Saturday, January 30, 2010


"....Alhamdulilah Tun, setelah usia saya 50 tahun, saya berpeluang berucap, Tun mendengar. Selama 22 tahun Tun berucap saya mendengar..."
Inilah antara sedutan ucapan YDP PERKASA SABAH ketika pelancaran Perkasa Selangor yang turut dihadari oleh TUN MAHATHIR.




Akhirnya seorang aktivis sosial, yang juga seorang blogger kelahiran Kota Belud, bekas presiden Imbang Penuhmahasiswa gabungan universiti-universiti seluruh semenanjung, seorang penulis nasional, penggiat politik juga mantan AJK USBO dan kini menjawat YDP PERKASA Sabah, SDR MUSLI OLI, begitu 'laris' apabila setiap kali penubuhan cawangan PERKASA di seluruh negara, SDR MUSLI berpeluang menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan.



Seperti yang dilaporkan oleh beberapa blog Pro- Perkasa, termasuk blog rasmi PERKASA SABAH, nyata SDR MUSLI begitu mendapat 'tempat' dikalangan aktivis sosial di negara ini. Selain daripada kerana begitu aktif dan mundar-mandir dalam majlis yang dianjurkan oleh PERKASA, SDR MUSLI juga dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa pemimpin politik termasuk Pegawai di JPM, yang juga seorang blogger Sang Kelembai.



Selain daripada itu, beliau juga mempunyai hubungan dan keakraban dengan mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Tun Said, yang pernah menjadi 'bos' nya ketika dalam USBO bersama-sama dengan Tan Sri Pandikar Amin, Datuk Shafie Afdal dan Datuk Amir Kahar.



Mengikut penerangan Sdr Musli, bahawa pada bula Mac nanti, PERKASA SABAH akan memulakan pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang. Kehadiran PERKASA di Sabah, mungkin sedikit sebanyak akan dapat membantu menyelesaikan pelbagai kemelut perundangan termasuk hak tanah, hak Jawatan dan selain daripada pelbagai isu mengenai adat dan istiadat suku-suku kaum di Sabah. Antara isu yang hangat sekarang ialah isu pappasan jalan raya Bypass ke atas penduduk kg. Labuan dan Wakap, yang dilaporkan sebagai tidak patut dan 'bermasalah'. Apakah tindakan PERKASA SABAH dalam perkara ini..?



Namun apa yang menjadi perhatian para blogger Kota Belud kepada YDP PERKASA SABAH ini ialah apabila SDR MUSLI dengan secara terbuka 'mengumumkan' akan bertanding pada PRU-13 akan datang dalam kawasan Parlimen Kota Belud. Jika yang demikian, maka SDR MUSLI secara terang dan bersuluh menyatakan keberanian sama ada akan menentang penyandang sedia ada Datuk Rahman Dahlan, ataupun terpaksa menentang Datuk salleh Tun Said itupun jika 'penasihat sains kepada CM" ini dicalonkan semula di Parlimen Kota Belud.



Apakah 'kelarisan' YDP PERKASA SABAH ini di Semenanjung akan 'melariskan' beliau di daerah Kota Belud, daerah kelahirannya..? Apakah SDR MUSLI menjadi 'alternatif' pemimpin politik kepada masyarakat di daerah Kota Belud? Apakah pemimpin NGO mampu menjadi pemimpin politik..?



Apapun persoalan yang bakal dilontarkan, jika dalam dunia perniagaan barangan atau perkhidmatan yang 'laris' akan menghadapi persaingan dari pengusaha dan pengeluar...Maka apakah juga 'larisnya" SDR MUSLI ini akan menyaksikan pesaing politiknya mula mengatur strategi..?



Sesungguhnya penerimaan masyarakat Kota Belud keatas seseorang pemimpin, bukan sahaja disebabkan oleh faktor 'kelarisan' tetapi juga kualiti dan daya kepimpinan yang dimiliki. Sama ada SDR MUSLI akan menjadi "YDP" masyarakat Kota Belud dalam PRU 13 akan datang, atau sebaliknya. Sama -sama kita tunggu.

6 ulasan :

Unknown said...

terima kasih posting kelapa mawar kali ini.

saya dijemput berucap dari Baling Kedah hingga semua pelancaran PERKASA kerana banyak yang rakyat semenanjung tidak tahu tentang perjuangan politik rakyat Sabah.

Sebagai contoh ucapan semalam di selangor, saya memberitahu tun mahathir bahawa Dasar Penggiliran KM Sabah yg pernah diamalkan telah menyampaikan mesej jelas bahawa UMNO tidak tammak kuasa walaupun sebenarnya tidak perlu penggiliran KM.

Saya bandingkan dengan negeri-negeri pemerintahan pembangkang di semenanjung yg longgar perkongsian kuasanya terutama di Pulau Pinang.

Isu politik perbandingan ini yg orang semenanjung jarang dengar.

mengenai jadi calon itu adalah kerana menyahut cabaran seorang blogger siti frhana wee abdullah. mulanya sokong selepas itu kutuk saya, ssk dan TSP.

Saya ingin menguji masih kah dia sokong saya kalau bertanding atas tikit BEBAS.

Namun jika sekalipun saya bertanding itu adalah hak saya yg termaktub dalam perlembagaan sebagai rakyat Malaysia.

Kota Belud bukan milik DARD walaupun dia MP sekarang. mungkin dia tidak akan terpilih lagi. Bukan juga milik SSK.Jika saya rasakan rakyat perlu perubahan kepimpinan maka tidak salah saya menjadi calon!?

Jika ini berlaku saya tidak akan menjebakkan PERKASA yang ternyata pro-UMNO. Saya akan mengundur diri jika ada niat begitu!

Saya sedar kenyataan saya akan mengundang berbagai reaksi. Positif dan negatif! sebagai orang politik, saya sedia menerima apa juga komen.

dalam blog azrone, siti farhana dan lamakdiki: berbagai komen negatif mengenai saya dan keturunan saya. Saya dikatakan menipu dan mengambil duit kontraktor KB. Namun itulah adalah asam garam politik. saya kena tabah.

saya bersedia anakanda Kelapa Mawar. Jika ada program Perkasa di Kota Belud, saya akan jemput KM sebagai panel dan penceramah. Bercakap depan penonton bukannya mudah. apa lagi jika audience adalah Menteri Besar dan bekas perdana menteri.

salam MO

Pendekar Tua said...

salam KM..

lama saya tidak mengunjungi blog ini kerana saya sibuk menurunkan ilmu kependekaran kepada anak-anak muda yang masih menghargai pendekartua ini..

Ramai pemimpin yang pernah laris macam Tun Mustapha, Tun Fuad Stepehens, dan ramai lagi..tetapi mereka laris kerana memperjuangkan nasib dan kepentingan masyarakat atau suku mereka.

Apakah jaminan bahawa pemimpin yang laris boleh berbuat demikian?

saya banyak mengenali para pemimpin dalam dan luar negara..mereka laris sekejap saja..kerana biasanya pengguna akan mencari jenama lama yang suatu masa pernah laris dan menepati citarasa mereka.

Salam
PT

Unknown said...

mengenai Kudat By Pass, PERKASA Sabah komited memberi perkhidmatan guaman percuma kepada Lantas, sebuah badan bertindak tidak rasmi mereka.

saya hanya berharap isu jgn disensasikan. dan jgn emosi sangat sehingga post dalam facebook mengatakan "keruak" perosak padi. Keruak itu adalah atok kepada SSK dan saya juga. ramai keluarga ssk tidak senang dengan posting sedemikian.

Kita fokus kepada isu pampasan tanah dan isu bagaimana membaiki saliran supaya elak banjir. jgn sampai isu keluarga di ungkit dan dibabitkan.

salam MO

Pak Cik Amin said...

KM..

saya bangga dengan YDP Perkasa sabah ini, kerana menawarkan perkhidmatan menyelesaikan isu pampasan tanah projek Bypass KB-Kudat..

Inilah langkah matang yang seharusnya diperjuangkan oleh rakyat Labuan Dan Wakap..iaitu secara sah dan menepati undang-undang..

kami di Tawadakan ini begitu bersimpati dengan nasib masyarakat kg Labuan dan Wakap...kami menyokong sepenuhnya supaya segala permasalahan rakyat akibat pembangunan yang dilaksanakan dapat diselesaikan secara aman dan mengikut lunas undang-undang sedia ada.

Syabbas ! anakanda Musli..

kelapa mawar said...

Salam Ayahanda Musli Oli..

Ma kasih juga kerana 'membenarkan' saya menulis mengenai aktiviti sdr berkaitan dengan Perkasa..

Secara peribadi kami blogger di Kb rasa bangga dengan pencapaian sdr sebagai rakan blogger KB yang begitu menonjol dalam NGO politik yg sdr sertai..tahniah sekali lagi..

response sdr mengenai isu Bypass KB-Kudat itu saya turut menghargainya.Semoga segalanya akan mendatangkan penyelesaian yang memuaskan hati masyarakat yg terlibat.

Mohd Amini said...

Salam KM.Saya secara peribadi meminati tulisan-tulisan saudara Musli ketika mengulas isu-isu politik di akhbar Watan dengan nama samaran Khalid Al Walid.Buku-buku politiknya yang diterbit saya ikuti dan banyak illmu boleh ditimba dari hasil karyanya itu .Semasa saudara Musli berura-ura mencalonkan diri Ketua Bahagian UMNO menentang Datuk Salleh saya turut menyumbangkan tenaga untuk membantunya berkempen.Tapi saya kecewa kerana saudara Musli menarik diri sebagai calon disaat-saat akhir.

Semoga kali ini saudara Musli benar-benar kometed dengan perjuangan politiknya.Saya lihat perjuangannya dalam Perkasa amat menyakinkan. Rakyat Kota Belud mungkin boleh berbanga dengan YDP Perkasa sabah ini jika berjaya meleraikan isu-isu panas di KB sekarang ini.