Thursday, January 28, 2010



Sedari awal lagi, keputusan Datuk Salleh, Tan Sri Pandikar dan Datuk Amir Kahar, mengikat naluri politik mereka atas wadah perjuangan NGO, iaitu USBO begitu mencurigakan kebanyakkan penganalisis politik tanah air. Bukan kerana disebabkan oleh kebangkitan 3 pemimpin berpengaruh ini, tetapi kerana nyata perjuangan itu tidak akan kemana justeru diasaskan oleh pegangan politik yang sangat tipis percaturannya. USBO dan logonya dijaja dipelusuk tempat, sebagai wacana kepada pegangan politik rumpun majority.



Apabila bulan USBO mula purnama, maka ramai juga yang menjangkakan bahawa pemimpin NGO ini akan memperolehi bulan tatkala jatuh ke riba. Pertubuhan USBO menjadi landasan kepada kebenaran ini. TSP yang dilantik sebagai Speaker DR bukanlah atas factor keahliannya dalam USBO sebagai Tim. Presiden, kata mereka, tetapi kerana budi dan pertimbangannya yang begitu tinggi merealisasikan penyatuan UMNO Sabah, sekalipun ‘,membunuh’ ibu pertiwinya AKAR bersatu.



Hanya yang ‘gerhana’ dalam bacaan ritual politik Sabah ialah Datuk Salleh Tun said dan Datuk Amir Kahar, yang juga pemimpin sandaran USBO. “kegerhanaannya” mereka ini begitu menguris hati penyokongnya..kerana itu apabila DSSK dilantik sebagai ‘tuan penasihat 25 percen” yang diistilahkan oleh kebanyakkan penganlisis politik laksana Filem 3 Abdul arahan Tan Sri P. Ramlee, maka para penyokongnya bertempik gembira…hinggakan dikhabarkan bahawa laungan “hidup Datuk salleh” begitu bergemuruh sekali. Kata mereka DSSK akan kembali dalam politik dan kerajaan atas sebab bahawa roda politik yang berputar akan berhenti tatkala DSSK menjadi CM.



Ketangkasan, dan kehebatan DSSK dalam politik tidak ada tolok bandingnya, walaupun nasib rakyat yang pernah diwakilinya tidak terbela. Tetapi kerana taksub yang keterlaluan, maka kewajaran sumbangan DSSK kepada rakyat Usukan dan rakyat Kota Belud, tidak diendahkan. Biarlah Kota Belud menjadi daerah termiskin, biarlah daerah tanah tumpah UMNO ini, masih berhabuk jalan rayanya, biarlah masih ramai lagi yang tidak menikmati bekalan elektrik, bergelap gulita dengan lampu minyak tanah, biarlah bawah kolong rumah mereka berbocoran lantai dan atap rumbianya. Biarlah rakyat Kota Belud menderita dengan penyakit batu karang dan pundi kencing yang teruk lantaran terpaksa meminum air tidak terawat..biarkan ! biarkan! Dan biarkanlah Si luncai terjun dengan labu-labunya.



Maka yang ketingallan dan masih gerhana ialah Datuk Amir Kahar, yang disifatkan sebagai ‘singa berantai’ dalam politik Sabah. Ada juga orang USBO yang mengutarakan lewat beberapa perbincangan tidak formal bahawa selepas ini Datuk Amir Kahar pula akan menyusul mendapat tempat dekat dengan CM.Sama ada akan dilantik seperti DSSK ataupun tidak masih ditunggu. Seolah-olah gambaran bahawa semua pemimpin USBO yang pernah digugurkan itu adalah berdarah pemimpin dan pembela rakyat yang menyaksikan kawasan mereka ketika menjadi wakil rakyat telah mencatat pembangunan dan pencapaian yang cukup tinggi dalam pengurangan bilangan rakyat termiskin.



Sedangkan di sebalik kegembiraan itu, ada rumpun USBO yang masih harus dibela. Beberapa siri bencana alam dan kebakaran yang berlaku di daerah kuat USBO ini, justeru pemimpin mereka tidak kelihatan. Kebakaran dan banjir besar melanda kota Belud, belum ada yang sanggup turun atas factor rumpun sebangsa USBO, bairpun ketika berucap dalam perhimpunan NGO di ibu kota memperkatakan bagaimana harus Rumpun ini dibela dan diperjuangkan.



Adalah menghairankan bagaimana ahli UMNO KB begitu terpesona sehingga memberikan tempat buat pemimpin yang tidak mempedulikan kesusahan dan kegusaran rakyat bawahan yang ditimpa malapetaka di bawah kawal sedar mereka. Mungkin dalam USBO ada pejuang yang boleh dikedepankan…dan mungkin juga ramai petualang yang boleh dinyahkan, demi rumpun, demi bangsa dan demi ummah. Bangkitlah!.

10 ulasan :

Katakamu said...

KELAPA MAWAR..

Apakah beza antara pemimpin yg membawa pembangunan di kwsn rumpun bangsanya iaitu berupa jalan raya tetapi kemudia diekspolitasi oleh sesetengah pihak kononnya, kesan negatif kepada pembinaan jalan raya itu adalah rancangan pemimpin tersebut supaya bangsanya turut mundur..?

Mana satu pejuang dan mana satu petualang..? Sama ada pemimpin yg berhempas pulas menjayakan pembangunan itu, atau rakyat yang memperjuangkan sekelompok masyarakat yang tidak berpuas hati?

Apakah kesan pembinaan jalanraya itu hanya dirasai oleh kemlompok berkenaan? atau kesan baik yang dialami lebih banyak kepada rumpun bangsa yang sama ?

Bersedialah kita untuk memikirkan perkara ini..

KERBAU BERHIAS said...

Salam Perkenalan Sdri Kelapa Mawar..

saya jadi agak hairan apabila pemimpin USBO membawa pembangunan di KB, itupun jadi satu kesalahan kerana tidak mempedulikan nasib rakyat ..?

ketika DSSK menjadi CM, dia bina jalan raya KB-Tuaran, adakan sekolah agama berasrama penuh, ...dan mcm2 lagi..tapi tidak pernah dibanggakan..

ketika mencadangkan jalanraya Bypoass KB-Kudat..ada blogger yg berjuang konok, utk rakyat kgnya..konon di tindas kerana tidak dapat tanam padi...

waktu jln raya Bypass KB- Ranau..ada juga rakyat yg diambil kebun getah mrk...tidak juga bising2.

kalau hanya segelintir saja..usah ribut2..

bawalah kes ini ke mahkamah..

anri said...

Salam...
Nah...soalnya bukan siapa berubah atau yang mengubah
Berjaya untuk diri sendiri bukan bermakna ada perubahan
Kejayaan membawa nama bangsa itulah kejayaan sebenar.

Sahabat2 ku...
Soal rasa ingin berjuang untuk bangsa telah tiada
Bersaing untuk menjadi no.1 sangat mudah tercipta.

Lihatlah pemimpin kita...
Bergaya naik kereta proton saga
Lupa gaya naik kuda.

Saudara2 ku...
Kita masih begini
Berubah ala kadar sahaja
Di kg masih jalan berdebu ketika panas, berlupak setelah hujan
Di kg masih berbakti lampu minyak tanah, masih minum air perigi buta.

Kepercayaan kepada pemimpin untuk memimpin sudah lama pudar
Menabur janji musim mengundi
Mungkir janji sesudah duduk di kerusi

sengaja berhujah

Murai.KB said...

slm

skali sy tertarik dgn isu ini..

pejuang sejati adalah KM, membela rakyat dalam situasi halus dan berhemah..

petualang pula adalah wang, duit, money..atau dlm bahsa bajau/iranun sen..kerna itu adalah hakikat nya.

Datu pitung said...

salam sdri KM

rasa nya lama benar sy tdk berkunjung ke blog sdri ini..waaa nampak nya cntik banar blog sdri skrg ini, tahniah..

siapa pejuang dan siapa petualang sgt mengamit memori politic plan ketiga tiga pemimpin yang sdri katakan ini..

siapa pejuang dan petualang buat masa ini belum ada yang menjadi pejuang bangsa, TPA membubar AKAR, di sbb itu juga politik iranun luput dan terus berharap kpd nya..kini usbo tertubuh tp menjadi isu..

apa pun usbo adalah persatuan NGO yg membela rakyat kb walupaun sampai skrg tda pembelaan yang di lakukan..

skdr pandagan...

kelapa mawar said...

salam Katakamu..

ma kasih kerana memberikan pandangan mengenai hal ini. Satu perjuangan yang harus disertakan dengan tindakan yangnrasional suopaya kesan dan penyelesaiannya lebih banyak mendatangkan kebaikan kepada semua orang..

kelapa mawar said...

KERBAU BERHIAS..

Setahu saya ada yg ada ialah KUDA BERHIAS..tapi kini KERBAU BERHIAS LAH pula..

tapi tak apalah..ma kasihlah kerana memberikan pandangan dan berkunjung di blgo KM ini..salam perkenalan juga buat sdr..

Setiap pembangunan ada kesan sama ada baik atau tidak..apa yang penting ialah penerimaan kita..

kelapa mawar said...

sdr Anri..salam buat sdr..

saya masih tertanya-tanya siapa sdr sebenarnya keran disetiap hujah dan pandanagn sdr..paparkan perkataan "sekadar berhujah"..

saya hargai pandangan sdr yang penuh tersirat itu...

semoga sdr terus sukses.

kelapa mawar said...

Sdr Murai KB..

ma kasih kerana sekali lagi mengunjungi blog KM...saya turut follow blog sdr juga..

teruskan memaparkan isu-isu semasa di KB..

semoga sdr terus menulis..

kelapa mawar said...

sdr Datu Pitung..

memang benar lama sudah sdr tidak mengunjungi blog KM ini..

ma kasih kerana dengan pujian itu..saya baru belajar memperbaiki templet blog saya ni..

kalau ada cadangan bolehlah sdr emailkan kepada saya..

semoga sdr terus sukses.