dua individu dalam UMNO/BN.
Saya mohon
salam MO
Salam KM,Apa bila saya menulis dalam blog tentang perjuangan DARD membela rakyat miskin tegar dan memdedahkan kesungguhan DARD berjuang meningkatkan peluang pekerjaan rakyat Kota Belud baru-baru ini, saya dikritik oleh sorang Blogger yang mengcopkan saya seorang blogger "pengampu pemimpin" dan diakhir ayatnya dia katakan "saya tegoklah apa yang saya dapat dari DARD".Kritikan ini dibuat melalui SMS dan saya anggap komen seperti ini sebagai pengajaran.Saya menulis sebenarnya dengan niat yang baik berdasarkan apa yang benar telah dibuat dan dilaksanakan oleh DRAD di Kota Belud.Terima kasih kepada KM kerana telah menyentuh nama saya dalam posting ini dan secara peribadi tulisan ini amat mesra bloger.
salam KM,
barangkali yg dimaksudkan sdra amin itu ialah sms saya. Amin yg sms dulu "tuan tolong komen tulisan saya". saya pun buka dan baca cerita ttg royalti minyak yang katanya perjuangan Dato Rahman Dahlan.
Ada berbagai jenis tulisan biasanya tulisan ada 3 kategori:
1.Sekadar melapurkan apa yg berlaku atau peristiwa yg dilalui.
2.Analisis mengenai sesuatu topik tanpa memihak seperti selalu ditulis Kelapa Mawar.
3.tulisan yg menyokong parti politik atau mengampu pemimpin atau YB. Atau mengkritik, memaki hamun, dan membelasah seseorang tokoh.
Tulisan amin mengenai royalti itu kebetulan memuji DARD maka saya jawab "ini tulisan mengampu, saya tidak mahu komen".
Saya berkata begitu kerana amin pernah posting katanya TSP tak pernah berbuat apa2 dengan rakyat Ulu Rampayan. saya bagi komen, jgn menilai buruk seseorang pemimpin dengan hanya melawat sehari dan kebetulan hadir pula dengan menaiki kereta YB Musbah.
Mesej yang ingin saya sampaikan kepada Amin "jgn komen yg tak baik dan negatif tentang pemimpin lain kerana untuk mengampu seseorang pemimpin"
Bersikap adil dalam tulisan kita. Jangan tulis pemimpin ini baik kerana yang dulu tidak baik. Ada projek mungkin kesinambungan daripada YB terdahulu tapi tidak sempat dilaksanakan.
Semua pemimpin KB dulu dan sekarang telah berjasa kepada rakyat. memanglah perkara biasa ada yang menyokong dan ada yang tidak menyokong. Tapi akhir-akhir ini banyak tulisan2 yg nampak tidak berhemah dalam mengkritik pemimpin. tulisan seperti ini tidak akan dihargai pembaca dan tugas penulis menyampaikan maklumat jadi sia-sia jika pembaca tidak membacanya lagi.
Maka itu saya nasihat Amin jangan ketika kita menyokong seseorang pemimpin dalam masa yang sama tulis negatif tentang pemimpin lain. Umpamanya menulis positif tentang DARD tetapi dalam masa yang sama tulis TSP tidak buat apa2di Ulu Rampayan. Adilkah analisa begitu?
Saya juga sokong DARD dalam blog saya. Boleh buka dan layari banyak tulisan saya mengenai beliau tapi saya menulis dengan analisa bukan sekadar mengampu membabi buta.
salam MO.
Salam KM,
1. Pertamanya, saya bersetuju dengan sdra Musli bahawa penulisan kita sepatutnya tidak memburuk-burukkan pihak lain hanya kerana kita memihak kepada mana-mana tokoh tertentu. Masalahnya, ramai bloggers KB ni yang bersikap sedemikian. Dulu, apa bila Senyum Kambing muncul menghentam blogger seumpama ini, ramai yang marah.. termasuk bloggers yang kerja mereka asal menulis saja memburukkan orang lain. Ini yang susah ni... kalau orang hentam mereka mereka kata mcm-mcm tapi bila mereka hentam orang boleh pulak...
2. Kedua, berhubung masalah tanah yang ditimbulkan. Saya sebenarnya mengikuti isu ini dan tertunggu-tunggu apakah tindakan blogger yang mendakwa diri mereka sebagai pembela rakyat berhubung isu ini. Maksud saya, apakah langkah yang mereka ambil untuk menegakkan hak penduduk. Ternyata, sekian lama yang saya lihat hanyalah tohmahan dan sikap menyalahkan orang lain atau tokoh tertentu saja. Tiada pulak yang menyuarakan cadangan baik spt sdra Musli cdgkan tsbt.. Ini barulah dikatakan sebagai membina dan membela.. Saya percaya DARD sebagai pemimpin yang baik akan dengar dan ambil perhatian terhadap perkara ini.
3. Ketiga, saya secara peribadi berpendapat bahawa pada peringkat ini, soal siapa jadi Wakil Rakyat (MP dan sebagainya di KB) tidak perlu diutamakan sangat. Saya mengatakan demikian kerana, sebagai rakyat.. biarlah mereka melaksanakan tugas serta tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan yg terbaik. Lagipun, lebih baik kita menumpukan usaha kepada bagaimana untuk memperbaiki kehidupan kita sendiri daripada memikirkan soal politik ini.. Ingatlah bahawa, apapun tanggapan dan persepsi kita, akhirnya keputusan siapa yang akan bertanding dan sebagainya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Parti.
Salam KM..
Lama saya tak berkunjung memberikan ulasan kerana maklumlah banjir..
saya tertanya-tanya mana DSSK dan TSP serta DJA ketika rakyat KB menghadapi masalah..
Hanya yang kelihatan DARD dan DHMJ..
TSP dalam ICU di SMC pada hari jumaat. sewaktu saya bertolak ke KL pada Sabtu keadaannya agak stabil tapi belum dapat keluar.
Biasanya dalam keadaan bencana alam, yang ada kemudahan menggunakan jentera kerajaan adalah YB dan Menteri sahaja.
SSK sebagai Ketua UMNO dan jawatan bertaraf menteri sewajarnya melawat. barangkali beliau tidak berada dalam negara.
mengenai Datuk Japlin saya pasti ada alasan kukuh.
salam MO
salam sdr Musli..
ma kasih kerana memberikan pandangan secara panjang lebar dan jelas mengenai isu ini..
spekulasi mengenai kedudukan DARD di KB bukan lagi rahsia malah mula diperkatakan oleh masyarakat..
kerana itu, kelapa mawar membuat analisis ini berdasarkan pendangan beberapaorang penggiat politik di KB..
tidak semua bersetuju supaya DARD dikembalikan di Tuaran, begitu juga ada yang sebaliknya...
namun ini bergantung kepada pucuk pimpinan atasan utk mencorak kembali pengagihan senarai calon pada PRU 13 akan datang..
mengenai permintaan sdr itu tentang Jalan Raya Bypass..kita masih menunggu respons DARD..semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik..
Salam sdr Amin..
ma kasih kerana turut menyatakan pandangan mengenai hal ini..
seorang penulis memang akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran termasuk dicop sebagai penulisa upahan dan itu sudah dialami oleh KM sendiri..namun harus kita sedar bahawa keterbukaan kita dalampenulisan adalah satu rahmat yang tidak dapat dimengertikan..
teruskan penulisan sdr , saya mengikuti..
Salam kembali sdr Musli..
ma kasih sekali lagi kerana memperjelaskan perkara yang sebenar..mungkin ada sedikit kekeliruan mengenai tulisan sdr Amin..namun teguran sdr juga amat bernilai..
selaku blogger baru, Kelapa Mawar mengambil berta akan teguran itu..
semoga sdr juga terus sukses.
salam sdr belum pendekar...
ma kasih kerana turut sama dalam perbincangan cyber ini..saya amat menghargai kehadiran sdr..
sebagai pemberi ulasan yang berada di tengah-0tengah, saya berkeyakinan sdr juga turut bersetuju supaya DARD akan mengambil langkah mengatasi permasalahan ini..
insayallah..DARD akan memberikan response..
Pak cik Amin..
ma kasih kerana walaupun banjir, pakcik tetap berkunjung di blog ini..semoga pak cik sekeluargaterus berada dalam perlindungan ilahi..
jangan main hujan pakcik..ya..
salam kembali sdr Musli..
ma kasih atas maklumat itu yg sdr kongsikan ini..
Post a Comment