Monday, February 1, 2010

Imbang PenuhPenjaja di tepi jalan raya Bypass KB-Kudat ini turut diminta merobohkan gerai sementara mereka.

"Mempolitikkan". Perkataan yang selalunya dikeluarkan apabila sesuatu cerita atau isu ditimbang, dilihat dan dikupas dari sudut politik, yakni melibatkan kuasa,pengaruh, dan pemimpin serta rakyat, termasuk juga menyinggah aspek keberuntungan dan impak isu atau cerita itu kepada golongan yang terlibat. Ini sekaligus membawa andaian bahawa, sesuatu isu yang dipolitikkan akan mengundang pelbagai spekulasi dan tanggapan berdasarkan kroniknya isu itu dan hubungannya dengan oreang politik.

Begitu nyata sukarnya isu Jalan Raya Bypass Kota Belud-Kudat yang 'dipolitikkan' atas dasar kerana diusahakan oleh seorang pemimpin politik. Khabarnya mantan CM iaitu Datuk salleh Tun said. Walaupun pada asasnya dan pada prinsip pembangunan, bahawa setiap perubahan itu menuntut pengorbanan, dan setiap pembangunan itu mempunyai kesan baik dan buruknya..namun adalah lebih baik jika kesan buruk itu dapat diminimumkan sebolehnya.

Ketika Pembinaan Jalan Raya ini,matlamatnya antara lain ialah untuk mengurangkan kesesakan yang berlaku di daerah Kota Belud. Dengan andaian bahawa kesesakan itu disumbangkan oleh kereta dari luar yang melintasi daerah Kota Belud untuk menuju ke daerah Kota Marudu dan Kudat. Biarpun pada awalnya juga, para pemimpin di Kota Belud juga merasakan bahawa kesesakan itu juga disumbangkan oleh kereta orang kota belud sendiri.

Maka seperti yang diwar-warkan pembinaan Jalan raya ini bukan sahaja, memendekkan perjalanan ke Kudat dan sekitarnya dan juga dikatakan bisa melonjakkan ekonomi dan status daerah kota belud sebagai daerah pelancongan, namun itu tidak sangat membenarkan kenyataannya apabila Jalan raya ini terlaksana siapnya pembinaan sekitar 2004 lagi.

Rakyat dan masyarakat di Kota Belud, melihat projek ini sebagai 'gajah putih' yang tersasar tujuan pembinaannya. "gajah Putih" atas prinsip kerana gagal memberikan kesan baik dan lumayan kepada masyarakat yang terlibat.

Malahan jika kita melaluinya jelas bermula dari kg Sembirai, kita akan melihat bagaimana, bendang-bendang sawah padi suatu ketika yang menguning, kelihatan kontang dan terbiar sehingga ke jalan raya menuju kg Labuan, Wakap dan Jawi-Jawi. Maka ada benarnya projek ini 'memusnahkan' mata pencarian masyarakat, walaupun itu mungkin pengorbanan yang harus dilakukan ke atas sesuatu pembangunan.

Namun apa yang agak mendukacitakan kita ialah apabila, dilaporkan bahawa, ramai masyarakat sekitar Kg Sembirai, Labuan dan wakap yang tidak mendapat pampasan sewajarnya ke atas pengambilan tanah untuk pembinaan jalan raya kontrovesi ini. Peranan orang tengah dan kontraktor yang mengaut keuntungan berlebihan dengan memberikan pampasan yang sedikit juga dipertikaikan. malahan ada juga yang mempertikaikan kualiti pembinaannya yang tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

Maka atas ketidakpuasan hati ini, projek itu menjadi isu politik yang paling panas, melebihi kepanasan isu politik kesukuan di KB. Ia bukan sahaja dikaitkan dengan kredibiliti Datuk salleh Tun Said yang pada waktu itu mengusahakan projek ini sehingga berjaya dilaksanakan, tetapi juga ia melibatkan kepercayaan masyarakat yang terlibat ke atas mantan Ketua Menteri itu, apabila dikatakan 'enggan' berkompromi menyelesaikan permasalahan ini. Rintihan masyarakat Kg Labuan dan Wakap dilaporkan sebagai tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pemimpin di daerah ini.

Lantas dengan fenomen ini, terfikir pada benak kita, apakah ahli Parlimen kota Belud sekarang Datuk Rahman Dahlan juga tidak mengambil tahu akan perkara ini..? Apakah kerana takut terpalit atau kerana merasa itu bukan masalah yang tercetus pada era beliau menjadi ahli Parlimen di daerah ini,kerana itu perkara ini tidak ada dalam dairi penyelesaiannya..?

Begitu juga dengan ahli dewan Undangan Usukan, datuk Japlin Akim, bukankah itu termasuk dalam DUN IUSUKAN..? bagaimanakah tindakan Datuk Japlin 'mencampuri' dan menyelesaikan permasalahan rakyat yang mengundi beliau ?

Datuk Musbah Hj.Jamli yang dilihat selalu turun padang juga sewajarnya mengusahakan jalan penyelesaian dengan tidak membiarkan isu ini 'menikam ' UMNO dari belakang..?

Adalah agak menghairankan kita, bahawa orang luar sekalipun turut memperkatakan, perihal pemimpin politik Di Kota Belud, yang dilihat tidak bersepakat dan tidak mempedulikan nasib rakyat kg Labuan dan Wakap. Permusuhan politik dan juga pertelingkahan kecil yang berlaku antara pemimpin di Kota Belud, telah menjadikan 'rakyat'; menjadi sasaran penderitaan.

Apakah mereka kesemua ini sudah tidak mampu menyelesaikan isu pampasan ini, sehingga PERKASA SABAH mula menaruh 'minat' untuk mencari tingkah dan langkah penyelesaian..?
Sekali lagi mohon agar adanya 'campurtangan' dari YB supaya isu ini tidak terus dipolitikkan.

14 ulasan :

PIPIT PEKEPA' said...

ini ULASAN KM pada KOMEN Sembiraiku. KM sendiri nilainya bertama suku bangsa diperkecil..

ULASAN KELAPA MAWAR.
Saya katakan melulu, kerana di kalangan orang Iranun ada yang berbuat demikian. Mentaliti mrk sukar berubah..sebab itu biarpun ada pemimpin yg 'gagal' menyumbang kp peningktan taraf hidup mrk, namun mrk tetap sokong. Ini bukan sahaja berlaku pada masyarakat Iranun, malahan juga pada masyarakat Dusun dan Bajau.,.hatta org melayu juga ada yg demikian.

DARI:
http://sembiraiku.blogspot.com
Apa pula pandangan Sembiraiku?

KERBAU BERHIAS said...

Adinda KM..

Isu ini bukan sahaja menjadi duri dlm daging UMNO KB, bahkan telah menjejaskan kebertanggungjawaban pemimpin terhadap rakyat.

Sehinnga isu ini turut diperbincngkan dlm laman sosial facebook..

peranan DARD, DJA dan DHMJ juga turut ditagih dlm menyelesaikan perkara ini.

Pak Cik Amin said...

keluhan masyarakat Labuan dan Wakap terjadi kerana tidak ada yg membela mereka. Kalau ada pun hanya setakat di dada-dada akhbar ..

nasihat perundangan perlu diberikan kepada penduduk ini supaya ,mereka dapat mengetahui hala tuju pejuangan mereka seterusnya. Hak harus dikembalikan kepada yang empunya.

jangalan dipolitikkan..pemimpin politik perlu mengambil langkah menyekesaikan keadaan ini.

JEBATSDK said...

inila yang katakan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"...."juara rakyat"....

lawak-lawak..hahahahaha

rojokobog said...

Salam KM,
Isu ini ibarat nasi sudah menjadi bubur, siapa orang yang akan dan sedang mempolitikkan isu Bypass KB-Kudat ini, adakah dia bergelar Tan Sri, Datuk,dll..kalau sekadar org biasa yg mengembar-gemburkan di dlm blog-blog tertentu, mempertahankan sawah padi yang telah menjadi jalan raya, saya rasa tidak sampai kemana mereka memperjuangkannya, adakah mereka org politik, berpengaruh, pernah menjadi pemimpin yang disegani, masyarakat dengar cakap mereka, kalau jalan Bypass ini disekat pembikinannya dari awal lagi ini adalah jalan yang sebaik-baiknya tanpa menjejaskan mana-mana pihak, tapi sekarang apa dah jadi, semuanya telah terjadi dan tak mungkin jalanraya akan jadi sawah padi semula..tapi kalau mereka hendak meneruskan perjuangan tersebut, terserah tidak ada yang melarang dan tidak ada yang menyuruh, penat nanti berhenti lah mereka...walawalambisawab!!

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar dan kalian,

Artikel yang berupa persoalan “JALAN RAYA BYPASS KOTA BELUD-KUDAT ,WAJARKAH DIPOLITIKKAN ? ada lah sangat bertepatan dan releven untuk di ketengahkan.

Namun sebelum saya memberi komen ini , saya telah terlebih dehulu membuat kajian ringkas dengan bertanya kepada beberapa orang ahli politik tempatan KB, sama ada isu ini akan memain kan peranaan besar dalam arena politik KB.
Terutama sekali impak akibat permasaalahan tersebut terhadap perubahan kerajaan selepas PRU13.

Apa yang saya dapat, cuma lebih kurang 10 % sahaja yang merasakan ia nya mempunyai kesan besar kepada para penggundi disana. Kerana kebanyakan mereka lebih tertarik dengan isu politik yang banyak berhubung kait nya dengan peranaan dan strategi kerajaan dalam membangunkan daerah tersebut kearah masa depan.
Disamping itu, mereka lebih mementingkan juga kebolihan pemimpin-pemimpin parti yang sedia ada; dalam usaha mereka untuk menangani gejala kemiskinan dan pengangguran.

Dalam pada itu, mereka juga memahami pro dan contra nya akibat pembinaan jalan raya tersebut. Namun kata mereka perkara saperti ini ada lah ‘irreversible’( tidak dapat di kembalikan kepada asal). Kecuali hal-hal yang berkaitan dengan masaalah tegar, ia itu pengurusan pampasan yang bersesuaian.

So sama ada wajar atau pun tidak di politik kan isu ini terpulang lah kepada bloggers kalian.

Semuga kalian sukses

watasikadi said...

salam KM,
dari sudut pandang politik, sememangnya haruslah iya dipolitikkan oleh pihak pembangkang namun sebenarnya dipolitikkan ataupun tidak satu penyelesaian konkrit seharusnya menjadi solusi permasalahan kudat bypass ini. UMNO turut berpeluang menyelesaikannya melalui JUARA RAKYAT mereka jika tidak mahu program itu terus dikutuk dan diperlekehkan.tidak guna pakai topi juara rakyat berlambangkan satu malaysia lagi namun gagal menyelesaikan perkara menyusahkan rakyat. bersetuju dengan uncle solymone kita, pengangguran bakal mendapat tempat dihati pengundi muda terutama graduan mengganggur serta pekerja kontrak seperti kami ini. sekarang tidak dapatlah saya mengulas panjang2 kerana kita semua sedang dipantau SKMM. so pssstttt!!hahahaha

Unknown said...

anakanda Kelapa Mawar,

saya tidak sangka usaha saya mencari jalan tengah menangani isu Kudat By Pass menjadi masalah besar kepada saya berikutan serangan2 peribadi Azrone dan suku sakatnya ke atas saya.

Namun saya akan teruskan juga dengan bertemu orang kampung yg terlibat mulai minggu depan. Modus Operandi Azrone dan kawan-kawannya sekarang ialah serang siapa sahaja berusaha cari penyelesaian isu ini.

Sekarang bukan sahaja SSK jadi sasaran. Keluarganya. Parti UMNO. BN.

sdra azrone menurut seorang rakan Facebook harus membawa karam singh walia ke KB jika benar Kudat By Pass membawa mudarat kepada rakyat tempatan.

saya diserang kerana mau jadi orang tengah. blogger Idahan juga di serang!

Salam MO

kelapa mawar said...

Pipit Pekepa..

ma kasih kerana memberikan ulasan.

kelapa mawar said...

Kerbau berhias..

ma kasih kerana turut serta memberikan pandangan. Saya menghargainya.Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik

kelapa mawar said...

Pak cik Amin..

Saya setuju supaya isu ini diselesaikan atas lunas-lunas undang-undang sedia ada.

kelapa mawar said...

Jebatsdk..

ma kasih kerana singgah memberikan pandangan. Biarpun pendek dan ringkas tetapi saya tetap menghargainya

kelapa mawar said...

Sdr Rojokbog..

saya faham apa yg sdr katakan itu..dansaya akui bahawa pembinaan jalan raya ini sudah pun dilakasanakan..dan sukar utk dikembalikan seperti asalnya..

namun masalah yang ditinggalkan telah menyebabakan banyak pihak yakni org kampung yg tidak berpuas hati..

eloklah diselesaikan dengan cara yang baik.

BELUM PENDEKAR said...

Salam KM,

1. Saya bersimpati dgn sdra MO kerana menjadi mangsa serangan pihak-pihak yang kononnya memperjuangkan nasib penduduk di kedua-dua kampung tersebut. Sekarang nyatalah kepada kita semua bahawa sebenarnya mereka ini tidaklah berjuang untuk kepentingan rakyat sebaliknya atas agenda tersendiri. Masakan tidak, andai benar mereka ikhlas berjuang untuk rakyat kampung ini, mereka sepatutnya menyokong perjuangan MO dan turut menghulurkan bantuan sebaik mungkin. Bukannya menghentam.

2. Saudara MO, teruskan perjuangan mu. Setakat dua tiga kerat yang tidak ikhlas ini, pada saya tidak akan memberi kesan apa-apa. Percayalah, ramai lagi yang menyokong saudara.