Isu kenaikan dan subsidi minyak dan kekurangan gula di pasaran adalah antara masalah berantai yang sentiasa membayangi dalam 2 tahun tempoh tertegaknya kerajaan BN di bawah 'simple majoriti'. Rakyat masih tertunggu-tunggu langkah dan mekanisme berkesan untuk menyelesaikan permasalahan ini. Namun segala usaha dan daya Kerajaan BN ,nampak semacam tidak mendatangkan hasil. Malahan rakyat makin terbeban. Kesungguhan kerajaan BN mencari penyelesaian tidak juga dapat meredakan kebimbangan rakyat. Dari Sabah hingga ke Perlis, rakyat masih menghadapi tekanan dari peniaga yang mengaut keuntungan atas dasar pasaran bebas kononnya.
Di Sabah isu kekurangan bekalan gula bukan lagi cerita basi tetapi sudah lama berlaku di sepanjang tahun 2008 dan sebelumnya. Pasaran gula yang dimonopoli oleh pengusaha tertentu, menyaksikan bekalan gula disorok daripada pasaran. Akibatnya gula sukar didapati dan ini menyebabkan harga gula meningkat dengan mendadak. Langkah kerajaan BN menaikkan harga gula sebanyak 20 sen daripada harga pasaran sebelum ini, tidak banyak menyelesaikan permasalahan rakyat. Pasaraya di bandar-bandar di Sabah seperti di kota Kinabalu, Tawau, dan sandakan dilaporkan sebagai menghadapi masalah kekurangan bekalan gula. Malahan di Kota Belud sendiri, pada awalnya gula dijual dengan terhad. satu keluarga hanya dibenarkan membeli untuk 1 kilo sahaja. Namun lama-kelamaan bekalan gula kehabisan, sehingga sukar untuk memperolehinya.
Kegagalan kerajaan mengadakan satu mekanisme berkesan sejak 2 tahun ini, membuatkan rakyat terutama di luar bandar begitu menghadapi masalah dalam kehidupan mereka seharian. Jika masalah gula pun gagal diberikan perhatian, apakah jaminan untuk mengotakan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN". dapat direalisasikan dengan baik dan berkesan. Pengurangan subsidi ke atas gula sebanyak 20 sen menyaksikan kenaikan bahan keperluan itu pada kadar yang sama iaitu kenaikan 20 sen.Mengikut kenyataan dari pihak kerajaan, dengan pengurangan subsidi itu kerajaan telah mengurangkan beban tangungan defisit yang dijangka meningkat sehingga RM1.26 bilion. Setelah mengurangkan kadar subsidi itu, kerajaan masih menangung sebanyak RM 1.0 bilion. Selain daripada kerajaan sibuk menyemak angka kepada pengurangan perbelanjaan itu apakah tidak wajar jika di semak 'bebanan ' rakyat berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah..?
Isu minyak yang selalu dikaitkan dengan konsep "subsidi" juga sering mengalami kekalutan. Ada pihak di sebelah kerajaan yang menyatakan bahawa rakyat di negara harus akur bahawa sudah sampai masanya kerajaan mengurangkan dan hatta menghapuskan 'subsidi' minyak kepada rakyat yang dikatakan diperolehi oleh golongan kaya dan berpendapatan tinggi. Kononya dengan penghapuskan subsidi itu kerajaan boleh membuat penjimatan berbilion ringgit. Namun apa yang menjadi kemusykilan rakyat ialah subsidi minyak mahu dihapuskan tetapi subsidi lain termasuk subsidi padi, dan barangan lain terus diberikan. Bukankah kenaikan harga minyak ini juga berkait dengan kenaikan harga barangan keperluan dalam pasaran.
Terbaru ialah langkah kerajaan memperkenalkan harga petrol dalam dua keadaan yang berbeza. bagi pengguna kenderaan yang berkapasiti rendah, mereka berpeluang menggunakan minyak pada harga yang rendah berbanding dengan pengguna atau rakyat yang menggunakan kenderaan berenjin lebih 2.0. Langkah ini juga menyaksikan penggunaan mykad sebagai medium utama dalam pembelian minyak . Khabarnya langkah kerajaan ini akan berkuat kuasa pada mei tahun ini.
Jika dua keadaan ini ditinjau dari kaca mata rakyat Kota Belud, maka ia satu fenomena yang sungguh menyedihkan. Masyarakat Kota Belud yang rata-ratanya adalah berpendapatan rendah dan berkerja dalam sektor pertanian dan perikanan, tentunya menghadapi kerumitan mendapatkan dua bahan penting itu. Bayangkanlah jika gula yang menyaksikan harga sekitar RM 2.00 ke atas itupun bergantung kepada kejujuran peniaga bagaimanakah agaknya bahan keperluan itu diperolehi dengan pendapatan antara RM 500-Rm 800 sebulan. Kerana itu biarpun kerajaan mampu berjimat sehingga RM 260 juta, namun adakah penjimatan itu 'dikembalikan' semula kepada rakyat di Luar bandar dan Pedalaman. Sedangkan tahap kemudahan kesihatan yang sepatutnya rendah di kawasan luar bandar, nyata tidak menarik perhatian kerajaan. KLINIK 1 MALAYSIA yang dilancarkan baru-baru ini oleh PM..di kawasan mana ia beroperasi? Kawasan perkampungan di Dudar, Sarang dan sehingga di Ulu Kukut..bagaimana perkhidmatan kesihatannya, dan apakah impak kenaikan harga gula ini turut di rasai di kawasan tersebut?
Walaupun Kota Belud seperti yang dilaporkan mempunyai kelebihan dari segi penemuan gas dan petroleum, namun ia tidak menjamin bahawa daerah ini diberatkan dengan pembangunan yang melimpah. Stesen minyak yang terdapat di daerah ini, dalam 4 buah, termasuk Shell dan Esso, selebihnya adalah milik Petronas. Namun yang menjadi isunya ialah, apakah kadar penstrukturan petrol ini akan menyebabkan kesesakan di daerah ini akan bertambah teruk..? Bayangkanlah jika dua pam yang akan diwujudkan dengan harga yang berlainan. Apakah kenderaan mewah berkuasa lebih 2.00 CC itu membanjiri pekan koboi ini..? Hanya yang rata-ratanya ialah kenderaan Pic up yang dijadikan pengangkutan awam. Bagimanakah dengan penggunaan Mykad yang terdedah kepada kerosakan cip..? Selain adalah tidak adil mengukur kekayaan dan pendapatan seseorang berdasarkan kapasiti enjin kenderaannya. Ada kenderaan yang berenjin tinggi tetapi bukannya dalam kategori 'mahal' dan 'mewah'.
Terdapat runggutan dari rakyat supaya isu kekurangan gula dalam pasaran dan penstrukturan semula subsidi petrol dibuat dengan mengambilkira keadaan masyarakat luar bandar dan pedalaman. Supaya hajat kerajaan menjadi "juara rakyat"akan terlaksana. Saat itulah barangkali idea "Rakyat di dahulukan" akan menjadi kenyataan.

12 ulasan :
Salam KM,
Sikap orang ramai yang kurang matang dlm menangani setiap kekurangan bahan keperluan harian agak mendatar, putar belit orang tengah yang mahu kan keuntungan berlipat ganda agak keterlaluan...
pengguna mesti bijak menilai setiap perbelanjaan harian yang tinggi, pendek kata kita kena 'BIJAK WANG'...
Salam KM
kenaikan harga runcit gula ini bagaikan "Hadiah Tahun Baru" yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Barisan .
Slogan 'Satu Malaysia, Rakyat didahulukan' menjadi janji kosong yang mengabaikan nasib rakyat Malaysia sahaja, kini rakyat semakin diseksakan.Keperitan ini akan ditambahkan dengan mekanisme baru subsidi petrol yang akan dikemukakan pada Mei yang akan datang. Dijangkakan bahawa tahun ini akan menambahkan beban rakyat kerana mencetusnya cabaran inflasi semakin melambung naik.Saranan rojokobog yakni BIJAK WANG adalah langkah yang betul untuk berdepan dengan situasi ini. Slogan khas digunakan ialah "Kapitalis Didahulukan, Keuntungan diutamakan" ditujukan kepada raja gula yang baru Syed Mokhtar O.K.U.
P/S DUIT 12 BILION HANGUS DI PROJEK PKFZ… KALAU DI GUNAKAN UNTUK BUKA LADANG TEBU…MUNGKIN HARGA GULA TIDAK AKAN NAIK KELAK.
salam KM..
kerajaan seharusnya telus dalam mengawal perbelanjaan supaya pembaziran tidak berlaku..skandal mega yg berlaku akan menyebabkan rakyat semakin memberi sokongan kepada pembangkang..
di kota belud perlu ada cawangan kementerian Hal ehwal pengguna supaya kenaikan harga barang dapat dipantau dengan berkesan..macam di tuaran daerah asal DARD..
Salam Sdr KM.Nampaknya isu kekurangan gula telah memberi kesan negatif kepada rakyat.Dalam blog saya lepas, isu gula seperti berlaku pakatan yang didalangi oleh Pengurus kilang dan pengedar.Strategi negatif seperti ini amat membebankan pengguna dan memberi keuntungan berlebihan kepada pengusaha.
Berhubung isu minyak,ramai rakyat Kota tidak tahu apa itu subsidi minyak yang kerajaan war-warkan itu.Rakyat tidak tahu apa hasil minyak yang dicari gali di daerah ini boleh menyumbang kepada kepesatan pembangunan dan kemajuan Rakyat Kota Belud.Rakyat miskin tegar diluar bandar mangsa kepada situasi tidak menentu.
salam hormat Buat KM..
Apakah kerajaan selama ini gagal membangunkan negera ini..?
Persoalan ini saya lontarkan supaya sdri dapat memikirkannya kerana artikel kali ini lebih menghukum kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu minyak dan gula ini..?
Adalah lebih baik jika kita mempunyai cadangan dan saranan yang terutama bagaimana mengubah sikap dan pemikiran rakyat di KB..supaya tidak selalu ,menyalahkan usaha-usaha kerajaan yang murni..
salam hormat.
PT
salam....
dlm keadaan2 bgini...
lebih baik buka ladang tebu(bagi yg mempunyai modal tanah)..
yang mampu,npa x buka kilang...
sapa taw,ada jenama gula baru d pasaran..GULA KB...
sekada cadangan
renung2kan...
Salam kembali Rojokobog..
ma kasih atas pandangan ini.saya amat menghargainya.
Peranan orang tengah memang penting dalam ekonomi namun ia tidak harus dijadikan sebagai landasan untuk mengaut keuntungan dan menindas pengguna
sdr Bulan mengambang..
Kerajaaan harus telus memastikan perancangan untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Rakyat akan menilai segala apa yang diusahakan itu dan kemudiannya akan membuat perhitungan sendiri.
ma kasih kerana terus memberikan pandangan.
Pak cik Amin..
Ma kasih atas cadangan cawangan KHEP di kota belud..rasanya boleh dipertimbangkan..
ma kasih kerana memberikan idea.
sdr Amin..
ma kasih kerana turut menyertai perbincangan ini..saya juga mengikuti blog sdr.teruskan memaparkan idea membangunkan masyarakat kita..
sdr Pendekartua..
ma kasih sekali lagi kerana memberika idea kontra ini, namun saya amat menghargainya..
MataRYT..
ma kasih atas cadangan itu..dan ia bukan sesuatu yang mustahil utk direalisasikan..
Post a Comment