Tuesday, January 19, 2010

Ahli Jawatankuasa bencana Alam Kota Belud dikatakan lambat memberikan bantuan kepada mangsa banjir.




Banjir di Kota Belud, benar-benar menginsafkan penduduk dalam soal memilih pemimpin.

Setelah hampir 48 jam perkampungan di sekitar Kota Belud di landa banjir sehingga menyaksikan beberapa insiden menyayat hati telah berlaku..antaranya ialah apabila ramai Imbang Penuhkeluarga terpaksa merendah hujan dan banjir untuk menyelamatkan diri dengan sedikit barang keperluan...maka sehingga itu, bantuan dari pihak berwajib tidak kunjung tiba. Peristiwa yang berlaku di kg. Tawadakan dan sekitar "jiran" kampung itu, membuatkan kita terfikir, apakah Jawatankuasa Bencana Alam Kota Belud yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah lambat untuk mengambil tindakan sewajarnya..?

Agak menghairankan kerana sepatutnya Badan Bertindak Bencana Alam di Kota Belud, seharusnya sentiasa berwaspada apatah lagi "signal" awal iaitu hujan turun tidak henti-henti selama lebih 48 Jam, wajar dijadikan panduan untuk menggerakkan 'jentera' mengawasi, mengamati serta memantau keseluruhan perkampungan yang terlibat. Amaran seharusnya diberikan melalui ketua-ketua kampung atau JKKK untuk menghindarkan perkara yang tidak diingini berlaku. Walaupun tidak ada kehilangan nyawa dilaporkan, namun kerosakkan harta benda dan tanam-tanaman serta kematian binatang ternakan mencecah Ratusan Ribu Ringgit.

Apakah Jawatankuasa kuasa bencana Alam Kota belud, tidak mempunyai data serta rekod kampung-kampung yang berisiko di landa banjir..? Sepatutnya, bukan sahaja nama ketua kampung wajar diketahui tetapi juga termasuk nombor Handphone mereka supaya maklumat bencana banjir ini dapat diminimumkan kesannya kepada masyarakat di kampung terbabit.




Birapun begitu, rakyat seharusnya begitu berterima kasih atas Daya usaha Wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Musbah Hj. Jamli yang begitu mengambil berat serta sanggup turun padang melawat mangsa-mangsa banjir dan apa yang membanggakan kita ialah beliau telah menunjukkan sikap 'kerakyatan' dengan memberikan bantuan berupa barang keperluan seperti selimut dan bahan makanan. Malahan beliau adalah satu-satunya YB yang paling sibuk memantau perjalanan bencana banjir itu..Seharusnya sekalung tahniah buat YB berjiwa rakyat ini atas keperhatinan beliau dalam keadaan yang sungguh terdesak itu.




Begitu juga dengan ahli parlimen KB, Datuk Rahman Dahlan juga turut turun padang meninjau kedaan banjir serta mengedarkan barang-barang keperluan kepada penduduk yang terlibat. sekalung tahniah untuk beliau juga.

Namun yang mendukacitakan kita ialah di mana Ketua Umno Bahagian Kota Belud, yang juga mantan Ketua Menteri, mantan timbalan ketua menteri, mantan manteri kewangan, serta sekarang adalah penasihat Sains kepada Ketua Menteri..? Di Mana Datuk salleh Tun Said, ketika banjir melanda KB? Ketika rakyat memerlukan pembelaan dan bantuan? Di Mana Datuk Salleh ini?.. Barangkali beliau sibuk meraikan kegembiraannya dilantik ke jawatan bertaraf menteri itu?

Apakah peranan sebagai Presiden "USBO" di war-warkan oleh beliau ini sebagai menjaga kepentingan rumpun bangsanya.. Bukankah masyarakat yang dilanda bencana ini adalah orang-orang Iranun dan Bajau yang tergolong dari rumpun USBO..? Mana agenda USBO membela rumpunnya..?

Wakil Rakyat Usukan juga dikhabarkan juga tidak kelihatan ketika musim banjir ini,,? Apakah keputusan rakyat Usukan memilih Datuk Japlin Akim sebagai wakil mereka adalah merupakan satu kesilapan yang sangat besar?

Apa yang diharapkan agar, selepas tragedi banjir ini, arus deras yang membawa segala bahan buangan yang sarat dengan segala-galanya akan menghanyutkan juga pemikiran rakyat Kota belud, supaya lebih bijak serta berani membuat perubahan dalam memilih pemimpin yang berjiwa rakyat..? Sedarlah wahai masyarakat Ku..!!!!


14 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Satu lagi post ulasan yang menarik disamping memberi bayangan senario gejala banjir di KB. Sebelum itu, saya ucapkan tahniah kerana mempunyai gambaran blog yang menarik.

Saperti biasa, penulisan masih lagi tertumpuh kepada mencari siapa kah yang bertanggung jawab dan siapa kah yang perlu disalahkan…Dan apa kah hukuman mereka?

Wal hal cadangan positif dari penulis terhadap tindakan-tindakan yang sepatut nya di laksanakan oleh mereka yang ‘ bertanggung jawab’ pada masa itu, bagi saya ada lah KABUR.
So kita masih lagi menunggu bila kah ‘cadangan yang sebaik nya ’ dari penulis?

Selain dari KB, banyak juga daerah-daerah yang lain terlibat dalam bencana banjir ini. Termasuk Kinabatangan, Kota Merudu dan kawasan-kawasan di Sandakan. Dalam pada itu strategi ‘AJK Bencana Alam ‘ ada lah standard dimana;
i) Masyuarat segera di lakukan dengan serta merta ( melibatkan ketua-ketua Jabatan)
ii) Mengenal pasti kuantiti dan situasi bencana yang perlu di kendali dengan bantuan menyelamat, pemindahan dan pengagihan makanan dsn.
iii) Mengenal pasti kemampuan yang sedia ada dan boleh di bekalkan oleh agensi-agensi kerajaan. Saperti Boat, Helicopter, Jentera Berat dan makanan.
iv) Pengagihan tugas kepada mereka-mereka yang mampu dan terlibat secara lansung. Contoh nya; Angkatan Tentera – membekal ‘boat’, Polis - Keselamatan dan informasi semasa, Bomba – membantu Angkatan Tentera dan Polis dalam kerja pemindahan dan penghantaran makanan, JKR- membekal jentera Berat saperti lorry dsn.

Saya tidak setuju bahawa AJK Bencana Alam KB ada lah lembab ketika bertindak atau pun tidak PERIHATIN.
Rasa nya pehak Pegawai Daerah (PD) telah bertugas dengan bertungkus-lumus untuk menghubungi mereka-mereka yang perlu dihubungi saperti JKKK dsn. (Kalau KM pernah menjadi AJK Bencana Alam mungkin KM memahami situasi ini).

Namun kerana keadaan yang kelam kabut dan kucar-kacir mungkin mereka yang di hubungi tidak dapat menyampaikan maklumat dalam kadar yang segera ( mungkin mereka sendiri dalam keadaan yang sibuk untuk menyelamat keluarga dan diri sendiri).

Secara peribadi, agak susah juga untuk PD sendiri melawat tempat-tempat yang terlibat kerana beliau sendiri tidak mempunyai jentera yang sesuai untuk mengharungi kawasan yang berbahaya tersebut.

Kelambatan pehak Tentera atau pun Polis Marin untuk membekal ‘ boat’ dan ‘Helicopter’ yang sesuai dan cukup selalu nya terjadi kerana mungkin ‘boat’ atau pun ‘Helicopter’ yang diperlukan tidak mencukupi. Disamping itu agensi tersebut terpaksa mengagih-agihkan nya untuk semua daerah yang terlibat disana-sini.

Persoalan sama ada pemimpin politik dipersalahkan kerana tidak melibatkan diri dalam fenomena ini, saya tiada komen… Terpulang lah kepada kalian untuk mentafsirkan nya.
kerana bagi saya masaalah bencana alam ini ada lah 'beyond' isu politik..

saperti biasa, semuga kalian sukses

SUARA RAKYAT said...

salam. Blog bertambah cantik. tulisan mengenai banjir disokong

Mohd Amini said...

Salam KM,Terebih dahulu diucapkan tahniah kerana papan blog berwajah baru dan cantik.

Rekod dan data kampung berisko tinggi dilanda banjir amat perli diketahui oleh Jawatankuasa Bencana alam Kota Belud. Ini memudahkan mereka memantau dengan tepat dimana sasaran perlu didahulukan dan dikemudiankan apabila berlakunya bencana banjir.

Maklumat nama JKKK dan Ketua Kampong bersertakan nombor hanphone
setiap kampung juga amat berguna sebagai memudahkan perhubungan untuk menyebarkan maklumat lebih cepat kepada penduduk kampong supaya bersiap sedia menghadapi bencana banjir.

Pak Cik Amin said...

salam KM

saya sangat berminat membaca penulisan ini kerana ia dekat dgn mangsa banjir sprti saya.

kami d tawadakan, sepatutny di awalkn bantuan kerana banjir besar berlaku cepat d kwsn ini..air dri sungai bdekatan melimpah menenggelamkn banyak rumah dan memusnahkan padi dan haiwan peliharaan..

saya setuju dgn KM bahawa bantuan lewat sampai ...

KENAPA ?

Pendekar Tua said...

saya bersimpati dgn mangsa banjir di KB,

saya setuju dgn cadangan KM supaya pihak penyelamat mempunyai no tel ketua2 kg atau JKKK supaya maklumat dpt di salurkan dgn cepat dan bantuan dpt d hantar..

ketik Bnjir saya menghubungi ketua kg di tempat yg dilanda banjir kerana kebetulan ada hubungan kekeluargaan dan saya difahamkan tidak ada pihak berwajib yg mengambil tindakan menyalurkan bantuan kepada penduduk kg terbabit walaupun sudah dua hari kampung berkenaan di landa banjir..

mungkin seperti yg dikatakan oleh sdr solymone bahawa tidak cukup kakitangan AJK bencana alm di KB..? betulkah atau peralatan tidak cukup..

atau barangkalai kerana karenah birokrasi yg septutnya harus dikecilkan pada waktu darurat sprt sekarang..

Anonymous said...

Salam KM

Saya bersetuju dengan tulisan saudara Solymone, isu banjir tidak perlu dipolitikkan, lebih-lebih lagi tidak harus dijadikan alasan untuk mempersalahkan mana-mana pemimpin.

Kalau nak dipolitikkan juga, bagi saya adalah juga tidak gentleman bagi seorang pemimpin mengusung pemberita dan wartawan TV3, (naik heli ke hulu ke hilir),dengan gahnya, bukankah ini menunjuk-nunjuk namanya, kalau nak bantu secara ikhlas tak payah pun hebohkan satu negara, tapi memanglah begitu lumrahnya ahli politik, bertelur sebiji riuh sekampung, kita berkhidmat kerana mahu membantu mangsa tanpa ada niat lain.

Kita tak tau maybe diam-diam DSSK telahpun hulurkan bantuannya secara ikhlas, tapi tuhan saja yang taukan.

Saya juga agak kecewa dengan tulisan saudari KM akhir-akhir ni, nampaknya tulisan yang kreatif neutral, dan tidak memihak seperti awal dulu tu telah mula bercampur baur dengan unsur-unsur bodek, ampu dan berat sebelah. Kenapa agaknya.....Hanya Allah yang tahu niat kita, tapi kalau sedar telah tersasar atau diperalatkan, baik betulkan.

Denakan pen tu

kelapa mawar said...

Salam buat sdr Solymone..

ma kasih atas kunjungan ini..saya begitu menghargainya kerana di setiap komen sdr begitu jelas dan terperinci.

sebagai seorang bekas jurutera JKR KB, rasanya sdr mempunyai pengalaman yang cukup luas mengenai bencana alam dan ahli jawatankuasa yang terlibat..oleh kerana itu..penerangan sdr mencakupi pelbagai demensi dan sudut..Thanks kerana itu..

saya juga turut memberikan pandangan dan cadangan mengenai perlunya no tel./handpone para ketua kg dan JKKK di seluruh daerah KB utk memudahkan penyaluran maklumat dan bantuan..

Dan ini harus diambil kira keranabencana alam bukan sahaja berupa Banjir tetapi juga melibatkan bencana alam lain seperti ribut dan tanah runtuh ( banyak lagi)..

Ma kasih sekali lagi atas ulasan sdr itu. semoga sdr terus berkarya dan menyumbangkan idea kepada kami blogger KB ini..

semoga sukses selalu.

kelapa mawar said...

Salam Sdr Musram..

ma kasih atas sokongan itu..semoga pengalaman sdr terkandas dalam banjir tempoh hari akan dapat menggambarkan keadaan sebenar..

kelapa mawar said...

Sdr Amini..

ma kasih atas pujian itu...semoga sdr terus memberikan idea-idea bernas dalam setiap penulisan KM..

saya amat menghargai kehadiran sdr.

kelapa mawar said...

Pak cik Amin..

maklumat yg sdr salurkan begitu bernilai sebagai gambaran sebenar keadaan banjir di kampung yang terlibat dengan bencana ini..

kita mengharapkan agar selepas ini AJK bencana alam KB akan lebih pantas menyalurkan bantuan..

semoga sdr dan keluarga serta masyarakat kg berada dalamkeadaan yang selamat.

kelapa mawar said...

salam Pendekartua..

sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan sdr yang berterusan dalam memberikan pandangan..dan itu semua saya amat hargainya.

kelapa mawar said...

sdr sypatracus..

ma kasih atas kehadiran sdr memberikan komen yang membina..

Insayallah idea sdr akan diambil kira dalam setiap penulisan KM ..

watasikadi said...

salam KM,
muka barula blog KM... namun masih lagi bias dalam penulisan. sebenarnya pihak ajk bertindak banjir kekurangan boat penyelamat selain halangan daripada penduduk yang tidak mahu berpindah walaupun kuali sudah lantung2.saya sabtu malam dimana paling teruk banjir turut berada didewan selepas menghadiri ceramah ketua pemuda PAS pusat di TASKI pada malam itu. jam 11 malam saya nampak YB herbert sedang memberi bantuan dan sempat saya berbincang dengan saudara idris pegawai perhubungan parlimen dan beliau menyatakan kekurangan boat merupakan punca utama selain bahayanya kepada tenaga kurang terlatih dalam membantu diwaktu malam.saya berpendapat tiada pihak harus dipersalahkan. namun usaha pelbagai pihak secara sukarela haruslah diperbanyakkan lagi jangan hanya tahu mengomen sahaja. jika saya tahu berenang pasti saya bersama skuad rela namun saya dilarang kerana ada kes rela sendiri buau...

Anonymous said...

kita tidak ingin menunding jari siapa betul siapa salah, Tuan-tuan setiap maklumat perlu di kemaskini terutama dibahagian bilik Operasi Bencana iaitu PKOB. PKOB berperanan melaksanakan pengurusan pentadbiran bencana dan semua data berkaitan no. agensi utama/agensi sokongan dan JKKK perlu sentiasa di update agar memastikan sistem komunikasi berjalan dengan lancar. Dengan adanya garis panduan MKN20 Bahagian PKOB iaitu Pusat Kawalan Operasi Bencana dapat memberi maklumat awal sebarang berlaku bencana berlaku. Sebenarnya walaupun kita mempunyai masalah dari segi eset seperti contoh boat,selaku Pengerusi Bencana Daerah boleh meminta atau mengarahkan agensi utama seperti BOMBA, POLIS,JPAM dan PBSMM untuk mengunakan aset masing-masing dalam memindahkan mangsa ke pusat pemindahan yang telah ditetapkan. Apa yang perlu kita ingin tekankan ialah bagaimana kita untuk mendapatkan 1 sistem amaran awal dan mensahihkan kejadian tersebut. Dengan teknologi yang sedia ada, kita boleh mendapatkan berita lebih pantas seperti melalui laman website Jabatan Metrologi, Melalui Kaca Tv. ini adalah sumber yang boleh kita perolehi dan boleh digunapakai sebagai panduan seharian. Kita sebagai penduduk daerah kota belud tidak seharusnya menyalah jawatankuasa bencana daerah atas kelewatan bertindak. Prosedur asal sebelum Bahagian Jawatankuasa Bencana Daerah bertindak turun padang, Semua Jawatankuasa daerah bencana perlu mengadakan 1 mesyuarat tergempar dimana mendapatkan maklumat awal kawasan yang terlibat terjejes dengan bencana seperti banjir.