Sunday, February 28, 2010




Keputusan Datuk kalakau Untol (DKU) menyertai PKR, begitu besar bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana sejurus selepas pengumuman Datuk Kalakau Untol untuk meninggalkan UPKO dan BN, DSAI memaparkannya dalam blognya . Memberikan imej kepada Datuk Kalakau Untol sebagai mantan menteri Persekutuan kononnya. Namun bagi ramai orang yang mengenali DKU, siapa beliau dan bagaimana prestasi politik dalam PBS, AKAR,dan UPKO, tidak banyak ‘kelebihan’ yang boleh dibawa oleh tokoh politik daerah Tuaran dan Tamparuli ini.



Kunjungan Datin Wan Azizah ke Sabah awal beberapa hari sebelum DSAI dilihat sebagai ‘penyiasatan’awal kepada kesahihan berita PKR dari Sabah selain daripada meraih simpati kepada kes Liwat DSAI.Pendirian para pemimpin PKR Sabah ditagih untuk memastikan keyakinan dan ketelusan kes berkenaan terus bergoyah. DSAI yang mengadakan lawatan pada 28 Feb iaitu (kelmarin ) dilaporkan mendapat sambutan yang menggalakkan, walaupun ada yang menyatakan kunjungan DSAI itu hambar dan terasing kerana diadakan di perkarangan tempat kediaman DKU.



Apa yang menarik minat kita ialah ‘umpan’ DSAI yang begitu mengena kepada para pemimpin politik di Sabah. Kajian kembali kepada perkara 20 menjadi asas kepada mengaut sokongan dari pemimpin KDM di negeri ini.Pengiktirafan Deklarasi Tambunan, menjadikan Dr. Jefrry terus berminat dengan PKR. Masalah PATI, kelonggaran Imgiresen, Royalti 5% minyak dan beberapa isu lain termasuk keterbukaan dan keutamaan penduduk Sabah dalam sector awam menjadi antara alasan SAPP dan DKU untuk menyertai PKR. Keyakinan mereka begitu ,memuncak bahawa PR akan dapat menawan Putrajaya pada PRU 13 akan datang.



Namun kenyataan DKU bahawa apabila PR memerintah Negara ini, akan mengkaji semula peruntukan undang-undang mengenai agama rasmi di Negara ini dianggap cukup membahayakan bagi PKR. Isu sensitive ini seharusnya tidak menjadi inti kepada ucapan DKU yang dihadiri bersama oleh DSAI. Kerana ini akan membuatkan ramai di kalangan kita berfikir kembali untuk memberi sokongan kepada PKR Sabah.




Walaupun begitu, bagi sesetengah pemerhati politik Sabah,kenyataan DKU itu tidak kurang bezanya dengan sejarah lampau beliau yang dikatakan pernah kontravesi apabila adiknya mengambil keputusan memeluk Islam. Apakah kerana mengambil kira kepada masyarakat di Tuaran yang pelbagai suku dan majority adalah Dusun/Kadazan ,maka isu ini ditiupkan kembali..? Apakah DKU berkeyakinan bahawa sebagai hadiah balasan kepada kemasukkannya dalam PKR, maka beliau ditawarkan tempat untuk menjadi calon PKR dalam MP Tuaran akan datang?




Sesungguhnya di saat PKR Nampak begitu porak pranda,dengan menyaksikan ramai ahli dan pemimpinnya bertindak meninggalkan parti itu dan ketika PR semakin hilang kepercayaan rakyat , adakah wajar PKR Sabah meniupkan sentiment agama dan isu perlembagaan Negara? Amat bahaya pada hemat kita jika PR dapat memerintah Negara ini.

1 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Satu lagi analisis dari KP yang menarik(bagi saya ) dan menapati sasaran berita semasa.

Kerana saya hadir bersama Dr Saijan Samit (dari KB) pada masa itu, maka rasa nya, saya tertarik juga untuk memberi komen serba sedikit dalam blog KP sekali algi.

Antara yang menarik ada lah;
i) Impak nya tindakan untuk mengkaji semua agama resmi melalui perkara 20 ( sekira nya PR di beri mandat oleh rakyat untuk memerentah selepas PRU13 nanti).
ii) Sejauh mana kah kesan kepada rakyat Sabah dan parti BN khas nya, kemasukan Kalakau Untol dalam PR khas nya PKR.
iii) Kemungkinan Kalakau akan bertanding dalam MP Tuaran akan datang ?

Pada saya, tindakan Kalakau untuk mengkaji semula kedudukan Agama Resmi dalam sistem pemerintahan Malaysia, bukan lah unik. Dan dalam serba serbi, bukan lah membahayakan sangat. Rakyat masa kini telah terlalu matang dalam hal-hal saperti ini.

Seterusnya , mana-mana parti pun yang di beri kuasa untuk memerintah akan terpaksa berhadapan dengan perlembagaan ‘kuasa Raja-Raja’ yang di anggotai semua nya oleh orang-orang Islam.
Disamping itu, majoriti mereka yang berkuasa dalam PR ada lah pemimpin-pemimpin Islam. Saperti dari PAS dan Keadilan itu sendiri.

Ingat! kita bukan nya negara republic saperti Turkey yang mengamalkan sistem ‘secular’ dsn. So, bagai saya, syor Kalakau dalam isu ini ada lah hanya satu gimik politik yang ‘smart’ untuk menarik penggundi dari golongan bukan Islam untuk menyertai atau simpati kepada perjuangan PR atau PKR.

Secara am nya, kemungkinan kemasukan Kalakau dalam PKR, tidak lah begitu ketara untuk menggugat kedudukan BN masa kini.
Suka atau pun tidak ( atau pun kita cemarkan Kalakau dengan apa gelaran sekali pun), namun tindakan beliau ini pasti nya akan menimbulkan ‘excitement’ kepada golongan muda (especially non Muslim) untuk mengulang kaji kepastian mereka kepada kekuatan dan ketelusan kerajaan BN di Sabah selama ini. Terutama sekali terhadap UBN.

Obviously, mereka-mereka yang tidak berparti atau ‘silent and protest voters’ pasti nya akan mengambil kira untuk melantik Kalakau sebagai Ikon mereka.

‘Pertaining to’ kemungkinan Kalakau akan bertanding semula sebagai MP ? rasa nya tidak. Beliau tahu dan lebih selesa untuk bertanding dalam kawasan DUN Tamparuli. Kerana majoriti penggundi DUN tersebut terdiri dari kaum ‘non-musim’, Dusun khas nya.

Seada nya, dari lapuran statistic dan logistic yang layak menggundi untuk kawasan Parlimen Tuaran masa kini ada lah 50 (Muslim)-50(Non-Muslim). Disamping itu sejarah yang sudah-sudah selaku MP, tidak berpehak kepada beliau.

At last but not least, semuga KP sukses selalu. Thanks