Thursday, February 11, 2010


Antara kelebihan DSAI yang dilihat sebagai kelemahannya ialah sikap tidak berputus asa dalam perjuangan politiknya. Sentiasa tekun dan bersungguh-sungguh merealisasikan harapan dan cita-citanya untuk menjadi PM, biarpun dengan cara apa sekalipun. "Kelebihan" ini tidak ada pada mantan timbalan Perdana menteri yang lain, termasuk Tun Musa Hitam dan Tun Ghaffar Baba. Kedua-dua tokoh penting ini telah menerima hakikat politik mereka setakat itu. Sebaliknya setelah tidak berada dalam kerajaan, peranan dalam parti dan negara tetap diteruskan.

Berlain benar dengan DSAI ini, sejak mengambil keputusan menerima 'sabda Umno' sebagai landasan perjuangannya beberapa dekad yang lampau, DSAI terus tidak menoleh kebelakang walaupun menerima kritikan dari pemimpin PAS dan DAP . Malahan langkah politiknya terus dicatur dengan rapi sehinggalah menduduki kerusi timbalan Perdana Menteri. Tetapi kerana perhitungannya yang begitu cepat dan ketiadaan kompromi politik dalam parti, akhirnya, DSAI mula dibenci dan ramai yang sudah meramalkan apakah agaknya nasib dan keadaan Malaysia apabila DSAI menaiki tangga PM. Namun bayangan kesangsian itu terpaksa dipendam apabila memikirkan bahawa DSAI adalah 'anak emas' Dr. Mahathir pada waktu itu.

Langit tidak selalu cerah, akhirnya tanpa diduga pada tahun 1998, DSAI telah menggemparkan dunai politik di Malaysia, apabila beliau telah dipecat dari parti dan kerajaan. Kesempatan ini dipergunakan oleh DSAI untuk menanam rasa benci rakyat kepada UMNO dan Kerajaan. Melalui slogan 'reformasi' saban hari ribuan anak-anak muda membanjiri jalan raya dan masjid negara untuk melakukan demontrasi menggesa Dr Mahathir meletakkan Jawatan. selain beberapa kes rasuah dan ketelusan diungkit sehingga lahir perkataan 'konspirasi'.

Tuduhan liwat dan salahguna kuasa kepada DSAI, amat mengelirukan rakyat, kerana pada waktu itu, rakyat disajikan dengan gambaran bahawa rasuah begitu parah dalam kerajaan dan UMNO. Segelintir anak muda terpengaruh, dan terus mengangkat DSAI sebagai 'wira' Melayu dan pejuang demokrasi tulen.

Pemenjaraan DSAI nyata bukan dijadikan sebagai pengajaran untuk mendidik jiwanya dengan melihat kesilapan masa lampau, sebaliknya menjadi penguat kepada para pengikutnya. PKR terus 'hidup' di bawah Datin seri Wan Azizah. Tanpa di duga, 'keluarga'DSAI telah dijadikan sebagai keluarga pejuang dalam PKR.

PRU 12 yang lepas benar-benar membuktikan bahawa kehadiran DSAI dalam persada politik pembangkang amat-amat dinantikan. Walaupun pelbagai faktor menjadi kepada kemenangan PR di beberapa buah negeri, namun tidak dapat di tolak bahawa peranan DSAI adalah antara faktor kepada kejayaan itu.

Cita-cita untuk menguasai Putrajaya, dicanang dengan pelbagai tarikh keramat seperti 16 September dan sebagainya. Namun semua hanya retorik politik yang semakin dilupakan. Apakah kita tidak pernah terfikir bahawa DSAI begitu bersungguh-sungguh untuk menumbangkan kerajaan BN..

Dan kalau DSAI lantas menjadi PM..Apakah yang akan berlaku ? Apakah nasib rakyat dan negera ini ? Kepada anda saya serahkan jawapan itu..

4 ulasan :

Unknown said...

salam KM,

sebelum DSAI menyertai UMNO pada 1982, anwar begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS terutama Allahyarham Datuk Haji Fadzil Nor, bekas presiden parti itu. Tiada siapa pun dapat meramal anwar akan menyertai UMNO dan menjadi sekutu Tun Dr Mahathir.

Dalam analisis buku-buku saya (2004: Malaysia Berpecah terbit 2000 dan Pemimpin Orde Baru terbit 2004) saya menghujah bahawa Anwar disunting Dr Mahathir, kerana kebolehan semulajadi Anwar utk perencanaan dan kelangsungan "politik" Dr Mahathir.

Pada ketika itu dua tokoh UMNO yg setanding dan kemudiannya menjadi saingan utama Dr Mahathir, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Walaupun kedua tokoh ini bersaing jawatan timbalan presiden UMNO (1981 dan 1984) tetapi akhirnya mereka bergabung menjadi team B dan menetang Dr Mahathir (team A) pada pemilihan 1987. Tengku Razaliegh calon Presiden menentang Mahathir. Musa Hitam mencabar Tun Ghaffar baba sebagai Tim Presiden.

Pada pemilihan inilah Anwar memain peranan utama memberi kemenangan kepada Tun Mahathir kerana berjaya mempengaruhi DS Najib dan memujuk perwakilan Pahang utk menyokong team A.

Apakah yang akan berlaku jika Anwar menjadi PM? Persoalan terdahulu, Apakah DSAI akan berjaya menjadi PM?

Dalam tempuh beberapa bulan ini jawapan akan tertulis dengan huruf besar dan seluruh rakyat Malaysia dan dunia boleh membacanya.

Sama-sama kita fikirkan.

Salam MO

watasikadi said...

salam KM,
ulasan KM kini lebih kepada politik nasional. pada saya, siapa DSAI bukan lagi isu kepada orang muda kini. apa yang diaspirasikan orang muda kini ialah peluang dalam hidup lebih cerah dimasa hadapan. apapun retoriknya digemburkan orang muda tetap tidak yakin jika mereka tidak merasa tempiasnya kemajuan dan perkhidmatan ditawarkan parti memerintah terutama dikalangan graduan menganggur.apapun dicanangkan orang muda sukar mempercayainya kerana sudah puas ditipu dengan pelbagai helah. seperti juga guru-guru KAFA disabah baru menyambut ulangtahun pertama perjanjian Datuk seri zahid hamidi berjanji memperjuangkan kenaikan gaji mereka dimana ketika itu beliau di tawau dan menteri bertanggungjawab pada 04/02/2009. dan 04/02/2011 nanti ulangtahun kedua mereka dan mungkin diraih dengan penuh gilang gemilang.hahaha..saya yakin juga pasti tiba saat ulang tahun kedua itu. maka jika DSAI dapat menawarkan peluang pekerjaan tetap dan lebih komprehensif maka mengapa kita tidak mencuba memberi peluang...NGINI NYEAK?

kelapa mawar said...

Salam MO..

ma kasih atas maklumat yang diberikan ini..saya begitu berminat mengikutinya..

Tapi malang kerana buku yg sdr katakan itu masih belum saya jumpa dan membacanya..namun saya percaya bahawa ada kebenaran bahawa Tun M mempergunakan DSAI utk kelangsungan politiknya dlm UMNO..

ma kasi sekali lagi dengan kunjungan sdr.

kelapa mawar said...

Salam kembali sdr watasikadi..

memang benar telaahan sdr bahawa kini siapa DSAI bukan lah perkara penting kersna golongan muda lebih cenderung kepada keperluan dan kehendak mereka, sama ada pemimpin boleh penuhi atau sebaliknya..

ma kasih atas pandangan ini.