Monday, January 11, 2010


Apabila soal-soal Tauhid ketuhanan diheret dalam kekotoran politik , maka kacau bilau akan meletus. Kerana itu apabila isu penggunaan kalimah Allah diputuskan oleh mahkamah dunia dengan seluruhnya bersandarkan kepada hukum selain hukum Allah, maka ia akan menimbulkan susana anarki yang berlarutan. Pergolakan penggunaan kalimah Allah ini membuatkan golongan opportunist bersenang hati, lalu berlakulah pembakaran beberapa gereja tempat ibadah penganut kristian. Bukankah ini akan menimbulkan suasana panik kepada masyarakat. Sehinggakan kerajaan bertindak memberikan taklimat kepada perwakilan negara-negara asing sebagai usaha 'menjernihkan' suasana cemas itu. Politik di tanah besar sejak kebelakangan ini. benar-benar membuatkan kita resah dan gelisah yang amat dalam.

Di Sabah isu 'agama' juga sering ditimbulkan terutama dalam menjamin ketuanan politik golongan tertentu. Misalnya tindakan Tun Mustapha mengadakan pengislaman secara beramai-ramai melalui pertubuhan USIA, Sedikit sebanyak menggambarkan bahawa 'agama' dilihat menjamin kedudukan politik pemimpin tertentu di Sabah. Malahan , apabila PBS dapat menumbangkan BERJAYA dan dapat mendirikan kerajaan, maka isu yang bertiup juga adalah sentiment agama, sehingga khabar angin menyatakan bahawa parti PBS adalah parti kristian.

walaupun sabah mempunyai lebih 30 etnik dan suku serta pelbagai anutan budaya dan agama, ternyata penggunaan kalimah "Allah" ini tidak sangat menjadi pendorong kepada ketegangan agama di negeri di bawah bayu ini. Malahan sentimen suku di sabah, lebih besar impaknya dalam dunia politik kerana mungkin faktor kepelbagaian suku ini. Keadaan hidup aman dan damai serta saling bertolak ansur telah mewujudkan keharmonian hidup antara para penganut Islam dan Kristian di Sabah.

Bukan sekadar cerita ,bahawa ramai dikalangan bukan Islam di sabah menggunakan beberapa perkataan seperti Subahanallah, Alhamdulillah, Astagfirullah dan macam-macam lagi..perkataan-perkatan itu tidak menjadi ekslusif kepada orang Islam di Sabah, bahkan dalam kehidupan seharian, penganut lain menuturkannya. Namun begitu, ia tidak menjadi isu besar sehingga membawa kepada pembabitan keputusan undangp-undang. Barangkali situasi ini sudah menepati pepatah melayu" Alah bisa tegal biasa".

Situasi politik di Kota Belud, juga mencetuskan pengkajian yang memberangsangkan, terutama apabila dunia politik di daerah ini sering kali dikaitkan dengan suku dan agama. Tanpa kita sedari, DUN Kadamaian 'diserahkan' kepada puak KDM yang majoritinya adalah bukan Islam, mungkin kerana secara tradisinya kawasan itu di bawah pengaruh PBS. Begitu juga di Tempasuk isu agama dan suku memainkan peranan yang penting dalam pengekalan kerusi kepada UMNO. Jika suku dusun yang rata-ratanya adalah penganut Krisitian memainkan isu penggunaan kalimah "Allah" ini, nyata mungkin sokongan akan berubah arah. Justeru adalah tidak patut isu penggunaan kalimah "Allah" ini terus dipolitikkan di semenanjung kerana jika ia masih berlaku..maka akan terjaminkah Sabah sebagai "simpanan tetap" buat BN?


22 ulasan :

Seliu Liu said...

Tabir Allahhu Akhbar...

Seliu Liu said...

Takbir! Allahhu Akhbar...

Anonymous said...

Salam KM

Saya berdoa semoga kemelut yang berlaku di Semenanjung Malaysia tidak merebak ke negeri kita ini. Saya percaya rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah mempunyai tahap toleransi dan pertimbangan yang cukup tinggi dan kukuh, tidak seperti di Semenanjung. INSYA'ALLAH

Pak Cik Amin said...

salam kelapa Mawar..

komen ini utk Kuda Berhias..

Cukuplah mempersendakan saya kerana saya tidak ada blog..tetapi saya masih beradat untuk memasuki rumah orang ( blog KM ), saya tidak menyindir dan berlagak hero..saya memberikan response secara jujur dan tidak berselindung..

saya cadangkan kepada kuda berhias supaya lebih jujur memperkatakan politik di KB...Rasanya sdr Kuda Berhias lebih banyak pengetahuan dalam politik KB daripada adik KM kerana sdr sendiri adalah "pemain" politik dan terlibat dalam perjuangan pemimpin tertentu...

cuba paparkan tanpa berselindung supaya ia menjadi tatapan generasi akan datang..jangan hanya berlagak seperti ustaz saja ( kata sdri Sitti Farhana dalam blognya)

Idahan said...

salam Sdri KM,..

maafkan saya kerana sebetulnya komen ini untuk post yg lepas cerita mengenai kelancangan pemimpin tertentu yang malabelkan para blogger di KB sebagai monkey..

Semenjak dua menjak ini, isu “Who Is The monkey ?’ begitu mengambil tempat pada setiap perbicaraan para blogger di KB. Isu ini timbul ekoran daripada ulasan Ketua Umno Bahagian Kota Belud yang juga mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh said Keruak (DSSK), tatkala diajukan pertanyaan kepadanya ,mengenai leteran para blogger di KB yang mempertikaikan kredibiliti dan kegagalannya menerajui perubahan UMNO KB, selain kegagalannya menyelesaikan beberapa permasalahan rakyat yang dikaitkan terus kepada kepimpinannya terutama isu pampasan projek jalan raya Bypass Kota Belud- Kudat yang dikatakan oleh orang kampung yang terlibat sebagai “pampasan kepada Pengemis”. Maka dilaporkan DSSK sebagai berkata “slowy-slowy catch the monkey”… Perlahan-lahan menangkap monyet…

Persoalannya sekarang ialah “who is the monkey”? kerana tabiat monyet ialah selalu membuat kacau, memporakkan hasil tanaman orang, tidak mempedulikan kesan kepada tabiat suka mengacaunya. Dan juga monkey sering dikatakan sebagai haiwan nakal dan bodoh. Maka rasanya adalah sudah terang lagi bersuluh , siapa monkey sebenarnya?..

Para blogger di KB, tidak sangat mempersoalkan peribadi dan sikap DSSK, tetapi yang menjadi isu bagi para blogger ini ialah apabila pendekatan DSSK dalam kepimpinannya di KB langsung tidak mengambil kira sensitivity masyarakat sejak dulu lagi. Projek jalan raya Bypass ini diilhamkannya benar-benar telah membuatkan rakyat di kg Labuan dan wakap begitu tertindas kerana ramai yang masih belum mendapat pampasan yang sepatutnya, selain dikatakan ada juga yang hingga kini belum menerima bayaran pampas an penuh atas tanah merakyang diambil untuk projek itu.

Satu ketika sewaktu menjadi Ketua Menteri, DSSK juga telah membangunkan tanah keluarganya di Kg. Tamau untuk dijadikan sebagai padang Golf, sedangkan Kg Terbabit masih lagi ketiadaan keperluan asas termasuk bekalan air bersih dan juga jalan raya beraspal..

Bukan itu sahaja, Keputusan DSSK ketika itu tidak memberikan cuti umum sempena kemangkatan bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustapha telah benar-benar melukai hati penyokong setia pemimpin itu di Kota belud. Kerana dendam politik DSSK tergamak berbuat demikian.Isu ini masih mendapat tempat dihati masyarakat Kota Belud. Kerana bagi mereka Tun Mustapha adalah antara pemimpin di KB yang Berjaya mengangkat daerah ini ke mercu tanda yang tingggi. Oleh itu apabila DSSK digugurkan pada PRU-12 yang lalu, para penyokong Tun Mustapha bersorak gembira dan mengharapkan agar legasi keruak di KB tidak lagi dapat diteruskan.

Idahan said...

sdri Kelapa Mawar,..

kami di Kadamaian ini masih berada pada tahap kemiskinan meskipun PBS sudah berpuluh tahun menguasai kawasan ini..

kadang-kadang rasa adalah tidak berbaloi menyokong BN kerana kami masih tidak berubah..jalan raya begitu daif,bekalan elektrik langsung tidak ada..dan macam-macam lagi..

bagi saya soal penggunaan kalimah Allah ini tidak timbul di daerah KB..kerana dalam kitab bible pun ada perkataan "Allah" ini..dan itu biasa digunakan dalam upacara keagamaan.

Pendekar Tua said...

KM,

isu di sabah lebih banyak berkisar tentang ketuanan suku majoriti yang diketepikan dalam politik negeri..

ramai pemimpin yang sepatutnya berperanan dalam membangunkan negeri ini dinafikan hak mereka dengan membuat penyingkiran serta sabotaj secara diam dan tidak gentelmen..

kalau di semenanjung isu agama mendominasi isu politik, di sabah pun makin parah dengan isu suku majoriti dan minoriti..

kedua-dua hal ini adalah sama pemberatannya dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan politik.. jangan kita bersikap lewa dan berkeyakinan bahawa keadaan anarki seperti yg dikatakan oleh sdri KM tidak akan berlaku di Sabah dengan memperkecilkan isu sentiment suku dan kaum ini..

segala usaha harus digembeleng agar memastikan suku majoriti akan mendapat hak keutamaan kembali..

salam hormat
PT

Anonymous said...

Salam KM

Sekadar pandangan....merujuk kepada catatan oleh Pendekar Tua,

"isu di sabah lebih banyak berkisar tentang ketuanan suku majoriti yang diketepikan dalam politik negeri.."

Saya tidak bermaksud memperkecilkan pendapat saudara Pendekar, tapi alangkah amannya dunia ini sekiranya konflik di antara kita tidak lagi berkisar dalam konflik perkauman, kesukuan dan agama. Sampai bilakah kita dibelenggu dek pemikiran sempit dan Assabiyah yang memperkenalkan diri dengan identiti kaum , bangsa, keturunan dan asal-ususl.

Islam tidak pernah menganjurkan fahaman dan amalan perkauman dan rascism kerana sesungguhnya kita semua sama dari keturunan Nabi Adam a.s., yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan kepada Nya.

Di zaman dunia semakin kecil ini, kenapakah kita di KB masih lagi melihat kepada asal-usul keturunan dan kessukuan dan tidak melihat kepada keboleh dan merit pemimpin, adakah ini yang kita ingin pusakakan kepada anak-anak kita, sikap perkauman dan kebencian.

sekali lagi, maaf atas teguran

Pendekar Tua said...

salam sdri KM..
izinkan saya menjawab persoalan sdr Sypatracus..

Sdr..
saya berterima kasih erana memberikan pandangan atas pandangan saya itu..

tetapi sedarkah sdr bahawa tabiat semulajadi manusia ialah suka berada dlm kelompok dan ada rasa assabiyah. Baik assabyah dalam keluarag, diri, kaum, suku atau assabiyah dalam kumpulan dan organisasi..

saya bermaksud menyatakan bahawa di Sabah rasa kesukuan agak kuat jika dibandingkan di semenanjung..pendapat sdr mengenai kerukunan yang manusia kecapi dengan mengenpikan rasa kesukuan dan perkauman itu adalah benar..tetapi realitinya dalam dunia politik di sabah bagaimana?

jadi, untuk memastikan bahawa politik di sabah tidak terus bergolak dengan isu suku dan kaum mejoriti, maka satu langkah berkesan harus diambil untuk memastikan suku kaum ini masing-masing diberikan tempat untuk membangunkan negeri ini,,supaya tidak ada yang rasa dipinggirkan..apatah lagi kalau penyisihan kaum itu berlaku dengan tidak adil dan tidak gentelmen...

harap sdr dapat memamhaminya..

salam hormat
PT

Anonymous said...

Salam KM

Setuju dengan ulasan Idahan bahawa dun kedamaian agak ketinggalan dari segi pembangunan infrastruktur. Namun, sikap para pengundi yang tetap setia dengan BN selama ini sia-sia belaka seandainya pembangunan dan kemudahan infrastruktur dalam dun ini masih lagi jauh ketinggalan.DARD juga mengharapakan agar RMK10 kali ini akan menjanjikan pembangunan yang rancak untuk daerah ini.
Mengenai isu kalimah Allah. Memang benar terdapat penggunaan kalimah Allah oleh kitab bible terutamanya Alkitab terbitan Indonesia yang banyak diguna pakai oleh masyarakat kristian di Sabah. Peranan pihak pemerintah dan media-media masa untuk menenteramkan keadaan ini adalah sangat penting demi menjaga keharmonian bersama. Namun, sesetengah pihak berlagak pejuang dan mengambil kesempatan ke atas isu ini kononnya mereka lah yang menjaga agama islam dan umat melayu.
"Islam untuk Semua" dan bukannya "Islam untuk melayu".

MataRYT said...

salam...

di sabah kita lebih aman..
kerana pemikran rakyat..
masih ada perasaan takut untuk bangkit...
jgn katakan isu agama..
isu pendatang pun x di tangani..
malahan membantu mereka ini

Ajin b. Gagah said...

Salam kalian,
Dengan izin dari empunya blog(Kelapa Mawar), saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada blogger baru kita 'Mata Rakyat' .

Bagi saya, walau pun ulasan beliau ‘simple’ tetapi agak menarik perhatian. Terutama sekali ia nya mempunyai makna yang tersendiri dan perlu penerangan selanjut nya untuk kita kongsi bersama sekadar untuk mengurangkan kekeliruan yang mungkin terasa.

Rujukan, “di sabah kita lebih aman..kerana pemikran rakyat..masih ada perasaan takut untuk bangkit...jgn katakan isu agama..isu pendatang pun x di tangani..malahan membantu mereka ini” (komen mataRYT ;January 12, 2010 12:35 AM).


Untuk selanjut nya, persoalan saya ada lah saperti berikut;
i) Rakyat ( termasuk saya dan kalian) takut bangkit kerana siapa? Kerajaan ? Pemimpin? Parti pemerentah? Atau pun instituasi agama Islam? (Kenapa kita mesti takut kepada kebenaran?)
ii) Siapa dia antara kita yang membantu pendatang disini ( KB khas nya) ? (Membantu (harboring) pendatang (PATI) ada lah salah besar dari sisi undang-undang)

Saperti biasa semuga kalian sukses

kelapa mawar said...

Salam kekandaku azrone..

takbir !
Takbir !
Takbir !..

ma kasih kerana memberikan response yang membuatkan bulu roma berdiri tegak..

kelapa mawar said...

sdr Sypatracus..

moga-moga apa yg sdr impikan itu akan dimakbulkan..janganlah ada keadaan seperti itu di negeri dan daerah kita..

ma kasih kerana memberikan pandangan

kelapa mawar said...

salam pakcik Amin..

bawa bertenang..mari kita berdamai semula..wujudkan keserasian dengan sdr Kuda Berhias..

sdr berdua begitu penting bagi blog Kelapa Mawar...harap dapat memberika idea tentang penulisan ini.

kelapa mawar said...

salam sdri Idahan..

saya ada membaca luahan hati sdr ini melalui blog sdri..

harap bersabar..

ma kasih atas kunjungan sdri ini.

kelapa mawar said...

sdr pendekartua..

saya begitu menghargaikehadiran sdr dalm blog ini. saya begitu teruja membaca komen sdr..kesudian sdr menjeladskan pandangan sdr kepada kami dan terutama sdr sypatrcus amat saya hargai..

ma kasih sekali lagi

Z-MAY said...
This comment has been removed by the author.
Z-MAY said...

salam,

kita tak mahu pihak yg berkepentingan mengeruhkan lagi keadaan..!

MataRYT said...

salam sdr solymone...

terlebih dahulu,mr merasa sdikit kekeliruan di dlam hati samaa da harus memanggil apa pada sdr solymone...sdr...?atau kekanda?ataupun ayahnda..kerana untuk pngetahuan sdr solymone,mr mengenali Sdr solymone bukan hanya dalam dunia maya,tetapi d alm nyata..Umur sdr solymne lebh 'Otai' dari umur ayahnda sy sendiri,di dalam cyber pula sapa x knal sdr solymone..seorang blogger yang sentiasa dengan cadangan2 yang bernas dan mendidik....


pendek cerita saya ingin memberi jawapan kepada soalan sdr solymone...

tidak semua rakyat melindungi..tetapi kebanyakan rkyat sabah mmpunyai pemikiran yang tdk sama dgn ada pada pemikiran dgn org d sblah semenanjung...seperti ada tertinggal sedikit dengan arus perdana..mengambil contoh d kg2 d kb..ada sebilangan penduduk kg sendiri yang memebela nasib PATI ini..ada yang bagi tanah untuk dikerjakan,ada bg rumah..ini bukan kah sikap melindungi PATI?..ini kerana pemikiran yang masih mementingkan kepentingan sendiri..sedangkan kesan PATI terhadap sosial masyarakat itu adalah amat membimbangkan..melihat berita d TV,melihat kesan sosial yang di bawah oleh pendatang2 afrika...d mana masalah dadahnya..d mana masalah kurang ajarnya PATI afrika terhdap wanita2 kita..

bagi soalan sapa yang menghalang itu pula sdr slymne..jawapan mr pemikiran penduduk kita sendiri..
dan ini harus kita ubah untuk kepentingan bersam..

kenapa mr mengatakan kita sini lebh aman di dlm soal kalimah ALLAH..kerana pemkiran kita yang tdk mengambil serius hal2 sebegini...no body care..masyarakt d ngeri kita ini jenis yg tdk suka ambil peduli kain org lain..


asslm...

Ajin b. Gagah said...

Salam untuk sdra Mata Rakyat,

Thanks kerana ‘response’ kepada persoalan yang saya ajukan…solute. Entah sama ada benar sdra mengenali saya dalam dunia nyata atau pun tidak, saya pun kurang pasti.
Kerana disebalik nya, saya masih belum mengenali sdra…Walau macam mana pun, saya ucapkan selamat berkenalan dan 'welcome' dalam dunia cyber.

Now, untuk ulasan selanjut nya, saya ringkas kan komen saya pada hal-hal yang berpaut dengan kekeliruan sahaja.

Antara nya;
i) Untuk mengurangkan kekeliruan yang berlanjutan ( saperti penggunan sdra, kekanda, ayahanda atau pun nenek), saya syorkan untuk di panggil dengan gelaran Engineer (Engr.) Solymone atau Ir. Solymone ( status yang maseh lagi saya pegang kerana merit kelayakan dan kelulusan saya).

ii) Pada pendapat saya, dengan menggunakan jasa-kerja pendatang dengan izin bukan lah terlalu salah. Kerana dalam perundangan universal, sesiapa pun berhak dari segi undang-undang untuk ‘employ’ sesiapa saja; dengan syarat ‘documents’ pekerja tersebut diurus dengan berlunaskan persetujuan undang-undang… kalau tidak, lapur terus pada pehak yang berkuasa untuk tangkapan.

iii) Soal masaalah pendatang dari Afrika itu, lain lah cerita nya, kerana kita di Sabah ( terutama sekali di KB) setakat ini belum lagi mengelami impak nya.

However, saya setuju dengan pendapat sdra mengenai soal kalimah ‘Allah’ di Sabah tidak begitu cepat untuk mengundang kekecohan, kerana kita tidak terlalu sensitif atau “jenis yang tidak suka ambil peduli kain org lain”.

Semuga kalian dan sdra Mata Rakyat sukses selalu

JEBATSDK said...

salam semua...

KALAU SY LIHAT CARA-CARA BLOGGER KITA MELONTARKAN PENDAPAT DAN MENJAWAP HUJAN ....PINTAR2 BA ORG-ORG SABAH NI...

TAPI KNP SAMPAI SKRG KITA MASIH REDHA DIPERKOTAKKATIKAN OLEH PEMIMPIN2 KITA...TERUTAMA DLM HAL2 PEMBANGUNAN...

KITA NAMPAK SABAH MCM MEMBANGUN TAPI SEBENARNYA SABAH SUDAH TERLALU JAUH KETINGGALAN...JURANG PENDAPATAN MELUAS...KAUM2 PEMODAL SEMAKIN RAKUS MEMBAHAM HASIH BUMI SABAH..DISEBBKAN OLEH PEMIMPIN2 KITA MASIH MENJADI PENGAMPU DAN DICUCUK HIDUNG OLEH PEMIMPIN DR SEBERANG.

SY CADANGKAN KITA SEMUA GERAKKAN MINDA DAN TENAGA UTK MENYINGKIRKAN PEMIMPIN2 YG SUDAH TIDAK BISA MEMIMPIN DI ALAF INI...