Wednesday, January 20, 2010


Berdasarkan kepada maklumat yang disampaikan oleh Sdr Musli dalam Blog Kelapa Mawar, dan kemudian maklumat susulan daripada beberapa orang yang telah melawat Tan Sri Pandikar Amin di SMC, maka KELAPA MAWAR memohon jasa baik kepada semua blogger Kota Belud supaya dapat memaparkan bahawa TSP sedang sakit dan kemungkinan akan dipindahkan ke IJN.


OLEH YANG DEMIKIAN KELAPA MAWAR MEMOHON SELURUH MASYARAKAT KOTA BELUD TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK DAN JUGA SUKU BANGSA DAN KETURUNAN AGAR DAPAT MENGADAKAN SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN SAMA ADA SECARA BERJEMAAH ATAU BERSENDIRIAN UNTUK MEMOHON KEPADA ALLAH SWT AGAR SPEAKER DEWAN RAKYAT ITU DIKURNIAKAN KESEMBUHAN DAN DAPAT MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI BIASA.

DAN MOHON AGAR BERITA INI DAPAT DISAMPAIKAN KEPADA SELURUH MASYARAKAT KOTA BELUD.

16 ulasan :

Watababai said...

Kak Kelapa Mawar..

terima kasih atas maklumat ini..

YB Dato' Abdul Rahman Dahlan said...

Saya doakan Tan Sri cepat sembuh. InsyaAllah.

Pak Cik Amin said...

Salam KM..

Atas maklumat sdri ini, saya dengan bberapa orang jemaah masjid telah mengadakan bacaan yassin tadi malam..

semoga Tan Sri Pandikar akan kembali sihat..

terima kasih kepada kelapa mawar kerana memberikan perhatian atas perkara ini..

palingberani said...

"Ya Allah..ya tuhan kami..

sihatkanlah kembali Tan Sri Pandikar..

sembuhkanlah dia seperti sediakala..

berikanlah dia kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan untuk terus berjuang membela masyarakat kami..di KB ini..

berikanlah ketenangan kepada kaum kerabat dan penyokong beliau..

amin ya Allah ya Rabal Alamin..."


Saya mohon izin ..copy artikel ini...

paikankb said...

Ya Allah ya Tuhan kami, Selamatkan lah pemimpin tercinta kami...berikanlah kesihatan kepada beliau dan berkatilah kehidupan beliau...panjangkanlag usia beliau...moga kita diberkati Allah. Amin...

Idahan said...

Sdri Kelapa Mawar..

ketulusan hati sdri memaparkan isu ini membuktikan bahawa sdri sebenarnya bukan blogger yang senang dipengaruhi oleh mana-mana pihak..

saya cukup terkejut dan berasa begitu bersyukur kerana walaupun sdri begitu 'keras' mengkritik kepimpinan TSP tetapi dalam soal-soal sebegini sdri telah menunjukkan bahawa sdri sebenarnya "profesional"..

menyahut saranan sdri, saya juga minta agar isu ini saya ketengahkan dalam blog saya yang tidak seberapa ini..

semoga niat murni kita akan diberkati..

MataRYT said...

salam....

sama2 la kita doakan kesihatan TSP agar pulih dan cepat sembuh...kita percaya TSp seorang yang kuat..amin....

DEPU-DEPU said...

Saya juga mendoakan agar Tan Sri cepat sembuh dan dapat bertugas kembali sebagai speaker Dewan rakyat..amin..

Kota Belud Ku said...

salam KM..

saya ada melawat TSP baru-baru ini..dan keadaannya stabil..walau mcm mana pun kita merasakan agar kita bersatu mendoakan kesejahteraan beliau.

mudah2-an dgn keikhlasan kita itu, TSP akan sembuh semula..amin

kelapa mawar said...

salam sdri Watababai..

ma kasih juga kerana mengambil perhatian atas makluman ini

kelapa mawar said...

Salam YB datuk..

ma kasih kerana turut mengambil berat akan perkara ini..

kelapa mawar said...

Pak cik Amin..

Ma kasih atas tindakan pakcik dalam perkara ini..semoga pak cik dan keluarga terus diberkati.

kelapa mawar said...

Sdr Paling berani dan sdr PaikanKB..

ma kasih dengan doa kalian..semoga semuanya sihat walafiat.

kelapa mawar said...

sdri Idahan..

mengkritik bukan bereti kita membenci, menegur bukan bererti kita mencaci..setuju bukan untuk dipuji, semuanya utk generasi kita selepas ini.

ma kasih kerana turut prihatin dgn perkara ini..

kelapa mawar said...

sdr MataRYT dan sdr depu-depu..

ma kasih atas kunjungan dan pandangan sdr berdua..

kelapa mawar said...

sdr Kota Belud KU..

ma kasih atas maklumat itu..saya menghargainya.