Saturday, February 20, 2010


Ramai pemerhati politik Negara berpandangan bahawa UBN terlalu ‘lewat’ dan drastic untuk mengalami perubahan. Sehingga kata mereka 5 tahun mendatang tidak cukup buat UBN merealisasikan tuntutan perubahan itu. UBN bukan sahaja ‘tenat’ ketika NAJIB mengemudi bahtera perubahan itu, tetapi sudah terlalu ‘nazak’ dan menunggu untuk ditalkinkan. Zaman Pak Lah, telah menyebabkan saham umno dan BN begitu jatuh merudum dan menyebabkan kemenangan BN di parlimen begitu goyah. Apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa, ramai yang mula menaruh harap yang mnenggunung untuk melonjak dan menganjak kembali imej UBN di mata dan hati rakyat.



Walaupun begitu, merawat luka berdarah yang ditinggalkan sebelum ini bukan satu perkara mudah. Kerana di sepanjangan tempoh lebih 2 tahun ini, pelbagai isu besar terus merangkumi kredibiliti kerajaan di bawah pimpinan Najib. Kes pembunuhan Al-tantuya, seorang model monggolia , Skandal PKFZ,isu pembunuhan Ten Beng Hock, Isu kehilangan enjin pesawat ketika Najib menjadi menteri pertahanan, isu komisyen pembelian Kapal Selam Negara, isu penyelenggaran MRR2 yang melebihi kos pembinaan (kes zaman pak Lah ),isu ‘peralihan’ kuasa dari PR kepada BN di Perak, isu kelulusan bajet 2010 di dewan rakyat yang hampir-hampir digagalkan oleh ketidakhadiran ramai ahli parlimen BN,isu tuntutan Royalti minyak oleh kerajaan Kelantan ( wang ehsan diberikan tahun ini hanya RM 20 juta ) selain isu kemelut MCA yang hingga sekarang ‘gagal’ diselesaikan walaupun Najib sudah ‘melayan’ pelan pendamaian. Isu GERAKAN dan ketuanan politiknya di Pulau Pinang, Isu MIC dan ‘layanan’ mesra dengan Makal Sakhti, Isu PPP yang masih bergolak sehingga T Murugiah adalah satu-satunya menteri tidak berparti dalam cabinet Najib yang tidak dilantik sebagai senator.



Namun kesemua isu ini begitu signifikan kepada najib Pelbagai program dan tuntuan perubahan dicanangkan, Bermula dengan pengenalan slogan “Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan”, Kemudian dengan pengenalan KPI dan NKRA bagi setiap kementerian sebagai pemantauan berterusan kualiti dan pencapaian menangani kehendak dan keperluan rakyat. Kemudian dari itu, Najib juga membuat perubahan besar dalam UMNO apabila mengambil keputusan meminda beberapa fasal perlembagaan parti untuk membenteras politik wang yang berleluasa dalam UMNO. Walaupun saranan turut diberikan kepada parti-parti komponen untuk turut ‘berubah’ namun sehingga kini, tidak ada satu parti dari komponen BN yang telah bersedia’berubah’ sepenuhnya seperti yang dibuat oleh UMNO. Di mana silapnya..?



Najib terus memberikan perhatian kepada perubahan UMNO yang merupakan teras dalam BN. Program ‘juara rakyat” klinik 1Malaysia dan lawatan mengejut di sekitar ibu Negara termasuk kampung Baru dilihat sebagai ‘signal’ bahawa Najib ingin sangat mendengar suara akar umbi. Hanya sanya, kita menunggu bila pula gerangannya Najib akan melawat di kawasan pedalaman termasuk di kota Marudu dan Pitas yang merupakan antara kawasan termiskin di Malaysia.


Ramai yang mula melihat Najib terlalu ‘cepat’ dan ‘tangkas’ mengatur tuntutan perubahan itu sehingga ramai yang ketinggalan menaiki ‘gerabak’ keretapi. Ramai yang masih ‘lembab’ menerima perubahan menjadi juara rakyat.Malahan ada yang masih ‘gagal’ mendapat tiket perjalanan ‘malam’ bagi keretapi itu. Sungguh meresahkan. Ramai pemimpin politik dalam UMNO masih ‘teraba-raba’ mencari ‘tempat duduk’ baru apabila keretapi mula bergerak. Seperti yang pernah dikatakan oleh PAS, pemimpin yang sebegini dalam UMNO adalah dari kalangan pemimpin dahulu yang mendapat tempat duduk, tetapi kemudian terlupa untuk ‘membayar’ tol pada setiap perjalanan, sedangkan pemandu dan pengemudi adalah orang baru yang ingin merasa ‘selera’ baru.


Apakah benar, bahawa Najib sebegitu tangkas menuntut perubahan..? Adakah benar bahawa ramai yang tidak berkesempatan untuk menaiki gerabak keretapi Najib..? Atau apakah kerana ramai pemimpin UMNO yang enggan beranjak dari ‘zon selesa’ yang selama ini sudah dinikmati..? Sedangkan PRU semakin dekat. Rakyat saban waktu terbuka minda mereka.. Fikirkan bersama.

9 ulasan :

ISAC said...

Menarik tulisan tuan,

Umno masih kelihatan berpuak2...1)Puak pro mantan PM Pak Lah & 2)Puak pro mantan PM Tun Mahathir. Dilihat masing2 masih berselera untuk "membunuh" di atara satu sama lain.

Umno bukan kalah kepada PRM tetapi kalah kepada diri sendir.

Mohon link kan blog tuan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com

ISAC said...

Terimakasih di atas kunjungan & link saudari.

palingberani said...

KM..

Saya berpendapat bahawa apapun yang berlaku keatas UBN adalah kerana disebabkan oleh politik wang yang berleluasa.Tidak ada sekatan dannusaha membenteras gejala haram itu..

Bagaimana kita menyanjungi pemimpin yang diterima rakyat tetapi terlibat dgn kes moral dan politik wang..

saya rasa sudah sampai masanya UBN melaporkan kepada SPRM ahlinya yang terlibat dgn politik wang dan tidak hanya di peringkat J/kuasa Displin parti..

hairan juga orang yg bagi rasuah dalam parti tidak dianggap melakukan kesalahan jenayah dan melanggar undang-=undang

Unknown said...

salam KM,

saya tertarik dengan ayat "T Murugiah adalah satu-satunya menteri tidak berparti dalam kabinet Najib yang tidak dilantik sebagai Senator"

Mohon fakta di lihat semula.

amalan biasa hanya MP dan Senator sahaja boleh dilantik dalam kabinet. Jawatan Murugiah adalah Timbalan Menteri.

kelapa mawar said...

Ma kasih atas kunjungan sdr Isac..saya sudah link blog tuan.

kelapa mawar said...

Palingberani..

politik wang menjadi duri dalam daging Umno..

kelapa mawar said...

Sdr MO..

ma kasih atas kunjungan sdr..Dan mengingatkan saya akan fakta penulisan yang tidak tepat...saya amat menghargainya..

T Murugiah adalah Timbalan Menteri di JPM..(mohon maaf).

Unknown said...

kelapa mawar, saya minta kepastian betulkah Murugiah bukan seorang senator?

kelapa mawar said...

Sdr MO..

saya jadi confeius dgn pertanyaan itu tapi rasanya seingat-ingat saya betullah T Murugiah itu dilantik sbg Senator sbb PPP tidak menang kerusi dalam PRU12 kan..!

ma kasih atas pembetulan ini..