Saturday, February 13, 2010


Pengangkutan sebegini bukan sahaja salah dari segi undang-undang tetapi mengundang kemalangan.

kalau dihitung-hitung dengan jari, masalah pengangkutan di daerah Kota belud, rasanya sudah lebih daripada usia saya. Sehingga sekarang mungkin masalah ini sudah berlarutan lebih daripada 40 tahun, namun yang menghairankan kita ialah tidak adanya satu usaha berterusan mahupun program berkesan sama ada dari agensi penguatkuasa , ataupun Pemimpin politik untuk menyelesaikan permasalahan ini. Ianya sudah berakar umbi dan barangkali amat susah untuk diselesaikan.


Masalah pengangkutan awam di daerah ini sejak dulu hingga kini masih menggunakan kereta jenis "Pick up" yang mempunyai Permit Persendirian dan ada juga yang menggunakan permit Perdagangan. Perkataan yang sering kita nampak ialah "BARANG-BARANG SENDIRI SAHAJA, DUA ORANG PERKERJA SENDIRI SAHAJA" Ini tidak membawa makna sebenarnya, kerana apa yang berlaku ialah kereta yang mempunyai permit seperti ini digunakan untuk mengangkut penumpang sehingga melebihi 20 orang dalam satu-satu masa. Mungkin ini bagi masyarakat Kota Belud merupakan satu keunikan, kerana rata-rata menggunakan sistem pengangkutan sedemikian dari kampung ke pekan Kota Belud dan sebaliknya.


Dan kini, mula pula kenampakan kehadiran kereta-kereta kancil yang digunakan sebagai 'kereta Sapu' yang kebanyakkannya menggunakan stesen parking awam bersebelahan dengan pasar besar kota belud. Selain juga kehadiran kereta-kereta sapu pelbagai jenis yang digunakan mengangkut penumpang ke kota Kinabalu.


Apa yang membimbangkan kita ialah kereta "Pick- Up" telah diubahsuai dengan menggunakan besi di bahagian belakang traknya supaya dapat memuatkan penumpang. Selain menggunakan bangku kayu buatan sendiri sebagai tempat duduk. Sistem pengangkutan ini, termasuk juga jenis lori bermuatan 2-3 tan. Kemudian daripada itu, kereta ini juga digunakan untuk mengangkut pelajar sekolah setiap hari.


Amat menghairankan kerana seakan tidak ada usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Bahkan kesesakan yang berlaku saban hari di pekan Kota Belud, langsung tidak dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam yang tidak teratur ini. Selain daripada ketiadaan parking yang sesuai, suasana di pekan ini juga menyaksikan, ramai pemandu yang sesuka hati meletakkan kereta untuk memberi peluang penumpang menaiki kereta mereka.


Adalah di harapkan agar pemimpin-pemimpin masyarakat di kota belud dapat sangat melihat masalah ini sebagai satu keperluan untuk mengatasi kesesakan dan sebagai jaminan keselamatan. Sebagai permulaan, barangkali ahli Parlimen KB, datuk Rahman Dahlan dapat memberi perhatian atas keadaan ini.

2 ulasan :

Pak Cik Amin said...

anakanda KM..

posting ini hampir-hampir dgn isu yang diceritakan oleh Murai kb beberepa hari yang lalu iaitu tentang kereta pairit..dan saya sudah berikan pandangan supaya satu pendaftaran kereta pairit ini dilakukan untuk mendapatkan rekod dan data yang tepat..

kelapa mawar said...

Ayahanda Pak cik Amin..

Ma kasih kerana memberikan komen..mudah-mudahan cadangan ini akan mendapat perhatian wakil rakyat di KB..