Ketika Datuk seri Najib mengumandangkan slogan 1 Malaysia, Para penyokong PAS ,tersenyum lebar..kata mereka UMNO sudah jauh ketinggalan jika di banding dengan gagasan PAS. Umno bukan sahaja ketinggalan di belakang, tetapi turut terlepas dari mengikuti penerbangan politik di zaman internet ini. Para pengikut PAS begitu beriya-iya membenarkan tanggapan mereka ini. Apa tidaknya, kan PAS sudah duluan memperjuangkan 1 Malaysia, sejak PAS ‘dikeluarkan ‘ dari BN lagi, hatta mungkin sejak PAS menjadi parti serpihan UMNO..
Terngaga penyokong UMNO dan BN..masakan sampai begitu kelewatan UMNO merangka gagasan untuk rakyat Malaysia. Kan UMNO sudah ‘mentadbir’ Negara ini sejak merdeka. Apa dasar, maka PAS berkata yang demikian..? Luahan penyokong UMNO..
Penyokong PAS yang sudah ‘kemaruk’ kuasa politik untuk mentadbir Putrajaya bersama Pakatan Rakyat..memberikan alasan yang cukup Mudah tetapi logik pada ‘mantik’ dan politiknya. Kata mereka bukankah PAS itu sendiri membawa maksud “PARTI ISLAM SEMALAYSIA” ertinya membawa dasar bahawa parti itu adalah menyeluruh atas konsep agama Islam yang ingin ditegakkan. Bukankah gagasan 1 Malaysia itu lebih indah diterapkan atas keunggulan Islam sebagai agama rasmi di Negara ini. ?
Maka atas dasar agama juga, khabarnya penyokong UMNO ‘menentang’ penggunaan Kalimah “Allah” dalam penerbitan majalah sebuah gereja di Negara ini. Isu ini dimanipulasikan atas kepentingan politik adu domba yang cukup mencemaskan. Lalu berlaku beberapa insiden ‘bakar’ gereja sehingga kerajaan ‘cemas’ seketika. Menteri Dalam Negeri pula tetap dengan ‘tabiat’ lamanya ..” Saya tidak akan teragak-agak…..” Namun ‘agak-agak’ itu tidak kesampaian.
Berlaku lagi insiden membakar Surau di Johor beberapa hari yang lepas..benar-benar ingin menyemerakkan api sentiment agama yang mula berasap itu. Penyelesaiannya masih ditunggu..sehingga ada pandangan pula menyatakan kesemua insiden ini telah dirancang untuk mengagalkan slogan 1 Malaysia ciptaan UMNO.Sedangkan “1 Malaysia” yang diperjuangkan oleh PAS sejak dulu, malahan tidak dipertimbangkan..
Setiap kali muncul isu besar melibatkan hak rakyat maka akan ada isu lain yang menutupinya…isu kehilangan enjin pesawat telah ‘diredakan’ ekoran insiden ‘pembakaran’ geraja dan surau ini.Begitu juga isu kewajaran Kelantan memperolehi Royalti 5% dari Patronas yang digantikan dengan pemberian wang ehsan oleh UMno dan BN. Rakyat semakin gelisah, kerana selain daripada boleh mencetuskan ketegangan ia juga boleh menggugat keamanan negera berbilang kaum ini. Seharusnya isu ini dihentikan, supaya tidak akan berlarutan. Tragedi 13 Mei, mungkin akan berulang biarpun berlainan sebab dan akibatnya.
6 ulasan :
Salam sdri KM..
PAS bukanlah pelopor kepada gagasan 1 Malaysia,tetapi PAS adalah pelopor kepada penyelewengan fakta dan sejarah..
pada realitinya, pAS cuba untuk menidakkan keutuhan kerajaan BN, dan menganggap bahwa apa juga yang dirancang adalah tidak akan berjaya..
pemikiran yang begini akan menyebabkan segala gagasan kerajaan akan menemui kegagalan..
selama memerintah Kelantan , kita tidak pernah mendengar PAs menutarakan gagasan penyatuan seluruh bangsa seperti yg dilaksanakan oleh BN..
slm KM
ini adalah kali pertama sy berkunjung ke blog KM. izin kn sy untuk memberi komen dan pandangan.
pada hemat sy, gagasan 1malaysia sebenarnya hanya pada penduduk di bahagian semenanjung sana, tk sesuai kira nya 1malaysia di kaitan dgn sbh dan srwk. walau pn hakikat nya sbh dan srwk adalah di dlm malysia.
kerna apa sy katakn begitu, kerana sbh dan srwk adalah dua buah negeri yg aman dgn pelbagai suku kaum, di sbh sahaja 92 suku kaum, selama ini tdk timbul mslh perkauman yg seruios.
mgulas pdapat sdr pendekar tua, tdk pntg PAS @ BN yg mempelopor konsep 1 malaysia, yg menjadi persoalan adakah konsep 1malysia menjadi realiti?
mendapat sumber dari burung murai sy, isu kalimah Allah adalah agenda drpd kerajaan sendiri dgn bertujuan untk menyatupadukn umat islam di negara ini. kerna hanya islam sahaja umat islam bersatu. ketidak logikan juga isu ini di hakimi oleh sorg hakim berbangsa cina..logik ka?
ziarah lah ke blog murai.kb..TQ
salam KM,
saya hanya mampu senyum kambing sahaja bila membaca komen saudara pendekar tua yang sememangnya sangat berpengalaman dalam politik. jangan kita silap menilai sesuatu hanya kerana pegangan politik kita. bila disebut kelantan tidak pernah mengutarakan penyatuan bangsa saya tidak langsung tersinggung sebagai penyokong kuat PAS kerana kita tahu kehidupan bangsa lain aman dan sejahtera dibawah pimpinan tok guru membuktikan pemerintahan berteraskan agama dan bukan kebangsaan amat efektif. saya bersetuju dengan apa yang dikatakan blogger baru berkunjung murai KB. bila KM membuat posting yang amat sesuai dengan krisis semasa saya tertarik membawa rakan pembaca meneliti perjalanan kes dan artikel berkaitan dalam perlembagaan negara kita.
Secara ringkasnya fakta kes tersebut adalah pada 18 Mac 2009 pemohon iaitu Paderi Roman Katholik di Kuala Lumpur iaitu Murphy Pakiam telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) ke atas Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia kerana memutuskan melarang akhbar the Herald dari menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan edisi bahasa Malaysia akhbar itu.
Sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar Hakim Datuk Lau Bee Lan telah pada 30 Disember 2009 yang lalu telah memutuskan membenarkan saman Paderi Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan MDN yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar the Herald adalah keputusan yang tidak sah , terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Secara mudahnya bagi pihak Herald mereka merasakan bahawa sebagai pengganut Kristian di negara ini mereka berhak mengamalkan dan menyebarkan agama mereka ( to practice and propagate their religion ) seperti yang dijamin oleh Perkara 11 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan.Bagi pihak Herald meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjadikan Islam sebagai agama teras di dalam negara ini, Perkara 3 itu sendiri tidak menghalang pengganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni yang boleh ditafsirkan tanpa sebarang gangguan yang tidak munasabah dari mana-mana pihak Oleh yang demikian pihak Herald merasakan larangan menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar itu adalah bercanggah dengan Perkara 11 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.Di dalam pengajian Tauhid orang Islam diajar dengan Tauhid Rububiyyah di mana Tauhid ini membawa maksud mana-mana manusia meyakini Allah itu sebagai Rabb iaitu Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam ini. Tauhid Rububiyyah, tidak seperti Tauhid Uluhiyah, diyakini bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam.Perkara 11 ( 4 ) hanya melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang –orang Islam sahaja. Ini bermakna jika akhbar the Herald hanya tersebar kepada orang-orang Kristian sahaja ianya tidak bercanggah dengan Perkara 11 ( 4 ) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun saya berpendapat keputusan MDN melarang menggunakan kalimah Allah di dalam akhbar Herald masih boleh dipertahankan jika ianya , meskipun tidak salah di sisi Islam atau di bawah Perkara 11 ( 1 ) dan 11 ( 4 ), masih boleh dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana berpotensi untuk menjejaskan kenteraman awam ( public disorder ) dan keharmonian agama.Perkara 11 ( 5 ) melarang mana-mana amalan agama hatta kepada amalan agama orang Islam sendiri jika amalan tersebut boleh menjejaslan ketenteraman awam ( public disorder ).Hakim Lau Bee Lan menyatakan tiada sebarang bukti dikemukakan oleh pihak Kerajaan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah menjejaskan keselamatan negara. tidak lama selepas keputusan kes ini diumumkan kita mendengar gereja dan surau mula dibakar. jelas dan nyata disini pembakaran ini merupakan bukti kukuh bakal digunakan KDN untuk merayu kepada mahkamah. jadi sama-sama kita berfikir siapakah sebenarnya terdesak sehingga terpaksa membakar gereja dan surau demi membuktikan sesuatu.TAKBIR!!maaf terlampau panjang..ulasan sudah dipendekkan sedaya upaya...
Salam kembali Pendekartua..
ma kasih kerana kunjungan tuan,
walau bagaimanapun itu pandangan peribadi tuan mengenai tajuk ini..
saya menghargainya.
Salam Murai KB..
ma kasih kerana mengunjungi blog KM ini..saya merasaakan ada benarnya idea sdr bahawa 1 malaysia berkait dengan kepelbagaian masyarakat..
saya sudah mengunjungi blog sdr..saya teruja mengikutinya.
salam kembali sdr watasikadi..
ma kasih krn biarpun sibuk sdr masih sempat berkunjung di blog KM..dan penerangan sdr mengenai perkara ini membuktikan bahawa sdr begitu mengikuti perkara ini.
saya amat kagum dgn penerangan sdr yg begitu jelas dan teroperinci
ma kasih sekali lagi.
Post a Comment